You are on page 1of 21

BENTUK

KERTAS
Saiz : A4 (210 mm x 297 mm) (semasa merepang, jangan lebih daripada 2 mm) Jenis Salinan pertama hendaklah menggunakan kertas jenis simili dengan berat sekurang-kurangnya 70 gsm. Bagi salinan berikutnya, kertas fotostat atau ofset yang baik mutunya sahaja dibenarkan. Putih sahaja dibenarkan.

PENAIPAN
JENIS HURUF Calon hendaklah menggunakan huruf biasa; hanya pencetak yang bermutu huruf dibenarkan. Calon dinasihatkan supaya menggunakan huruf Times New Roman atau Arial (Arabic) pada keseluruhan tesis (kecuali bahagian yang melibatkan bahasa asing) supaya pindaan senang dilakukan, jika perlu Apabila timbul ketidakpastian tentang jenis huruf yang boleh digunakan, calon boleh merujuk kepada Pusat Pengajian Siswazah. Saiz huruf yang dibenarkan ialah 12 poin. PENAIPAN TAJUK Semua tajuk (kecuali subtajuk) hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR tebal di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Selain itu calon hendaklah mematuhi arahan menaip tajuk-tajuk tersebut mengikut jarak daripada jidar atas. SANTAK TEKS Teks hendaklah ditaip santak kiri kanan SELANG BARIS Satu setengah langkau bagi teks am manuskrip. Satu langkau dibenarkan untuk Pengakuan Penghargaan Abstrak dan Terjemahan Abstrak

Senarai kandungan (Antara tajuk satu setengah langkau dibenarkan) Senarai Jadual dan Ilustrasi Catatan bawah Rujukan Bagi memulakan perenggan baru, baris pertama hendaklah tiga langkau di bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya. PERENGGAN Perenggan yang pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak kiri. Ensotan bagi memulakan perenggan seterusnya ialah pada ketukan yang keenam atau 12.5 mm dari jidar kiri.

CETAKAN DAN PENDUAAN


CETAKAN Pada sebelah halaman sahaja. Semasa menjilid, halaman ini hendaklah diletak di sebelah kanan. PENDUAAN Hasil fotostat atau cetakan ofset yang baik mutunya sahaja akan diterima. Cetakan stensil atau salinan yang menggunakan kertas karbon tidak diterima.

PENJILIDAN
NASKHAH UNTUK PEMERIKSAAN Naskhah-naskhah untuk pemeriksa luar, pemeriksa dalam dan penyelia/penyelia utama bersama/ Jawatankuasa Siswazah hendaklah dijilid oleh calon dengan menggunakan kulit jenis kad manila. NASKHAH AKHIR UNTUK UNIVERSITI Lima (5) hingga tujuh (7) naskhah tesis untuk Universiti hendaklah dijilid oleh calon setelah tesis tersebut diperiksa dan diluluskan oleh Pemeriksa. Satu daripada naskhah tersebut hendaklah salinan asal. Sebelum dijilid calon hendaklah terlebih dahulu membuat segala pembetulan kepada tesis berkenaan jika dikehendaki oleh Jemaah Pemeriksa Siswazah. Tesis berkenaan hendaklah dijilid dengan

menggunakan kulit jenis balakrom dan keterangan pada kulit hendaklah dicetak dengan HURUF BESAR berwarna emas mendapatkan perakuan Pusat Pengajian Siswazah WARNA KULIT Warna kulit hendaklah seperti yang berikut : Diploma Siswazah Sarjana Doktor Falsafah Hitam Merah Tua Biru Tua

KETERANGAN PADA KULIT


DI HADAPAN Maklumat-maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran 18 hingga 24 poin dan mengikut susunan seperti berikut : Tajuk tesis - (Disusun dalam bentuk piramid terbalik 60 mm dari birai atas) [Birai ialah tepi kertas] Nama penuh penulis (Seperti pengenalan/pasport antarabangsa) dalam kad

