You are on page 1of 8

FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SPM 2022 TING.

BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)

PERKARA BENTUK
KARANGAN A KARANGAN B
Jenis instrumen Ujian bertulis Ujian bertulis
Jenis item  Subjektif Respons Terhad  Subjektif Respons Terbuka

Bilangan soalan  Satu soalan  Empat soalan esei


 Kombinasi kepelbagaian  Pilih dan jawab satu
bahan rangsangan (minimum daripada empat soalan
2-3 bahan)
 Jawab satu soalan
Jumlah markah Bahagian A [30 markah] Bahagian B [70 markah]

Tempoh Ujian Bahagian A [30 minit] Bahagian B [1 jam 30 minit]

Kaedah Penskoran Holistik Holistik

1
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SPM 2022 TING. 4

PANDUAN UMUM ITEM BAHAGIAN A

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah


perkataan.
 CALON TIDAK BOLEH MENULIS LEBIH DARIPADA 200
ARAHAN SOALAN PATAH
BAHAGIAN A  MAKSIMUM LEBIH = 10 PATAH
 JIKA TULIS 150 PATAH TETAPI ASPEK PENSKORAN
CEMERLANG= LAYAK PEROLEH 30 MARKAH
 JIKA TULIS KURANG 150 – IMPRESION TURUN
4 PERENGGAN :
 Pendahuluan (30 patah)
 Fakta 1 (70 patah)
PEMERENGGANAN
 Fakta 2 (70 patah)
 Kesimpulan (30 patah)

CADANGAN FAKTA 2 FAKTA/IDEA


***tidak terhad  Fakta 1
 Fakta 2
4 AYAT :
CADANGAN AYAT SETIAP  APA (A1)
PERENGGAN FAKTA
 MENGAPA (A2)
[FORMULA ‘AMBK’]
 BAGAIMANA (A3)
 KESIMPULAN (A4)
 Mesti menulis fakta/idea atau maklumat daripada bahan
rangsangan (bahan 1, bahan 2 atau bahan 3)
 Boleh menambah maklumat yang tiada dalam bahan
rangsangan

PENULISAN FAKTA/IDEA  KATA KUNCI TUGASAN:


 Punca/sebab
 Langkah/cara/usaha
 Kepentingan/faedah/kebaikan
 Kesan/implikasi/akibat
 Peranan/tugas/tanggungjawab

 Tugasan (T)
 Idea (I)
ASPEK PENSKORAN
 Bahasa (B)
 Pengolahan (P)

BAHAGIAN A
2
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SPM 2022 TING. 4

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan membaca. Huraikan pendapat anda tentang
amalan membaca. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Perluas Pembudayaan Amalan Membaca [METROTV]


“Salah satu cabaran yang kita hadapi hari ini untuk menggalakkan budaya membaca ialah pengaruh digital ke
atas masyarakat.
“Pengaruh digital begitu besar sehingga sumber pembacaan tradisional seperti surat khabar dan buku semakin
diketepikan, malah banyak syarikat akhbar terpaksa menggulung tikar kerana jualan merosot manakala buku
tinggal mengumpul debu di perpustakaan atau atas rak,” katanya.
Menurutnya, amalan membaca boleh menyebabkan seseorang bukan saja kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan
malah berkebolehan menyampaikan ilmu kesan.
“Daripada segi sains, amalan membaca menjadi salah satu kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan di
samping berkeupayaan memperkuat rangkaian otak manusia serta mampu merangsang pembinaan rangkaian
saraf yang baharu.
“Pembacaan yang banyak juga dapat mempertingkatkan kecerdasan emosi (emotional intelligence atau EQ) dan
tahap kecerdasan intelektual (intelligence quotient atau IQ) seseorang. Kedua-dua unsur kecerdasan ini amat
penting bagi membolehkan seseorang itu menguasai pelbagai keadaan dan merebut peluang yang ada bagi
pembangunan diri,” katanya.

“Usaha serta program pembudayaan amalan membaca perlulah disusun secara sistematik dan diperluas ke
segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.
“Untuk mencapai tujuan ini, kita perlu memastikan industri buku di negara kita berdaya saing dan dapat
memenuhi kehendak pembaca khususnya sebagai persediaan kita mengharungi Revolusi Industri 4.0.

