You are on page 1of 21

ESEI

PENGAJIAN AM
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU ARIF
GURU MATA PELAJARAN “PENGAJIAN AM”
SAMT SULTAN HISAMUDDIN
PROSES MENULIS ESEI

• Proses menulis esei akan lancar sekiranya


pelajar dapat menguasai topik pembelajaran
yang lepas.
• Pelajar perlu sentiasa ingat “SAYA MENJAWAB
SOALAN YANG DITANYA”
CIRI KARANGAN YANG BAIK

Mempunyai 3 bahagian
• 1 perenggan PENGENALAN
• 5 perenggan IDEA bersama huraian
• 1 perenggan Penutup
MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN

• Isu Soalan (IS)


• Fokus Isu (FI)
• Kata Tugas (KT)
• Kombinasi Jawapan (KJ)
- 5+0 atau 0+5
- 2+3 atau 3+2
- 1+4
CONTOH SOALAN 1

Industri desa penting kepada masyarakat


setempat. Usaha-usaha berterusan perlu
dilaksanakan untuk memajukan industri
tersebut. Bincangkan.
MENULIS PENGENALAN/PENDAHULUAN

• Pengenalan sebahagian dari format, tiada markah spesifik


• Untuk rangsang pembaca
• Pengenalan tidak seharusnya dimasukkan idea esei
• Memadai olah ayat dari soalan
• 2 ayat sahaja
PENGENALAN:

(A1) Industri desa mempunyai banyak kepentingan


kepada masyarakat setempat jika dimajukan. (A2) Oleh
itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk
memajukan industri ini.

A1 – menjurus kepada FS1


A2 – menjurus kepada FS2
PERENGGAN IDEA MESTI

1.IDEA – sesuai dan tepati kehendak soalan


2.Huraian – kena bersifat matang dan
menjelaskan idea dengan mendalam
3.Contoh – yang sesuai dengan huraian dan
berkaitan kehendak soalan
PENULISAN AYAT IDEA

AYAT FORMULA FS + ISU SOALAN + ialah + idea


IDEA

Ayat 1 Kepentingan pertama industri desa


kepada masyarakat ialah meningkatkan
peluang pekerjaan.
PENULISAN AYAT HURAIAN

AYAT FORMULA Hal ini demikian kerana + idea


HURAIAN dipasifkan + pelaku/sasaran + impak
Ayat 2 Hal ini demikian kerana peningkatan
peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat dapat mengurangkan
penghijrahan golongan muda ke bandar.
PENULISAN AYAT CONTOH

AYAT CONTOH FORMULA Sebagai contoh + idea dipasifkan +


bukti sesuai + isu soalan
Ayat 3 Sebagai contoh, peningkatan peluang
pekerjaan dalam industri kraf tangan
dan industri berasaskan makanan dapat
memajukan industri desa.
PENULISAN AYAT PENEGASAN

AYAT FORMULA Tegasnya, idea + FS + isu soalan


PENEGASAN
Ayat 4 Tegasnya, meningkatkan peluang
pekerjaan merupakan kepentingan
industri desa kepada masyarakat
CONTOH PERENGGAN 1
Kepentingan pertama industri desa kepada masyarakat
ialah meningkatkan peluang pekerjaan. Hal ini
demikian kerana peningkatan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat dapat mengurangkan penghijrahan
golongan muda ke bandar. Sebagai contoh, peningkatan
peluang pekerjaan dalam industri kraf tangan dan industri
berasaskan makanan dapat memajukan industri desa.
Tegasnya, meningkatkan peluang pekerjaan merupakan
kepentingan industri desa kepada masyarakat.
MENULIS PENUTUP

• Penutup juga merupakan sebahagian dari format


• Menyimpulkan atau menyatakan pendirian atau
rumusan
• Ringkas, jelas, dan padat
• 2 ayat
APA NAK TULIS?

• Membuat penegasan/pendirian tentang isu


dalam soalan
• Harapan kita berkaitan isu soalan
• Kita juga boleh beri cadangan berkaitan isu
soalan
PENUTUP

(A1) Kesimpulannya, industri desa penting untuk


meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat. (A2)
Oleh itu, usaha semua pihak perlu untuk memajukan
industri ini agar standing dengan industri lain.

A1 – penegasan
A2 – harapan/cadangan
CONTOH SOALAN 2

Pendidikan dalam aliran teknik dan vokasional


merupakan pendidikan asas kemahiran yang penting
untuk pembangunan masa depan negara. Namun,
demikian, pendidikan dalam aliran ini juga
menghadapi kekangan yang menghalang
perkembangannya. Huraikan.
PENGENALAN

(A1) Pendidikan dalam aliran teknik dan


vokasional merupakan pendidikan asas
kemahiran yang penting untuk pembangunan
masa depan negara. (A2) Namun begitu,
kekangan yang wujud dalam pendidikan aliran ini
telah menghalang perkembangannya.
CONTOH PERKEMBANGAN IDEA:

(Apakah?) Kepentingan pertama pendidikan aliran teknik dan


vokasional untuk pembangunan masa depan negara ialah meningkatkan tenaga
separuh mahir. (Kenapa?) Pendidikan teknik dan vokasional berupaya
melahirkan bakal tenaga kerja bagi memenuhi peluang pekerjaan masa
depan negara. (Bagaimana?) Peningkatan tenaga separuh mahir dapat
dilakukan dengan memberi penekanan kepada amali atau latihan kepada
pelajar. (Akibatnya?) Hal ini mengakibatkan graduan pendidikan ini cekap
dalam aspek teknikal, berinisiatif dan berkeyakinan dalam menghadapi
perubahan teknologi untuk kehidupan seharian.
PENUTUP

(A1) Pendidikan teknik dan vokasional menjadi salah satu


pemangkin ekonomi negara. (A2) Oleh itu, generasi muda
perlu disemai dengan sikap dan norma kehidupan yang baik
agar mereka mampu menjadi pekerja berkemahiran tinggi.

A1 – penegasan
A2 – harapan/cadangan
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like