You are on page 1of 6

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DUNGUN TERENGGANU

MINIT MESYUARAT JABATAN MATEMATIK SAINS & KOMPUTER BIL 2/2012

TARIKH HARI MASA TEMPAT

: : : :

29 FEBRUARI 2012 RABU 3.30 PETANG BILIK MESYUARAT JMSK

Kehadiran : Seperti di lampiran. MINIT: 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul kitab dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Tindakan : Makluman 1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan perkara-perkara yang perlu dilakukan iaitu : 1.2.1 Semua KK mesti mengadakan mesyuarat yang berkala dengan unit masingmasing. Setiap unit mesti mempunyai carta organisasinya sendiri. Tindakan : Semua KK 1.2.2 Penyelaras setiap kursus juga mesti mengadakan mesyuarat yang berkala dengan pensyarah kursus yang terbabit. Tindakan : Semua Penyelaras 1.2.3 Semua pensyarah boleh mengisi borang penambahbaikan Kurikulum jika ada penambaikan yang perlu dan diemail kepada Bahagian Kurikulum. Tindakan : Semua Pensyarah 1.2.4 Semua pensyarah hendaklah mencatat diruangan catatan RM berkaitan delivery method dan reflection setiap habis kuliah. Jika ada permasalahan masa reflection maka hendaklah dibuat CQI (continious quality improvement). Tindakan : Semua Pensyarah 1.2.5 Setiap PLO hendaklah dicetak satu set seperti yang diemailkan oleh KK masingmasing. Tindakan : Semua Pensyarah

2.0 Taklimat OBE 2.1 Tuan Pengerusi telah memberi penerangan yang begitu jelas dan terperinci berkaitan dengan OBE. Tindakan : Semua Staf 2.2 Tuan Pengerusi mencadang ditubuhkan satu OBE team yang akan diketuai oleh KKS. Team tersebut hendaklah membuat OBE Implementation Guide Book untuk rujukan di JMSK. Tindakan : KKS 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 3.1 Minit Mesyuarat bil. 1/2012 dicadang untuk disahkan oleh Pn. Rohayu Binti Ab. Wahab dan disokong oleh En. Wan Mohd Zawawi Bin Wan Yunus. Tindakan : Makluman 5.0 Perkara-perkara Berbangkit 5.1 Makmal Matematik / Bilik Kuliah Serbaguna ( para 5.1 ) 5.1.1 Pn. Suriaty Binti Abdullah memaklumkan bahawa beliau telah menghantar balik permohonan bilik kuliah serbaguna tetapi Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan memohon balik pelan untuk bilik tersebut. Tindakan : En. Fauzi Bin Sulaiman & Pn. Suriaty Binti Abdullah 5.2 Kemaskini Pendawaian ( para 5.2 ) 5.2.1 Pn. Marina binti Majid memaklumkan bahawa buat masa sekarang bajet masih belum ada walaupun kertas kerja permohonan kemaskini pendawaian telah diluluskan. Tindakan : Pn. Nor Juliha Binti Said 5.3 Zon Membaca (Para 5.3) 5.3.1 Pn. Marina binti Majid memaklumkan bahawa zon membaca telah diserahkan kepada Pn. Emilawati binti Othman untuk tindakan seterusnya. Tindakan : Pn. Emilawati binti Othman

5.3.2 Pn. Emilawati binti Othman memaklumkan beliau sedang mengumpulkan bahanbahan rujukan untuk diletakkan di ruangan membaca tersebut. Beliau mencadangkan supaya semua staf menyumbangkan satu bahan untuk dijadikan koleksi bahan rujukan di ruangan zon membaca tersebut. Tindakan : Semua staf 6.0 Laporan Unit Matematik 6.1 KKM memaklumkan Bengkel Celik Kalkulator yang akan diadakan di DKU pada 6 Mac 2012 jam 2.00-5.00 petang. Seramai 273 orang pelajar semester satu terlibat dalam bengkel ini. Tindakan : Semua pensyarah 7.0 Laporan Unit Sains 7.1 KKS memaklumkan Ujian selaras BB101-Engineering Science telah pun dilaksanakan pada 15 Februari 2012 pada jam 5.00-6.00 petang di bilik kuliah mekanikal. Tindakan : Makluman 8.0 Laporan Unit Komputer 8.1 KKK memaklumkan Kursus Photoshop bagi pelajar semester akhir yang bertujuan untuk memantapkan teknologi IT dan mendedahkan enterpreneurship akan diadakan pada 17 Mac 2012. Tindakan : Makluman 8.2 KKK memaklumkan rubrik untuk projek BC101 telah diemailkan kepada semua pensyarah untuk tindakan selanjutnya. Tindakan : Pensyarah Berkenaan 9.0 Laporan Kualiti 9.1 PK mengingatkan semua pensyarah JMSK iaitu : a) Semua pensyarah hendaklah menghantar analisa PB/PKK setengah semester kepada beliau. b) Semua aktiviti pelajar hendaklah dibuat CQI untuk memastikan objektif aktiviti tersebut tercapai.

c) Audit dalaman akan diadakan pada 18-22 Mac 2012. Semua pensyarah diharap dapat mengemaskini FRP masing-masing. Tindakan : Semua Pensyarah 10.0 Laporan Unit Peperiksaan - Tiada laporan. 11.0 Laporan Jadual Waktu 11.1 PJW memaklumkan ada perubahan jadual waktu kerana Pn. Nor Baiyyah Binti Mohd Nor Saidi telah masuk bertugas dan Pn. Natrah Binti Sahi pula telah cuti bersalin. Semua pensyarah sila semak perubahan jadual waktu masing-masing. Tindakan : Pensyarah Berkenaan 12.0 Laporan Unit Latihan Pendidikan Lanjutan 12.1 PULPL memaklumkan masih ada 9 staf JMSK yang belum cukup 9 hari berkursus bagi sukuan pertama 2012. Tindakan : Semua Pensyarah 13.0 Laporan Kebajikan 13.1 Penyelaras Kebajikan memaklumkan masih ada yang belum membayar yuran kebajikan jabatan dan diharap dapat menjelaskannya secepat yang mungkin. Tindakan : Semua staf 14.0 Laporan 5S & Keceriaan - Tiada laporan. 15.0 Hal-Hal Lain 15.1 Diegest JMSK 15.1.1 Tuan Pengerusi mencadangkan menerbitkan Diegest JMSK yang akan diketuai oleh En. Nik Muhd Tasnim bin Nik Ibrahim ( juga selaku ketua design). Tindakan : Makluman

15.2 Explorace Siri ke 2 15.2.1 Pn. Pazlina binti Mat Ali memaklumkan bahawa explorace siri ke 2 akan diadakan pada 23 & 24 Mac 2012 di Suria, Cherating. Beliau telah memaklumkan tentatif program bagi explorace tersebut. Tindakan : Semua staf 15.3 CIDOS 15.3.1 Tuan Pengerusi memohon supaya AJK Cidos JMSK mengemaskini Cidos JMSK dengan meletakkan nota bagi kursus JMSK. Tindakan : AJK CIDOS 16.0 Penangguhan Mesyuarat Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. Disediakan Oleh :

( ROSAMALINA BINTI MOHD @ MOHD NOOR ) Pencatat Minit Mesyuarat Jabatan Matematik Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Disemak Oleh :

( WAN KAMISAH BINTI WAN MUHAMMAD KHALID ) Pengerusi Mesyuarat Jabatan Matematik Sains & Komputer Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

You might also like