You are on page 1of 14

PPD KINTA UTARA 2016

Panduan Penulisan Karangan Bahagian A ( 30 Markah )

- Menulis karangan mengikut rangka iaitu pendahuluan, idea, dan kesimpulan.

- Menulis karangan berdasarkan tugasan soalan.

- Menulis karangan lebih daripada 250 patah perkataan.

- Menggunakan frasa menarik dan peribahasa yang sesuai mengikut tugasan.

- Jika tugasan soalan berkaitan kepentingan pengangkutan awam huraian idea


mestilah berkaitan dengan kepentingan pengangkutan awam sahaja.

- Idea yang dikemukakan mestilah jelas dan difahami.

- Menulis karangan dalam lima (5) perenggan.

- Penulisan perenggan mestilah seimbang.

- Tulisan mestilah jelas dan mudah dibaca.

8
PPD KINTA UTARA 2016

KARANGAN BAHAGIAN A (RANGSANGAN)

FOKUS : PUNCA/KESAN/LANGKAH

KARANGAN A: [30 MARKAH]

Bahagian A
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat ilustrasi di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
pencemaran sungai di negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan

PEMBUANGAN SAMPAH SARAP AKTIVITI PERTANIAN

PEMBUANGAN SISA DARIPADA KILANG

9
PPD KINTA UTARA 2016

JAWAPAN CONTOH KARANGAN FOKUS PUNCA :

CARA MENULIS AYAT DALAM PENDAHULUAN KARANGAN : KAEDAH HAFAL


DAN SALIN

BIL.AYAT FORMULA AYAT


A1 (P) Penanda wacana + isu/tema Dewasa ini, isu _____________ merupakan salah
soalan+ penyataan umum satu isu yang sering mendapat perhatian pelbagai
(masukkan isu dalam tempat pihak .
kosong)
A2 (B) Isu + bukti media massa Isu _______________ ini sering dipaparkan dalam
(masukkan isu dalam tempat media massa seperti akhbar dan televisyen di
kosong. negara kita

A3 (P) Persoalannya, + kata tanya Persoalannya, apakah


+ kata kunci + isu/tema _____________________________________ ?
(masukkan dalam tempat
kosong (Tanya satu soalan)
 langkah @usaha
mengatasi /punca-
punca @ faktor /
kesan-kesan @
akibat /kepentingan
@ kebaikan ( pilih
mengikut tugasan
soalan)
A4 (S) Ungkapan menarik + Jika diperhalusi, terdapat banyak
terdapat banyak + tugasan ___________________________________
soalan (salin /masukkan
tugasan soalan dalam
tempat kosong)

CONTOH PENDAHULUAN :

Dewasa ini, pencemaran sungai merupakan salah satu isu yang sering mendapat
perhatian pelbagai pihak . Isu pencemaran sungai ini sering dipaparkan dalam media massa
seperti akhbar dan televisyen di negara kita. Persoalannya, apakah punca-punca pencemaran
sungai? Jika diperhalusi, terdapat banyak punca pencemaran sungai di negara kita .

(45 patah perkataan)

10
PPD KINTA UTARA 2016

CARA MENULIS AYAT DALAM PERENGGAN ISI : KAEDAH BERFORMULA

BIL.AYAT FORMULA AYAT


A1 (A) Penanda wacana + Punca perdana
Nyatakan ayat tugasan +ialah ___________________________________________ ialah
apa isi + frasa isi ____________________________________________

A2 (S) Penanda wacana + Hal ini demikian kerana


Nyatakan Frasa Isi + dapat + _________________________________ dapat
sebab sebab (mengapa _____________________________________________
langkah itu perlu
dibuat)
A3 (B) Penanda wacana + Dalam hal ini, _____________________________
Jelaskan (bagaimana langkah _____(bila/apa perlu buat/contoh jika ada)
bagaimana itu dilaksanakan :
cara/masa/contoh).
Boleh buat 2 ayat
jika suka.
A4 (A) Penanda wacana + Secara tidak langsung
Nyatakan kesan/ faedah/ _______________________________ _______ __ bak
kesan/ akibat + Ungkapan peribahasa
akibat menarik (jika ________________________________________________
sesuai)
A5 (T) Penanda wacana + Jelaslah bahawa,
Buat frasa isi + ________________________________merupakan
peneguhan merupakan + ayat ________________________________________________
isi tugasan
Jika murid tidak
menguasai , guna
pakai penanda
wacana yang sama
dalam setiap
perenggan.

