You are on page 1of 1

FAKTA PLANET

1) Pluto merupakan planet yang paling kecil dan paling jauh daripada sistem suria kita, tetapi kini ia tidak diiktirafkan secara rasmi sebagai planet! Pada tahun 2006, ia diturunkan kepada status planet kerdil.

2) Marikh digelar sebagai planet merah kerana ia diliputi habuk seperti warna karat.

3) Musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria kita. Ia terlalu besar hingga lebih daripada 1300 planet bersaiz seperti Bumi boleh dimuatkan di dalamnya.

4) Zuhal merupakan planet kedua terbesar dalam sistem suria kita dan merupakan planet yang paling cantik! Ia dikelilingi oleh sistem lingkaran yang terdiri daripada berjuta-juta hablur air batu, ada yang sebesar sebuah rumah dan ada yang sekecil sebintik habuk.

You might also like