You are on page 1of 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saad Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

(Nombor 1) TAJUK : MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAMPUNG SELULUN, PT KASSIM, BATU PAHAT NAMA KELAS SEKOLAH : MOHD KHAMSULDIN BIN ABDUL WAHAB : 3 MANTAP : SMK PENGHULU SAAD, PT RAJA

AHMAD 83500 PT SULONG, BT. PAHAT NAMA GURU TARIKH HANTAR : EN MAMAT : 28 MEI 2010 TANDATANGAN GURU

TANDATANGAN PELAJAR (Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN TAJUK HALAMAN 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual ) (Nombor 3) PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu S aad, Pn Hajah Salbiah Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada say a untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk aj ar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan d an dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit y ang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan j ayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Mustaffa Siraj dan Mamat yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan basikal kepada saya. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Selulun yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalank an. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua. (Nombor 4) PENDAHULUAN Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensiji lan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu M igrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk me mbuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Selulun, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku d i kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac s ehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu lap oran yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah k hususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya . (Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan 1) 2) Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

3) Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan ka jian. 4) Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

5) Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian. 6) Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Kg. Selulun me ngenai kepentingan migrasi. (Nombor 6) KAWASAN KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira

11 km dari pekan Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk penga ngkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang menga mbil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebua h sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong yang mempunyai pelajar seramai 200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna. Kampung Selulun mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggal akkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini t elah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 12 00 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan uta ma penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan seseteng ahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti men jadi guru dan pekerja swasta. PETA KAJIAN 1) 2) i) ii) 3) Lukis Peta Daerah Batu Pahat Peta Pekan Parit Sulong Tajuk dan Bingkai [1 m] Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m] Peta Kg. Selulun

( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian terse but ) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan iii) iv) v) vi) Tajuk dan Bingkai [1 m] Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m] Simbol Piawai [ 1 m ] Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

( peta perlu kemas dan cantik ) Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan d igunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistem atik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus i ni. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpas ti pola migrasi yang berlaku di kawasan kampung pt kassim 2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa ora ng penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama me netap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung. 3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal se lidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhada

p kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik sila rujuk lampiran ) 4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di per pustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasu yang berlaku di Malaysia. (Nombor8) DAPATAN KAJIAN 8.1 Konsep Migrasi Penduduk Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempada n, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ial ah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain. 8.2 Pola Migrasi Penduduk Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang serin g berlaku di kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud: i) Migrasi luar bandar bandar Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Fakto r tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tid ak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan ba ndar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan s wasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan. ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJ ORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di l uar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya. 8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberap a faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :A (Migrasi Luar bandar ke Bandar) i) melanjutkan pelajaran - kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kam pung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak pelu ang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universi ti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pel ajar. ii) peluang pekerjaan - sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor p erindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga m enyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar. B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan - pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan ta nah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELD A dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar ban dar yang lain telah berpindah ke kawasan kampung saya untuk mencari peluang peke rjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari kampung Parit Ism ail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya. iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan - daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberap a buah keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut kelua rga dan berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak langsung i ni akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin bertambah secara s emulajadi. Penerapan Unsur Patriotisme Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hid up dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering beru bah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini. 8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat diliha t ialah :A ( KESAN POSITIF ) 1) Penduduk Bertambah - Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampu ng saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar . Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, iku t keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih s tabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk. 2) Hasil Pertanian Bertambah - migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah dis ebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. K eadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit. B ( KESAN NEGATIF ) 3) Masalah Sosial - Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaa n ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya . Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah ruma h dan mengganggu anak gadis di kampung saya. 4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran - kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warg

a asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kala ngan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan b erlakunya masalah pengangguran. 5) Struktur Penduduk Berubah - migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyeb abkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah i alah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bert ambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana k ekurangan tenaga muda yang kuat. Penerapan Unsur Patriotisme Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup , kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling be kerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masa lah sosial daripada terus berlaku. Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan sela mat untuk dihuni. 8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk ( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4) Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beber apa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :1) Wujudkan Rukun Tetangga - rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan k ampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran ber tugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan kead aan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam. 2) Wujudkan Peluang Pekerjaan - bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih ban yak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masala h sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. 3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan - pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pe ndidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kamp ung dan berhijrah ke kawasan bandar. Penerapan Unsur Patriotisme Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dil akukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bah awa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan n afas yang terakhir. Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tin ggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat

kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini. Bahan Grafik - Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :i) ii) iii) iv) Jadual Graf Carta Pai Peta Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai (Nombor 9) RUMUSAN Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa y ang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepad a penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yan g amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

You might also like