You are on page 1of 19

BINAAN AYAT

(AYAT MAJMUK)
Ahli Kumpulan; Dimitri Elmer Gukor Erika anak Beta Norhidayah binti Mazeli Shahirah Zainab binti Abdul Rahman Nurshahida Amiza binti Zaidi

DEFINISI AYAT MAJMUK


Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan menjadi satu ayat. Ciri-ciri;

Mempunyai lebih daripada dua subjek. Mempunyai lebih daripada dua predikat. Cantuman sederetan ayat tunggal yang boleh membentuk ayat baru.

JENIS-JENIS AYAT MAJMUK


AYAT MAJMUK GABUNGAN AYAT MAJMUK PANCANGAN AYAT MAJMUK CAMPURAN

AYAT MAJMUK GABUNGAN


Terdiri daripada dua ayat atau lebih yang digabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung. Ayat majmuk gabungan = ayat 1 + kata hubung + ayat dua. Contoh;

Murid-murid menari dan menyanyi. Pokok kelapa tinggi tetapi pokok langsat rendah.

Susunan faktanya berurutan.

Ayat Majmuk Gabungan

Susunan yang memberikan maksud pertentangan fakta.

Gabungan yang susunan faktanya berurutan satu demi satu. Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu, lagi, serta, sambil dan sebagainya. Contoh;

Murid-murid berbaris lalu bergerak ke padang. Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang, akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya.

Gabungan yang memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan. kata hubung yang digunakan seperti, tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya.

Contoh:
Dia makan ubat setiap hari tetapi penyakitnya masih belum sembuh. Dia berjawatan tinggi, padahal kelulusannya tidak seberapa.

AYAT MAJMUK PANCANGAN


Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih di mana ayat-ayatnya tidak boleh berdiri sendiri. Terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil ( ayat pancangan). Penggunaan kata hubung seperti yang dan bahawa yang membawa unsur keterangan.

JENIS AYAT MAJMUK PANCANGAN


Terbahagi kepada : Ayat majmuk pancangan relatif Ayat majmuk pancangan komplemen Ayat majmuk pancangan keterangan

AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF (AYAT RELATIF)


Dipancangkan kepada ayat utama dengan menggunakan perkataan yang. Contoh:

Wanita itu memakai barang kemas. Barang kemas itu mahal. Wanita itu memakai barang kemas + barang kemas itu mahal. Ayat relatif; Wanita itu memakai barang kemas yang mahal.

Dipancangkan kepada ayat utama dengan menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contoh;

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN (AYAT KOMPLEMEN )

Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal. Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang. Agak sukar untuk mereka melarikan diri.

AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN (AYAT KETERANGAN )


Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat keterangan. Berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Penggunaan perkataan agar, ketika dan jika.

Contoh;
Kita mesti berjimat cermat. (ayat induk) Senang kemudian hari. (ayat keterangan) Kita mesti berjimat cermat agar senang kemudian hari.
Beg itu sudah tiada. (ayat induk) Saya masuk tadi. (ayat keterangan) Beg itu sudah tiada ketika saya masuk tadi.

Kami akan menunaikan haji. (ayat induk) Tiada aral melintang. (ayat keterangan) Kami akan menunaikan haji jika tiada aral melintang.

AYAT MAJMUK CAMPURAN


Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau dengan beberapa jenis ayat majmuk. Ayat ini biasanya lebih panjang.

Contoh;
Samad masih menonton televisyen. (ayat tunggal) yang sudah mengantuk sudah lama tidur. (ayat majmuk relatif) kawan-kawannya telah lama tidur. (ayat induk) Samad masih menonton televisyen tetapi kawan-kawannya yang sudah mengantuk telah lama tidur.

Mereka membersihkan rumah. (ayat tunggal) kerana hujan telah berhenti (ayat majmuk pancangan) banjir surut (ayat induk) Mereka membersihkan rumah apabila banjir surut kerana hujan telah berhenti.

TAMAT

You might also like