Bookchapter fp16

You might also like

You are on page 1of 160

Edisi Pertama 2008 AZIZI HJ.

. YAHAYA, SHAHRIN HASHIM, YUSOF BOON & HALIMAH MAALIP 2008 Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Pembentukan tingkah laku remaja / editor Azizi Hj. Yahaya [et al.]. Mengandungi indeks ISBN 978-983-52-0529-3 1. Adolescent psychology.. 2. Behavior disorders in adolescence. 3. Personality in adolescence. I. Azizi Hj. Yahaya. II. Judul. 155.518 Pereka Kulit: MOHD. NAZIR MD. BASRI &
MOHD ASMAWIDIN BIDIN AZIZI HJ. YAHAYA & RAKAN-RAKAN

Diatur huruf oleh / Typeset by

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

34 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA. (PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101) Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UNIVISION PRESS

Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9 Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

Kandungan

KANDUNGAN

Prakata Bab 1 Sejarah Perkembangan Psikologi Tingkah Laku Azizi Yahaya Bidang Psikologi Perkembangan Noordin Yahaya Teori-Teori Perkembangan Shahrin Hashim Perasaan Ibu bapa Kecewa Yusof Boon, Nurul Ezzati Azizi, & Nurul Huda Azizi Sikap Yang Positif Shahrin Hashim & Nurul Ezzati Azizi Tingkah Laku Negatif Anak Azizi Yahaya Pemalu Dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi

vii 1

Bab 2 Bab 3

11 20

Bab 4

32

Bab 5 Bab 6

38 50

Bab 7

68

vi Bab 8

Kandungan

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-Kata Kesat, Dan Membisu Azizi Yahaya Tingkah Laku Agresif Dan Suka Mengugut Nurul Ezzati Azizi & Nurulhuda Azizi Berbohong, Berdusta Untuk Kebaikan, Menipu Dan Mengambil Barang Milik Orang Lain Nurul Huda Azizi & Nurul Ezzati Azizi Dilema Sehari-Hari Asmah Suboh Adab Makan Shahrin Hashim

84

Bab 9

102

Bab 10

117

Bab 11 Bab 12

130 142

Indeks

152

vii

Prakata

PRAKATA

Pembentuk Tingkah laku Anak merupakan suatu bidang saintifik yang mempunyai disiplin yang cuba untuk memahami dan menerangkan bagaimana sesuatu perasaan cara berfikir dan tingkah laku individu dipengaruhi oleh perkara sebenar, imaginasi atau perkara-perkara yang mengganggu dengan kehadiran orang luar. Ia juga merupakan satu disiplin ilmu yang yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial. Kajian secara nyata (overt) yang terdapat dalam kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak menghisap jari, bagaimana mereka belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian selindung (covert) adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya. Buku ini juga membincangkan alam keremajaan kerana ia merupakan satu peringkat peralihan dari hidup bergantung kepada orang lain kepada satu konsep kehidupan yang lebih berdikari. Alam ini merupakan alam penuh dengan pancaroba yang sering berlaku dalam diri remaja kerana kurangnya keyakinan diri dalam pemilihan cara hidup yang paling relevan. Faktor-faktor ini menyebabkan seseorang itu mengalami pelbagai masalah seperti rendah diri, tekanan perasaan dan kehilangan keyakinan diri.

viii

Prakata

Buku ini juga langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk meningkat pelakuan yang lebih positif .Oleh sebab itu, buku ini ditulis bagi membantu ibu bapa membentuk konsep kendiri yang positif dalam jiwa anak-anak kerana sosialisasi anakanak bermula daripada sebuah keluarga. Maklum balas yang konkrit daripada orang-orang signifikan khususnya daripada ibu bapa dan guru sangat penting dalam pembentukan konsep kendiri kanak-kanak. Buku ini mengandungi 13 bab, ditulis oleh pensyarah dan guru dari pelbagai disiplin, seperti psikologi dan bimbingan kaunseling. Buku ini juga menggabungkan di antara kepakaran psikologi dan kaunseling dalam menentukan hala tuju khasnya pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi supaya lebih berhati-hati apabila mendapat maklumat. Pelajar-pelajar boleh membezakan di antara kesahihan, kebenaran dan kepalsuan. Di sini terletak kekuatan buku ini bagi memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan penggunaan akal dalam membuat sebarang keputusan

Azizi Yahaya Shahrin Hashim Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

Sejarah Perkembangan Psikologi Tingkah Laku

1
SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI TINGKAH LAKU
Azizi Yahaya

PENGENALAN Kajian tingkah laku terhadap tingkah laku manusia; cara mendapat maklumat tentang cara individu atau kelompok manusia, di peringkat umur berlainan bertindak balas terhadap pengaruh keadaan batinnya terhadap alam sekitar. Menurut Baller dan Charles (1968) dalam The Psychology of Human Growth and Development kajian tingkah laku manusia dengan menggunakan data dan prinsip yang telah dihimpunkan dengan teliti. Psyche bererti jiwa dan logos bererti kajian tentang sesuatu. Jadi Psikologi adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia yang dibuat secara sistematik dan saintifik. Ia satu disiplin ilmu yang yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial. Menurut Davidoff (1976) kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata atau selindung. Kajian secara nyata (overt) merujuk kepada kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak menghisap jari, bagaimana mereka belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian selindung (covert) adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya.

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

Menurut Fantino (1974) psikologi adalah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran kebimbangan dan tekanan. Mengapa belajar Psikologi? Ada beberapa tujuan mengkaji psikologi seperti: i) Memahami tingkah laku manusia agar wujud persefahaman seterusnya memelihara perhubungan manusia yang baik dan berkesan. Contoh; guru dapat berempati dengan pelajar, dapat mewujudkan satu perhubungan yang baik antara guru-pelajar. ii) Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini. Contohnya seseorang lebih berjaya mengubah tingkah laku individu lain atau sebagai pembimbing dengan pengetahuan tentang modifikasi tingkah laku. iii) Mengawal tingkah laku yang tidak diingini atau yang bercanggah dengan kehendak masyarakat seperti tingkah laku yang agresif yang boleh dikawal agar seseorang individu menjadi warganegara yang berguna kepada negara. iv) Meramal atau menelah gerak balas tingkah laku dalam sesuatu situasi. Contohnya, jika seseorang pelajar tidak bermotivasi untuk belajar, guru yang berpengetahuan psikologi dapat membantu pelajar atau mendorong pelajar mengatasi kegagalan. v) Menilai tingkah laku manusia dalam sesuatu masyarakat. Contohnya pengetahuan psikologi guru akan memudahkannya menilai tingkah laku pelajar berlandaskan kriteria-kriteria tertentu. vi) Memahami perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi agar guru dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar. vii) Memahami keperluan biologi dan psikologi manusia dan dengan itu seseorang dapat berusaha untuk memenuhinya. viii) Memahami pelbagai jenis gangguan tingkah laku seperti

Sejarah Perkembangan Psikologi Tingkah Laku

xi) x)

hiperaktif, bimbang, pengunduran diri dan pergantungan berlebihan serta langkah-langkah yang boleh diatasi. Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang individu seseorang. Memahami bagaimana konsep kendiri seseorang individu.

PENDEKATAN PSIKOLOGI 1. Pendekatan Behaviorisme 2. Pendekatan Kognitif 3. Pendekatan Humanis 4. Pendekatan Psikoanalisis 5. Pendekatan Neurobiologi 1 Pendekatan Behaviorisme Umumnya behaviorisme adalah teori pembelajaran yang menumpukan kajian tentang tingkah laku nyata yang boleh diperhatikan dan diukur (Othman Mohamad, 2000). Ia dilihat satu gerak balas terhadap rangsangan yang boleh dilihat secara kuantitatif. Pendekatan ini juga disebut sebagai rangsangan gerak balas atau psikologi R-G(ringkasan) Contohnya apabila pelajar berdiri ketika diarah oleh guru. Berdiri adalah gerak balas, rangsangan daripada arahan guru. Ahli psikologi dalam perkembangan behaviorisme adalah Pavlov, I, Watson, J.B., Thorndike, E., Skinner, B.F. Pavlov (1849-1939) seorang ahli psikologis Rusia yang terkenal dengan kajian pelaziman klasik. Pavlov menggunakan rangsangan bunyi loceng dengan makanan. Apabila mendengar loceng, air liur anjing akan keluar berak balas terhadap bunyi loceng walaupun tanpa makanan. Kemunculan John Watson (1874- 1957) dengan memfokus kepada aturan pembelajaran yang memperkenalkan psikologi sekolah. Mengasaskan teori behaviorisme. Idea utama beliau adalah mengkaji perkembangan kanak-kanak dengan teori pembelajaran. Kajiannya menggunakan kanak-kanak yang takut dengan bunyi tikus akan menjahui tikus. Kanak-kanak belajar dengan pengalamannya. Skinner(1904-1990)

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

memperkenalkan teori pelaziman operasi yang berhubung dengan perubahan dalam tingkah laku yang tidak menghiraukan apa proses yang terhasil dalam minda. Kajian menggunakan tikus dengan tuil. Jika dia meletakkan tikus di dalam sangkar, tikus tersebut akan mengambil masa yang lama untuk menekan tuil bagi mendapatkan makanan. Mula-mula mungkin makanan akan diperoleh dengan menekan tuil, tetapi lama-kelamaan makanan sudah habis. 2 Pendekatan Kognitif Edward Tolman mula mengkaji tikus melalui eksperimen peta minda. Dia meletakkan tikus dalam kotak maze, di dapati tikus tidak putus asa untuk belajar mencari jalan hingga berjumpa makanan (operasi pelaziman). Teori ini menggunakan pengamatan, penyelesaian masalah, ingatan. Ahli psikologi lain yang terkenal ialah Brunner, Ausubel dan Piaget. Teori ini mendapati yang kebanyakan pembelajaran melibatkan penggabungan atau perkaitan yang menggunakan proses ulangan. Othman Mohamad (2000), telah menyusun empat dimensi konstruk diri mengikut psikologi kognitif Ad-din yang terdiri daripada : i Ruh atau Roh-keupayaan mendapatkan ilmu yang menjadi salah satu keistimewaan manusia sebagai khalifah ii Al-qalb atau Qalbu - membolehkan manusia membuat pertimbangan antara benar, baik dan salah. Dengan ini dapatlah manusia memahami tentang diri sendiri. iii Al-Nafs atau Diri- membolehkan manusia memahami tingkah laku diri. Diri terbahagi kepada 2 nilai iaitu nilai material dan fizikal dan nilai bukan material (spiritual). Dalam diri terkandung pelbagai bentuk, pola, kederiaan, idea, ingatan dan perasaan agar dapat menghampiri jasad insan dengan lebih sempurna. iv Al-aqal atau cendekia- akal mampu mengatasi rangsangan yang boleh merosakkan diri.