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (Nama Universiti 60 mm dari birai bawah) Contoh LAMPIRAN A PADA TULANG BELAKANG Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran 18 hingga 24 poin mengikut susunan seperti berikut : Nama penulis (60 mm dari birai atas) Ijazah (Singkatan ijazah dalam bahasa Melayu) (Lihat LAMPIRAN L) Tahun penyerahan naskhah akhir tesis UKM (Singkatan Nama Universiti - 60 mm dari birai

bawah) (Contoh LAMPIRAN B1 DAN LAMPIRAN B2)

PERHATIAN Bagi tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid, perkataan JILID 1, JILID II dan sebagainya hendaklah ditaip melintang di tengah-tengah tulang belakang. (Contoh LAMPIRAN B3)

UKURAN GARIS TEPI


Jidar Atas Jidar Kanan Jidar Kiri Jidar Bawah 30 mm dari birai atas 25 mm dari birai kanan 38 mm dari birai kiri 25 mm dari birai bawah

PERINGATAN Semua tajuk kecuali judul tesis, rujukan dan lampiran hendaklah ditaip 50 mm dari birai atas. Ruang letak jadual dan ilustrasi termasuk keterangan, mestilah mengikut keperluan 2.1 (a). Perenggan terakhir dalam sesuatu halaman hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris teks bertaip. Jika tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru. Perkataan terakhir pada baris terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang. Sesuatu halaman baru kurangnya satu baris teks. hendaklah mengandungi sekurang-

MENOMBORKAN HALAMAN
LETAK NOMBOR HALAMAN Letaknya hendaklah di sudut atas sebelah kanan, 15 mm dari birai atas dan 25 mm dari birai kanan bagi digit terakhir nombor berkenaan. Gunakan jenis huruf yang sama seperti huruf teks, tanpa hiasan. JENIS NOMBOR Halaman permulaan (bermula dari halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil Roman secara berturut-turut : i, ii, iii dan sebagainya. Penomboran bahagian hendaklah dieja dengan HURUF BESAR (misalnya BAHAGIAN SATU). Nombor halaman teks hendaklah menggunakan angka Arab 1, 2, 3, . PERINGATAN Halaman permulaan (halaman judul) dianggap sebagai halaman i tetapi nombornya tidak ditaip. Halaman pertama teks dianggap sebagai halaman 1 tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman pertama setiap permulaan bahagian atau bab, tidak ditulis nombor halamannya tetapi diambil kira bagi menomborkan halaman berikutnya.

TERTIB Susunan dan kandungan tesis hendaklah mengikut tertib seperti yang berikut : HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK

1 2

ABSTRACT (Terjemahan Abstrak) SENARAI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL SENARAI ILUSTRASI SENARAI SIMBOL /SINGKATAN /TATANAMA /ISTILAH TEKS RUJUKAN LAMPIRAN
1

ABSTRACT hendaklah didahului dengan terjemahan judul yang ditaip dengan HURUF BESAR dan dalam bentuk piramid terbalik.
2

Tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid, perlu ada Senarai Kandungan yang lengkap pada setiap jilid.

HALAMAN JUDUL Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat (ditaip satu langkau dengan HURUF BESAR) dan mengikut susunan seperti yang berikut : Judul Tesis (Dalam bentuk piramid terbalik - 60 mm dari birai atas) Nama Penuh Penulis (Seperti pengenalan/pasport antarabangsa) dalam kad

Tujuan tesis dikemukakan (Calon hendaklah menulis satu daripada ungkapan berikut, mana-mana yang berkaitan, dengan menyatakan nama ijazah yang berkenaan). TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH . Nama Fakulti/Institut/Pusat Nama Universiti MALAYSIA) (Tulis UNIVERSITI KEBANGSAAN

Nama kampus tempat calon berdaftar (Calon hendaklah menulis satu daripada yang berikut: BANGI atau KUALA

LUMPUR). Tahun penyerahan naskhah akhir tesis kepada universiti (Dua langkau selepas nama kampus dan 40 mm dari birai bawah) (Contoh LAMPIRAN C1, LAMPIRAN C2 dan LAMPIRAN C3)

