You are on page 1of 7

CERPEN : MUTIARA BONDA ( Siti Hajar Mohd.

Zaki )

KUMPULAN 3 : Norhidaya Bt. Karamdin Nuraini Aqilah Bt. Yamin Nuryani Bt. Halik Atiqah Nadhirah

Tema : Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki yang melakukan pelbagai kenakalan hingga Berjaya.

Persoalan : a) Kasih sayang yang menebal dalam diri seorang ibu. Contohnya, bonda sentiasa melayan karenah adik/Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sering kali bersikap degil dan tidak mahu mendengar kata-katanya. b) Bertawakal dan memohon pertolongan daripada tuhan. Contohnya, bonda tidak pernah jemu berdoa kepada Allah SWT agar adik/ Mohd. Harraz berubah menjadi anak yang baik dan berguna kepada agama dan bangsa. c) Kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan. Contohnya, bonda menasihati adik/ Mohd. Harraz bahawa ilmu bermanfaat menjadikan seseorang itu dipandang mulia. d) Keciciran pelajar luar Bandar. Contohnya, adik/ Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. e) Masalah sosial dalam kalangan remaja. Contohnya, adik/ Mohd. Harraz gemar menghabiskan masanya dengan melepak bersama-sama rakan-rakannya, malah dia juga telah menghisap rokok. f) Keinsafan untuk berubah menjadi baik. Contohnya, adik/ Mohd. Harraz menyesal atas segala perbuatannya selama ini dan dia memohon ampun kepada bonda kerana telah banyak menyakitkan serta mengecewakan hati wanita yang telah banyak berkorban untuknya itu.

Watak dan perwatakan : a) Watak utama dalam cerpen ini ialah adik/ Mohd. Harraz. b) Watak sampingan dalam novel ini ialah bonda, kak long, kak ngah, kak cik, dan lebai sidi. Mohd. Harraz ( adik ) Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik. Nakal, manja, degil, dan panas baran. Malas belajar dan tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Berpelajaran tinggi.

Bonda Ibu tunggal kepada empat orang anak. Kematian suami semasa mengandungkan adik. Penyabar dalam melayani karenah anak lelaki tunggalnya. Gigih melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara keluarga. Ikhlas memberikan nasihat kepada anak-anaknya. Bersyukur atas perubahan anak lelaki tunggalnya.

Kak Long - Saudara kembar Kak Ngah. - Pelajar yang bijak dan masih menuntut di Universiti Southwestern Texas. Kak Ngah - Saudara kembar Kak Long. - Bijak dan masih menuntut di Universiti Monash, Australia. - Banyak memberikan nasihat dan teguran kepada adiknya.

Kak Cik - Anak ketiga daripada empat beradik. - Tidak sabar akan kelakuan adiknya. - Amat bersimpati terhadap penderitaan yang dialami oleh bonda. Lebai Sidi - Arwah suami bonda. - Dimasukkan ke penjara kerana dituduh mengedar dadah. - Mati di dalam penjara sebagai akibat sakit jantung. Gaya bahasa

Metafora Contohnya : a) Setem duka b) Sampul kehidupan c) Album pengalaman d) Selautan kesabaran Simile Contohnya : a) Ibarat pengumpul setem. b) Ibarat penyelamat kekuatan bonda. c) Bagaikan terhumban ke jurang zulmat.

Personafikasi Contohnya : a) Darah meluncur daripada jari bonda yang terluka. Repetisi Contohnya : a) Buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas, dan buang duit setem sahaja. Hiperbola Contohnya : a) Berasap-asap bara meluat saya. b) Kata-kata api yang membakar kepala. c) Ada tikaman masa lampau yang menajam di ingatan. Sinkope Contohnya : a) apa, kau ingat bonda tu patungkah? b) kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Peribahasa Contohnya : a) Bersengkang mata b) Bertikam lidah c) Musuh dalam selimut d) Bendera putih e) Dayung sudah di tangan, sampan sudah di lautan.

Latar

Latar Masa : a) Masa kini b) Sepuluh tahun yang lalu c) Waktu pagi d) Lewat malam Latar Tempat : a) Di rumah bonda b) Di pondok dusun c) Di atas katil Latar Masyarakat : a) Masyarakat yang mengalami pelbagai masalah dalam membesarkan anak-anak. b) Masyarakat pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan. c) Masyarakat yang masih mentah dan tidak matang berfikir. d) Masyarakat yang menjadi mangsa penhkhianat. e) Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Nilai a) Kasih sayang b) Kesabaran c) Bertanggungjawab. d) kegigihan e) keinsafan f) kesyukuran .

Pengajaran a) Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. b) Kita hendaklah sentiasa berserah diri kepada tuhan. c) Kita mestilah menjalankan tanggumgjawab sebagai ketua keluarga dengan baik. d) Kita hendaklah menunjukkan nilai-nilai baik terhadap anak-anak. e) Sebagai anak, kita hendaklah hormat akan orang tua kita. f) Kita hendaklah bertaubat dan insaf atas kesalahan yang telah dilakukan. g) Kita perlulah bersyukur apabila permintaan atau doa kita dimakbulkan tuhan.

ByDAYA

You might also like