You are on page 1of 4

6.

3 Sejarah Lukisan

Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Ianya berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.

Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.

Lukisan pada dinding gua di Gua Niah Sarawak Di barat, contoh lukisan boleh dijumpai di Altamira, Sepanyol dan Lascaux, Perancis. Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci telah memperkenalkan skala dalam lukisan figura. Manakala Calude Monet pula, mengaplikasikan lukisan stail impresionis iaitu lukisan yang menekankan kesan cahaya dan bayang. Pada penghujung kurun ke-19, Georges seurat telah menggunakan arang untuk menunjukkan suasana berkabus dalam lukisan beliau.

Lukisan zaman batu di Lascaux, Perancis Lukisan lama gua pada dinding

Lukisan anatomi , Leornado Da Vinci

540 BC Circa, Yunani

475 BC Symposium,Yunani

Di Altamira, sepanyol

Pech Merle , Perancis

Chauvet,Perancis

Lukisan gua di Les Combarelles, Perancis

You might also like