PERHATIAN Jika Halaman Judul Ini Ditulis Dalam Bahasa Arab Atau Inggeris, Terjemahannya Dalam Bahasa Melayu Hendaklah Disertakan Pada Halaman Yang Berikutnya. (Contoh Lampiran C3 dan Lampiran C4)

PENGAKUAN Pengakuan hendaklah dimulakan pada halaman baru selepas halaman judul ditaip di tengah-tengah halaman tersebut. Calon dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan seperti yang berikut : PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tarikh Tandatangan Nama Calon Nombor Pendaftaran

atau sekiranya tesis ditulis dalam Bahasa Inggeris, pengakuannya hendaklah ditulis seperti berikut : DECLARATION I hereby declare that the work in this thesis is my own except for quotations and summaries which have been duly acknowledged. Date Signature Name

Registration No. (Contoh LAMPIRAN D) PENGHARGAAN Penghargaan kepada sebarang bantuan yang telah diberi oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyediaan tesis calon hendaklah dirakam di halaman ini dengan perkataan PENGHARGAAN ditaip di tengah-tengah halaman tersebut. Calon tidak digalakkan menulis penghargaan terlalu panjang. Dedikasi tidak dibenarkan. ABSTRAK DAN TERJEMAHANNYA Abstrak dan terjemahannya hendaklah masing-masing dimulakan pada halaman baru selepas penghargaan. Perkataan ABSTRAK hendaklah ditaip 30 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Panjang abstrak hendaklah antara 200 hingga 300 patah perkataan. Pada umumnya penulisan abstrak mestilah bersifat penjelasan maklumat dan tidak bersifat penulisan kritikan. Abstrak biasanya merangkumi maklumat-maklumat berikut : Objektif dan matlamat kajian Perkaedahan kegunaannya kajian seperti kaedah, teknik dan

Penemuan baru seperti teori baru, istilah, tafsiran atau penilaian yang dinyatakan dengan tepat Abstrak tidak merangkumi maklumat berikut : Tambahan, pembetulan atau sebarang maklumat yang tidak terdapat di dalam tesis Jadual, ilustrasi dan rujukan langsung kepadanya Pemerihalan terperinci tentang eksperimen, tinjauan pustaka, organisma, kaedah piawai, teknik dan alat. Rujukan dan sorotan susastera Bagi penulisan dalam bahasa Melayu, abstraknya hendaklah dalam bahasa Melayu dan diikuti dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris berserta judul yang diterjemahkan ditaip 30 mm dari birai atas, satu langkau dan dalam bentuk piramid terbalik sebelum perkataan ABSTRACT.

(Contoh LAMPIRAN E1 DAN LAMPIRAN E2) Bagi penulisan yang dibuat dalam bahasa lain selain daripada bahasa Melayu, abstrak hendaklah dalam bahasa tersebut dan diikuti dengan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Juga perlu disertakan perluasan abstrak dalam bahasa Melayu tidak melebih 1000 patah perkataan. SENARAI KANDUNGAN Senarai kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dengan perkataan KANDUNGAN ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan dan mengandungi senarai bahan yang terdapat dalam kandungan tesis, iaitu tajuk-tajuk Bahagian, Bab dan subtajuk-subtajuk yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan subtajuk berkenaan hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam teks. (Contoh LAMPIRAN F)

SENARAI JADUAL Dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI JADUAL ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Senarai ini hendaklah mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk-tajuknya hendaklah seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan. (Contoh LAMPIRAN G1) SENARAI ILUSTRASI Dimulakan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI ILUSTRASI ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan dan hendaklah mengandungi senarai tajuk rajah, gambar rajah, gambar foto, peta, graf dan sebagainya. Tajuk-tajuk berkenaan hendaklah seperti yang terdapat di dalam tesis. (Contoh LAMPIRAN G2 & LAMPIRAN G3)

SENARAI SIMBOL Senarai simbol/singkatan/tatanama dan istilah hendaklah diletakkan pada halaman baru selepas halaman senarai ilustrasi. Susunan mengikut urutan abjad.

