You are on page 1of 1

Jawatankuasa Program Bina Insan Guru 1, Siri 2/ 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah

Darul Aman. 19 MAC 2012 Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS PENUTUPAN BINA INSAN GURU (1) SIRI 2/2012 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Bina Insan Guru (1) Siri 2/2012 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diadakan seperti berikut : Tempat Tarikh Masa : Kem Sri Banai, Ipg Kampus Darulaman : 27 Mac 2012 : 9.00 Malam

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati menjemput dan menerima kehadiran tuan ke majlis ini nanti. Kerjasama dan kesudian kedatangan tuan ke majlis kami nanti amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, Saya yang menjalankan tugas,

(ABDUL MALIK BIN JUNSIN) Pengerusi, Program Bina Insan Guru 1, Siri 2/2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

You might also like