You are on page 1of 2

(LETTER HEAD)

Ruj kami Tarikh

: :

Y.A.B. DATO SERI DR ZAMBRY BIN ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK Pejabat Menteri Besar Perak Jalan Istana, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Y.A.B Dato Seri, PERKARA:
PROPOSED DEVELOPMENT OF NEW CAMPUS AND ASSOCIATED WORKS FOR QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK FORMERLY KNOWN AS PREMIER INTERNATIONAL UNIVERSITY AT GUA TEMPURONG, MUKIM KAMPAR, DISTRICT OF KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN. - APPLICATION FOR MAIN CONTRACTOR PHASE 1 (Building Works, Structures, M&E and Related Works).

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Terlebih dahulu kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar pihak Y.A.B Dato Seri beroleh kesejahteraan yang berpanjangan hendaknya disamping keluarga. Sukacita juga kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kami kepada Y.A.B Dato Seri yang telah sudi untuk meluangkan masa meneliti surat daripada syarikat kami ini. Untuk makluman Y.A.B Dato Seri syarikat kami _______________________ merupakan syarikat pembinaan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas A bertaraf Bumiputera dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) gred G7. Sehingga pada masa ini, syarikat ini mempunyai pengalaman kerja-kerja pembinaan dan telah menyiapkan projek-projek milik kerajaan dan swasta dengan baik serta memenuhi spesifikasi dan syarat serta kriteria yang telah ditetapkan.

Untuk makluman Y.A.B Dato Seri, _______________________merupakan sebuah syarikat pembinaan yang ditakbir dan dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan Bumiputera yang berkebolehan dan berwibawa. Kami yakin bahawa syarikat kami dengan pengalaman yang lepas, adalah mampu untuk mengendalikan dan melaksanakan kerja-kerja bagi projek tersebut dengan baik seperti yang dikehendaki oleh pihak kementerian. Dengan ini saya sebagai pengarah projek _______________________ sesungguhnya ingin memohon dan merayu kepada pihak Y.A.B Dato Seri supaya memberi peluang kepada syarikat kami untuk melaksanakan kerja-kerja atau projek tersebut. Saya bagi pihak syarikat kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih atas jasa serta pertimbangan yang diberikan olehY.A.B Dato Seri, terhadap permohonan kami ini.

Saya yang benar,

You might also like