You are on page 1of 48

PENGENALAN

Pemimpin yang dilantik perlu mempunyai kemahiran mentadbir dan mengurus sesebuah persatuan Mengurus kewangan, surat-menyurat, menyimpan fail,mengadakan mesyuarat dan tentukan kehendak persatuan dilaksanakan dengan baik Kemahiran mentadbir dan mengurus persatuan ditumpukan kepada tiga aspek: sistem fail, surat rasmi, komunikasi rasmi melalui media elektronik

SISTEM PENGURUSAN FAIL


Sistem Pengurusan Fail (SPF) - sebahagian daripada Sistem Pengurusan Maklumat (SPM). SPF mempunyai protokol, undang-undang, akta dan peraturan pentadbiran yang mengawalnya.
Akta Arkib Negara Bil. 44/1966 (AAN) Akta Rahsia Rasmi 1972 (ARR) Peruntukan Undang-Undang Bahagian 'A' (PU.A) Arahan Perkhidmatan (AP).

APA ITU FAIL


Berasal dari perkataan Latin: Fillum (seutas benang untuk mengikat dokumen supaya tidak tercicir). Satu folder dimana di dalamnya surat-suratan disusun dengan cermat dan teratur, diberi tajuk, nombor, didaftar dan diindekskan. Alat yang dinomborkan dan didaftarkan mengikut kaedah tertentu digunakan untuk menyimpan dokumen yang berkaitan. Tindakan memasukkan dokumen ke dalam alat tersebut.

SISTEM FAIL
Sebahagian daripada pengurusan rekod yang melibatkan penyusunan dan penyimpanan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dan diperolehi dengan cepat apabila diperlukan. Setiap organisasi memerlukan penyimpanan rekod yang baik untuk rujukan. Faktor mustahak mengenai perkhidmatan, data pekerja, data statistik, produk, perlu didapatkan melalui fail yang disimpan secara sistematik.

KEPENTINGAN SISTEM FAIL


Semua rekod dapat disimpan secara terurus dan sistematik. Rekod atau maklumat dapat diperoleh dengan segera apabila dikehendaki Tindakan yang perlu dapat diambil dengan segera. Memudahkan pengganti yang mengambil alih tugas-tugas yang ditinggalkan.

Pengetahuan mendalam mengenai sistem fail akan meningkatkan kecekapan organisasi. Seseorang pengurus mesti tahu:teknik penyimpanan fail. rekod-rekod pentadbiran sistem penyimpanan rekod yang diamalkan peralatan yang patut disediakan personel yang menyelenggarakan fail.

TARAF KESELAMATAN FAIL


TERBUKA TERHAD SULIT RAHSIA RAHSIA BESAR

WARNA KULIT FAIL


TERBUKA TERHAD SULIT RAHSIA RAHSIA BESAR -Putih -Putih dan tercatat perkataan terhad -Hijau dan tercatat perkataan sulit -Merah jambu berpalang dan tercatit perkataan rahsia -Kuning & berpalang merah dan tercatat perkataan rahsia besar

JENIS FAIL
1. FAIL "HOUSEKEEPING" Diwujudkan untuk melaksanakan dan melicinkan pentadbiran. Rekod-rekod mengenai aktiviti pentadbiran Lima kategori utama seperti berikut:Pentadbiran Am Bangunan dan Harta Kelengkapan dan Bekalan Kewangan Perkhidmatan dan Personel FAIL FUNCTIONAL Diwujudkan dan digunakan oleh Bahagian Operasi untuk menjalankan kerja harian yang berkaitan dengan aktiviti mereka. Perkara berkaitan dengan urusan aktiviti kerja harian yang ada kaitan dengan aset seperti penggunaan mesin, jeti, kerja penyelenggaraan yang dilakukan setiap tahun (routine), kebombaan, keselamatan.

2.

KOD FAIL KAEDAH NOMBOR


Banyak digunakan kerana mudah diseragamkan, terutamanya jika jabatan mempunyai banyak bahagian, unit-unit dan subsub unit di bawah pentadbirannya. Di sekolah, adalah dicadangkan supaya menggunakan Kaedah Nombor supaya mudah pihak-pihak tertentu berurus dengan sekolah.

