You are on page 1of 5

FUNGSI DAN PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN 1.

PENDAHULUAN Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan system panita yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (Bilangan 4, Tahun 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan panitia-panitia yang diwujudkan di sekolah akan dapat berfungsi atas landasan yang kukuh dan menjayakan pelaksanaan kurikulum dengan sempurna di sekolah. 2. PENGURUSAN KURIKULUM MELALUI PANITIA 2.1 Definisi Kurikulum Pelbagai maksud dan definisi telah diberi kepada perkataan kurikulum mengikut pakar-pakar dalam bidang pengurusan masing-masing. Pada asalnya, perkataan kurikulum member makna arena lumba kuda (race course) dalam bahasa Latin. Para pengasas kurikulum menggunakan maksud ini untuk menerangkan sebagai analogy bidang-bidang pembelajaran yang harus diketahui oleh pelajar secara formal dalam usaha mereka untuk mendapat pengiktirafan seperti sijil, diploma dan lain-lain. Dari itu kurikulum ialah arena mata pelajaran yang harus dikuasai oleh pelajar secara formal dan tidak formal. Antara definisi itu ialah: Kurikulum ialah pembinaan semula (reconstruction) pengetahuan dan pengalaman yang dibina secara sistematik di bawah bimbingan sekolah untuk membolehkan pelajar menambah kawalan pengetahuan dan pengalaman. (Tanner and Tanner, Curriculum Devp: Theory into Practice, 1990) Kurikulum adalah satu program atau rancangan mengenai semua pengalaman yang dilalui oleh pelajar di bawah arahan dan bimbingan sekolah (Oliva, Developing the Curriculum , 1982) 2.2 Definisi Panitia Sekumpulan orang yang diberi tugas mengurus sesuatu atau dikenali dengan jawatankuasa (Kamus Bahasa Malaysia, DBP, 1980)

Disini jelas menunjukkan panitia mata pelajaran adalah sebuah organisasi di peringkat sekolah. Organisasi ini menjadi satu badan yang bertanggung jawab melaksanakan program-program pelajaran dan pendidikan mengikut matlamatmatlamat yang tertentu.

3. TUGAS DAN PERANAN PANITIA Di peringkat sekolah, panitia mata pelajaran pada amnya berada di lapisan ketiga mengikut hirarki organisasi pentadbiran dan begitu juga status kepimpinan ketua panitia mengikut susunan kekananan jawatan. Hirarki Struktur Organisasi Pentadbiran Sekolah Jawatankuasa Induk Pengurusan Jawatankuasa Kurikulum Panitia Matematik Unit Mata Pelajaran Hirarki Status Jawatan Di Sekolah Pengetua/Guru Besar Guru Penolong Kanan Ketua Panitia Guru Mata Pelajaran

Realiti di sekolah ialah pentadbir-pentadbir utama sekolah mustahil menguasai kemahiran dalam setiap bidang akademik khasnya di sekolah menengah. Di peringkat sekolah menengah, terdapat puluhan mata pelajaran yang berbeza diperingkat PMR, SPM dan STPM akibat pengkhususan dalam bidang berkenaan. Umpamanya panitia sains terdiri daripada mata pelajaran sains moden, sains teras, sains tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik. Apatah lagi pentadbir utama dibebani dengan tanggungjawab-tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan yang tidak terbatas. Mereka tidak berdaya dan tidak mampu member bimbingan dan pengawasan yang rapi dalam pelaksanaan semua program kurikulum di sekolah. Sungguhpun ketua panitia tidak berada dikemuncak kepimpinan, tugas seorang ketua panitia sebenarnya tidak jauh beza daripada seorang pentadbir sekolah. Yang berbeza Cuma skop pengurusan dan tanggungan ketua panitia adalah terbatas sedikit. Namun demikian peranan seorang ketua panitia tidak boleh diperkecilkan oleh pihak pentadbir sekolah. Kegagalan pengurusan panitia akan menjejaskan pengurusan bidang akademik berkenaan dan perkhidmatan sokongan seperti sumber pengajar, proses pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan kemudahan sumber di sekolah. Akibatnya prestasi akademik turut terjejas dan mangsanya adalah murid-murid sekolah. Oleh yang demikian, peranan ketua panitia tidak seharusnya dipandang rendah. Peranan-peranan yang dimainkan adalah seperti pentadbir, perancang, penghubung, penggerak, penyelaras, penyelia dan pembimbing di dalam bidang jagaannya.