(Contoh LAMPIRAN G4)

SENARAI KES YANG DISEBUT Senarai kes yang disebut hendaklah diletakkan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI KES YANG DISEBUT ditaip di tengahtengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Susun mengikut urutan abjad (Contoh LAMPIRAN G5)

SENARAI STATUT Senarai Statut hendaklah diletakkan pada halaman baru dengan perkataan SENARAI STATUT ditaip di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Susun mengikut urutan abjad. (Contoh LAMPIRAN G6)

TEKS
PANJANG TESIS Doktor Falsafah Sarjana kursus Sarjana kursus tanpa dengan kerja kerja tidak melebihi 100,000 patah perkataan tidak melebihi 60,000 patah perkataan tidak melebihi 30,000 patah perkataan

CATATAN Jumlah Perkataan Tidak Termasuk Catatan Bawah, Petikan, Lampiran, Formula, Jadual, Gambarajah Dan Sebagainya.

PENDAHULUAN Teks boleh dimulakan dengan pendahuluan. Bahagian ini boleh

dimasukkan sebelum bahagian pertama atau bab pertama. Jika penulisan mempunyai pendahuluan, perkataan PENDAHULUAN hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diletakkan 50 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Baris pertama teks hendaklah dimulakan 3 langkau di bawah perkataan PENDAHULUAN. BAHAGIAN Sesuatu tesis tidak perlu dipecahkan kepada bahagian, kecuali dalam keadaan tertentu. Setiap bahagian hendaklah dimulakan pada halaman baru. Perkataan BAHAGIAN SATU hendaklah ditulis 50 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Tajuk-tajuk kecil atau isi bahagian hendaklah dimulakan 3 langkau di bawah perkataan BAHAGIAN, dan hendaklah memenuhi keperluan jidar. Bagi bahagian-bahagian seterusnya keperluan yang disebutkan ini hendaklah juga dipatuhi. (Contoh LAMPIRAN H) BAB Teks juga mungkin bermula terus dengan bab, iaitu BAB 1. Bab juga boleh merupakan pecahan di bawah bahagian. Bab 1 ditulis 50 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Tajuk bab dimulakan 3 langkau di bawah perkataan BAB 1, dan terletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Subtajuk atau isi bab pula dimulakan 3 langkau di bawah tajuk bab dan hendaklah memenuhi keperluan jidar. Bagi bab-bab seterusnya, keperluan-keperluan yang disebutkan ini hendaklah juga dipatuhi. (Contoh LAMPIRAN I)

ISI TEKS Isi teks mengandungi keterangan lanjut mengenai penyelidikan yang boleh dibahagi dalam bentuk bahagian, bab dan subtajuk. Sekiranya sesebuah tesis memerlukan jadual dan ilustrasi, panduan berikut hendaklah dipatuhi. Tajuk jadual hendaklah ditulis di atas jadual. Apabila kedudukan sesuatu jadual itu melintang, bahagian atasnya hendaklah terletak di sebelah tulang belakang

tesis. Jadual hendaklah dinomborkan mengikut bab. Tajuk ilustrasi hendaklah di tulis di bawah ilustrasi. Apabila kedudukan sesuatu ilustrasi itu melintang, bahagian atasnya hendaklah terletak di sebelah tulang belakang tesis. Ilustrasi hendaklah dinomborkan mengikut bab. PETIKAN Petikan yang disisipkan di dalam ayat hendaklah tidak melebih 40 patah perkataan dan mesti dimulai dan diakhiri dengan tanda petik . Seluruh petikan yang melebihi 40 patah perkataan hendaklah ditaip berasingan pada perenggan yang baru satu setengah langkau dengan ensotan tanpa tanda petik. SENARAI RUJUKAN Senarai rujukan hendaklah dimulakan pada halaman yang baru dengan perkataan RUJUKAN ditaip 30 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Bahagian ini hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks. Bahan yang tidak dirujuk di dalam teks tidak perlu disenaraikan. Penyenaraian bahan adalah mengikut Sistem Pengarah Tarikh Gaya UKM. Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. Untuk penjelasan selanjutnya, sila rujuk Bahagian Dua Panduan ini. LAMPIRAN Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan glosari, data kajian, jadual, contoh soal selidik, dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks. Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B, bergantung pada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Perkataan LAMPIRAN A hendaklah ditulis 30 mm dari birai atas dan ditengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Lampiran juga boleh diberi tajuk tertentu. Lampiran (jika disertakan) hendaklah tajuknya di dalam Senarai Kandungan. disenaraikan mengikut

