You are on page 1of 78

PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK, KAEDAH PENDIDIKAN JASMANI

Oleh : Mohd Syafiq Muhd Ikrimah

PENDEKATAN
Cara bagaimana mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya (Edward M. Anthony, 1963) Berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran seperti: - konkrit ke abstrak - mudah ke kompleks - keseluruhan ke sebahagian - umum ke spesisifik (deduktif)

Pendekatan yang berkesan dapat membantu pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif, mendalami serta meluaskan kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta dapat mempraktikkan dalam kehidupan sebenar.

Ciri-ciri Objektif berbentuk jangka panjang Berdasarkan teori dan model pengajaran Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakan Bersifat akssiomatik / diterima tanpa keraguan Mencerminkan satu falsafah

Terdapat 3 pendekatan utama/disarankan: Pendekatan Tradisional Pendekatan Humanistik Pendekatan Gabungan

PENDEKATAN TRADISIONAL
Menggunakan prinsip pengajaran tradisional Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan Mengaplikasikanpembelajaran sehala-guru sebagai pengajar Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas

Ciri-ciri: Kurikulum yang ditetapkan oleh agensi pendidikan digunakan Mementingkan pengajaran Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Tugasan yang sama kepada semua pelajar

Guru menentukan ujian piawai Berfokus kepada guru Mengukur P&P mengikut gred.

PENDEKATAN HUMANISTIK
Menumpukan apa yang berlaku dalam diri murid seperti perasaan dan emosi Menekankan cara berfikir, pengamatan,interpertasi individu tentang peristiwa dan kejadian Kuasa motivasi individu ialah kecenderungan untuk berkembang serta mencapai hasrat diri

Pelajar bebas belajar apa yang diingini dan ingin tahu Guru sebagai fasiliator,memotivasi,memberi kesedaran dan meransang pembelajaran.

Ciri-ciri Guru menentukan kurikulum dan murid menetapkan matlamat. Mementingkan pembelajaran Murid menetukan tugasan

Tiada mementingkan piawai Gred bukan ukuran pengajaran. Guru berperanan mencungkil potensi murid,memberi galakan dan maklum balas perlakuan aktiviti

PENDEKATAN GABUNGAN
Hasil gabungan pendekatan tradisional dan humanistik Diaplikasikan berdasarkan kandungan matapelajaran, keadaan persekitaran dan ciri-ciri pelajar. Guru perlu membuat analisis keadaan fizikal,ciri pelajar dan risiko sebelum memilih gaya,kaedah dan teknik

Ciri-ciri: Kurikulum dibekalkan oleh KPM dan guru berusaha mencapai objektif kurikulum tersebut dengan cara sendiri. Guru memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran Guru menganalisis ciri-ciri murid sebelum memberi tugasan Ujian berdasarkan ciri pelajar

Pelajar dan sekolah mempunyai ruang menilai diri sendiri Meluaskan penilalian gred dengan mempelbagaikan kayu ukur, penilai dan bentuk ujian Guru sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif

STRATEGI
Merupakan penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang Berteraskan kepada: Kebijaksanaan memilih pendekatan Kecekapan merancang kaedah dan teknik Berdasarkan objektif

Prinsip Pengajaran
Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif Domain psikomotor: perkembangan kemahiran manipulatif atau motor Domain kognitif: pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek Domain afektif: pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu

Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit Ditulis dalam bentuk SMART iaitu: Kemahiran yang khusus Boleh diukur Boleh dicapai Munasabah Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas. Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.

Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid. Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian. Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran.

Contoh: Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) Pembelajaran Secara Konteksual Kajian Masa Depan (KMD) Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) Pembelajaran Tematik Belajar Cara Belajar (BCB) Pembelajaran Masteri Pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Pembelajaran Secara Konstruktivisme

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah

PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL
Menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. menyediakanpembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on. Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi REACT
Relationship (hubungkait) Experience (alami) Applying (aplikasi) Cooperating (kerjasama) Transferring (pindahkan)

Unsur pembelajaran kontekstual


1. Konteks pembelajaran yang pelbagai Budaya Sosial Psikologi Fizikal 2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran Bilik darjah Makmal Tempat kerja Kehidupan harian

3. Kepelbagaian disiplin ilmu Matematik Sains Komunikasi Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan

KAJIAN MASA DEPAN


Strategi pengajaran secara saintifik yang dibina untuk melatih murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertangggungjawab. Menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

Objektif
Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.