“Bagi membudayakan amalan membaca, usaha untuk menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti dan memenuhi
keperluan negara memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama golongan penulis, editor dan penerbit
buku perlu dilibatkan secara aktif dalam inisiatif ini.

PANDUAN UMUM ITEM BAHAGIAN B

3
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SPM 2022 TING. 4

 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah


karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah
perkataan.
ARAHAN SOALAN
BAHAGIAN B  CALON TIDAK BOLEH MENULIS LEBIH DARIPADA 500
PATAH
 MAKSIMUM LEBIH = 10 PATAH

 DOMAIN AWAM
 DOMAIN KERJAYA
DOMAIN SOALAN  DOMAIN PENDIDIKAN
 DOMAIN PERIBADI

MESTI ADA ‘SITUASI’


 Isu
BENTUK SOALAN  Penyelesaian masalah
 Soalan berdasarkan 18 tema DSKP

5 PERENGGAN :
 Pendahuluan (100 patah)
 Fakta 1 (100 patah)
 Fakta 2 (100 patah)
PEMERENGGANAN  Fakta 3 (100 patah)
 Kesimpulan (100 patah)

***JUMLAH KATA = 500 PATAH

3 FAKTA/IDEA
CADANGAN FAKTA  Fakta 1
***tidak terhad  Fakta 2
 Fakta 3

5 AYAT :
CADANGAN AYAT SETIAP  APA (A1)
PERENGGAN FAKTA  MENGAPA (A2)
[FORMULA ‘AMBIK’]  BAGAIMANA (A3)
 IMPAK (A4)
 KESIMPULAN (A5)
 Tugasan (T)
 Idea (I)
ASPEK PENSKORAN
 Bahasa (B)
 Pengolahan (P)
BAHAGIAN B
[70 markah]

4
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SPM 2022 TING. 4

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

1. DOMAIN AWAM
Kitar semula merupakan amalan yang sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian bagi
mengurangkan bahan-bahan buangan, penggunaan bahan mentah baharu, penggunaan tenaga, pencemaran, dan
pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barangan baharu daripada bahan mentah.
Namun persoalannya, sejauh manakah amalan kitar semula ini dipraktikkan oleh masyarakat kita pada hari ini?
Jika dilihat daripada jumlah timbunan sampah yang dilupuskan di tapak-tapak pelupusan sampah pada setiap hari,
ia jelas mencerminkan bahawa tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula masih lagi
terlalu rendah.
Malah, diianggarkan secara purata rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 33, 000 tan sisa pepejal pada setiap
hari. Ini bermakna sisa pepejal yang dihasilkan adalah kira-kira 12 juta tan metrik setahun. Daripada jumlah ini
pula dianggarkan sekurang-kurangnya 95-97 peratus daripada semua sisa pepejal di Semenanjung Malaysia
sahaja adalah berakhir di tapak pelupusan, manakala hanya tiga hingga lima peratus sahaja yang diproses di
kilang-kilang kitar semula.
Sumber: Utusan Malaysia , 04 Januari 2016

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa aktiviti kitar semula merupakan kaedah terbaik untuk
mengurangkan sampah sisa pepejal. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan
masyarakat mengamalkan kitar semula kerana kesedaran terhadap amalan tersebut masih rendah.
Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana bagi menggalakkan
masyarakat mengamalkan kitar semula. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Usaha-usaha
Menggalakkan Amalan Kitar Semula’.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

2. DOMAIN KERJAYA

KUALA LUMPUR- Kita biasa mendengar maklumat tentang pekerja kolar biru dan kolar
putih tetapi ada satu lagi bidang pekerjaan yang mungkin kurang diberi perhatian, iaitu ‘kolar
baharu.’ Kerjaya kolar baharu seperti tukang paip, juruelektrik dan tukang gunting rambut
mungkin dianggap sebagai kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi tidak lagi pada waktu
sekarang.
Dipetik daripada ‘Prospek Cerah Kerjaya ‘Kolar Baharu’ di Malaysia,
Berita Harian Online, 13 Februari 2020

Petikan akhbar di atas menerangkan bahawa bidang kerjaya berasaskan kemahiran yang
dahulunya dipinggirkan kini sudah berjaya membuka mata pelbagai pihak tentang
kepentingannya. Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah banyak
menawarkan peluang pendidikan dalam bidang kemahiran kepada murid-murid.
Jelaskan langkah-langkah yang harus dilakukan bagi menarik minat golongan muda untuk
memilih bidang kerjaya berasaskan kemahiran.