PENDAHULUAN Penulisan rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengetahui sumber dan mendapatkan sumber maklumat mengenainya di dalam senarai rujukan yang diberi pada bahagian akhir tesis. Calon hendaklah menggunakan satu daripada sistem yang berikut secara berterusan dalam keseluruhan penulisannya SISTEM PENGARANG-TARIKH SISTEM CATATAN BAWAH

Bentuk asas rujukan dalam teks yang menggunakan sistem pengarang tarikh hendaklah mengandungi nama pengarang dan tarikh seperti berikut : Brown (1988) (Mohd. Azman 1990) Halaman atau bahagian tertentu bagi bahan yang dirujuk, ditulis selepas tarikh, dan didahului dengan tanda kolon: (Aminuddin 1985: 120) Nama pengarang yang menggunakan nama keluarga hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja tanpa parap. Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama keluarga. Nama pengarang Melayu dan Cina boleh ditulis dengan lengkap atau disingkatkan kepada nama diri untuk pengarang Melayu dan nama keluarga untuk pengarang Cina. Mohd. Azman Abu Bakar. 1990. dirujuk sebagai Mohd. Azman (1990) Koh Aik Khoon. 1998. dirujuk sebagai Koh (1998)

PENGARANG TUNGGAL

Nama (keluarga) pengarang diikuti dengan tahun penerbitan ditulis di dalam teks pada tempat yang berkenaan. Brown (1988) membuktikan .. seperti yang dikaji oleh Wan Rafaei (1990). Dalam kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik (Shaharir 1984) .. Jika nama pengarang merupakan sebahagian daripada pemerihalan, seperti dalam (i) dan (ii), nyatakan tahun penerbitan dalam tanda kurung. Jika tidak, tulis nama pengarang dan tahun, tanpa koma, dalam tanda kurung seperti dalam (iii). Dalam kes yang jarang ditemui, apabila kedua-dua nama pengarang dan tahun merupakan sebahagian daripada bahan perbincangan, tanda kurung tidak diperlukan. Dalam tahun 1990, Nafisah Adeeb mengkaji Dalam satu perenggan, tahun tidak perlu dinyatakan dalam rujukan seterusnya, selagi kajian itu tidak dikelirukan dengan kajian lain yang dirujuk dalam penulisan itu: Dalam kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik, Shaharir (1984) memberi pandangan Shaharir juga menyatakan

PENGARANG BERSAMA Untuk rujukan yang pengarangnya dua orang, nyatakan kedua-dua nama pengarang itu setiap kali dirujuk di dalam teks: Abdul Razak dan Abu Osman (1987) telah memberi takrif homotopi kabur. . seperti yang telah dibuktikan (Abdul Rahman & Arsmah 1991). Untuk rujukan yang pengarangnya tiga orang atau lebih, tulis nama pengarang pertama diikuti dengan et al. dan tahun. Brown et al. (198) membuktikan telah dikaji (Ismail et al. 1986).

TANPA PENGARANG

Rujukan tanpa pengarang hendaklah ditulis seperti berikut: (Kementerian Pendidikan Malaysia 1988) Contoh nama pengarang institusi (seperti persatuan, agensi kerajaan) yang boleh disingkatkan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia [JKTBM] 1979 (JKTMB 1979)

PENGARANG SAMA NAMA Jika senarai rujukan merangkumi penerbitan oleh dua orang atau lebih yang namanya sama, masukkan nama penuh atau parap pengarang-pengarang itu di dalam setiap rujukan teks untuk mengelakkan kekeliruan. Khalid B.A.K. (1990) dan Khalid Yusoff (1990)

MULTIRUJUKAN Dua rujukan atau lebih yang ditulis bersama dipisahkan dengan tanda semikolon: (Amat 1989; Rohimi 1991; Safar 1990; Zaharah 1988; Zakaria 1991) Untuk lebih daripada satu rujukan oleh pengarang yang sama, tahunnya dipisahkan dengan tanda koma. (Zakri A.H. et al. 1991a, 1991b, 1992)

PENDAHULUAN Catatan bawah merupakan nota-nota di bawah sesuatu halaman tertentu yang menerangkan atau memberi maklumat tambahan mengenai perkara-perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman yang berkenaan.

