You are on page 1of 1

UNIT 21: CINTA AKAN NEGARA

DEFINISI Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri.

1. Kepentingan nilai cinta akan negara kepada remaja. (a) Sanggup berkorban untuk negara. (b) Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. (c) Mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai kejayaan yang membanggakan negara. 2. Manfaat kemajuan negara kepada rakyat. (a) Peningkatan taraf hidup penduduk. (b) Mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. (c) Berupaya menikmati pelbagai kemudahan dan infrastruktur.

3. Peranan rakyat dalam membantu memajukan negara. (a) Menyokong segala program kerajaan untuk memajukan negara. (b) Memberikan sumbangan idea dan tenaga dalam program pembangunan negara. (c) Hidup bersama secara aman antara kaum di Malaysia.

4. Kesan negatif kemajuan negara kepada rakyat Malaysia. (a) Pengamalan budaya kuning dari Barat oleh rakyat Malaysia. (b) Keruntuhan institusi keluarga. (c) Peningkatan kadar jenayah. (d) Peningkatan kegiatan rasuah seperti penyelewengan.

5. Organisasi yang telah menyumbang kepada kemajuan negara. (a) Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) Syarikat pengeluar minyak dan gas asli. (b) Institusi Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) Menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian. (c) Edaran Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (EON) / (PROTON) Syarikat pengeluar kereta nasional. (d) Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Syarikat penyedia perkhidmatan bekalan elektrik dan telekomunikasi.

You might also like