Sejarah Perkembangan Psikologi Tingkah Laku

3 Pendekatan Humanis Pendekatan yang menumpukan apa yang berlaku dalam diri seseorang seperti perasaan atau emosi. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi yang menyebabkan seseorang individu cenderong untuk mencapai kebenaran diri. Setiap individu mempunyai keperluan untuk memperkembangkan potensi sehingga ke tahap maksimum (Konsep Maslow)

Rahsia zat Kesempurnaan kendiri Keperluan astetik mengetahui dan memahami penghargaan diri Keperluan kasih sayang kaselamatan Fisiologi

Rajah 1 :Hierarki Maslow

3 Pendekatan Psikoanalisis Psikologi yang dipelopori oleh Sigmud Freud. Ia melibatkan diri dalam penyelidikan yang menumpukan kepada kecelaruan saraf penyakit mental. Dia percaya manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Fahaman in menyatakan yang manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan diri (Othman Mohamed ,2000).

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

4 Pendekatan Neurobiologi Pendekatan ini berkaitan dengan proses biologi yang berlaku di dalam otak dan sistem saraf manusia. Mengkaji aktiviti sel dan saraf di dalam otak ketika mata kita melihat sesuatu. Jadi seseorang ahli psikologi neurobiologi menyiasat jenis perubahan di dalam sistem saraf ketika belajar. Kajian menunjukkan integrasi aktiviti otak (otak kiri dan otak kanan) penting dalam menghasilkan pembelajaran yang optimum. Sel-sel otak boleh dipertingkatkan perkembangannya melalui beberapa aktiviti rangsangan dan saranan (Ab. Fatah Hasan, 1994) KONSEP ASAS PSIKOLOGI Psikologi telah didefinisikan sebagai kajian tingkah laku. Apakah yang mempengaruhi tingkah laku seseorang adalah naluri, keperluan, desakan dan motivasi. Naluri: Menurut Freud, dia telah mengelaskan naluri kepada 2 iaitu naluri hidup yang berkaitan pertumbuhan dan perkembangan; dan naluri kematian iaitu bunuh diri. Naluri adalah perlakuan semula jadi yang merupakan kuasa daripada dalam yang menggerakkan seseorang meneruskan hidupnya. Antara naluri-naluri yang utama adalah seperti : 1. Naluri ingin tahu-mendorong manusia ingin menyiasat 2. Naluri melarikan diri- mendorong untuk melepaskan diri dari ketakutan atau tekanan 3. Naluri ingin berkumpul- mendorong manusia untuk hidup berkumpul. 4. Naluri ingin meniru- menggerakkan seseorang untuk melakukan perbuatan orang lain. 5. Naluri ingin melawan-mendorong seseorang yang marah bertindak melawan terhadap penghalangnya. 6. Naluri mencari makan-dorongan yang wujud ketika dilahirkan. 7. Naluri minta pertolongan-berkehendakkan bantuan orang lain. 8. Naluri merendahkan diri-ia wujud apabila seseorang berasa

Sejarah Perkembangan Psikologi Tingkah Laku

9.

10.

dirinya lemah. Naluri ingin runtuh dan membina- kanak-kanak suka merosakkan barang, mengoyak buku, memasang roda dan bahagian kenderaan. Naluri memperaga diri-apabila berasa diri pandai dan cekap.

Naluri ini wujud secara semual jadi dan diwarisi. Ia adalah kompleks dan agak kekal. Tingkah laku yang wujud hasil daripada naluri ini adalah sama bagi semua ahli dalam sesuatu kumpulan tertentu atau spesies. Kewujudannya bukan disebabkan oleh sebarang rangsangan. Desakan: Ia timbul akibat satu-satu keperluan makanan, minuman, oksigen dan lain-lain yang tidak dipenuhi. Desakan terdiri daripada tiga iaitu: i) desakan kelaparan; ii) desakan kehausan; dan iii) desakan seks Contohnya semasa mengigil semasa sejuk. Gerak balas ini akan menyebabkan bulu roma berdiri dan memerangkap lapisan udara (penebat haba) yang memanaskan badan. Ataupun semasa dahaga, seseorang akan minum air untuk menyeimbangkan keadaan badan yang kehilangan air. Ciri desakan dapat dilihat adalah disebabkan kekurangan fisiologi dan ia akan berterusan sehingga keperluan fisiologi dapat diatasi. Setelah keperluan dipenuhi mengikut kadarnya ia akan hilang. Desakan merupakan rangsangan yang mendorong seseorang bertindak untuk memenuhi keperluan. Keperluan: Istilah keperluan amat sesuai digunakan ketika menghuraikan mengenai motivasi sebenarnya. Ia bermakna suatu kekurangan yang dikehendaki oleh seseorang individu untuk berfungsi. Manusia mungkin kekurangan makanan, air, udara suhu optimum keseimbangan badan. Ia disebut sebagai keperluan asas. Keperluan fisiologi adalah keperluan keselamatan, kasih sayang,

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

penerimaan dan penghargaan. Keperluan yang tertinggi adalah keperluan mencapai hasrat diri. Konsep ini menekankan kecenderungan manusia untuk mencurahkan perhatian dan tenaga demi untuk memenuhi desakan fisiologi. (Baller dan Charles, 1968). Maslow, pengasas idea keperluan mencadangkan hierarki keperluan yang terdiri daripada : i) Keperluan fisiologi contohnya dahaga dan lapar ii) Keperluan keselamatan contohnya menyelamatkan diri daripada ancaman. iii) Keperluan kasih sayang contohnya cinta, efeksi, penerimaan dan perasaan semasa berhubungan dengan ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat. iv) Self-esteem contohnya penguasaan dan keyakinan dalam diri, kecukupan dan kedudukan serta penerimaan dalam suatu kumpulan sosial. v) Keperluan pencapaian hasrat diri melalui pernyataan diri secara sendiri dan pencapaian sosial; keperluan untuk bebas(antara batasan keperluan umum dengan keperluan sosial; untuk menyakinkan segala keraguan dan untuk memahami diri orang lain. (Baller dan Charles, 1968). Dalam teori keperluan Al-Ghazali pula mengelaskan dua bahagian jasad manusia yang memerlukan keperluan yang berlainan untuk dipenuhi. Yang pertama ialah jasad dan yang kedua ialah roh. Unsur keperluan manusia menurut Al-Ghazali ialah kerohaniaan, ilmu, adap, kuasa dan jasmani. Motivasi atau pergerakan ialah kecenderungan organisma yang dirangsang oleh sesuatu insentif. Rangsangan terdiri daripada rangsangan dalaman (intrinsik) dan rangsangan luaran (ekstrinsik). Rangsangan dalaman adalah seperti reka cipta, bermain alat muzik dan mengatasi masalah. Contoh rangsangan luaran adalah seperti mendapat hadiah, mendapat pujian dan mendapat ganjaran. Jika kita lapar kita terdorong untuk mencari makanan. Setelah mencapai matlamat iaitu makanan motivasi akan berkurangan. Ciri-ciri ini tidak boleh diwarisi dan bukan bersifat semula jadi. Ia diwujudkan oleh keperluan Fisiologi dan psikologi. Motivasi

Sejarah Perkembangan Psikologi Tingkah Laku

cenderong untuk ke arah mencapai matlamat dan arasnya pula berbeza-beza antara satu sama lain. Lagi kuat keinginan lagi tinggi matlamat. Aplikasi Psikologi Disiplin psikologi boleh digunakan kepada banyak bidang. Perniagaan, indusri, institusi kerajaan, agensi pertahanan; bidangbidang ini ataupun bidang yang lain yang tidak disebutkan telah menggunakan kaedah psikologi dan ilmu psikologi dalam organisasi masing-masing. Ada banyak bidang psikologi yang utamanya iaitu; 1. Psikolgi umum; mengkaji prinsip asas tingkah laku manusia seperti kajian mengenai aspek personaliti, pemikiran, emosi, motivasi dan sebagainya. 2. Psikologi ekperimen: mengkaji aspek penyelidikan seperti pengamatan, pemerhatian, pemikiran dan pembelajaran. 3. Psikologi klinikal: membuat diagnosis dan rawatan masalah emosi dan tingkah laku seperti kes salah laku, alkoholisme, mental, masalah perkahwinan dan sebagainya. 4. Psikolgi genetik: psikologi yang mengkaji aspek perkembangan individu. 5. Psikologi pendidikan: kajian semua aspek mengenai pendidikan seperti bilik darjah, kemahiran dan konsep pengajaran dan pembelajaran, memperbaiki teknik pengajaran dan kurikulum, tingkah laku individu pelajar yang berbeza dalam bilik darjah dan sebagainya yang boleh menyelesaikan segala masalah mengenai pendidikan. 6. Psikologi fisiologi: kajian mengenai pertalian antara proses tubuh badan dengan tingkah laku. 7. Psikologi industri: kajian mengenai tingkah laku manusia yang terlibat dalam perindustrian. Ia merangkumi aspek mencari jalan memotivasi pekerja, pemilihan pekerja atau merancang program latihan pekerja. 8. Psikologi Perkembangan: kajian menentukan tingkah laku manusia dari pralahir sehingga dewasa. Ia meliputi

10

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi manusia mengikut peringkat umur (Noraini Ahmad, 1994). 9. Psikologi kanak-kanak: mengkaji pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi mental dan sosial. 10. Psikologi remaja: kajian tingkah laku individu di peringkat umur 13-24 tahun dari aspek emosi, mental, sosial dan moral. (Noraini Ahmad 1994). 11. Psikolgi dewasa: kajian tingkah laku individu pada peringkat selepas remaja. 12. Psikolgi sosial: kajian tingkah laku individu dalam situasi kumpulan dan perhubungan individu antara kumpulan yang mementingkan aspek nilai, sikap, prasangka individu.