CARA PENOMBORAN CATATAN BAWAH Menggunakan angka superskrip, misalnya, pada tempat yang berkenaan pada sesuatu halaman dalam teks. Menggunakan angka yang sama di bahagian bawah halaman itu dan memberikan catatan atau maklumat tambahan Panjang garis pemisah antara teks dengan hendaklah tidak kurang daripada 40 mm. catatan bawah

Angka yang digunakan haruslah berterusan untuk setiap bab. Dengan kata lain, angka pada suatu halaman itu tidak boleh diulangi pada halaman berikutnya.

PEMBUTIRAN Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut : *Nama pengarang (dengan ensotan), koma Judul, koma Penerbit, koma Tempat, koma Tahun, koma Jilid, koma Halaman, noktah

*Untuk pengarang yang menggunakan nama keluarga, parapnya hendaklah ditulis di hadapan. Contoh ..Mungkin juga budaya tradisional yang telah menjadi darah daging kepada anggota-anggota di dalam sesebuah masyarakat itu tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur budaya moden itu.1.. Mohd. Taib Osman, Kepercayaan tradisional dalam sistem kepercayaan melayu, dalam bunga rampai kebudayaan melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 9.
1

Contoh

Keengganan Gabenor Fullerton berkongsi kapal dengan Claridge menyebabkan perhubungan mereka menjadi tegang.2 J.M.N. Kyshe, Cases heard and determined in His Majestys Supreme Court of the Straits Settlements 18041894 Singapore, 1885, hlm. xiii; SSR (IOR), Vol. 124, Minute by Fullerton on the financial State of Penang, Singapore and Malacca, 22 August 1828; SSR (Singapore National Library), A64, Minute by Fullerton laid before Council of Penang, 17 March 1829, hlm. 1719; PP, House of Common, No. 4 of 18521853, Vol. LXI, hlm. 37.
2

CARA MENULIS CATATAN BAWAH Saiz huruf yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 9 poin. Satu langkau digunakan bagi menulis rujukan dan maklumat. Baris pertama setiap catatan bawah hendaklah bermula dengan satu ensotan.

CARA MENULIS RUJUKAN DAN MAKLUMAT Penggunaan Kaedah Ringkas. Catatan bagi sesuatu rujukan untuk catatan bawah buat pertama kalinya hendaklah lebih lengkap daripada catatan bawah yang berikutnya bagi rujukan yang sama. Rujukan semula kepada maklumat yang sama yang dinyatakan dalam catatan bawah hendaklah diringkaskan. Contoh P.J. Wilson, A Malay village in Malaysia: social values and rural development, HRAF Press, New Haven, 1967, hlm. 30.
1

J. Beattie, Other cultures, Routledge & Kegan Paul, London, 1963, hlm. 47.
2 3 4 5 6

P.J. Wilson, A Malay village in Malaysia, hlm. 51. J. Beattie, Other cultures, hlm. 78. P.J. Wilson, A Malay village, hlm. 70. J. Beattie, hlm. 62. rujukan makalah dalam jurnal pula

Apabila

meringkaskan

memadailah dengan hanya menyebut nama pengarang, judul ringkas makalah dan halaman yang dirujuk. Maklumat mengenai judul jurnal, nombor jilid dan tarikh tidak perlu dimasukkan. Jika sesebuah karya dirujuk berulang kali sepanjang penulisan tesis maka maklumat yang dicatat ialah nama pengarang dan halaman yang dirujuk.