Nombor fail disusun mengikut level (aras) fail tersebut. Ada jabatan yang menggunakan abjad dan diikuti dengan nombor dan ada pula nombor sahaja.

KOD FAIL KAEDAH ABJAD


Fail disusun di bawah huruf mengikut susunan abjad perkataan pertama bagi tajuk fail, (lihat huruf kedua, ketiga dan seterusnya untuk tertib susunan fail). Fail mudah disemak dan dicari kerana wujudnya indeks bagi sesebuah fail tersebut.

Berikut ialah contoh bentuk level fail : i. Level 1 Fail Utama :01 ii. Level 2 Fail Perkara :01/01 iii. Level 3 Fail Aktiviti :01/01/01
Contoh: Level 1 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10

FAIL UTAMA Asrama Hal Ehwal Murid Kemudahan Fizikal Kewangan dan Akaun Kokurikulum Kurikulum Pentadbiran Am Sekolah Perhubungan Masyarakat Perjawatan dan Perkhidmatan Kakitangan Pelbagai (Perkara-perkara yang tidak dapat dikategorikan dari 01 09)

Contoh: Nombor; Level I 01 - Asrama Level II 01 / 07 - Peraturan Asrama Level III 01 / 07 / 001 - Kebenaran Keluar Asrama Abjad dan nombor ; Level I ASR - Asrama Level II ASR / 07 - Peraturan Asrama Level III ASR / 07 / 001 - Kebenaran Keluar Asrama

KOD FAIL

01/01/001
Tajuk Utama Contoh: Tajuk Perkara Aktiviti Kod Fail Perkara Aktiviti

- Kurikulum - Peperiksaan - PMR - 01/01/001

KULIT FAIL
Mengandungi maklumat berikut:
i. Nama Organisasi ii. Kod Fail iii. Perkara iv. Tarikh Kandungan Pertama v. Tarikh Kandungan Terakhir vi. Rekod Pergerakan Fail

Dari bahan kertas yang tebal dan tahan lasak serta boleh menampung sekurang-kurangnya 100 salinan surat

Jika menggunakan tali fail (tali hijau), pastikan tali tersebut tahan dan dimasukkan melalui kedua-dua bahagian fail. Bahagian sebelah kanan untuk surat dan bahagian sebelah kiri untuk Kertas Minit
Warna Kulit Fail hendaklah selaras dengan pengelasan fail. Umumnya di sekolah kulit fail adalah berwarna putih kerana fail-fail di sekolah lebih kepada pengelasan terhad dan terbuka. Saiz kulit fail dicadangkan supaya seragam, iaitu 36 cm x 24 cm di muka hadapan dan 36 cm x 35 cm di muka belakang (temasuk 8 cm sebagai ' flap')

KEPERLUAN TERHADAP SISTEM FAIL YANG BAIK


KEPADATAN Seboleh-bolehnya menggunakan ruang yang minima Mudah untuk dirujuk Menentukan sistem penyimpanan fail dengan kos yang minima Bagi maksud pembesaran yang di hadapan

ASESIBILITI EKONOMI -

KEANJALAN

LOKASI

- Hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dan segera diperolehi tanpa berlengah - Supaya memberi kemudahan dalam mengesan lain-lain dokumen yang bersangkutan atau dapat dicari di bawah berbagai tajuk
- Bagi membolehkan fail-fail yang tidak lagi aktif dipindahkan

RUJUKAN SILANG

RETENTION

KLASFIKASI

- Untuk memberi kemudahan didalam membuat rujukan

PERKARA LAIN MENGENAI SISTEM FAIL


1. Sampul kecil
Fail tidak dapat dikesan dengan serta merta untuk tindakan segera Sebagai langkah sementara Bila fail asal dijumpai, sampul kecil dan kandungannya dimasukkan ke dalam fail tersebut.