Prinsip-prinsip KMD
Prinsip perubahan - Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya, berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang.

Prinsip pandangan jauh - Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia dekat. Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu perkara berlaku.

Prinsip perancangan strategik - Andaian terhadap masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi rancangan kita pada masa kini. Prinsip pengupayaan - Remaja selalunya prihatin tentang masa depan mereka. Oleh itu, mereka perlu belajar kemahiran perancangan strategic, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

Komponen KMD
Kemahiran asas - Membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. - Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa depan - Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

Kemahiran khusus Pemahaman konsep kajian masa depan Pengumpulan maklumat Ramalan dan analisis Imaginasi dan kreativiti Strategi mengatasi cabaran Membina senario Penjelasan nilai dan masa depan

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK)


Merupakan pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran serta membolehkan murid perolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Bahan pembelajaran direka dan diurus agar murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan serta gaya pembelajaran mereka Akhir sekali sebagai maklum balas, pentaksiran kendiri disediakan

CIRI-CIRI
Murid perlu proaktif dan tidak seharusnya pasif Murid harus menjana idea dan mencari peluang belajar Guru sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor dalam membantu murid memperoleh kemahiran yang diperlukan Program ini dibentuk bagi menggalakkan murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri lantas menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza.

Pusat Akses Kendiri


Sebuah bilik khas (makmal komputer) bagi menyimpan bahanbahan pembelajaran yang disusun secara sistematik untuk kegunaan murid. Mengandungi ruang untuk : Belajar dalam suasana senyap : Aktiviti peralatan audio visual : Aktiviti berpasangan dan berkumpulan

Bahan Bercetak

Boneka

Bahan PAK

Bahan Bukan Bercetak

Hasilan Murid

Bahan Multimedia

Bahan Bercetak Lembaran Kerja, jurnal, soalan, bahan rujukan Bahan Bukan Bercetak Bahan Audio/Visual, permainan

Bahan Multimedia Perisian pendidikan, cakera padat

Hasilan Murid Esei, kajian ringkas, lukisan, kraf tangan

Boneka Pentas boneka, boneka

PEMBELAJARAN TEMATIK
Kaedah ini memerlukan guru untuk mengenalpasti serta memahami tema-tema tertentu yang menjadi idea utama pengajaran Tema-tema perlu dipilih mengikut kesesuaian dan tahap kefahaman pelajar Guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.

Ciri-ciri
a) Mempunyai tajuk umum boleh diperkembangkan lagi b) Aktiviti pembelajaran berasakan topik kecil dan kesemuanya saling berkaitan dengan topik umum atau tema c) Aktiviti boleh merangkumi pelbagai bidang kurikulum d) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran.

PEMBELAJARAN MASTERI
[Bloom (1968)]
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

PRINSIP PEMBELAJARAN MASTERI


- Semua murid normal boleh menguasai semua yang diajarkan oleh guru. - Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil, pengetahuan disusun daripada mudah kepada yang sukar supaya boleh difahami murid. - Masa harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan. - Guru berkeyakinan semua pelajar berbeza dalam menguasai pembelajaran maka guru perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu yang diajar.

- Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar. - Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti supaya pelajar dapat menguasai sesuatu dalam masa yang singkat.

- Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

CIRI PEMBELAJARAN MASTERI


Pelaksanaan berdasarkan tahap kemajuan seseorang murid Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu

Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.

Peranan guru
- Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid. - Mengetahui perbezaan murid. - Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan merancang aktiviti yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran. - Mengurus pelbagai bahan bantu mengajar. - Menyimpan rekod kemajuan murid. - Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran. - Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.

BELAJAR CARA BELAJAR


Belajar cara belajar bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru ( Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2001). menekankan usaha pelajar sendiri untuk mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelajar perlu menentukan halatuju sendiri dalam menuntut ilmu. Mereka boleh menggunakan bahan sedia ada, kawan dan sumber lain untuk memperoleh ilmu.

Objektif
Menyediakan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru. Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

Kemahiran
Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran itu termasuklah: - Kemahiran mendengar dengan berkesan. - Kemahiran membaca. - Kemahiran mencatat nota. - Kemahiran menulis. - Kemahiran mengingat.

PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)


Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet

Prinsip TMK
Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan perisian. murid akan mengaplikasikan dan mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran mereka. murid perlu belajar TMK secara kaedah mali (hands-on) memperoleh kemahiran TMK yang boleh dikuasai dalam konteks pembelajaran.

Aplikasi TMK
Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan. Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Implikasi Konstruktivisme
Guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

KAEDAH
Satu perancangan atau prosedur melaksanakan satu pengajaran yang teratur,kemas, berkesan dan sistematik Bertujuan untuk mencapai objektif yang spesifik dalam jangka pendek Berasaskan kepada pendekatan dan gaya yang dipilih Guru yang kreatif memilih kombinasi kaedah untuk meningkat perkembangan pembelajaran murid

JENIS KAEDAH
Kaedah Tradisional Membaca buku teks Kuliah Mengucap/mengulang dengan kuat Murid mengulang kaji semula (review) Terdapat ujian/kuiz/peperiksaaan

Kaedah Inkuiri-Penemuan
Menekankan 5 prosedur utama:

Mengenal pasti masalah Rancang penyelesaian Kumpul maklumat Tafsiran Kesimpulan

Kaedah Berkumpulan Perbincangan berkumpulan Main peranan Sumbangsaran Wawancara

Kaedah Penyelesaian Masalah Projek Tinjauan Penyelidikan Demonstrasi Lawatan *lebih kompleks kerana memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik

Kaedah Kolaboratif
Sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru Memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai, kepimpinan, toleransi, komunikasi dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi

Kaedah Koperatif pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif : a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif b) Saling berinteraksi secara bersemuka c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri d) Kemahiran koperatif e) Pemprosesan kumpulan

Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat diperolehi akan dianalisis untuk dipersembahkan. mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik. Student Team Achievement Division' (STAD) Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

Jigsaw kumpulan membentuk satu kumpulan pakar. Ahli kumpulan pakar membincangkan bahan akademik. ahli kumpulan pakar berkongsi pengetahuan dengan rakan sekumpulan. Murid pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. Team-Accelerated Instruction' (TAI) Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian, seiring pelajar pencapaian tinggi.

Team Games Tournament (TGT) guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah.

TEKNIK
Kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran Cara yang lebih teliti dalam penyampaian isi pelajaran Berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;
Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

CONTOH TEKNIK
Teknik Simulasi Satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan Lebih menjimatkan kos dan masa Contoh penerapan simulasi paling kerap digunakan melalui komputer

Teknik Main Peranan Melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid Dilakukan tanpa menggunakan skrip Membolehkan murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru Dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur

Teknik Latih Tubi Murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru Dilakukan secara lisan,amali dan bertulis Memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari

Teknik Demonstrasi Berpusatkan guru Guru menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan aktiviti tersebut Bertujuan membolehkan murid melakukan aktiviti dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan dan menyediakan alat kelengkapan yang diperlukan Demonstrasi disampaikan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi

Model hidup: Merujuk kepada model sebenar yang digunakan Merupakan guru dan murid murid ang telah menguasai kemahiran tertentu untuk mendemomstrasikan kemahiran tersebut Contoh: Guru/Murid mendemonstrasikan cara menendang bola dengan betul

Model Simbolik: Merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru Contoh: Guru memberikan arahan dan menyediakan gambar untuk melakukan pukulan servis dalam badminton

Model Persepsi:

Merujuk kepada penggunaan video yang ditayangkan kepada murid Bertujuan untuk mendemonstrasikan kemahiran yang lebih spesifik yang ingin disampaikan Tingkah laku lain yang tidak diingini diketepikan Contoh: Guru mengajar cara yang betul untuk menggerkkan tangan semasa larian pecut 100m dengan menunjukkan gerakan tangan secara perlahan melalui tayangan video

Teknik sumbangsaran Satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah Turut dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap topik yang dibincangkan

Prinsip asas dalam sumbangsaran a) Topik yang bersesuaian dengan kebolehan murid b) Kumpulan terdiri daripada pelbagai kebolehan c) Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan d) Semua cadangan dicatat untuk dibincangkan secara umum e) Tidak mengkritik cadangan yang kurang baik/tidak berkaitan

..Sekian.. ..Terima Kasih..

You might also like