PENGGUNAAN Ibid Apabila rujukan kepada sumber yang sama dibuat berturut-turut tanpa sebarang rujukan yang lain di antaranya, walaupun ke beberapa halaman ke hadapan, maka tanda singkatan ibid (berasal daripada Latin ibidem, bermaksud pada tempat yang sama) digunakan. Jika rujukan yang berikutnya masih merujuk kepada sumber yang sama tetapi pada halaman yang berlainan, maka singkatan ibid ini ditambahkan dengan keterangan mengenai halaman yang baru itu. Contoh J.R.W. Smail, Bandung in early revolution, 19451946, Southeast Asia Program, Department of Asian Studies, Cornell University, Ithaca, New York, 1964, hlm. 31.
7 8 9

ibid. ibid., hlm. 42.

PENGGUNAAN passim Penggunaan passim (berasal daripada Latin bermaksud tersebar di sana sini) digunakan bagi maklumat yang tersebar di sana sini dan hendaklah digunakan dengan cermat, iaitu hanya bagi merujuk kepada maklumat yang benar-benar tersebar sepanjang satu bab atau satu bahagian. Nabir Abdullah, Maahad II ihya Assyariff, bab 9 passim.
10

L. Friedman, pnyt., The law of war, 2 jil., Random House, New York, 1972, jil. 1, hlm. 131 passim, 191, 200.
11

GANTIAN KEPADA op. cit. dan loc. cit. Amalan menggunakan op. cit (berasal daripada Latin opere

citato, bermaksud dalam tempat tersebut) dan loc. cit. (berasal dari Latin loco citato, bermaksud dalam tempat tersebut) yang dahulunya lazim digunakan dalam karya-karya akademik, tidak dikehendaki. Sebagai ganti, penulis butiran karya yang dirujuk semula dilakukan mengikut kaedah ringkas seperti contoh yang terdapat pada 2.5 (5)(a)

GANTIAN KEPADA f dan ff Penggunaan f atau ff (berasal daripada perkataan Inggeris and following, bermaksud dan yang berikutnya) bagi merujuk kepada sesuatu rujukan yang terdapat pada beberapa halaman tidak diamalkan lagi. Sebaliknya hendaklah dimasukkan nombor halaman yang mengandungi rujukan yang dimaksudkan. Contoh Amalan lama
1 2

G. Marcel, The mystery of being, hlm. 45f J. Beattie, Other cultures, hlm. 4ff G. Marcel, The mystery of being, hlm. 45-46 J. Beattie, Other cultures, hlm. 4-12.

Gantian
1 2

GANTIAN KEPADA infra dan supra Penggunaan infra (berasal dari Latin infra bermaksud di bawah) dan supra (berasal dari Latin bermaksud di atas) adalah digunakan untuk merujuk kepada sesuatu bahagian tertentu dalam tesis atau karya yang sedang diusahakan. Walau bagaimanapun, penggunaannya tidak digalakkan, tetapi sekiranya ingin digunakan hendaklah diganti dengan di bawah hlm. 173-174 dan di atas, hlm. 32. RUJUKAN KEPADA AL-QURAN Angka yang menunjukkan rujukan ayat-ayat al-Quran hendaklah diletak pada akhir teks al-Quran, bukan pada akhir terjemahannya. Rujukan hendaklah dibuat kepada surah dan bilangannya serta kepada bilangan ayat. Penulis juga hendaklah menjelaskan sumber terjemahan ayat-ayat al-Quran yang diberikan dan ditulis dalam Othmaniah Firman Allah (s.w.t.)

Maksudnya Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayang. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.2 Semua terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir pimpinan al-Quran kepada pengertian al-Quran edisi kelapan, (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1987). [Semua terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam tulisan ini dibuat oleh penulis kecuali kalau dinyatakan sebaliknya.]
2

RUJUKAN KEPADA AL-HADITH Pada kebiasaannya, rujukan hadith dalam koleksi-koleksi tertentu dibuat kepada bilangan atau nama kitab dan bab sesuatu hadith itu didapati. Sabda Rasul Allah (s.a.w.):

al-Bukhari, Sahih, kitab (k)1, bab (b)1. PERHATIAN

Jika kebanyakan halaman mengandungi catatan bawah yang panjangnya melebih setengah halaman, penulis bolehlah meletakkan kesemua catatan tersebut di hujung bab.

You might also like