You are on page 1of 3

TELEFON ROSAK Bilangan pemain: Tidak terhad Kawasan : Kawasan lapang Alatan permainan : Petikan pendek Peraturan permainan

: I) Pemain pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut. II) Setelah 30 saat pemain pertama akan menuju kepada pemain kedua. Permain pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pemain kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat. III) Setelah 30 saat pemain kedua akan menuju kepada pemain ketiga dan seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada pemain pertama tadi kepada pemain yang ketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga. IV) Begitulah seterusnya, pemain ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada pemain keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada pemain yang terakhir. V) Apabila tiba kepada pemain yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Disini maklumat tersebut dapatlah kita banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat asal dari petikan tadi.

Contoh petikan:

Mak cik Halimah menyuruh anaknya, Halimaton ke kedai Pak Halim seberang jalan sebelah pokok ketapang membeli kicap, beras, bawang, dan gula halus naik basikal tua milik Nek Mah.

1. Masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran

air, pembuangan sisa pepejal dan toksik dan penebangan hutan yang tidak terkawal boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada alam sekitar.

2. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi

manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana ke arah kelestarian hidupan di bumi.

3. Kita harus sedar akan kepentingan khazanah alam sekitar kerana

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang tinggi di dunia.

4. Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk

menghasilkan barangan yang baru. Kaedah ini dapat mengurangkan bahan buangan serta mengurangkan penggunaan bahan mentah baru.

5. Sumber tenaga lestari boleh ditakrifkan sebagai sumber tenaga yang

boleh memenuhi keperluan manusia pada masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang.

6. Suhu udara di sekitar ekosistem hutan adalah lebih rendah jika

dibandingkan dengan kawasan yang gondol kerana hutan merupakan unsur utama yang mengawal suhu bumi daripada terus meningkat.

7. Satu kajian mendapati bahawa kemampuan penyejukan bagi sebatang

pokok adalah bersamaan dengan lima buah pendingin udara yang beroperasi selama 20 jam sehari.

8. Penebangan hutan secara tidak terkawal mengancam spesies hidupan

liar dan juga tumbuh-tumbuhan terutamanya spesies herba yang penting dalam industri ubat-ubatan tradisional.

9. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi lebih celik alam sekitar,

belajar daripada alam semulajadi dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.

10. Setiap lapisan masyarakat perlu mengambil bahagian dalam memastikan

pengurusan

sumber

hutan

dilaksanakan

secara

berhemat

demi

memelihara kestabilan ekosistem serta mengekalkan kepelbagaian biologi sedia ada.

You might also like