You are on page 1of 13

KOMPONEN KARANGAN DAN FORMULA PENULISAN KARANGAN CEMERLANG

1.

PERENGGAN PERTAMA = ISI UTAMA (IU) / PENDAHULUAN

IU = PU +/ DEFINISI + AH + AC + PC
DEFINISI Memberi definisi bagi istilah yang kurang difahami umum yang terdapat dalam pernyataan dalam soalan. (jika perlu sahaja). PU = PERNYATAAN UMUM Terdiri daripada 1 ayat sahaja.. Memberi satu pernyataan ringkas tentang tajuk berdasarkan pernyataan dalam soalan (secara umum sahaja). AH = AYAT HURAIAN Terdiri daripada 1 - 3 ayat AH1 = Senario / perkembangan isu yang dibincangkan (pada masa ini ) AH2 = Faktor @ Kepentingan @ Kesan kepada negara, masyarakat, keluarga / individu - (bergantung kepada soalan) AH3 = Sambungan daripada AH2 , jika melebihi 1 ayat. AC = AYAT CONTOH Berikan contoh sebenar yang sesuai Kedudukannya tidak tetap. PC = PENDIRIAN CALON / AYAT TUNJUK Menyatakan pendirian calon, sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan, dengan cara menegaskan / mengaitkannya semula dengan soalan.

PERINGATAN !!!

ISU UTAMA DITULIS DALAM I PERENGGAN SAHAJA. (PERENGGAN PERTAMA )

2. (IS)

PERENGGAN KE-2 HINGGA PERENGGAN KE-7 = ISI SOKONGAN

IS = AF + AH + AC + AP

AF = AYAT FAKTA Juga dikenali sebagai ayat topik atau judul Kedudukannya mesti pada permulaan ayat dalam setiap perenggan isi sokongan AF mesti ditulis secara ringkas, tetapi padat dan jelas AF ialah pencetus idea untuk perkembangan ayat-ayat huraian seterusnya.

AH = AYAT HURAIAN Terdiri daripada 1 5 ayat Dihuraikan berdasarkan AF, secara mendalam. Setiap AH mesti memperlihatkan kesinambungan, dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai. Untuk mengembangkan AH, calon boleh menggunakan pelbagai kata tanya dan soalan seperti Kenapa? Bagaimana? Jadi? Seterusnya? Kesannya? dan sebagainya. Jawapan dari soalan- soalan tersebutlah yang menjadi ayatayat huraian. Sekiranya AF membincangkan faktor, jangan campurkan adukkan AH faktor dengan cara mengatasi.

AC = AYAT CONTOH Berikan contoh sebenar yang sesuai sekurang-kurangnya satu contoh. Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian, tetapi sebelum AP.

AP = AYAT PENUTUP Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap perenggan isi sokongan. AP menegaskan semula AF

Menggunakan ayat yang berbeza tetapi masih memberi maksud yang sama dengan AF. PERINGATAN !!!

1 ISI SOKONGAN MESTI DITULIS DALAM 1 PERENGGAN SAHAJA. (1 PERENGGAN MEWAKILI 1 ISI) TIDAK BOLEH TULIS 2/3 ISI DALAM 1 PERENGGAN. TIDAK BOLEH TULIS 1 ISI YANG SAMA DALAM 2/3 PERENGGAN. (DIANGGAP MENGULANG ISI YANG SAMA / PENGULANGAN ISI)

3. PERENGGAN TERAKHIR = PENUTUP (P) / KESIMPULAN KESELURUHAN KARANGAN

P= AK + AS + AHrpn

AK = AYAT KESIMPULAN Merumuskan keseluruhan karangan. Membuat kesimpulan secara umum dengan mengaitkan semula PC Jangan ulang semula AF yang telah disenaraikan. (salah sama sekali) AK terdiri daripada 1 2 ayat.

AS = AYAT SARANAN Juga dikenali sebagai ayat cadangan Memberi saranan atau cadangan sendiri tentang perkara yang tiada dalam IS, contohnya langkah-langkah menangani isu yang dibincangkan atau sebagainya. Senaraikan sahaja beberapa langkah (tidak perlu dihuraikan ) AS terdiri daripada 1 2 ayat.

AHrpn = AYAT HARAPAN Menyatakan harapan calon sekiranya saranan tersebut diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.