RUJUKAN Arieff Salleh dan Wardah (2003). Membentuk Jati Diri Remaja. Kuala Lumpur:PTS Professional. Azizi Yahaya et.al (2006). Psikologi Sosial Alam Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional. Azizi Yahaya dan Jamaludin Ramli (2008). Kesihatan Mentall. Penerbit UTM Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall. Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill. Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An Introduction. Boston:

Bidang Psikologi Perkembangan

11

2
BIDANG PSIKOLOGI PERKEMBANGAN
Noordin Yahaya

PENGENALAN Perkembangan bermaksud perubahan progresif yang mengikut urutan dalam sesuatu organisma. Psikologi perkembangan adalah satu kajian psikologi yang khusus dalam aspek perkembangan yang tertentu pada manusia seperti mengkaji peringkat awal kanakkanak ataupun remaja. Ia meruapak satu daripada cabang psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari masa pralahir hingga dewasa. Ia sejenis kajian terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia dalam aspek fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan tingkah laku sepanjang hayat. Aspek perkembangan yang biasa dikaji adalahi) Pertumbuhan dan perkembangan fizikal. ii) Perkembangan motor yang membolehkan seseorang kanakkanak berjalan dengan betul, memegang objek atau menyuap makanan ke mulut. iii) Perkembangn mental yang akan menentukan bila seseorang boleh membaca atau mengira. iv) Perkembangan emosi yang menentukan bila seseorang itu boleh mengawal perasaan agar tidak hilang akal dengan cepat.

12

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

MENGAPA BELAJAR PSIKOLOGI PERKEMBANGAN? Ahli psikologi perkembangan mungkin mengkaji satu-satu peringkat yang khusus atau aspek tertentu seperti pekembangan pemikiran, ingatan,lupaan atau penanggapan dan pengamatan. Oleh itu kita sering temui ahli psikologi perkembangan menekankan aspek kajian mereka kepada perkembangan bayi atau perkembangan kanak-kanak atau perkembangan remaja yang mengambarkan segala yang berkaitan dengan tingkah laku manusia.(Liebert,Pulos dan Marmor, 1977). Terdapat beberapa tujuan kajian psikologi perkembangan kepada guru iaitu: i) Guru dapat memahami perkembangan fizikal, mental dan emosi pelajar demi membolehkan guru menyediakan rancangan mengajar yang berkesan. Kajian perkembangan kognitif murid-murid membolehkan guru menggunakan kaedah mengajar yang sesuai mengikut kebolehan mereka. Kajian perbezaan individu membantu guru membahagikan pelajar dalam kumpulan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Kajian perubahan tingkah laku murid membantu guru mengawal disiplin mereka dengan berkesan. Guru dapat memahami demi meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii)

iii)

iv) v)

Umumnya, kajian psikologi perkembangan meliputi perkembangan secara kronologi. Data kronologi juga penting , ada nilai praktikal dan membolehkan nilai norma individu itu dapat diukur. Daripada data kronologi maka sebab sesuatu perkembangan berlaku dapat diketahui. Psikologi perkembangan dapat mengenalpasti adalah faktor biologi (keturunan) dan persekitaran mempunyai perkaitan dalam perkembangan. Dengan ini dapat ditentukan bagaimana pengaruh sosial dan biologi memainkan peranan dalam mempengaruhi jenis-jenis tingkah laku. Kajian ini dapat juga dapat menentukan bagaimana dua jenis perubahan tingkah laku dalam perkembangan manusia. Akhir sekali bagaimana proses

Bidang Psikologi Perkembangan

13

kognitif berkait dengan proses perkembangan. Teori-teori Perkembangan Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlama bidang psikologi pertumbuhan dan perkembangn adalah : i Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut. ii Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku. iii Untuk meramal tingkah laku. Definisi Pertumbuhan Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan darii segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju

14

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

kematangan. Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa. Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia. Ciri-ciri Pertumbuhan Di antara ciri -ciri yang menonjol semasa pertumbuhan manusia ialah: i pertumbuhan manusia mengikut corak atau urutan tertentu berdasarkan proses kematangan sistem tubuh contohnya menirap sebelum merangakak ii struktur mendahului fungsi. Kumpulan otot-otot adalah lengkap sebelum dapat digunakan pepenuhnya, contohnya otot bayi yang kuat sebelum boleh berdiri. iii Pertumbuhan bersifat berterusan , berkuantiti, dapat diukur dan dan dilihat dengan nyata. iv Pertumbuhan mempunyai arah tertentu dari umum kepada khusus, contohnya kanak-kanak akan menjalani latihan sendiri latihan merangkak sebelum berjalan. v Melalui peringkat pertumbuhan yang sama tetapi pada kadar yang berlainan kerana terdapatnya factor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan.

Bidang Psikologi Perkembangan

15

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Kanak-kanak membesar pada peringkat yang sama tetapi pada kadar berlainan adalah disebabkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan iaitu: i Baka : baka adalah potesi yang yang diwarisi seperti jenis darah, warna mata, warna rambut, struktur badan dan penyakit. ii Kesihatan ibu ketika hamil : Ibu yang hamil perlu menjaga kesihatan serta pengambilan makanan yang seimbang untuk menjamin pertumbuhan fetus. iii Trauma lahir : Kesulitan ketika bersalin yang mengakibatkan kecederaan dan kecacatan fizikal boleh menjejaskan pertumbuhan bayi serta mengakibatkan gangguan mental dan emosi. iv Pertumbuhan kanak-kanak bergantung juga kepada taraf sosio-ekonomi keluarga, kemudahan perubatan dan kesihatan. v Iklim: kanak-kanak yang hidup dalam iklim sejuik akan lebih cenderung untuk mempunyai saiz badan yang besar. Definisi Perkembangan Kamarudin Husin (1997:6) perkembangan didefinisikan oleh pakar-pakar psikologi sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses menccapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Menikut Craig(1976) dalam Mohd Salleh Lebar, perkembangan adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang

16

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow , perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan pertambahan umur. Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui. Ciri-ciri Perkembangan Di antara ciri-ciri perkembangan ialah: i Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. ii Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang berlainan. iii Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang individu itu. iv Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. v Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan ke satu tahap maksimum.

Bidang Psikologi Perkembangan

17

vi Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah l, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya. Prinsip Perumbuhan dan Perkembangan Prinsip utama tentang pertumbuhan dan perkembangan ialah ianya mengikut arah tertentu seperti berikut : i Arah kepala ke kaki (sefalokandal ) Sturktur dan fungsi berlaku di bahagian kepala terlebih dahulu kemudian bahagian belakang badan dan akhir sekali di bahagian kaki. ii Arah tengah ke tepi ( promiksodistal ) Perkembnagan berlaku di bahagian tengah badan menghala ke bahagian hujung anggota . Bayi dapat menggunakan lengan dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari. iii Struktur berkembang terlebih dahulu sebelum fungsi otot perlulah kuat dan lengkap sebelum sesuatu bahagian badan dapat digunakan. iv Pembezaan Perkembangan bermulaa secara umum dan diikuti secara khusus. v Konkrit kepada abstrak kanak-kanak mempunyai keupayaan mental untuk memikirkan objek yang boleh dilihat sebelum dapat memikirkan sesuatu yang tidak dapat dilihat. vi Egosentrik kepada pandangan orang lain Kanakkanak hanya mementingkan hal-hal tentang dirinya sahaja. Melalui peningkatan umur barulah mereka menerima pandangan orang lain. Perbezaan diantara Pertumbuhan dan Perkambangan. Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan saling berkait yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan dan perkembangan dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial

18

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

adalah seperti jadual 1 di bawah Jadual 1 : Perbezan di antara Pertumbuhan dan Perkembnagan PERTUMBUHAN Jasmani Tinggi,berat,saiz, perumbuhan urat , saraf, daging Mental Keupayan berfikir berkembang termasuk perkara subjektif Emosi Perasan saying, suka, duka ,marah dan sebagainya Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya jiran dan masyarakat
PERKEMBANGAN

Jasmani Kemahiran menggunakan anggota badan Mental Kemahiran menggunakan bahasa, perkatan angka, pemikiran dan penaakulan. Emosi Berupaya menguasai perasan dan mengawal perasaan Timbul kesedaran perbezaan jantina, displin kumpulan, peranan dan penyesuaian dengan rakan sebaya

RUJUKAN Arieff Salleh dan Wardah (2003). Membentuk Jati Diri Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional. Azizi Yahaya et.al (2006). Psikologi Sosial Alam Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional. Azizi Yahaya et.al (2004). Psikologi Sosial. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya et.al (2008). Psikologi Abnormal. Penerbit UTM Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya dan Jamaludin Ramli (2008). Kesihatan Mentall. Penerbit UTM Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Bidang Psikologi Perkembangan

19

Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall. Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill. Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An Introduction. Boston:

20

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

3
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
Shahrin Hashim

PENGENALAN Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan membolahkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu rekabentuk penyelidikan dan cadangan yang disyorkan untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-teori dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. . Teoriteori yang dikemukakan akan mempengaruhi tindakan ibu bapa, guru, ahli psikologi dan doktor perubatan kanak-kanak. Di antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai peringkat perkembangan individu adalah: i Teori Perkembangan Arnold Gesell ii Teori Perkembangan Robert Haringshurst iii Teori Perkembangan Jean Piaget iv Teori Perkembangan Sigmund Freud v Teori Perkembangan Erik Erikson I Teori Perkembangan Arnold Gesell Teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell berupa teori kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Bagi beliau kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, perumbuhan tisu dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh yang demikian , perlakuan kanak-

Teori-teori Perkembangan

21

kanak boleh diramalkan. Oleh kerana Gesell mempercayai kematangan menjadai faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan kanak-kanak . Faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang dapat mengubahsuai kemajuan perkembangan. Gesell menghormati hak dan individualiti kanak-kanak dan mempercayai pendididikan bebas bagi kanak-kanak. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang menmgikut kadar perkembangan sendiri, kanak-kanak tidak perlu dipaksa untuk mencapai suatu peringkat perkembangan . Personaliti, kadar peertumbuhan minat dan kebolehan adalah aspek-aspek yang dimiliki oleh individu. Oleh itu wujud kadar pertumbuhan yang berlainann yang berlaku pada masa yang berlainan. Oleh itu perbezaan individu sering berlaku sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat. Gesell membahagikan perkembangan kanak-kank kepada lima peringkat seperti di bawah: i Peringkat Pertama ( 0 1 tahun ) Semasa berumur sebulan bayi boleh menghasilkan tangisan berlainan untuk membezakan tangisan lapar dan tangisan yang inginkan belaian ibu. Semasa berusia 4 bulan , bayi melalui peringkat awal perkembangan emosi seperti ketawa apabila gembira sementara di usia 8 bulan, perkembangan psikomotor bayi telah meningkat di mana bayi boleh menggenggan objek yang diberikan kepadanya. Bagi bayi berusia 1 tahun pula telah boleh berdiri. ii Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun ) Kanak-kanak mulai berlajar berjalan , bercakap dan memahami makna jangan Diakhir peringkat ini boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi

22

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

masih pelat. iii Peringkat Ketiga ( 2 3 tahun ) Kanak-kanak mula makan bersendirian dan bercakap menggunakan ayat yang mudah. iv Peringkat Keempat ( 3 4 tahun ) Kanak-kanak boleh menunggang basikal roda tiga dan dapat menerima arahan mudah ibu bapa. vi Peringkat kelima ( 4 6 tahun ) Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Kanakkanak sudah boleh membezakan di antara yang betul dan yang salah serta sedia mendengar pendapat orang lain. 2 Teori Perkembangan Robert Havinghurst Pendekatan Robert Havinghurst merupakan perkembang bercorak sosiobudaya dan antropologi. Mengikut pandangan ini, kanakkanak adalah hasil dari tekanan sosiobudaya yang mempengaruhinya. Nilai dan institusi setiap kebudayan akan mehasilkan personaliti tertentu. Oleh itu kaitan harus memahami faktor kebudayan, sosiobudaya dan psikologi untuk membolehkan kita memahami kanak-kanak sepenuhnya. Manurut Havinghurst selain budaya faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu yang melahirkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas kerja yang dikemukan oleh beliau dalam Sharifah Alwiah Alsagof (1987: 62) adalah seperti berikut : tugas yang lahir pada masa atau kurang lebih pada satu masa di dalam hidup individu tersebut, pencapaian tugas ini dengan jayanya akan membawa kegembiraan dan kejayaan di dalam tugas selanjutnya, manakala kegagalan akan membawa kesedihan individu tersebut, tidak diperkenankan oleh masyarakat, dan kesusahan dengan tugas-tugas selanjutnya.

Teori-teori Perkembangan

23

Tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu masa di dalam hidup individu tersebut. Tugas ini dihuraikan daripada segi pembelajaran yang diperlukan oleh individu berdasarkan kebudayaan beliau. Keadaan ini adalah untuk melihat perhubungan di antara keperluan , proses kematangan dan tekanan kebudayaan . Konsep tugas ini berguna untuk menerangkan kepentingan tugas bagi kanak-kanak di peringkat umur yang berlainan agar dapat disediakan kegiatan pendidikan yang sesuai untuk peringkat umur yang tertentu. Dalam membincangkan peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja, Havinghurst membahagikannya kepada tiga peringkat. i Peringkat bayi dan awal kanak-kanak ( sejak lahir 6 tahun ) Peringkat ini kakak-kank mula belajar bercakap,, membentuk konsep yang mudah tentang realiti sosial dan fizikal dan berinteraksi dengan orang lain. Kanakkanak boleh bertolak ansur dan menerima pendapat orang lain. ii Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 12 tahun ) Kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis , mengira, menguasai kemahiran tertentu untuk permainan biasa, belajar konsep hidup seharian, pembentukan moral, ,mencapai kebebsan peribadi dan memahami perasaan jantina. Mereka juga belajar bergaul dengan individu lain dan membentuk sikap yang mengakui hak, keupayan dan kelemahan pada setiap individu. iii Peringkat awal remaja dan remaja ( 12 18 tahun ) Bentuk tubuh kanak-kanak akan berubah menjadi baligh dan mula berminat bergaul dengan berlainan jantina dan ingin mencapai kebebasan daripada ibu bapa dan orang dewasa. Menerima dan menghargai tubuh badan, membentuk kebebasan emosi memilih bidang perkerjaan yang sesuai, inginkan tingkah laku yang sesuai dan dapat diterima oleh masyarakat serta kesedaran terhadap apa yang penting, baik dan betul

24

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

menjadi lebih stabil dan mantap 3 Teori Perkembangan Jean Piaget. Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan kognitif. Kajian-kajian yang di buat oleh beliau ialah mengenai tingkahlaku kanak-kanak yang ditinjau dari aspek struktur, operasi tingkahlaku cerdas dan peringkat-peringkat perkembangan berturutan iaitu dari seg penaakulan, pemikiran dan kematangan intelek .Menurut beliau kanak-kank yang lebih tua biasanya berfikir dengan lebih cepat daripada kanak-kanak yang lebih muda. Bagi beliau dengan mengkaji kecerdasan kanakkanak, kita akan dapat memahami sifat pengetahuan manusia yang berkembang mengikut peringkat tertentu. Piaget menjalankan penyelidikanya berdasarkan pendekatan epistemologi genetik yang mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cergas. Beliau melakukan pemerhatian terhadap anak-anaknya dan kemudian kepada kanakkanak lain. Aspek-aspek yang beliau kaji denan teliti adalah mengenai bahasa, taakulan, perkembangan moral, struktur kognitif dan intelek kanak-kanak . Untuk memahami tingkah laku dan perkembangan kognitif, Piaget memperkenalkan aspek penting skema dan skemata, asimilasi, akomodasi dan perimbangan. Skema ( pola penyusunan tingkah laku ) ialah struktur-struktur kognitif yang digunakan oleh individu untuk mendapatkan pengetahuan dalam persekitaran. Skema sentiasa berubah-ubah dan dapat mengendalikan rangsangan untuk sesuatu tindakan. Skemata pula adalah aspek kiasan bagi pemikiran yang merupakan struktur-struktur kognitif yang berubah dan berkembang melalui interaksi dengnan persekitaran. Semakin membesar individu semakin banyak skemata yang boleh difikirkan dan ditaakul terhadap sesuatu perkara yang dilihat dan seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir yang tajam boleh menambahkan skematanya.

Teori-teori Perkembangan

25

Proses yang membolehkan skemata berkembang dinamakan asimilasi dan akomodasi . Dua proses ini saling berkait di antara satu sama lain. Proses asimilasi berlaku apabila kanakkanak menggabungkan elemen baru ke dalam struktur tingkah laku sedia ada. Proses ini penting untuk membantu mengembangkan skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah kepada yang susah. Manakala akomodasi pula merupakan satu cara menukarkan konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat baru. Penyesuaian di antara asimilasi akomodasi dinamakan perimbangan untuk proses keseimbangan yang berlaku pada kanak-kanak. Teori Piaget yang amat terkenal ialah mengenai perkembangan kognitif. Menurut beliau terdapat empat peringkat perkembangan kognitif iaitu : i Peringkat deria motor ( 0 2 tahun ) Kanak-kanak pada peringkat ini belum tahu lagi sebarang maklmat mengenai objek yang ada diselilingnya. Pada peringkat ini kakak-kanak menggunakan deria motor untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak masih boleh memperolehi konsep kewujudan objek ( menganggap objek yang pernah dilihatnya tiada lagi setelah disimpan ). ii Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun ) Perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan motor bertukar kepada kegiatan mental. Kanak-kanak mengggunakan simbol untuk mewakili objek disekelilingnya, masih belum mempunyai konsep pengekalan dan konsep transformasi. Pada peringkat ini kanak-kanak mula bertutur tetapi berkisar tentang dirinya iatu bersifat egosentrik yang melakukan kegiatan mengikut kehendaknya dan mempercayai orang lain mempunyai pandangan serupa sepertinya. iii Peringkat Operasi Konkrit ( 7 11 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak tidak begitu egosentrik