CONTOH PERENGGAN ISI 1 : PEMBUANGAN SAMPAH SARAP

Punca perdana pencemaran sungai di negara ini ialah pembuangan sampah sarap.
Hal ini demikian kerana sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab menganggap
sungai sebagai tong sampah. Dalam hal ini, sungai akan menjadi kotor dengan pelbagai jenis
sampah seperti plastik, tayar dan sisa-sisa makanan. Secara tidak langsung, air sungai berbau
busuk dan tercemar. Jelaslah bahawa pembuangan sampah sarap merupakan antara punca
pencemaran sungai di negara ini.

(64 patah perkataan)

11
PPD KINTA UTARA 2016
CONTOH PERENGGAN ISI 2 : PEMBUANGAN SISA-SISA DARIPADA KILANG

Punca kedua pencemaran sungai di negara ini ialah pembuangan sisa-sisa daripada
kilang. Hal ini demikian kerana sikap pengusaha kilang yang mementingkan keuntungan
semata-mata. Dalam hal ini, pengusaha kilang terus sahaja mengalirkan sisa-sisa buangan
ke dalam sungai tanpa dirawat terlebih dahulu. Secara tidak langsung, hidupan air akan mati.
Pendek kata, punca pencemaran sungai di negara ini ialah pembuangan sisa-sisa daripada
kilang.
(60 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN ISI 3 : AKTIVITI PERTANIAN

Punca ketiga pencemaran sungai di negara ini ialah aktiviti pertanian. Hal ini
demikian kerana petani menggunakan racun perosak secara berlebihan. Dalam hal ini,
apabila hujan turun, racun ini akan mengalir terus ke sungai. Secara tidak langsung, air sungai
akan tercemar dan tidak sesuai dijadikan minuman. Jelaslah bahawa punca ketiga
pencemaran sungai di negara ini ialah aktiviti pertanian.

(58 patah perkataan)

CARA MENULIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP : KAEDAH HAFAL DAN


SALIN

BIL.AYAT FORMULA AYAT


A1 (K) Kesimpulannya, Kesimpulannya, jelaslah / sudah terang lagi bersuluh bahawa
Buat + PW/Ungkapan terdapat banyak
kesimpulan menarik + __________________________________________________
tugasan bahawa terdapat .
banyak + ayat
tugasan dalam
arahan soalan
A2 (O) Oleh yang Oleh yang demikian, semua pihak harus bertanggungjawab
Ayat demikian + ayat memainkan peranan masing-masing . Budaya bekerjasama
cadangan cadangan secara bagai aur dengan tebing perlu diamalkan .
umum +
ungkapan
menarik
A3 (S) Secara tidak Secara tidak langsung , apa yang diharapkan akan dapat
Ayat langsung + kesan dicapai dan memberikan kesan yang positif kepada
harapan keseluruhan kesejahteraan masyarakat dan negara kita.
kepada negara.

12
PPD KINTA UTARA 2016

CONTOH PERENGGAN PENUTUP

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak punca pencemaran
sungai di negara ini . Oleh yang demikian semua pihak harus bertanggungjawab memainkan
peranan masing-masing. Budaya bekerjasama bagai aur dengan tebing perlu diamalkan. Secara
tidak langsung, sesuatu yang diharapkan akan dapat dicapai dan memberikan kesan positif
kepada kesejahteraan masyarakat dan negara kita.
(49 patah perkataan)

13
PPD KINTA UTARA 2016

LATIHAN PENGUKUHAN KARANGAN FOKUS PUNCA :

KARANGAN A: [30 MARKAH]

Bahagian A
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
kecemerlangan murid dalam akademik. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga
250 patah kata.

