You are on page 1of 16

KAEDAH PEMBELAJARAN TERDORONG (STAIL J)

PENGENALAN
Stail atau kaedah pembelajaran J ini merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar sepenuhnya. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati dan membimbing apabila diminta oleh pelajar

Pelajar mengambil tanggungjawab yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Guru wajib mempunyai kelayakan yang secukupnya dalam kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar

Merujuk kepada pengalaman pelajar untuk belajar secara inkuiri penemuan

Pembelajaran Kendiri dan berpusatkan murid

Kebebasan kepada pelajar

Konstruktivisme

Pembelajaran Masteri diutamakan

Pelajar menguasai kemahiran prestasi tinggi

Pembelajaran diilhamkan sendiri oleh pelajar

OBJEKTIF
Meningkatkan peluang pelajar secara individu dalam proses pembelajaran kognitif dan kemampuan fizikal dalam sesuatu topik. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan membentuk struktur latihan atau kemahiran yang ingin mereka capai Pelajar peluang membina jadual sendiri

Pelajar boleh membuat rujukan kepada guru atau jurulatih.


Pembelajaran menjadi lebih bermakna

CIRI-CIRI
Kesesuaian kepada jenis permainan atau aktiviti yang dipilih. Kesediaan pelajar untuk melaksanakan stail ini dan penggabungjalinan bersama stail yang lain. Pelajar perlu benar-benar memahami peranan mereka dan menyelesaikan masalah sendiri jika terdapat masalah yang tidak dapat diatasi barulah merujuk kepada guru untuk berbincang. Set pra impak, impak dan pasca impak adalah berpusatkan pelajar.

PRA - IMPAK

-Pelajar merintis penglibatan


-Pelajar memilih topik dan bahan

subjek umum IMPAK

-Tindak balas dan penyelesaian masalah

PASCA- IMPAK

-Penilaian -Penyelesaian masalah

Pra Impak- Peranan Pelajar


Memulakan matlamat umum dan matlamat khusus iaitu kemahiran dan tingkah laku. Memilih gaya pembelajaran yang sesuai agar dapat menbantu tujuan kajian yang telah dicetuskan. Menyusun atur siri episod pembelajaran. Membuat keputusan secara logikal. Membuat keputusan terhadap segala perkara dalam pra impak. Membuat keputusan untuk menentukan cara dan bagaimana guru dapat dilibatkan dalam pembelajaran.

Pra Impak- Peranan Guru


Guru tidak terlibat dalam spektrum Pra Impak Guru menerima keputusan murid

Membuat segala keputusan dalam peringkat set impak Menentukan cara penglibatan guru Memilih dan menentukan stail pengajaran yang akan digunakan oleh guru Pelajar bebas meminta guru untuk kendalikan pengajaran mengikut manamana stail yang dirasakan sesuai. Pelajar perlu menentukan tempoh masa bagi Fasa impak Pelajar berhak menentukan peruntukan pembahagian masa bagi setiap peringkat pembelajaran terdorong

Pra Impak- Peranan Guru


Menerima bidang kajian yang telah dicetuskan oleh pelajar. Manyatakan peraturan-peraturan yang umum dan sesuai berdasarkan rancangan pelajar. Memberikan kebebasan yang secukupnya mengikut perancangan pelajar. Menghalakan pelajar kepada sumber yang lain di sekolah atau di luar sekolah jika guru tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang yang hendak dikaji oleh pelajar. Merestui dan merelakan permintaan daripada pelajar tanpa kekangan yang tidak munasabah.

Pasca Impak- Peranan Pelajar


Membuat segala keputusan pada peringkat pasca impak berkenaan dengan prestasi pencapaian bidang yang telah dikaji Penilaian terhadap keputusan Membuat penilaian terhadap objektif yang telah dicapai pada setiap peringkat bidang kajian. Pelajar akan menentukan sejauh manakah guru membantu dalam penemuan ilmu.

Pasca Impak- Peranan guru


Menerima segala keputusan dan penilaian yang telah dibuat oleh pelajar. Menyedarkan pelajar jika aktiviti atau aksi yang dilakukan menyeleweng dan tersasar daripada fokus pembelajaran

KELEBIHAN
Menggalakkan perkembangan aras kognitif Sesuai untuk pelajar yang berkemahiran tinggi Bina inovasi dan kreativiti Memberikan kepuasan dan keseronokan Menggalakkan pembelajaran kendiri

KELEMAHAN
Tidak sesuai untuk semua pelajar Masa pembelajaran yang panjang. Bahan rujukan perlu sempurna dan lengkap Menimbulkan suasana bosan apabila pelajar tidak menguasai kemahiran sepenuhnya Pelajar perlu mengikuti Stail I jika tidak mampu menguasai Stail J

RUJUKAN
Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani Mosston dan Ashworth. (2012, Oktober 08). Retrieved Oktober 01, 2012, from http://pjhyperx.blogspot.com/2010/10/kaedahpengajaran-pendidikan-jasmani.html Learner Initiated Style J. (n.d.). Retrieved Oktober 2012, 01, from Spectrum Institute for Teaching and Learning: http://www.spectrumofteachingstyles.org/styles/j

You might also like