26

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

,pemikiran bersifat pemusatan semakin berkurangan dan kanak-kanak sudah boleh mengambil kira sesuatu perkara dari pelbagai segi yang munasabah.. Kanakkanak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit, memperolehi konsep masa, ruang , sebab-musabab dan kelajuan dan dapat menerima pendapat orang lain. iv Peringkat Operasi formal 9 11 tahun ke atas ) pada peringkat ini , kanakkanak dapat membentuk penaakulan dan fikiran secara abstrak serta menunjukkan kemahiran menggunakan hipotesishipotesis serta prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Peringkat ini dianggap kemuncak perkembangan kognitif kanak-kanak untuk berfikir secara logik. 4 Teori Perkembangan Sigmund Frued Sigmund Frued ialah seorang ahli psikologi Austria yang bermula sebagai doktor perubatan tetapi minat beliau telah banyak tertumpah terhadap psikologi dan psikiatri. Teori psikoanaliti yang dikemukakan oleh Freud dikatakan sebagai teori biologi tentang personaliti . Mengikut teori ini kanak-kank perlu mendapat kepuasan dan keperluan asas yang cukup sebelum mereka berkembang ke peringkat umur seterusnya. Jika keperluan ini tidak dipenuhi maka kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat. Konsep penting di dalam teori psikoanalitik Freud ialah konsep struktur personaliti yang terbahagi kepada id, ego dan superego. Id memang sedia ada ketika lahir yang merupakan bahagian personaliti tidak sedar berkiatan dengan kepuasan keperluan yang dikawal oleh keseronokan dan mengelakkan kesakitan. Id didorong oleh libido ( nafsu seks ) yang merupakan tempat menyimpan desakan asas keinginan manusia. Ego pula bertindak mengawal keinginnan Id agar tidak melanggar nilai dan norma masyarakat. Superego ( kata hati atau penapis ) pula

Teori-teori Perkembangan

27

mewakili pengawal sosial bagi struktur psikik ataupun merupakan bahagian personaliti yang bermoral. Bahagian ini berkembang secara beransur-ansur ketika kanak-kanak menghayati moral. Superego menghantar maklumat tentang nilai-nilai moral kepada ego yang bertindak untuk mengawal Id. Menurut Freud proses perkembangan kanak-kanak terdiri daripada peringkat yang telah ditentukan menurut beberapa urutan seperti di bawah; i Peringkat Oral ( dari lahir - 18 bulan ) Pada peringkat ini kanak bersifat pasif dan amat bergantung kepada orang lain. Mereka memperolehi kepuasan melalui aktiviti menghisap, menggigit dan menelan. ii Peringkat Anal / dubur ( 2 4 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak bersedia menguasai dan mengawal fungsi bilologi. Kanak-kanak akan memberi lebih perhatian terhadap kawalan membuang air besar dan iar kecil yang akan memberikan perasaan hormat kendiri. iii Peringkat falik / Kubul ( 4 6 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak mula mendapat keseronokan daripada organ kejantinaan. Kanak-kanak lelaki lebih tertarik kepada ibu ( kompleks Oedipus) dan kanak-kanak permapuan kepada bapa ( kompleks Elektra ). iv Peringkat Pendalaman ( 6 12 tahun ) Pada peringkat ini, kanak-kanak menumpukan kasih saying kepada oring lain seperti rakan sebaya. Kanakkanak juga terlibat dengan dengan unsur-unsur pendidikan, bermasyarakat dan mengalami perkembangan superego. v Peringkat Kejantinan ( 12 tahun ke atas ) Pada peringkat ini, remaja mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina akibat daripada libido yang terdapat di dalam diri seseorang

28

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

akan mendorongnya untuk menaruh minat terhadap individu di luar keluarga. 5 Teori Perkembangan Erik Erikson Erik Erikson merupakan seorang penuntut Frued dan terkenal dengan teori Psikososialnya yang menegaskan pengaruh sosial dan budaya ke atas pembentukan personaliti seseorang. Beliau mempercayai manusia berpotensi untuk perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesukaran yang timbul dalam proses perkembangan. Lapan peringkat telah dikenalpasti oleh beliau di dalam perkembangan manusia iaitu : i Peringkat kepercayan lawan curiga ( lahir 18 bulan ) Peringkat perkembangan Ini adalah sangat penting kerana ianya mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman-pengalamanya. Bayi mula belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.. kepercayan akan memudahkan individu menghadapi masalah dan kecurigaan akan melemahkan keupayan seseorang untuk mengatasi masalah. ii Peringkat Autonomi lawan perasan malu/ curiga ( 18 bulan 3 tahun ) Pada peringkat ini bayi akanmembina kayakinan diri dan autonomi apabila beliau merasa bebas untuk melakukan sesuatu. Jika terlalu banyak halangan atau bantuan yang diberikan kanak-kanak akan merasa curiga, terhina dan kurang keyakinan diri. iii Peringkat Inisiatif lawan kesalahan ( 3-6 tahun ) Kanak-kanak mula membentuk satu cara berdikari dan ingin meneroka serta mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Inisaitif merupakam trait yang akan membantu individu itu sepanjang hayatnya. Melaui galakan, kanak-kanak akan menyedari potensi mereka sebaliknya jika tidak diberi inisiatif dan terdapat halangan akan mengakibatkan kanak-kanak sering rasa bersalah. iv Peringkat Kerajinan lawan Kerendahan diri ( 6 12

Teori-teori Perkembangan

29

tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Kebolahan berbahasa telah meningkat , mula mencapai operasi konkrit, memahami konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab-musabab sesuatu kejadian. Kanak-kanak lebih peka kepada ganjaran yang mengakibatkanmereka akan menjadi lebih tekun dan berminat dalam pelajaran. Sementara itu mereka akan merasa kecewa dan peraan rendah diri akan terbentuk sekiranyakeinginnan mereka dihalangi. vi Peringkat identiti lawan kekeliruan identiti ( 12 18 tahun ) Ini merupakan peringkat remaja di mana mereka cuba mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka cuba mendapatkan kesatabilan diri dalam masyarakat sekiranya gagal mereka akan meragui peranan mereka dalam masyarakat vii Peringkat kerapatan lawan pengasingan ( 18 35 tahun ) Individu akan melalui peringkat awal dewasa yang memerlukan perhubungan yang akrab dengan individu lain. Halangan akan menyebabkan pengasingan diri. viii Peringkat Pewarisan lawan pemusatan kendiri ( 35 60 tahun ) Pada peringkat ini individu telah boleh dipertanggungjawabkan, boleh diwariskan untuk melakukan kerja-kerja yang baik. Bagi mereka yang gagal menjalakan tanggungjawab akan menjadi individu yang mementingkan diri sendiri dan akan merasa kecewa dengan hidupnya. x Peringkat Kesepaduan lawan putus asa. ( 60 tahun akhir hayat ) Individu akan menerima hakikat kehidupan sebagai proses semulajadi dan sentiasa melakukan refleksi diri. Jika individu itu berpuas hati dengan tentang kehidupan yang dilaluinya akan mencapai rasa kesepaduan

30

Pembentukan Tingkah Laku Remaja

sebaliknya jika beliau menyesal tentang peluang yang terlepas pada masa lalu, dia akan merasa putus asa.

KESIMPULAN Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembanng kanak-kanak akam meberi banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang peril ditegaskan. Setiapa satu teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanakkanak. Di antara faedah utama yang dapat membantu guru sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan ialah : i dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai dengan keupayan, mental, jasmani dan emosi pelajar. ii menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar, disamping bermakna dan menyeronokkan. iii menyediakan pelajaran yang bermula darupada senagn kepada susah, umum kepada khusus dan konkrit kepada abstrak. iv menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan mental, jasmani dan emosi pelajar. v memotivasi dan membimbing pelajar pelajar untuk melakukan pemindahan pembelajaran hasil daipada pemahaman konsep yang telah dipelajari

Teori-teori Perkembangan

31

RUJUKAN Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human Growth and Development. Rein Holt New York Ee, Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti George, B dan Margerat, H. 1994. Principles of Developmental Psychology. East Sussex, U.K: Lawrence Erlbaum Ass. Liebert R.M. 1977 Developmental Psycholgy Prentice Hall New Jesey. Mok Soon Sang (2001) Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Noraini Ahmad 1994. Kaunseling Remaja: Pengalaman Peribadi Seorang Kaunselor. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd. Othman Mohamed 2000 Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling Serdang: Penerbit UPM

32

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

4
PERASAAN IBU BAPA KECEWA
Yusof Boon Nurul Ezzati Azizi Nurul Huda Azizi

PENGENALAN Kadangkala ibu bapa mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa. Oleh itu mereka sering rasa kecewa akan tingkahlaku anak-anak mereka yang bertentangan normanorma kehendak ibu bapa Ibubapa perlu faham peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Dengan cara ini mereka dapat meraptkan lagi jurang perbezaan antara yang lama dengan yang baru Kesahihan Tujuan Anda i tujuan utama adalah untuk menghilangkan perasaan tertekan, marah, dan kesal dalam kehidupan berkeluarga, ii tujuan kedua yang tidak kurang penting kepada anda

Perasaan Ibu Bapa Kecewa

33

adalah untuk menghilangkan kerenah negatif anakanak dengan mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan Negara Nilai Kesepakatan Bersama i Sebagai ibubapa, anda perlu membuat perbincangan bersama- sama untuk mengadakan perancangan yang terbaik dalam menangani kerenah negatif anak-anak anda ii kebanyakkan ibubapa pada masa kini mengambil tindakan ke atas anak-anak tanpa perbincangan serta persetujuan daripada pasangan masing-masing. Kaedah Mendidik Anak Ke Arah Tingkahlaku Yang Baik. Dalam hal ini ibubapa perlu merapatkan hubungan mereka sesama anak-anak, misalnya mengadakan kegiatan memasak sekeluarga, bermain bersama anak Faktor-Faktor Tingkah Laku Negatif Membendung tingkahlaku negatif mungkin salah satu aspek yang agak sukar dalam mendidik anak-anak. Ini kerana setiap ibubapa memiliki perasaan yang sangat kuat mengenai masalah ini. Berikut merupakan contoh perasaan yang paling banyak dialami oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak: 1. Perasaan untuk menolak cara didikan semasa zaman lampau; Anda mungkin masih mengingati cara didikan yang digunakan oleh ibubapa anda untuk mendidik dan mendisiplinkan anda.( misalnya dipukul, dikurung di dalam bilik tidur atau dihukum apabila melakukan kesalahan ). Kesan daripada penagalaman lampau yang menyeksakan itu membuatkan anda lebih cenderung untuk menggunakan kaedah dan cara lain untuk mendidik anak-anak anda. Sekiranya pada masa dahulu anda dibesarkan dalam suasana yang sangat bebas, pasti akhirnya anda menyedarkan bahawa penekanan disiplin oleh ibubapa amat penting kepada anak-anak.