Tumpuan semasa guru Program kecemerlangan


mengajar di dalam kelas akademik di sekolah

PUNCA-PUNCA KECEMERLANGAN
MURID

Sokongan daripada ibu bapa Kumpulan perbincangan

14
PPD KINTA UTARA 2016

CONTOH KARANGAN FOKUS KESAN :

KARANGAN A: [30 MARKAH]

Bahagian A
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan
penggunaan telefon pintar kepada remaja. Panjang huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah kata.

- mudah menghubungi ahli keluarga


- membantu dalam pembelajaran
- senang mendapat maklumat terkini

15
PPD KINTA UTARA 2016

CONTOH PENDAHULUAN :
Dewasa ini, penggunaan telefon pintar merupakan salah satu isu yang sering mendapat
perhatian pelbagai pihak. Isu penggunaan telefon pintar ini sering dipaparkan dalam media
massa seperti akhbar dan televisyen di negara kita. Persoalannya apakah kesan-kesan
penggunaan telefon pintar kepada remaja? Jika diperhalusi terdapat banyak kesan
penggunaan telefon pintar kepada remaja di negara ini.
(53 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN ISI 1 : MUDAH MENGHUBUNGI AHLI KELUARGA


Kesan perdana penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah mudah
menghubungi ahli keluarga. Hal ini demikian kerana remaja dapat menghubungi ahli
keluarga dengan mudah dan pantas. Dalam hal ini, remaja tadi dapat menghubungi ayah,
ibu dan adik-beradik mereka. Secara tidak langsung, ikatan silaturahim antara ahli
keluarga dapat dieratkan walaupun tinggal berjauhan. Jelaslah bahawa antara kesan
penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah mudah menghubungi ahli keluarga.
(64 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN ISI 2 : MEMBANTU DALAM PEMBELAJARAN


Kesan kedua penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah membantu dalam
pembelajaran Hal ini demikian kerana remaja itu tadi dapat belajar secara berkumpulan
dengan menggunakan aplikasi media sosial. Dalam hal ini, remaja tersebut menggunakan
aplikasi media sosial seperti Facebook, What’s App dan Telegram. Secara tidak langsung,
remaja dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih berkesan dan menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru dengan mudah. Jelaslah bahawa, antara kesan penggunaan telefon
pintar kepada remaja ialah membantu dalam pembelajaran.
(74 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN ISI 3 : SENANG MENDAPAT MALUMAT TERKINI


Kesan ketiga penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah senang mendapat
maklumat terkini. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan Internet, remaja senang
mendapat berita-berita terkini dari dalam atau luar negara. Dalam hal ini, maklumat-
maklumat boleh dicari dengan menggunakan aplikasi Google, Youtube dan Yahoo. Secara
tidak langsung, remaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan peka dengan isu-isu
terkini agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelaslah bahawa antara kesan
penggunaan telefon pintar kepada remaja adalah senang mendapat maklumat terkini.

16
PPD KINTA UTARA 2016
(77 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN PENUTUP :


Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak kesan penggunaan
telefon pintar kepada remaja di negara ini. Oleh yang demikian semua pihak harus
bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing. Budaya bekerjasama bagai aur dengan
tebing perlu diamalkan. Secara tidak langsung, sesuatu yang diharapkan akan dapat dicapai dan
memberikan kesan positif kepada kesejahteraan masyarakat dan negara kita.
(54 patah perkataan)

17
PPD KINTA UTARA 2016

LATIHAN PENGUKUHAN KARANGAN FOKUS KESAN :

KARANGAN A: [30 MARKAH]

Bahagian A
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-
kepentingan penggunaan media sosial kepada remaja. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah kata.

