You are on page 1of 3

Refleksi Mikroteaching internet

KEKUATAN Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah kelantangan suara. Guru yang mempunyai suara yang nyaring akan memudahkan murid

untuk mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran dan juga amaran. Hal ini akan memberi kesan terhadap tumpuan dan fokus murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid akan lebih tertumpu dan focus kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat dan prihatin kepada guru. Kekuatan yang kedua ialah kejelasan memberikan arahan. Guru hendakalah memberi arahan yang jelas juga merupakan kekuatan yang telah dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan dalam penyampaian juga memainkan peranan yang penting dalam membina kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan terhadap murid. Arahan yang diberi jelas, akan memudahkan murid memahami isi pelajaran, seterusnya dapat melakukan tugasan atau latihan mengikut arahan dan panduan yang telah diberikan oleh guru. Tindakan susulan ini diaplikasikan oleh murid yang dengan tepat, maka ianya menunjukkan bahawa murid telah memahami terhadap isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru yang berkenaan. Arahan yang jelas juga dapat membantu guru untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kekuataan yang ketiga ialah penglibatan murid yang aktif. Penglibatan murid secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, telah menujukkan bahawa langkah penutup dapat mencungkil pengetahuan murid secara tidak langsung. Selain itu juga, murid akan diberikan hadiah sekiranya dapat memberi makna simpulan bahasa dengan betul. Hadiah itu diberi kerana untuk meningkatkan lagi motivasi murid untuk mencuba sesuatu yang baru.

KELEMAHAN Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan macroteaching antaranya ialah ketepatan mengikut masa yang telah diperuntukan.

Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (pnp) dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat sebelum berlaku sesi pnp, saya telah mendapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring dan kurang tepat. Hal ini berlaku disebabkan terdapat beberapa gangguan yang telah menyebabkan masa yang diperuntukan telah lebih untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Kelemahan yang kedua ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat. Kelemahan yang ketiga ialah penerangan guru yang terlalu cepat. Guru didapati memberi penerangan dan arahan dengan terlalu cepat. Guru tidak seharusnya bercakap dan memberi penerangan dengan terlalu cepat, ini kerana bimbang akan murid tidak memahami penerangan guru tersebut. Perkara ini boleh berlaku, kerana guru itu ingin mengejar masa yang telah diperuntukkan dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Seboleh-bolehnya guru hendaklah memberi penerangan dengan tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.

LANGKAH MENGATASI Kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran, pemantauan murid di dalam kelas dan penerangan guru yang terlalu cepat. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat. Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat

membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Guru hendaklah memberi penerangan dengan kadar yang tidak terlau perlahan dan tidak terlalu laju dengan intonasi guru yang nyaring. Guru hendaklah bijak membahagikan masa supaya tidak melebihi masa yang telah diperuntukan dalam sesuatu langkah. Dengan memberi penerangan isi pelajaran dalam kadar laju yang sederhana, murid akan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dan memahami isi pelajaran dengan lebih baik.

You might also like