Menggunakan penanda wacana agar / supaya / demi untuk menyambungkan AS dengan AHrpn. Kaitkan dengan dengan Dasar-dasar Negara atau Wawasan 2020.

CONTOH-CONTOH BINAAN PENGENALAN / PENDAHULUAN 1. Bincangkan punca-punca kemalangan jalan raya. PU Media masa sering mempamerkan berita mengenai kemalangan jalan raya setiap hari. Bilangan kemalangan jalan raya sering meningkat setiap kali menjelang musim perayaan dan cuti sekolah, AC contohnya menjelang Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas. Ramai orang tercedera dan terkorban dalam nahas jalan raya. Suasana riang gembira bertukar menjadi tragedi. PC Memang terdapat banyak punca yang mencetuskan masalah ini.

AH1 (Senario)

AH2 (Kesan)

2. Langkah-langkah membendung inflasi. PU Kini, negara kita sedang dilanda inflasi. Inflasi merupakan fenomena wang yang berlebihan mengejar barang yang sedikit. Pasaran mengalami kenaikan harga berterusan. Kadar pertumbuhan ekonomi yang

Definisi

AH1 (Senario)

tinggi tidak bermakna jika inflasi berlaku. Kenaikan gaji kita tidak akan meningkatkan kuasa beli. AC AH2 (Kesan) PC Jadi semua pihak harus bekerja keras membendung inflasi.

3. Punca-punca remaja lari dari rumah. PU Dalam dunia yang serba moden ini, kita tidak terlepas daripada dilanda pelbagai masalah sosial. Salah satu masalah ialah remaja lari dari rumah. AH1 (Senario) Bilangan remaja yang lari dari rumah semakin meningkat. Ada yang sempat dikesan semula manakala yang lain hilang begitu sahaja. AH2 (Kesan) Mewujudkan masalah sosial yang lain, seperti pelacuran, kelahiran anak luar nikah dan jenayah. PC Memang benar masalah ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang ibu bapa. Namun begitu terdapat juga punca-punca lain yang menyebabkan remaja lari dari rumah.

AC

4. Cara-cara AIDS merebak. PU AIDS merupakan penyakit yang

mengancam kelangsungan tamadun manusia. Definisi AIDS bermaksud sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS (Acquired Immunity Deficiency Syndrome). AH1 (Senario) Penyakit AIDS semakin berleluasa di seluruh dunia. Virus HIV akan melumpuhkan daya tahan penyakit seseorang. Akibatnya, pesakit ini akan mati disebabkan penyakit yang lain, AC contohnya kudis, batuk kering dan penyakit kelamin atau siplis. AIDS merebak melalui pelbagai cara. Kini pelbagai langkah giat dilakukan untuk mengatasinya.

AH2 (Kesan)

PC

CONTOH PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN FORMULA KARANGAN CEMERLANG

CONTOH SOALAN 1 : Sejak akhir-akhir ini, kes-kes kemalangan jalan raya semakin bertambah. Nyatakan pendapat anda tentang sikap manusia yang menjadi punca kemalangan jalan raya. 1. ISI UTAMA IU = DEFINISI +/ PU +AH+AC+PC DEFINISI PU AH1 -----------Kemalangan jalan raya berlaku di mana- mana sahaja. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat sejak

(senario)

akhir-akhir ini, terutamanya pada musim cuti sekolah dan menjelang musim perayaan,

AC

seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Kemalangan jalan raya boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang yang disayangi, kecederaan, kecacatan dan kemusnahan harta benda. Sesungguhnya sikap manusialah yang menjadi punca utama berlakunya kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun, terdapat juga punca-punca lain yang turut menjadi penyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya.

AH2 (kesan)

PC

2. ISI SOKONGAN IS1 = AF + AH + AC + AP AF Antara sikap manusia yang menjadi penyebab utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah kecuaian pemandu itu sendiri. Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, mengantuk semasa memandu, menggunakan telefon bimbit, makan dan sebagainya, biasanya tidak memberi tumpuan semasa memandu. AH2 (kesan?) Hal ini menyebabkan mereka hilang tumpuan, dan tidak dapat mengawal kenderaan mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak disangka-sangka secara tibatiba, seperti mengelak daripada terlanggar manusia atau haiwan yang melintas di hadapan dan sebagainya. Sikap pemandu yang jarang melakukan pemeriksaan kereta khususnya sebelum memulakan perjalanan jauh juga akan menyebabkan kenderaan mereka mengalami masalah atau meragam secara tiba-tiba di lebuh raya. Keadaan ini menyebabkan kenderaan mereka berhenti secara tiba-tiba di jalan raya tanpa sempat memberi amaran kepada kenderaan di belakang. Situasi ini menyebabkan kenderaan dari belakang yang

AC

AH3 (bgmn?)