34

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

2. Keinginan meniru beberapa sistem didikan yang pernah anda alami semasa kecil dan frekuensi yang berbeza dengan zaman sekarang; Mungkin anda menganggap pada masa dahulu ibubapa anda banyak menerapkan beberapa peratauran yang berkesan dan anda berkeinginan untuk melaksanakannya kepada anak-anak anda sendiri. Walaubagaimanapun perbezaan zaman dahulu dan sekarang tidak mungkin membuatkan anda mampu melaksanakan peraturan yang serupa kepada anak anda. Misalnya pada masa dahulu ibu bapa menekan peraturan yang ketat kepada keluarga yang besar semasa makan tetapi semua tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana jumlah ahli keluarga pada masa sekarang semakin kecil. 3. Perbezaan dalam teknik mendidik dan kepercayaan; Pasangan anda mungkin mempercayai pada satu corak disiplin yang mana ianya bertentangan dengan pendapat anda. Ketika pertelagahan antara anda berdua memuncak, keadaan emosi kedua-dua pihak menjadi sangat sensitif terutamanya kepada setiap tingkah laku anak anda. Seperti yang telah dibincangkan tadi, situasi seperti ini akan menjadi semakin rumit dan sukar sekiranya ianya melibatkan pihak ketiga ( saudara tiri ). Oleh itu masalah ini mesti diselesaikan dengan segera sebelum ianya boleh menyebabkan tingkah laku anak-anak tadi menjadi semakin parah. 4. Pandangan masyarakat sekeliling ke atas usaha kita membendung tingkah laku negatif ; Ketika tingkahlaku negatif anak sampai ditahap yang memalukan, pandangan masyarakat disekeliling akan terus kepada anda dan mempertikaikan anda dalam mendidik anak anda. Situasi ini sedikit sebanyak akan membuatkan anda seolah-olah dihakimi oleh mreka atas kelalian anda dalam mendidik anak anda. Dalam situasi seperti ini, masyarakat diseklilig hanya akan memberi komen dan kritikan atas apa yang berlaku dan cuba memberikan cadangan tentang kaedah-kaedah yang mereka rasakan sesuai untuk menanganinya. Kemungkinan mereka ini terdiri daripada ipar,

Perasaan Ibu Bapa Kecewa

35

teman, ataupun orang asing dimana mereka ini jelas amat mempengaruhi setiap tindakan yang anda ambil dalam mendidik anak-anak.

5. Keperibadian anak; Kita bukanya memilih kasih terhadap anak-anak, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa layanan ibubapa terhadap anak kesayangannya memang berbeza dengan layanan terhadap anak-anak yang lain. Ini mungkin disebabkan anak kesayangan anda itu mempunyai ciri-ciri yang anda inginkan. Mungkin anak anda yang berusia empat tahun selalu membuatkan anda sentiasa tersenyum dan mungkin juga anak anda itu selalu membuatkankan anda berasa marah dengan perangainya yang nakal itu. Kemungkinan juga faktor urutan kelahiran anda dan anak anda yang mempengaruhi ini semua. Sekiranya anda adalah anak pertama, anda mungkin mempuyai ingatan yang kuat dan mempunyai perasaan kesihan yang tinggi dalam diri anda terhadap orang lain. 6. Mengetahui masa yang sesuai untuk membiarkan anak berdikari.; Anak yang berusia 10 bulan yang memang tidak tahu apa-apa, tetapi pada usia 18 bulan, sudah tentu dia sudah tahu serba-serbi tentang dirinya dan juga keadaan disekelilingnya. Cabarannya di sini kepada ibubapa adalah bilakah masa yang sesuai untuk menerapkan piawaian yang lebih tinggi kepada anak tersebut. Contohnya anak permpuan yang berusia lima tahun yang terlalu muda masih belum mampu melakukan apa-apa kerja di dapur tetapi setelah berusia lapan tahun dia sudah cukup faham untuk membantu ibunya di dapur. 7. Prihatin terhadap sikap masyarakat; Apabila menjadi ibubapa, tanpa disedari, anda telah memasuki satu dunia yang baru , maka zaman anda dahulu telah berubah sama sekali. Masyarakat semakin luas - tidak terlalu formal - tidak menekankan banyak persoalan seperti pemakaian semasa

36

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

berdoa di tempat ibadat. Hanya segelintir orang sahaja yang setuju dengan pandangan generasi dahulu bahawa anak-anak semestinya perlu lebih banyak melihat (mengalami) daripada mendengar . Kita juga mengakui bahawa perubahan juga berlaku dalam hal mengasuh anak-anak. 8. Marah terhadap kenakalan anak-anak; Jarang melihat ibubapa yang sabar apabila mendengar tangisan anak-anak mereka yang menagis selama 30 minit. Tidak ada mana-mana ibubapa yang mampu melakukan sesuatu tindakan yang terbaik semasa dalam keadaan marah. Walaupun dengan memarahi anak-anak adalah cara yang berkesan dalam menangani kenakalan mereka, tetapi cara yang terbaik adalah dengan mencegah tingkah laku negatif itu dengan menanganinya dengan tenang dan sabar

KESIMPULAN Untuk mengelak perasaan kekecewaan di kalangan ibu bapa, maka langkah-langkah yang sistematik perlu diambil daripada awal anak-anak dilihirkan. Ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap perlakuan anak-anak mereka kerana setiap perlakuan akan menimbulkan banyak pengajaran yang boleh dibentuk

RUJUKAN Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publication and Distribution. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya. 2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM

Perasaan Ibu Bapa Kecewa

37

Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d. Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and Distribution. Open University. (2005) Readings in Adolscent Development, Burnaby, BC: Thompson Rivers Unversity.

38

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

5
SIKAP YANG POSITIF
Shahrin Hashim Nurul Ezzati Azizi
PENGENALAN Anak-anak pada setiap peringkat usia, mereka sering melemparkan senyuman menyebabkan ibubapa bermasam muka. Walaupun begitu, proses pengurusan diri adalah berdasarkan sikap ataupun naluri semulajadi. Proses pengurusan diri adalah sukar untuk diterapkan dalam diri anak-anak dalam usia yang kecil ibarat melentur buluh biar dari rebungnya.. Jadi ia perlu memakan masa yang lama untuk diterapkan dalam diri anak-anak. Ini kerana anakanak mampu untuk mempertimbangkan berbagai tindakan, lalu ia bertindak berdasarkan dorongan hati. Jadi ini bermakna pemikiran anak-anak adalah diperingkat sederhana sebelum dan selepas bertindak. Tugas ibubapa pula adalah untuk mendorong dan membantu anak-anak untuk mencapai penguasaan diri. Jika anakanak sedang melakukan aktiviti, ibubapa mestilah bersangka bahawa anak-anak mereka akan berkelakuan baik. Jika anak-anak sudah tidak lagi terurus, mereka sebenarnya menghargai segala teguran oleh ibubapa. Faktor utamanya sikap negatif anak-anak adalah berpunca dari perasaan yang mereka tidak biasa lakukan. Perasaan ini selalunya dipengaruhi oleh persekitaran. Ini adalah kerana anakanak akan mencuba untuk mengusai perkara yang baru dan waktu yang sama mereka mempelajari banyak perkara baru. Kebiasaannya ibubapa mengetahui kemampuan anak-anak mereka untuk mencapai penguasaan diri. Antaranya adalah:

Sikap Yang Positif

39

Anak-anak dapat mempelajari pelbagai aktiviti dalam masyarakat (seperti mengumpat, berkomunikasi dan sebaginya). ii Anak-anak diberi pilihan dalam hidup iaitu keputusan untuk meneruskan hidup. iii Anak-anak sudah mengenal erti tanggungjawab pada diri sendiri, masa hadapan dan keluarga. Contohnya belajar untuk memakai pakaian sendiri, menjaga adik yang kecil dan sebaginya. iv Anak-anak belajar untuk menguasai diri dorongan hati. Contohnya nasihat untuk melarang diri dari terdorong perkara negetif supaya mereka meresa lebih selesa dan aman. v Anak-anak diajar untuk menyelesaikan masalah. Contohnya semasa mereka menggunakan sekop untuk bermain pasir dengan kawan, mereka akan meminta dengan cara yang elok iaitu bertolak ansur dan tidak dan tidak bergaduh untuk mendapatkan sekop. 14 Prinsip Pengasuhan Anak Prinsip 1: Kekalkan contoh yang baik Alat Bantu mengajar yang paling baik bagi anak-anak adalah menyerap dan meniru tingkah laku yang ditunjukkan pada anakanak. Jadi insan yang paling hampir pada anak-anak ialah ibubapa, pengasuh, abang, kakak merupakan impak yang paling besar yang akan anak-anak contohi. Jadi secara tidak langsung tanpa disedari, insan-insan ini akan diperhatikan dan ditiru oleh anak-anak. Contohnya cara makan, ketika sedang marah, tingkahlaku kejujuran dan sebaginya Sebagai insan-insan seperti ini, mereka perlu mengekalkan aktiviti yang baik. Contohnya sekiranya seorang perokok wanita yang sedang hamil, orang-ibubapa akan menasihati wanita tersebut supaya sikap ini tidak ditiru oleh anak-anaknya yang lain.