- mengeratkan perhubungan sosial


- dapat berkongsi pelbagai maklumat
- mendapatkan maklumat dengan pantas

18
PPD KINTA UTARA 2016

CONTOH KARANGAN FOKUS LANGKAH :


KARANGAN A: [30 MARKAH]

Bahagian A
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat ilustrasi di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
memupuk semangat kejiranan di negara kita. Panjang huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah kata.

AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG

19
PPD KINTA UTARA 2016
RUMAH TERBUKA AKTIVITI RUKUN TETANGGA

CONTOH PENDAHULUAN :

Dewasa ini, semangat kejiranan merupakan salah satu isu yang sering mendapat
perhatian pelbagai pihak . Isu semangat kejiranan ini sering dipaparkan dalam media massa
seperti akhbar dan televisyen di negara kita. Persoalannya, apakah langkah-langkah memupuk
semangat kejiranan? Jika diperhalusi, terdapat banyak langkah memupuk semangat kejiranan
di negara kita .
(45 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN ISI 1 : AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG

Langkah perdana memupuk semangat kejiranan di negara kita adalah mengadakan


aktiviti bergotong-royong. Hal ini demikian kerana aktiviti bergotong-royong dapat
memupuk semangat bekerjasama sesama jiran tetangga. Dalam hal ini, aktiviti bergotong-
royong dijalankan pada hari cuti umum atau pada hujung minggu seperti menyapu sampah,
membersihkan longkang dan mengecat bangunan. Secara tidak langsung kerja yang berat
menjadi ringan malahan boleh diselesaikan lebih cepat bak peribahasa berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Oleh itu, mengadakan aktiviti bergoyong-royong merupakan langkah
memupuk semangat kejiranan di negara ini.
(81 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN ISI 2 : MENGADAKAN RUMAH TERBUKA

Langkah kedua memupuk semangat kejiranan di negara kita ialah mengadakan


rumah terbuka. Hal ini demikian kerana mengadakan rumah terbuka dapat memberi peluang
kepada masyarakat yang berjiran untuk mengenali jiran-jiran dan saling beramah mesra. Dalam
hal ini, rumah terbuka boleh diadakan pada hari-hari perayaan yang popular di Malaysia
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali. Secara tidak langsung mereka
dapat beramah mesra sambil menikmati pelbagai juadah enak yang menambat selera bak
peribahasa sambil menyelam minum air. Tuntasnya, amalan mengadakan majlis rumah
terbuka merupakan langkah memupuk semangat kejiranan di negara kita.

(84 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN ISI 3 : MELAKSANAKAN AKTIVITI RUKUN TETANGGA

20
PPD KINTA UTARA 2016
Langkah ketiga memupuk semangat kejiranan di negara kita adalah melaksanakan
aktiviti Rukun Tetangga. Hal ini demikian kerana program Rukun Tetangga ini dapat
meningkatkan perpaduan dalam kalangan jiran untuk menjaga keselamatan kawasan perumahan
mereka. Dalam hal ini, mereka boleh bergilir-gilir membuat kawalan atau rondaan pada waktu
malam untuk mengelakkan kes jenayah seperti pecah rumah dan kecurian motosikal. Secara
tidak langsung langkah ini menyebabkan kawasan kejiranan tersebut lebih selamat malahan
jiran-jiran akan kekal bersatu bak peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh . Maka jelaslah
bahawa mengadakan aktiviti Rukun Tetangga merupakan langkah memupuk semangat
kejiranan di negara ini.
(88 patah perkataan)

KARANGAN A: [30 MARKAH]

Bahagian A
[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
yang dilakukan untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

LANGKAH MEMUPUK
PERPADUAN KAUM

Kunjung-mengunjungi

Menyertai PLKN Kempen Bulan


Kemerdekaan

21

You might also like