4. JENIS-JENIS TUGAS KETUA PANITIA Berdasarkan peranan-peranan yang disarankan di atas, jenis-jenis tugas yang dilaksanakan oleh ketua panitia boleh disenaraikan seperti berikut: 4.1 Pentadbiran 4.1.1 Memberi nasihat dan membantu pihak sekolah dalam pengagihan tugas- tugas dalam bidangnya; 4.1.2 Mengurus dan mengawasi dokumen-dokumen berkaitan bidangnya seperti surat pekeliling, surat menyurat, minit mesyuarat dan rekodrekod kegiatan panitia; 4.1.3 Memberi bimbingan serta merancang aktiviti-aktiviti untuk panitia dan persatuan; 4.1.4 Mengendalikan mesyuarat panitia dan sesi perbincangan; 4.1.5 Mengelolakan bengkel dan pameran; 4.1.6 Menjadi penghubung di antara pihak pentadbir sekolah dengan ahliahli panitia dalam hal pengurusan sekolah; 4.1.7 Menjadi penghubung di antara pihak luar dengan ahli-ahli panitia dalam hal kegiatan ko-kurikulum yang berkaitan dengan bidangnya; 4.1.8 Menjadi penghubung di antara pihak Kementerian Pendidikan dengan ahli-ahli panitia dalam hal pelaksanaan kurikulum panitianya. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran 4.2.1 Menetapkan matlamat dan objektif pencapaian yang sesuai bagi pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum berkenaan; 4.2.2 Menerangkan strategi-straregi peningkatan mutu pelajaran ke arah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan; 4.2.3 Mengadakan perbincangan dan penyelesaian tentang pengajaran dan pembelajaran; 4.2.4 Memberi nasihat dan membantu pihak sekolah dalam pengaturan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran; 4.2.5 Merancangkan kelas-kelas bimbingan dan pemulihan selaras dengan keperluan keadaan. Pengurusan Sumber Pendidikan 4.3.1 Membantu pihak sekolah dalam usaha merancang dan mendapatkan pembekalan tenaga pengajar yang sesuai dan mencukupi; 4.3.2 Memperolehi sukatan pelajaran, huraian sukatan , buku-buku teks, buku-buku kerja dan buku-buku panduan untuk bidang kurikulumnya 4.3.3 Dengan bantuan ahli-ahli panitia, merancang dan mendapatkan pembekalan bahan-bahan rujukan, bahan-bahan bacaan, APD, ABM dan bahan-bahan keperluan lain dari semasa ke semasa untuk tujuan peningkatan tahap professionalisme ahli-ahli dan mutu pelajaran bidangnya;

4.2

4.3

4.3.4

Memastikan wang bantuan pelajaran yang diperuntukkan ke sekolah adalah dibelanjakan dengan saksama dan mendatangkan manfaat maksimum kepada pelajar-pelajar.

4.4

Pengurusan Penilaian 4.4.1 Membantu pihak sekolah dalam merancangkan jadual peperiksaan (contohnya tempoh dan masa); 4.4.2 Menentukan sistem penilaian seperti kekerapan, cara penilaian dan prinsip pemarkahan; 4.4.3 Mengadakan penyelarasan dari segi skop, format kertas soalan dan skima pemarkahan; 4.4.4 Mewujudkan sistem rekod dan laporan yang sempurna; 4.4.5 Mengadakan analisa prestasi untuk mengesan bidang-bidang kekuatan dan kelemahan pelajar serta punca-puncanya; 4.4.6 Mewujudkan bank soalan untuk mengawal mutu penilaian bidangnya; 4.4.7 Mengusahakan tindak ikut untuk memperbaiki kelemahankelemahan yang telah dikenal pasti dalam penilaian. Pimpinan dan Bimbingan 4.5.1 Membantu pihak sekolah menjalankan pecerapan pengajaran di kelas; 4.5.2 Membantu pihak sekolah menjalankan penyeliaan dalam hal-hal seperti rancangan pengajaran, gerakerja bertulis pelajar, penggunaan bahan dan APD dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai bidangnya; 4.5.3 Membimbing ahli-ahli panitia dalam merangkakan strategi-strategi peningkatan mutu pelajaran dan mencari penyelesaian untuk masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran; 4.5.4 Mewujudkan saluran untuk penyebaran pengetahuan, menggalakkan perkembangan diri ahli panitia menerusi rancangan dan kegiatan perkembangan staf seperti menghadiri kursus, seminar, bengkel, dialog, pameran, sesi perbincangan dan menerusi program bacaan; 4.5.5 Menggalakkan ahli-ahli panitia dalam percubaan idea-idea baru dan kreatif dalam perkaedahan pengajaran; 4.5.6 Memastikan ganjaran yang selaras disarankan kepada ahli-ahli panitia untuk memotivasikan mereka terus berminat dan berusaha bagi merpertingkatkan prestasi mereka dalam pengajaran dan pembelajaran; 4.5.7 Melaksanakan program-program khas untuk memotivasikan pelajarpelajar terus berusaha di luar bilik darjah untuk perkembangan diri dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelajaran berkenaan.

4.5

5 PENUTUP Visi dan kualiti kepimpinan ketua panitia akan menentukan sejauh manakah sesebuah panitia mata pelajaran akan Berjaya dalam mewujudkan satu budaya kerja yang harmoni dan sepakat di kalangan ahli-ahli untuk memperkembangkan dan menjayakan program pengajaran mata pelajaran berkenaan di peringkat sekolah. Sikap rendah diri dan ingin terus maju, berkeyakinan, menghargai idea dan usaha ahli, bertimbang rasa, suka berunding, mengambil perhatian tehntang kebajikan ahli dan sentaisa menerima komen dengan hati terbuka dalam menjalankan tugas sebagai ketu kumpulan adalah di antara beberapa sifat peribadi yang akan membantu seorang ketua panitia menjalankan tugasnya dengan berkesan. Di samping itu, pihak sekolah seharusnya mempunyai kepercayaan yang sepenuh kepada seseorang ketua panitia yang telah dilantik dan melibatkan beliau dalam urusan pentadbiran sekolah berhubung dengan hal akademik, diberi peluang untuk membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran dalam bidangnya dan menghargai usaha dan sumbangan panitianya terhadap sekolah. Dipercayai dengan adanya perhubungan yang mesra serta dibanteraskan puncapunca yang boleh menimbulkan perasaan yang tidak puas hati, satu budaya kerja yang kondusif kepada peningkatan mutu pelajaran akan dapat diwujudkan di sekolah-sekolah. Rujukan: 1. Kementerian Pendidikan Malaysia (1986) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran. 2. Program Peningkatan Prestasi Sekolah-sekolah : Pengurusan Yang Berkesan, Unit Kecil Sains & Matematik, Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Kelantan. 3. Fungsi dan Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran oleh Lee Pau Wing, Universiti Malaya.

You might also like