40

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Antara cara yang lain yang biasa dilakukan untuk menyerap sikap yang baik pada anak-anak, kita perlu menjelaskan pada mereka apa apa yang kita lakukan. Salah satu pengajaran yang paling besar sekali untuk anakanak adalah kemampuan meminta maaf. Contohnya jika anda berteriak atau bertengkar di depan anak, hendaklah kita meminta maaf pada anak supaya apa yang mereka lihat dapat dijadikan teladan. Prinsip 2: Doronganlah Melakukan Sesuatu Anda mengasihi anak anda dan senang melihatnya belajar serta melakukan banyak hal. Semasa anak masih bayi lagi, anak akan belajar untuk meniarap, merangkak dan akhir sekali belajar melangkah. Ketika berusia 3 tahun, anak anda membawa hadiah berupa lukisan hasil karyanya di sekolah. Ketika berusia 4 tahun, dia mengajari adiknya untuk bercakap. Ketika berusia 5 tahun, dia sudah pandai melompat dan berlari. Ibubapa seharusnya memberi pujian dan galakan pada anak-anak apabila seseorang anak membuat perkara yang baik. Ini akan memberi dorongan pada anak-anak supaya menuju ke arah tingkah laku yang baik. Prinsip 3: Belajar ketrampilan sosial Walaupun masyarakat tidak lagi berpegang pada ungkapan, anakanak semestinya dilihat bukan didengar. Serta kebanyakan remaja yang meningkat dewasa tidak lagi mempedulikan panggilan ibu atau ayah. Anak yang mempunyai tingkah laku yang baik akan dapat bergaul baik dengan rakan-rakannya dan orang dewasa kerana mereka dapat menghormati hak orang lain serta memahami erti pemahaman dalam kehidupan bermasyarakat. Ketika anak-anak sedang membesar, anda akan mengajar anak-anak bersabar untuk mendapat giliran seperti berdiri membeli makanan, semasa menaiki kenderaan, dalam restoran, pesawat dan sebagainya.

Sikap Yang Positif

41

Anak-anak perlu mempertimbangkan pengajaran ketrampilan bersosial sejak usia muda. Dan jika anak ini sudah menjawat jawatan yang besar, dia kan mengaplikasikan di dunia baru. Ilmu ketrampilan untuk anak-anak sebenarnya amat berguna pada hari kelak. Prinsip 4: Terapkan sesuatu yang sesuai dengan usia Pengasuhan anak yang cemerlang termasuklah cara menyeimbangkan segala aspek kendiri anak-anak. Contohnya menepati masa. Ini dapat mendisplinkan anak-anak supaya segala aktivitnya terkawal. Contohnya anak-anak akan balik dari bermain dengan rakan-rakan sebelum waktu maghrib. Jadi ibubapa memainkan peranan yang penting untuk mengendalikan anakanak. Keputusan semestinya mestilah disesuaikan dengan peringkat usia anak dan ditawarkan dengan selalu. Ibubapa yang membantu anaknya untuk menyerapkan ketrampilan dalam membuat keputusan akan menikmati hasil yang positif di masa sekarang atau pun pada masa hadapan. Contohnya anak-anak diberi kesempatan untuk menentukan pakaian unifom sekolah. Dalam hal ini anak-anak akan terikut-ikut dalam situasi yang lain seperti persiapan pergi berkelah, balik kampong dan sebagainya. Semakin banyak anda membantu anak-anak anda dalam ketrampilan diri, semakin panjang waktunya anda berkhemah di kemuadian hari. Prinsip 5: Tugas dan tanggungjawab Ramai ibubapa menganggap tugas di rumah adalah tugas yang dipikul oleh ibubapa sendiri dan menganggap anak-anak tidak boleh dibebankan tugas ini kepada mereka. Ini kerana tugasan di rumah adalah tugasan untuk semua tidak hanya pada ibubapa malah anak-anak turut di beri tugas.

42

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Apabila ibu memotong sayur, anak-anak perlulah diajar untuk membersihkan sayur. Semasa ibu menyediakan makanan di atas meje, anak-anak perlulah diajar untuk membersihkan meja. Semakin berkembang kemampuan anak-anak, semakin meningkatnya tugas di rumah dan tanggungjawabnya. Satu lagi pekara penting yang perlu diingat adalah ibubapa sering menganggap anak-anak sebagai proses osmosis iaitu pemahaman secara perlahan-lahan. Walaupun mereka beranggap sebegitu, tetapi sebarnya tugasan untuk anak-anak tetap dilakukan seperti biasa. Walaupun anak-ank melihat ibu mengemas meja, tetapi ibu harus menegaskan prosedur ini pada anak-anak. Ibubapa seharusnya mengikuti prosedur seperti ini: i Jelaskan dan peragakan yang benar mengenai tugasan di rumah. ii Awasi segala tugasan yang diberikan pada anak-anak. iii Membiri pujian sebagai peneguhan apabila anak-anak berjaya melakukan suatu tugas dengan sempurna. Anak-anak yang masih kecil sebenarnya boleh membataskan aktiviti tugasan harian mereka. Oleh itu mereka perlu memilih waktu yang sesuai untuk membuat tugasan harian. Berkerja secara koperatif sebagi anggota keluarga perlulah bersikap terbuka dalam menjalankan tugas rumah tangga dapat meningkatkan penghargaan kendiri dan membantu menurunkan peningkatan tekanan keluarga. Tujuan ini bermanfaat bagi seluruh anggota keluarga. Prinsip 6: Tetapkan batasan Ada segelintir ibubapa yang sering menetapkan batasan kerana untuk tidak menjurangkan anak mereka. Walaupun begitu anda tetap juga menghabiskan waktu dengan anak orang lain dimana ibubapa tidak menetapkan batasan.

Sikap Yang Positif

43

Prinsip 7: Berbicara dengan lembut dengan anak agar mereka mendengar kata. Dapatkan perhatian anak terlebih dahulu. Anak-anak mungkin mendengar panggilan dari ibunya tetapi anak-anak mungkin tidak akan menyahut jika panggilan dari ibunya tidak bersungguhsungguh. Langkah pertama agar panggilan dijawab adalah dengan mendapatkan perhatian anak. Berikut merupakan beberapa tip: i Masuk ke dalam bilik dengan dan terus bercakap dengan anak. ii Bertepuk tangan atau mematikan dan menghidupkan lampu untuk mendapatkan perhatian. iii Melakukan eye contact dengan membongkokkan badan agar paras mata sama paras dengan mata anak. iv Khusus untuk anak kecil, permintaan itu disebut berulangkali supaya perkataan itu ringkas dan mudah difahami. Semasa anda sedang marah, sentuhilah anak dengan memegang kedua tangannya atau mengangkat ke bahu sehingga anda dapat merenung anak matanya. Lalu anda jelaskan apa yang anda fikirkan. Bercakaplah dengan suara normal. Walaupun anda dalam kadaan marah, tetapi nada suara akan melembutkan hati anak. Carilah cara lain untuk berkata jangan Anak anda sering tidak mempedulikan apa yang didengarinya. Satu cara agar anak boleh mencapai perlakuan seperti diinginkan, ibubapa tidak sepatutnya mengatakan jangan. Beberapa idea lain antaranya: i Daripada berkata, Jangan menjerit-jerit, gantilah dengan Tolong gunakan suara normal di dalam rumah. ii Daripada berkata,Jangan main bola tampar di dalam rumah lebih baik katankan, Mari bawa bola itu keluar. Dengan memberi arahan positif, anda boleh menghindar daripada berkata-kata yang terlalu kasar.

44

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Prinsip 8: Ajarkan dan tunjukkan anak cara meluahkan diri pada anak Kehidupan ibubapa akan lebih mudah jika bayi itu boleh berkatakata apa yang dia mahu. Hal ini sama juga dengan remaja yang akan mendesak mengikut peredaran zaman. Semakin anak meningkat remaja, emosi mereka seolah-olah ada satu daya tarikan dan ini semua adalah tanggungjawab ibubapa. Sebagai ibubapa, mereka perlu mengawal emosi anak-anak. Ibubapa juga dapat membantu mereka dalam membuat keputusan. Contohnya bila anda melihat anak orang lain bermain gelunsur, ini akan mendorong anak anda untuk bermain sekali. Dan kemudian anda didatangani oleh anak anda dan keadaan menangis. Jadi anda mesti marah kerana ini berpunca dari anak orang lain tadi. Kemudian anda menyuruh anak anda henti bernangis dan anda akan menemaninya bermain. Prinsip 9: Penilaian dan arahkan kembali Salah satu cara untuk seseorang kelihatan lebih matang dan lebih bijak daripada anak adalah anda dapat menilai dan mencegah halhal tertentu. Kearifan juga memungkinkan ibubapa untuk menilai beberapa perangai negatif yang akan dilakukan oleh anak. Semasa anak anda mula menunjuk perangai negatif ketika mencuba permainan puzzle, anda perlu mencuba untuk membantu menyusunnya. Ataupun mengalih pandangannya ke tempat lain.ini kerana penglihatan menjadi penyelamat dalam berbagai keadaan. Prinsip 10: Ajarkan untuk menyelesaikan masalah Beri anak anda suatu tugas. Contohnya menyuruh anak anda menggunting sesuatu. Dalam waktu yang sama anda sedang menggunakan gunting. Lalu bagaimana anak anda yang berusia 4 tahun ini menyelesaikan masalah? Lalu anak ini meminta izin dari anda untuk menggunakan gunting dapur atas pengawasan anda. Dengan tindakan seperti ini, pujilah anak anda atas kemampuannya menemukan jalan untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Sikap Yang Positif