AH4 (kesan?)

AH5

(jadi?)

dipandu laju dalam jarak yang dekat tidak sempat mengelak, terus merempuh kenderaan yang berhenti, kerana pemandu tersebut tidak sempat menekan brek, lalu terjadilah nahas jalan raya yang mengerikan.

AP

Jadi, jelaslah bahawa sikap cuai pemandu menjadi punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.

IS2 = AF + AH + AC + AP AF Selain kecuaian pemandu, sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri juga merupakan penyebab berlakunya nahas jalan raya. Pemandu muda selalunya tidak mempunyai perasaan sabar dan sentiasa menunjukkan sikap terburu-buru semasa memandu, kerana mereka ingin cepat sampai ke destinasi yang dituju. AH2 Mereka mula menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri, apabila mereka memotong kenderaan lain yang dipandu perlahan, di lorong yang salah semasa keadaan jalan raya sesak, khususnya pada waktu puncak, atau semasa memandu di jalan raya di kawasan kampung. Sekiranya mereka tidak sempat memotong kenderaan di hadapan, kenderaan mereka akan bertembung dengan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan , lalu terjadilah kemalangan jalan raya. AH4 Pemandu - pemandu juga sering berlumba-lumba di lebuh raya untuk menunjukkan kehebatan dan kehandalan mereka memandu. Mereka akan memecut dengan laju dan menyelit-nyelit di antara kenderaan lain sehingga membahayakan pemandu kenderaan lain. Sekiranya mereka tidak dapat mengawal kenderaan kerana terlalu laju, kenderaan mereka akan terbabas , seterusnya merempuh apa-apa sahaja di hadapan mereka, lalu mengakibatkan kemalangan jalan raya yang dahsyat. Hal ini membuktikan bahawa sikap pemandu yang tidak

AH1

AH3

AH5

AH6

AP

bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri turut menjadi faktor penyumbang kemalangan jalan raya.

IS3 = AF + AH + AC + AP AF Sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undangundang jalan raya juga merupakan faktor berlakunya nahas jalan raya. Pemandu yang memandu kenderaan mereka dengan laju melebihi had laju jalan raya yang ditetapkan terutamanya di kawasan berbukit-bukau dan jalan raya bengkangbengkok, akan menyebabkan mereka akan hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung. Pemandu-pemandu juga sering memotong kenderaan lain di lorong yang salah, AC seperti di lorong kiri , atau lorong kanan yang mempunyai dua garisan lurus yang bersambung, lorong kecemasan, dan tidak mematuhi lampu isyarat, akan menyebabkan kenderaan mereka bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan sehingga mengakibatkan nahas jalan raya. AH4 Pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu akan memandu dengan cara yang berbahaya dan tidak mematuhi undang-undang, seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya mencetuskan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia lain yang tidak berdosa.

AH1

AH2

AH3

AP

IS4 = AF + AH + AC + AP AF Selain sikap manusia , keadaan bentuk muka bumi turut menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Jalan raya yang bengkang-bengkok di kawasan berbukit-

AH1

bukau dan lebuh raya yang terlalu lurus turut mengundang nahas jalan raya. AC Contoh lebuh raya yang bengkang-bengkok di kawasan berbukit-bukau ialah Lebuh raya Grik dan Lebuh raya TimurBarat. AH2 Kemalangan ngeri ini selalunya melibatkan bas ekspres yang memulakan perjalanan jauh pada waktu malam. Keadaan jalan raya yang gelap juga memburukkan lagi keadaan pemanduan. Pemandu yang memandu terlalu laju kerana ingin cepat sampai ke destinasi tidak dapat mengawal kenderaan mereka apabila melalui jalan raya yang bengkang bengkok, lalu terbabas dan merempuh kenderaan lain atau menjunam ke dalam gaung. Tuntasnya, keadaan bentuk muka bumi turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya yang ngeri.

