You are on page 1of 15

Amali Minggu 6

Struktur dan Fungsi Saraf Pusat dan Pinggir

Struktur dan Fungsi Saraf Pusat


Terdiri daripada : 1. Otak - serebrum - serebelum - medula oblongata - hipotalamus - talamus 2. Saraf tunjang

Otak
Otak manusia berfungsi sebagai pusat koordinasi dan kawalan untuk : 1. Menerima maklumat dalam bentuk impuls saraf.

2. Menganalisis maklumat 3. Mengintegrasi maklumat 4. Menyimpan maklumat 5. Memberi arahan dalam bentuk impuls saraf

Otak terbina daripada sel sel saraf yang dinamakan neuron. Bahagian luar otak terdiri daripada jirim kelabu ( yang mengandungi badan sel neuron ) Bahagian dalamnya terdiri daripada jirim putih ( yang mengandungi gentian neuron )

Serebrum
mengawal aktiviti mental seperti pemikiran, ecerdasan akal, peringatan, pembelajaran, penaakulan, dan penyelesaian masalah. Mengesan deria seperti sakit, sentuhan, suhu, penglihatan, pendengaran, rasa dan bau. Mengawal pengecutan otot terkawal.

Serebelum
berfungsi untuk mengawal dan menyelaras pergerakan badan, iaitu mengkoordinasikan pengecutan otot ( otot licin dan otot kardium ) Mengawal keseimbangan badan.

Medula oblongata
mengawal atur tindakan luar kawal seperti kadar denyutan jantung, peristalsis, tekanan darah, pernafasan dan pengawalan saiz salur darah. Merupakan pusat refleks bagi muntah, batuk, bersin dan menelan.

Hipotalamus
sebagai pusat pengawalan persekitaran, iaitu kawal atur homeostasis. Mengawal suhu badan, keseimbangan air dalam badan, emosi, penguraian lemak dan karbohidrat. Mengawal perembesan kebanyakan hormon dalam badan bersama dengan kalenjar pituitari.

Talamus
merupakan pusat integrasi maklumat yang utama. Terlibat dalam persepsi kesakitan dan keseronokan. Menerima maklumat daripada serebrum dan bahagian otak lain yang mengawal emosi.

Saraf tunjang
berterusan dari medula oblongata dan dilindungi oleh turus vertebra. Terdiri daripada jirim putih di bahagian luar dan jirim kelabu yang berbentuk H di bahagian dalam. Saraf spina terbahagi kepada dua akar sebelum bersambung dengan saraf tunjang.

Akar dorsal bersambung dengan bahagian dorsal saraf tunjang sedangkan akar ventral bersambung dengan bahagian ventral saraf tunjang. Di tengah saraf tunjang terdapat salur pusat yang mengandungi cecair serebrospinal.

Fungsi : 1. menghubungkan otak dengan sistem saraf periferi / pinggir. 2. mengawal tindakan refleks.

Struktur dan Fungsi Saraf Pinggir


terdiri daripada saraf yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan reseptor dan efektor yang sepadan. terdiri daripada : 1. saraf kranium 2. saraf spina

Saraf kranium
keluar dari otak. Menghubungkan otak dengan : 1. organ deria ( mata, telinga dan hidung ) 2. efektor ( otot atau kalenjar pada kepala)

Saraf spina
keluar dari saraf tunjang. Menghubungkan saraf tunjang dengan 1. organ deria 2. efektor pada toraks, abdomen, dan anggota badan.

You might also like