5
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SPM 2022 TING. 4

3. DOMAIN PERIBADI
Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang pesat membangun dan sedang
menghadapi cabaran ke arah pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu, sangat
bergantung kepada golongan belia. Sejak kemerdekaan negara, belia di negara kita telah
berperanan menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara.

Dipetik daripada ‘Hari Belia Malaysia: Apa Perlu Ada dalam Jiwa Anak Muda?’
Oleh Mohammad Rizan Hassan,
Astro Awani.com. 16 Mei 2019

Petikan di atas menyatakan bahawa golongan belia merupakan individu yang amat penting
kepada negara. Golongan belia termasuklan remaja perlu diberi perhatian sewajarnya agar
mampu mengharungi cabaran pada masa depan.

Huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh golongan remaja untuk mengharungi
kehidupan yang sangat mencabar ini.

4. DOMAIN PENDIDIKAN

Pada era globalisasi dan modenisasi ini, kebaikan amalan menabung dalam kalangan
masyarakat tidak dapat disangkal lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana kehidupan rakyat
Malaysia dilihat kian terbeban dengan kos hidup yang meningkat. Masyarakat dilihat kurang
memberikan respons yang baik atau tidak berminat terhadap amalan menabung walaupun
kaedah menabung kini adalah selamat dan terjamin berbanding dengan masa lalu.

Dipetik daripada ‘Kebaikan Amalan Menabung dalam Kalangan Masyarakat’


ipendidikan.my, 20 Mac 2020

Petikan di atas membincangkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang
masih berada pada tahap rendah. Terdapat segelintir masyarakat yang kurang memberikan
tumpuan terhadap amalan menabung dalam kehidupan harian mereka. Oleh hal yang demikian,
pendidikan kewangan perlu disebarluaskan bagi mengatasi senario tersebut.

Berikan pendapat anda tentang kepentingan amalan menabung demi masa depan.

6
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SPM 2022 TING. 4

TUGASAN INDIVIDU
1. Tulis kerangka karangan dalam borang pengurusan grafik yang disediakan. (dibenarkan menaip/tulisan tangan)
2. Sila lekatkan tugasan dalam buku karangan.
3. Anda dibenarkan mengakses maklumat dalam enjin carian google.

SOALAN 1 : DOMAIN AWAM


Usaha-Usaha Menggalakkan Amalan Kitar Semula
APA MENGAPA BAGAIMANA IMPAK KESIMPULAN
FAKTA 1:
FAKTA 2 :
FAKTA 3:

SOALAN 2 : DOMAIN KERJAYA


Langkah-Langkah Yang Harus Dilakukan Bagi Menarik Minat Golongan Muda Untuk Memilih Bidang Kerjaya Berasaskan Kemahiran

APA MENGAPA BAGAIMANA IMPAK KESIMPULAN


FAKTA 1:
FAKTA 2 :
FAKTA 3:

SOALAN 3 : DOMAIN PERIBADI


Persediaan-Persediaan Yang Perlu Dilakukan Oleh Golongan Remaja Untuk Mengharungi Kehidupan Yang Sangat Mencabar Ini
APA MENGAPA BAGAIMANA IMPAK KESIMPULAN
FAKTA 1:
FAKTA 2 :
FAKTA 3:

SOALAN 4 : DOMAIN PENDIDIKAN

7
FORMAT PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SPM 2022 TING. 4

Kepentingan Amalan Menabung Demi Masa Depan


APA MENGAPA BAGAIMANA IMPAK KESIMPULAN
FAKTA 1:
FAKTA 2 :
FAKTA 3:

You might also like