AH3

AH4

AP

IS5 = AF + AH + AC + AP AF Faktor cuaca turut disenaraikan sebagai punca nahas jalan raya. Hujan lebat, kabus tebal dan ribut petir akan menghalang pandangan pemandu semasa memandu. Mereka tidak dapat mengagak jarak kenderaaan di hadapan kerana tidak dapat melihat kenderaan di hadapan dengan jelas. AH2 Keadaan ini menyebabkan mereka tidak menyedari bahawa mereka telah mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Sekiranya kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba, pasti pemandu yang berada di belakang akan melanggar kenderaan di hadapan kerana pemandu tersebut tidak sempat menekan brek atau mengelak dari merempuh kenderaan di hadapan, akibat pandangan mereka terhalang oleh kabus tebal, titisan hujan yang lebat dan keadaan yang

AC

AH1

AH3

gelap. AC Kawasan berkabus tebal yang boleh mengehadkan pemandangan boleh dilihat di kawasan lebuh raya berbukitbukau iaitu di Lebuh raya Timur- Barat. Jadi, keadaan cuaca yang tidak menentu juga menjadi penyebab nahas jalan raya, dan faktor ini tidak boleh dipandang ringan sahaja oleh pemandu.

AP

IS6 = AF + AH + AC + AP AF Keadaan jalan raya yang tidak sempurna juga merupakan punca kemalangan jalan raya. Jalan raya yang berlubang, berlopak dan pecah amat membahayakan pengguna jalan raya, terutamanya kepada pemandu kenderaan. Jalan raya berkeadaan sedemikian disebabkan oleh pihakpihak berkuasa menjalankan kerja-kerja mereka secara ala kadar sahaja. AH2 Mereka akan mengorek jalan jalan raya untuk membaiki paip di bawah tanah atau sebagainya, lalu meninggalkan jalan tersebut begitu sahaja, tanpa menimbus kembali lubang yang telah dikorek, seterusnya menjadi lopak apabila air hujan bertakung di dalamnya. AH3 Mereka juga mungkin menimbus kembali lubanglubang tersebut, tetapi tidak meratakannya semula dengan tar seperti keadaan asal. AH4 Hal ini kerana mereka berpendapat, ada pihak lain yang sepatutnya menyempurnakan semula keadaan jalan raya seperti sebelumnya. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan membahayakan pemandu kenderaan yang melalui jalan raya tersebut. Pemandu yang tidak menyedari kewujudan lubang atau lopak tersebut pasti tidak dapat mengelak daripada terjerumus ke dalamnya, manakala kenderaan lain di belakang pula tidak dapat mengelak kenderaan yang telah

AC

AH1

AH5

AH6

terjerumus itu, lalu merempuh kenderaan tersebut dan berlakulah kemalangan jalan raya. AH7 Sekiranya pemandu yang melalui jalan tersebut sempat mengelak kenderaan mereka daripada terjerumus ke dalam lubang atau lopak itu sekalipun, mereka pasti terbabas dan berlanggar dengan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan. AP Jadi, terbuktilah bahawa keadaan jalan raya yang tidak sempurna turut menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalan raya.

3. PENUTUP P = AK + AS + AHrpn AK1 Kesimpulannya, selain sikap manusia, terdapat juga pelbagai punca lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. ( kaitkan semula dengan PC ) Sesungguhnya, kemalangan jalan raya mengakibatkan negara mengalami kerugian yang besar, kerana kehilangan tenaga kerja yang ramai. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masingmasing dalam usaha mengurangkan / menurunkan kadar kemalangan jalan raya, seperti menguatkuasa dan mengetatkan undang-undang yang sedia ada, mengadakan pelbagai kempen kesedaran dan iklan keselamatan di media massa, meletakkan lebih banyak papan tanda peringatan di sepanjang lebuh raya atau kawasan berbahaya, mengadakan operasi mencegah kemalangan, contohnya mengadakan Ops Sikap dan sebagainya. AHrpn Sekiranya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan, sudah pasti lebih banyak tenaga kerja dapat dijana untuk terus membangunkan negara dengan lebih pesat bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020.

AK2

AS

PERINGATAN !!!

PENUTUP MESTI DITULIS DALAM 1 PERENGGAN SAHAJA.

Keseluruhannya, dalam satu karangan yang anda tulis, terdapat 7 / 8 perenggan sahaja.

Isi utama : I perenggan Isi sokongan : 5 / 6 perenggan Penutup : 1 perenggan -----------------------------------------Jumlah : 7 / 8 perenggan

You might also like