You are on page 1of 10

P age |1

PENJANAAN
OBJEKTIF
Objektif am : Mempelajari dan memahami sumber tenaga untuk penjanaan elektrik, kebaikan dan kekurangan sistem jana kuasa elektrik dan komponen-komponen loji elektrik hidro serta permintaan tenaga elektrik.

Objektif khusus : Menyenaraikan sumber tenaga elektrik seperti minyak, arang batu, diesel, gas dan nuklear. Menyatakan kelebihan dan kekurangan sumber tenaga elektrik seperti minyak, arang batu, diesel, gas dan nuklear dari segi harga dan keboleh sediaan bahan api, kesesuaian lokasi, penyejukan dan pencemaran terhadap alam sekitar.

P age |2

Sistem Penjanaan Kuasa Elektrik

Punca tenaga merupakan kunci utama kepada kemajuan industri di seluruh dunia sekarang ini. Untuk memperolehi punca tenaga yang baru, serta menyediakan tenaga yang mencukupi di masa depan dan untuk menghasilkan tenaga dari satu bentuk yang lain adalah merupakan satu cabaran kepada dunia sekarang. Cabaran yang akan mengubah corak infrastruktur masyarakat menuju kepada kehidupan yang lebih selesa dan bahagia. Oleh yang demikian pengetahuan terhadap pembinaan penjanaan elektrik amatlah diperlukan bagi menghadapi era teknologi ketika ini dan dimasa akan datang. Kuasa elektrik boleh diperolehi dengan berbagai-bagai tenaga mekanikal, di antaranya dengan membakar minyak, arang batu atau gas asli selain itu juga kejatuhan air dan reaksi nuklear boleh di gunakan untuk mendapatkan tenaga elektrik. kebanyakan kuasa elektrik di negara kita (Malaysia Barat ) dihasilkan oleh loji-loji kuasa yang menggunakan tenaga air dan membakar minyak atau gas. Penjana elektrik di loji-loji kuasa ini digerakkan oleh tarbin wap atau tarbin gas atau tarbin hidro untuk loji hidroelektrik. Selain dari kaedah-kaedah yang telah disebutkan di atas digunakan sebagai kaedah penjanaan kuasa elektrik. Terdapat juga sumber-sumber tenaga elektrik lain yang telah diamalkan pada masa kini termasuklah sel-sel suria, sistem geothermal, sistem kuasa ombak, sistem kuasa angin, sistem magnetohidro dinamik (MHD), sistem nuklear fisyen dan sel-sel bahan api.

Jenis-Jenis Stesen Penjanaan Terdapat berbagai jenis stesen penjanaan yang biasa digunakan untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik. Stesen ini dijeniskan mengikut cara atau kaedah menggerakkan janakuasa, di antaranya; a. Stesen jana kuasa haba menggunakan arang batu, minyak dan gas, b. Stesen jana kuasa diesel c. Stesen kuasa tarbin gas d. Stesen kuasa haba menggunakan tenaga nuklear e. Stesen kuasa hidro

P age |3

a). Stesen Janakuasa Arang Batu Stesen jana kuasa haba yang menggunakan arang batu atau minyak, secara amnya ia beroperasi dengan menggunakan bahan api yang dibakar untuk menghasilkan haba. Haba yang terhasil akan digunakan untuk memanaskan air dalam dandang, pemanasan ini akan menyebabkan air akan bertukar kepada wap basah. Wap yang terhasil ini akan dipanaskan semula supaya ia mempunyi tekanan tinggi sebelum disalurkan ke dalam tarbin. Wap yang disalurkan ini akan menggerakkan bilah tarbin pada kelajuan tertentu. Aci tarbin yang disambung terus kepada penjana elektrik akan memberikan tenaga mekanikal yang bersesuaian untuk memutarkan penjana. Akhirnya putaran penjana ini akan menghasilkan tenaga elektrik yang dikehendaki. Wap bersuhu rendah yang keluar dari tarbin akan menjadi air setelah melalui proses pemeluwapan dan dihantar kedandang untuk mengulangi proses pemanasan semula. Prosese secara am bagi sistem penjana ini dapat dilihat merujuk pada rajah 17.1.

Bahan api arang batu / minyak

Tenaga elektrik di keluarkan Wap bertekanan tinggi

Dandang wap (stim)

Tarbin wap (stim)

Penjana A.U

Air

Rajah 17.1 Loji jana kuasa arang batu

P age |4

b). Stesen Janakuasa Diesel Secara amnya stesen janakuasa diesel beroperasi dengan menggunakan bahan api seperti minyak diesel. Minyak diesel digunakan untuk menghidupkan enjin yang disambungkan terus kepada jana kuasa melalui aci. Oleh itu dalam stesen jana kuasa diesel ia tidak munggunakan wap untuk memusingkan tarbin bagi menggerakkan penjana, sebaliknya ia hanya menggunakan enjin yang disambung terus kepada penjana melalui aci. Apabila enjin diesel dihidupkan ia akan memberikan tenaga mekanikal kepada penjana. Pusingan penjana seterusnya akan menjanakan tenaga elektrik. Di negara kita stesen jenis ini kerap digunakan bagi kawasankawasan yang kecil. Proses penghasilan tenaga elektrik oleh stesen jana kuasa diesel secara amnya dapat dilihat pada rajah 17.2

Tenaga elektrik di keluarkan

Bahan api minyak diesel

Eejin diesel

Penajan A.U / A.T

Rajah 17.2 Stesen jana kuasa diesel

P age |5

c). Stesen Jankuasa Tarbin Gas Stesen jana kuasa tarbin gas merupakan salah satu stesen jana kuasa yang boleh berkendali pada masa yang singkat berbanding stesen jana kuasa yang lain. Secara amnya stesen jana kuasa ini beroperasi dengan memampatkan udara diruang pemampatan dan seterusnya udara tersebut disalurkan ke kebuk pembakaran. Dalam kebuk pembakaran udara dan bahan api (minyak) akan dibakar pada suhu 1600 C sehingga menghasilkan gas. Gas bertekanan tinggi ini akan disejukkan semula pada suhu selamat iaitu 800 C sebelum di salurkan ke tarbin gas untuk memusingkan bilah tarbin. Hasil daripada pusingan ini akan memberikan tenaga mekanikal kepada penjana dan seterusnya menjanakan tenaga elektrik. Manakala gas yang bertekanan rendah dari pada tarbin akan dilepaskan ke uadara melalui ekzos. Proses secara am stesen ini boleh dilihat pada rajah 17.3.