2. Kertas minit
Dikepilkan pada bahagian dalam kulit fail Merekodkan dokumen yang dimasukkan dalam fail

PENUTUPAN FAIL
Fail mengandungi 100 kandungan atau tebal 1 inci (yang mana lebih awal). Fail dianggap terlalu tebal walaupun kurang 100 kandungan (1 inci) Catatkan bil. jilid pada nombor rujukan dan buka fail lain dengan menggunakan jilid 2 dan sebagainya. Kod fail masih sama tetapi surat atau kandungannya dimulakan dengan nombor 01.
SMTM-PSS 01 / 04 / 01 / 001 / Jld. 2 (01)

Apabila fail asal ditutup, kulit fail itu hendaklah dicatat: DITUTUP JILID 2 DIBUKA

PENYIMPANAN FAIL
Disimpan di tempat yang selamat- tidak rosak, tidak mudah musnah, terkawal dari segi maklumat dan tidak hilang. Menjaga maklumat daripada rosak, musnah, hilang atau jatuh kepada orang yang tidak berkaitan. Disimpan di tempat yang kering dan ada aliran udara. Fail-fail terbuka boleh disimpan di rak fail yang diperbuat daripada besi. Jika rak diperbuat daripada kayu, pastikan kayu tersebut telah dibubuh ubat anai-anai.

Fail terhad hendaklah disimpan di kabinet dan fail sulit di tempat yang berasingan daripada failfail terhad dan terbuka. Kawasan penyimpanan fail hendaklah menjadi kawasan larangan bagi mereka yang tidak berkenaan. Bagi fail Rahsia Besar, Rahsia dan Sulit, sediakan buku pendaftaran berasingan/indeks berasingan bagi mengawal pergerakan fail-fail tersebut. Fail yang telah ditutup disimpan berasingan dengan fail-fail lain.

PROSEDUR MENULIS SURAT RASMI

JENIS SURAT RASMI YANG BIASA DI PERINGKAT SEKOLAH


SURAT PANGGILAN MESYUARAT SURAT PEMBERITAHUAN SURAT MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN SURAT MEMANGGIL PENCERAMAH

Perkara Asas Dalam Surat Rasmi


1. Logo, nama dan alamat sekolah/persatuan. 2. Nombor fail (rujukan kami dan rujukan tuan) 3. Tarikh 4. Alamat penerima 5. Perkataan Melalui 6. Mengadap atau membuka surat

Perkara Asas Dalam Surat Rasmi


7. Perkara (tujuan surat itu ditulis) 8. Kandungan surat (seringkas mungkin) 9. Ucapan terima kasih dan penghargaan 10. Cogan kata (jika perlu) 11. Yang menurut perintah/Yang menjalankan tugas 12. Tandatangan 13. Nama dan jawatan

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


1. Kepala Surat Bercetak
Hanya perlu digunakan pada muka surat pertama sahaja.

Kepala Surat
PERSATUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LANGKAWI, 07000 LANGKAWI KEDAH.

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


2. Nombor Rujukan Tulis nombor rujukan fail sendiri (rujukan kami) Jika menjawab surat, perlu dicatat nombor rujukan pengirim (rujukan tuan) di bahagian atas rujukan kami.

Nombor Rujukan
PERSATUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LANGKAWI, 07000 LANGKAWI KEDAH.

Ruj. Tuan : Ruj. Kami: 06/09/001/(14)

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


3. Tarikh Tidak perlu dicatat hb. atau hari bulan di hadapan angka, cth : 17hb Ogos 2003. (b) Dua cara untuk menulis bulan : (i) Semua huruf besar, cth : OGOS (gaya KPM). (ii) Huruf besar pada huruf pertama sahaja, cth :Ogos (gaya INTAN).

TARIKH
PERSATUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LANGKAWI, 07000 LANGKAWI KEDAH.

Ruj. Tuan : Ruj. Kami: 06/09/001/(14) Tarikh : 2 September 2003

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


4. Alamat Penerima Perkataan "kepada" tidak perlu ditulis.

Taip (u.p.........................................................) untuk tindakan pegawai yang berkenaan. Semua baris ditaip dari tepi sebelah kiri tanpa menggunakan indensi.

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


5. Perkataan "Melalui Perkataan "Melalui Guru Besar atau Pengetua" ditulis jika surat keluar dari persatuan di sekolah kepada agensi luar. Surat ini ditandatangani oleh penasihat/pengerusi persatuan. Jika surat ini ditandatangani oleh Guru Besar atau Pengetua, perkataan "melalui" tidak perlu.

