You are on page 1of 8

LAPORAN STOR SUKAN

Nama Sekolah

: SK Seri Melati, Johor Bahru, Johor

Nama Guru Pelatih : 1. Thanaletchumy A/P Ramesamy 2. Menaga A/P Naagayar

Kami telah menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Melati. Sekolah tersebut mempunyai dua bilik pengurusan sukan. Iaitu stor digunakan untuk menyimpan peralatan sukan yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan satu lagi stor digunakan untuk menyimpan peralatan yang digunakan untuk Hari Sukan.Kedua-dua setor ini terletak di hujung bangunan akademik dan ia berhampiran dengan padang. Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam Pengurusan stor ini.

Kekuatan Terdapat dua setor untuk pengurusan sukan. Walaupun kedua-dua bilik tidak begitu luas tetapi boleh menampung banyak peralatan. Bilik ini mempunyai pintu yang dikunci dengan palang besi. Ia dapat mengelakkan pencerobohan. Bilik ini juga dilengkapi dengan kipas dan lampu yang mencukupi. Suis lampu dan kipas diletak di hadapan bilik. Boleh gunakan kemudahan elektrik jikalau memerlukannya. Kipas yang terdapat disana juga boleh digunakan di astaka semasa berlangsung sesuatu program. Kipas dan lampu berada dalam keadaan yang baik. Bilik stor ini mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Guru PJ iaitu En.Rafee sentiasa memastikan tingkap dan pintu bilik stor dibuka bagi udara dan cahaya memasuki bilik stor untuk menghilangkan bau habuk. Ada juga poster yang berkaitan dengan sukan dalam setor itu. Mereka penggunaan bilik stor di hadapan pintu. Kelemahan juga menampal peraturan

Bilik Stor ini hanya mempunyai satu pintu masuk dan tiada pintu keluar yang lain. Ini menyebabkan wujudnya masalah jika berlaku sebarang kecemasan sewaktu berada dalam bilik tersebut.ukuran pintu masuk bilik tersebut adalah tidak begitu luas. Bilangan peralatan di stor tidak cukupi untuk menjalankan sesuatu pengajaran harian. Sebagai contohya, bola, skital, tali skipping dan tilm nipis. Kebanyakkan peralatan tidak susun selepas digunakan. Guru memberi tugas menyimpan alatan pada murid tapi murid tidak menyimpan dengan baik. Mereka mencampak peralatan meratarata tempat dan tidak menyimpan di tempat yang sepatutnya. Tempat letak peralatan dan rak pula penuh dengan habuk. Raknya tidak mempunyai label. Ini menyebabkan murid mencampak atau menyimpan peraatan di merata-rata tempat. Peralatan yang tidak digunakan juga masih disimpan dan ini menyebabkan kawasan sekitar dalam bilik tersebut menjadi begitu sempit. Selain itu dalam stor ini mempunyai buku rekod keluar-masuk peralatan. Tetapi buku itu tidak digunakan oleh guru semasa ambil peralatan dalam stor. Ianya menjadi satu perhiasan sahaja dalam bilik stor ini.

Cadangan Penambahbaikan Dalam hal ini Ketua Panitia PJ perlu memainkan peranan mereka. Ketua panitia PJ boleh mengunakan duit yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membeli peralatan sukan. Kerajaan memperuntukkan lebih kurang RM 2900 setahun untuk membeli peralatan sukan. Beliau perlu mengunakan duit itu sepenuhnya untuk meningkat taraf bilik setor ini. Contoh alatan yang tidak mencukupi ialah bola tampar, bola sepak, tilam nipis dan sebagainya Guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani perlu menjalankan tugas mereka. Mereka perlu mencatat bilangan peralatan yang mereka ambil dari stor dalam buku rekod peralatan.Ini untuk mengelakkan buku itu menjadi satu hiasan di bilik stor.Cara ini juga dapat mengelakkan berlakunya kehilangan atau kekurangan peralatan. Mereka juga Mereka perlu boleh menyimpan meminta alatan dengan tersusun selepas untuk

menggunakannya.

pertolongan

daripada

murid

menyimpan alatan tapi pastikan mereka menyimpannya dengan baik dan teratur. Dengan kerjasama semua guru PJ dan murid mereka perlu membuat tagging nama untuk rak-rak di dalam bilik stor ini. Ini akan memudahkan guru dan murid untuk

menyusun alatan mengikut nama itu dan tidak perlu meleta di merata-rata tempat. Mereka juga boleh meminta murid untuk membuat gotong-royong sebulan sekali di stor ini. Ini dapat memastikan bilik stor ini senantiasa dalam keadaan yang bersih. Guru yang bertanggungjawab dengan kerjasama pihak sekolah boleh menceriakan bilik stor ini dengan papan kenyataan. Papan kenyataan itu boleh dilengkapi dengan carta organisasi jadual bertugas info sukan yang dapat memberi manfaat kepada murid. Selain itu, dengan inisiatif panitia PJ atau guru PJ mereka boleh menubuhkan ahli jawatankuasa di kalangan murid bagi menjaga kebersihan bilik dan peralatan yang terdapat di sana. Guru Panitia Pendidikan Jasmani harus memeriksa keadaan bilik stor setiap sebulan dan membuat pelupusan pada alatan yang rosak dan tidak boleh guna lagi.

Tindakan susulan : Kami telah berunding dengan Guru Panitia Pendidikan Jasmani, En.Mohd Zaidy tentang hal stor sukan. Kami telah memberitahu cadangan penambahbaikan kepadanya bagi membaiki alatan sukan dalam bilik stor. Beliau bersetuju dengan cadangan kami dan berusaha melaksanakan cadangan- cadangan itu .Kami juga menyusun atur alatan mengikut tempat yang betul. Disediakan oleh,

Menaga A/P Naagayar

Thanaletchumy A/P Ramesamy Guru Pelatih IPG KTI

Laporan Stor Sukan

Nama Sekolah

: SK Seri Melati, JB

Nama Guru Pelatih : Menaga A/P Naagayar 890515-05-5072

Thanaletchumy A/P Ramesamy 890314-08-5068

Tarikh Praktikum

: 21 Mac 2011 15 April 2011

Buku rekod penggunaan alatan

Rak kayu hoki

Tilam dan

payung

Gelung

Raket,skitel dan bola

Roller

Bibs

Pita pengukur

You might also like