Gebuk pembakaran

Tenaga elektrik di kelearkan

Pemampat udara

Tarbin gas

Penjana A.U / A.T

Pengambilan udara

Ekzos

Rajah 17.3 Stesen jana kuasa tarbin gas kuasa tarbin gas

P age |6

d). Stesen Janakuasa Nuklear Penggunaan tenaga nuklear merupakan satu cara yang terbaru bagi memperolehi tenaga elektrik. Walaubagaimanapun buat masa kini negara kita belum lagi mengapplikasikan loji ini sebagai salah satu sumber bekalan tenaga elektrik. Sebenarnya Loji jana kuasa nuklear merupakan salah satu stesen jana kuasa yang sangat kompleks dalam pengoperasiannya. Walaubagaimanapun secara amnya penjanaan tenaga elektrik berlaku apabila bahan radio aktif seperti radium atau uranium bertindak balas dalam reaktor nuklear di mana melibatkan perlanggaran neteron dan nuklias yang berulang-ulang. Tindakbalas yang berlaku dalan reaktor nuklear ini akan menghasilkan haba yang bersuhu tinggi. Seterusnya haba tersebut akan memanaskan air dalam dandang wap. Wap bertekanan tinggi akan di salurkan ke tarbin untuk memusingkan bilah tarbin. Pusingan ini akan membekalkan tenaga mekanikal untuk memusingkan penjana. Pergerakkan penjana seterusnya akan menghasilkan tenaga elektrik, proses ini dapat dilihat pada rajah 17.4.

Dandang wap

Wap bertekanan tinggi

Tenaga elektrik di keluarkan

Tarbin Tarbin Bahan api uranium/ radium

Penjana A.U/A.T

Haba bertekanan rendah

Reaktor nuklear

Rajah 17.4 Stesen jana kuasa nuclear

P age |7

Prinsip Umum Penjanaan Elektrik Hidro

Empangan

Tangki pusuan

Empisair

Rumah kuasa Laluan ekor Tiub alir bebas

Rajah 17.5 Sistem kuasa asas elektrik hidro

Merujuk kepada rajah di atas secara umumnya loji janakuasa elektrik hidro diperolehi daripada air yang ditakung di empangan yang merentasi sungai-sungai atau tasik yang berada pada aras yang lebih tinggi daripada permukaan laut (kawasan pergunungan atau dari kawasan lembah yang dijadikan tasik tiruan). Air yang disimpan dalam kolamair ini akan ditakung hingga keparas tertentu. Kemudian air ini akan disalurkan ke paip tekanan rendah melalui pintu empangan. Tekanan air ini kemudian ditingkatkan dengan menggunakan tangki pusuan sebelum melalui empis air. Air bertekanan tinggi yang melalui empisair dikawal oleh injap pengasing sebelum sampai ke rumah kuasa. Rumah kuasa terdiri daripada beberapa bahagian iaitu tarbin, penjana dan bilik kawalan elektrik hidro. Air bertekanan tinggi ini akan digunakan untuk menggerakkan bilah tarbin. Tarbin dihubungkan dengan penjana melalui aci oleh itu apabilah tarbin mendapat tenaga kinetik, pada masa yang sama ia akan menggerakkan penjana. Perggerakkan penjana ini akan menjana tenaga elektrik dan seterusnya dihantar kepada pengualangalik sebelum tenaga elektrik ini ditingkatkan melalui pengubah langkah naik dan seterusnya kelapangan suis sebelum ketalian sistem grid. Manakala air yang telah digunakan bagi memusingkan tarbin akan disalurkan melalui tiub alir bebas sebelum melepaskannya ke laluan ekor. Stesen penjana hidroelektrik yang berada dikawsan pergunungan bergantung kepada hujan untuk mendapat bekalan airnya. Jika tidak ada hujan turun atau jumlah hujan turun berkurangan ini mengakibatkan takungan air juga turut berkurangan, akibatnya stesen penjana ini tidak dapat beroperasi. Bagi mengatasi masalah ini, stesen pam simpanan akan dipasang di hilir bagi mengepan semula air yang telah digunakan ke takungan air (kolamiar).

P age |8

Bahagian-Bahagian Utama Loji Elektrik Hidro

Rajah 17.6 menunjukkan rajah skimatik bagi sebuah penjana hidroelektrik yang terdiri dari beberapa bahagian utama. Bahagian tersebut ialah empangan, empisair, rumah kuasa, tiub alir limpah dan alur bebas.

2 9

4 1

8 7

Petunjuk :
10

1. 2. 3. 4. 5.

Kolamair Alur limpah Empangan Empisair Turbin

6. 7. 8. 9. 10.

Tiub alir bebas Rumah kuasa Pengubah Lapangan suis Laluan ekor

6 5

Rajah 17.6 Stesen janakuasa elektrik hidro

P age |9

P a g e | 10

You might also like