Perkataan "melalui" ditulis di sebelah bawah alamat penerima

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


6. Mengadap atau Pembukaan Surat Menggunakan perkataan penghormatan seperti tuan/puan, Ybhg. Dato', Yang Berhormat dan sebagainya.

Jarak di antara alamat dengan pembukaan surat ialah empat jarak antara barisan (spacing).

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


7. Tajuk Surat Jarak di antara tajuk surat ialah dua barisan di bawah mengadap atau pembukaan surat.

Tidak perlu ditulis perkataan "PER" atau "PERKARA", hanya memadai dengan menggariskan di bawah tajuk atau perkara.
Tajuk surat ditaip huruf besar bagi huruf pertama setiap perkataan.

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


8. Pembukaan dan Kandungan Surat Jarak di antara pembuka surat dengan tajuk ialah dua barisan. Pembukaan surat dan perenggan pertama tidak perlu ditulis nombor. Penulisannya bermula dari tepi sebelah kiri surat. Perenggan kedua, ketiga dan seterusnya perlu ditulis nombor seperti 2, 3 dan seterusnya. Jarak di antara perenggan ialah dua barisan.

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


Apabila menggunakan perenggan yang mempunyai dua atau lebih peringkat pecahan, pemberian nombor menggunakan peringkat pecahan pertama seperti 2.1, 2.2. 2.3 dan seterusnya. Huruf abjad atau huruf roman juga bo!eh digunakan. Pecahan perenggan tidak boleh melebihi dua peringkat. Elakkan menggunakan ayat yang panjang, berbunga-bunga dan meleret-leret.

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


9. Cogan Kata Cogan kata menggunakan semua huruf besar, contohnya 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'. Baris seterusnya ditulis dengan perkataan "yang menjalankan tugas" dan sebagainya. Jarak dua barisan dan tidak menggunakan indensi.

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


10. Tandatangan, Nama dan Gelaran Jawatan Jaraknya ialah empat barisan di bawah cogan kata. Nama pengirim ditulis dengan huruf besar dan dalam kurungan. Contoh-nya: (AB. ALIM BIN ABDUL RAH1M). Gelaran Jawatan ditulis dengan huruf pertama bagi setiap perkataan. Nama dan gelaran Jawatan tidak perlu menggunakan indensi.

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


11. Salinan Ditaip dengan perkataan "s.k.". Apabila salinan surat lebih daripada satu, nombor urutan 1, 2, 3 tidak perlu ditulis. Contohnya: s. k. Pesuruhjaya Daerah Guru Besar PK. Kokurikulum Tidak perlu menggunakan indensi.

CARA MENYEDIAKAN SURAT RASMI


12. Kependekan (initial) Nama Penulis dan Jurutaip Ditaip huruf ringkas nama penulis dengan huruf besar dan jurutaip dengan huruf kecil, contohnya AA/na.

Ditaip di bahagian paling bawah di sudut kiri surat.

KOMUNIKASI RASMI MELALUI MEDIA ELETRONIK

KELEBIHAN MENGGUNAKAN E-MEL


1. E-mel sangat mudah dan cepat sampai 2. E-mel juga tidak perlu respons spontan seperti telefon. 3. Si penerima e-mel boleh melakukan tugas-tugas biasa tanpa diganggu oleh emel. 4. Membolehkan komunikasi secara bertulis dilakukan 5. E-mel boleh dihantar kepada banyak penerima.

Sesi Penggunaan E-mel:


1 Melancarkan perisian e-mel, jika terdapat e-mel baharu, ia akan memaklumkan kepada anda. 2 Pilih e-mel yang hendak dibaca dalam peti emel. 3 Balas kepada penghantar atau kirim mesej orang lain. 4 Simpan mesej untuk kegunaan masa hadapan. 5 Karang e-mel baru 6 Kirim e-mel. 7 Hapuskan e-mel yang lama. 8 Tamat perisian e-mel.

Tamat ...

Sekian

You might also like