You are on page 1of 2

Laporan Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan

terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Peristiwa 13 Mei 1969 memberi impak yang besar dan negara kita telah melakukan perubahan drastik untuk membendung peristiwa tersebut daripada berulang. Sebelum bermulanya peristiwa berdarah, terdapat beberapa faktor yang kita tak boleh lepas pandang kerana faktor tersebut merupakan pencetus kepada peristiwa ini. Sebelum zaman pendudukan Jepun, negara China telah ditawan oleh tentera jepun dan orang-orang cina telah dilayan teruk. Apabila mereka telah sampai dan tawan Malaya, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina di Malaya juga terkena tempias keganasan Jepun. Layanan tersebut menyebabkan dendam yang teramat dalam masyarakat cina pada masyarakat melayu. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang

dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Wujudnya empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan

ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman.

Perselisihan faham dan kebencian yang terbina sekian lama telah akhirnya tercetus apabila parti pembangkang yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokrat dan Gerakan mengadakan perarakan haram pada 11 Mei 1969. Penyokong

berjalan sambil melontarkan kata-kata berbaur perkauman dan membawa penyapu sebagai lambang menghalau orang melayu. Perkara yang sama juga berlaku pada 12 Mei 1969 di mana Parti Gerakan yang diketuai oleh Dr. Tan Chee Khoon telah berarak di sekitar Kuala Lumpur pada masa itu. Perarakan tersebut juga diiringi dengan kata-kata berbaur perkauman. Pada 13 Mei 1969, parti UMNO telah mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan yang berlangsung di Kampung Bharu. Huru-hara tercetus apabila orang ramai terdengar khabar angin yang mengatakan bahawa pergaduhan berlaku di Gombak. Semua orang bertindak melulu dan menuju ke Setapak dan pergaduhan merebak ke kawasan Kampung Bahru. Pergaduhan masih berlaku sehingga 14 Mai 1969 sehingga kerajaan mengisytiharkan darurat pada masa itu. Setelah berakhirnya peristiwa tersebut, banyak kerosakan dan kematian dilaporkan. Kesankesan seperti mayat bergelimpangan, kenderaan, rumah dan kedai telah dimusnahkan. Setelah peristiwa13 Mei telah beransur pulih, kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini bertujuan untuk mengembalikan keamanan dan mengekalkan keharmonian antara kaum dalam negara. Kerajaan juga telah mengukuhkan perlembagaan dengan menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa orang melayu dan kepentingan asas kaum lain harus dijaga. Peristiwa 13 Mei 1969 membawa pengajaran kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi baru bahawa keharmonian dalam kalangan kaum memainkan peranan dalam mengekalkan kesejahteraan negara. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, adalah penting bagi kita untuk meneruskan perjuangan untuk mengekalan keamanan dan membangunankan negara Malaysia.

You might also like