45

Prinsip 11: Kekalkan sesuatu sikap atau perlakuan Cara yang terbaik untuk tidak menyukai perlakuan yang tidak baik adalah dengan mengekalkan sesuatu perlakuan. Contohya Jika kamu tidak mahu turun dengan tepat pada waktunya, mama akan memakaikan baju kamu atau jika kamu tidak bermain kotak muzik itu secra betul, mama akan simpannya di atas almari atau bila kamu tidak untuk mengemas semula puzzle, mama akan menyimpannya selama seminggu. Anak kecil biasanya tidak memahami sepenuhnya makna dari konsekuensi jangka panjang. Oleh itu buatlah konsekuensi jangka pendek.pada usia anak bersekolah, anda sudah memperingatikan bahawa hak istemewa akan akan dilepaskan jika anak tidak lagi mendengar nasihat ibubapa sehingga anda risau. Kebiasaannya ibubapa akan menetapkan sistem peringatan akan konsekuensi. Kali pertama anak membuat perangai tidak baik, ibubapa akan memberi amaran. Kali kedua ibubapa akan ambil tindakan jika mengulangi perbuatan itu lagi. Pada tahap ketiga, anak akan kehilangan hak istemewa. Prinsip 12: Jadila fleksibel dan boleh berunding jika perlu Fleksibel sebagai ibubapa ada kaitannya dengan sikap bijaksana. Misalnya seorang anak tidak harus mengerjakan tugas rumah setelah mengalami peristiwa ganjil di sekolah. mama fikrkan kamu perlu rehat sekarang. Jadi mama yang akan memberi makan kucing untuk kamu, itu pun kalau kamu mahu. Keinginan anda untuk memahami situasi orang lain dan tawaran untuk membantu boleh membangkitkan keinginan untuk membantu orang lain akan terbantut. Ataupun suami anda berkata, Awak kelihatan letih setelah seharian bekerja, biar abang sahaja siapkan makan malam, maka anak akan meneriama bantuan itu. Kadang-kala pengakuan seseorang itu tidaklah benar. Kebiasaannya anak muda akan berdolak-dalih untuk melepaskan dirinya. Dalam apa-apa kes, setiap orang mampu untuk memberikan apa-apa alasan untuk orang lain. Ini boleh

46

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

membangunkan penghargaan kendiri, belajar berbagai ketrampilan dan memperlihatkan bahawa anda perlu memberi perhatian serta menghargai ketrampilan anak dalam mengemukakan soalan. Prinsip 13: Gunakan sistem ganjaran Sistem imbalan atau ganjaran melibatkan rencana atau pemikiran yang matang. Kadang-kadang ibubapa mahukan tingkah laku yang baru seperti tidak lagi memukul dan kadang-kadang ibubapa bersetuju tingkah laku itu berubah seperti meghisap ibu jari kaki. Pada situasi lain pula, dua phak perpendapat tingkah laku baik untuk masa tertentu sahaja seperti tidak memukul dan menghisap ibu jari untuk seharian akan dihadiahi penghargaan tertentu seperti pingat bintang. Kemungkinan anak yang lain mahukan sesuatu yang lebih besar bila dia memperolehi beberapa bintang seperti pergi bersama ayah ke restoran untuk sarapan. Cara yang terbaik dalam memberi ganjaran adalah dengan memberi pada waktu untuk membuat kejutan. Mama bangga kamu boleh berbail-baik dengan adik, jadi mam bawa kamu pergi ke taman bersiar-siar. Prinsip 14: Kekallah konsisten Nyatakan maksud anda. Tetaplah konsisten. Anak akan tahu bahawa anda serius, dan sikap ini sangat bermanfaat bagi anda di hari kelak. Terapkan sikap konsisten anda semoga anak mengikutinya. Jika anada menbuat peraturan dan tingkah laku tertentu yang mesti diikuti oleh ahli keluarga, itu bermakna anda telah memberi titik permulaan untuk anak-anak membuat keputusan sendiri. Seiring dengan waktu, ketika anak melihat ibu dan ayahnya memempertimbangkan keputusan berkata tidak, maka tiadalah alsan bagi nak-anak untuk merengek atau melencong terhadap keputusan itu. Tidak adalah tidak. Ibubapa yang berfikiran terbuka mahu mendengar maklumbalas yang baik dari seorang anak yang ingin memberikan lebih banyak malumat daripada ibubapa pada waktu membuat keputusan.

Sikap Yang Positif

47

Bagaimana dengan menampar? Kebiasaan ini kerap anda dengar dari ibubapa tentang kebiasaan menampar. Tetapi sayangnya ianya adalah teknik yang salah dan tidak berhasil. Walaupun menampar ini untuk melepaskan geram tetapi ia hanya menggantikan perkara negatif untuk sementara waktu sahaja. Para penyelidik American Academy of Pediatrics menemukan bahawa menampar adalah kaedah displin yang tidak efektif. Kaedah ini membuatkan anak anda merasa malu, dendam dan tidak mermaya. Cari ini juga tidak mengajar anak cara mengajar konflik. Penggunaan Time-Out dengan benar Time out adalah teknik untuk memperbaiki perlakuan yang sering disalah fahami. Jadi bab ini penting sebagai teknik memperbaiki tingkahlaku anak. Orang sering mengatakan teknik time out ini gagal. Tetapi ini semua berpunca kerana tidak digunakan denagn tepat. Kadang kadang orang beranggapan kaedah ini sebagai hukuman. Time out adalah masa proses ketenangan selepas kita marah yang meledak-ledak pada anak. Berikut adalah cara untuk mencapai tujuan itu: i Gunakan time out untuk mencipta suasana tenanag sehingga masalah yang mengganggu itu diselesaikan. ii Anda mungkin harus duduk selama masa time out. Cara ini boleh diterima. Bila anak tengah marah, anda tidak boleh berkomunikasi dengan tentang perilakunya. iii Tempoh yang diambil haruslah bersesuaian dengan usia anak, berdasarkan perhitungan 1 minit bersamaan dengan anak berusia 1 tahun. Tiga tahun dengan tiga minit. Tetapi teknik ini tidak salah jika berlaku dengan lebih lama. iv Bila anda sendiri yang berasa marah, pastikan anak-anak anda berada dalam keadaan aman lalu anda menenangkan diri anda sendiri.

48

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Time out pada dasarnya membantu anda mengajar diri anda cara berketrampilan seumur hidup. Time out juga mengajar beberapa pelajaran baru seperti: i Jangan melibatkan kemarahan anda pada orang lain. ii Jika perlu bawlah diri anda ke tempat yang boleh menenangkan diri anda. iii Kembalilah berbincang pada situasi asal sebagi car untuk mengatasi masalah dengan orang lain.

RUJUKAN Asmah Bee Mohd Noor dan Ira Herman.1995. Membina Kesejahteraan Remaja. Selangor:Tekno Edar. Atan Long. 1982 . Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azizi Yahaya, et.al. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Davis, I. P. 1984. Adolescents. Theoretical and Helping Perspectives Lancaster:Kluwer-Nijhoff Publishing. Fleming, C. M. 1972 . Adolescence,Its Social Psychology. London:The Alden Press (Oxford) Ltd. Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Remaja. Universiti Malaya:Prentice Hall. Mohd Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd. Jamil Yaacob. 2005. Memahami Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub, 1998. Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruzlan Md. Ali dan Rosna Awang Hashim. 2003. Perkembangan Sosioemosi Remaja: Tanggung Jawab Bersama. Sintok:UUM. Weiner, I.B. 1989). The Psychosocial Worlds of the Adolescent

Sikap Yang Positif

49

Public and Private. Canada:A Wiley-Interscience Publication.

50

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

6
TINGKAH LAKU NEGATIF ANAK
Azizi Yahaya

PENGENALAN Dari sekian banyak tingkah laku negatif anak, (tempoh singkat ketika seseorang khususnya anak berperilaku dengan penuh kemarahan dan tidak beralasan) merupakan masalah paling pelik dalam proses pengasuhan anak. Reaksi non-verbal ibu bapa akibat daripada tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh anak biasanya seperti wajah menjadi semakin kemerahan, dengupan jantung meningkat, tangan berpeluh dan hati mudah tersinggung. Mungkin tingkah laku negatif anak itu sangat tidak menyenangkan kerana ia kerap berlaku di khalayak ramai, ketika anda penat dan cuba sedaya upaya untuk melakukan sesuatu yang menyenangkan ketika bersama anak. Tingkah laku negatif anak yang membuatkan ibu bapa berasa malu Pada hari Thanks giving ibu bapa anda bersetuju untuk bersamasama saudara ipar dan kerabat meraikan sesuatu perayaan keluarga, yang melibatkan bilangan ahli keluarga yang ramai berkumpul bersama-sama dalam setahun sekali. Kita berasa senang melihat seluruh keluarga hadir, walaupun kita berasa tertekan dengan tingkah laku negatif anak. Kita menjadi penat kerana ingin keluarga ipar yang lain berasa aman dan tidak terganggu. Atau, bergurau senda dengan sepupu yang hanya dijumpai setahun sekali dengan membicarakan hal-hal yang tidak penting. Akhirnya waktu

Tingkah Laku Negatif Anak

51

berkunjung pun habis dan anda mahu bergerak pulang ke rumah semula. Anda harus pergi dan menarik anak-anak yang berusia enam tahun dan hampir empat tahun dari bilik yang digunakan khusus sebagai ruang untuk bermain. Anak yang berusia tiga tahun, yang leka bermain di lantai bersama sepupu, menghempaskan diri ke lantai dn menangis keras apabila dipaksa balik, Mama jahat! Aku benci mama dan papa! Aku tak mahu pulang! Aku mahu tinggal di rumah nenek sebab nenek lebih sayang kat aku. Anggota keluarga lain yang sedang berbual-bual di ruang tamu terperanjat lantas terdiam apabila mendengar teriakan anak anda. Pelbagai usaha dilakukan untuk mendiamkan anak tetapi tidak berhasil dan ketika itu, anda berasa anda tidak berharap untuk berada di tempat itu. Anda dan pasangan anda berasa penat dan berfikir bagaimana anda boleh keluar dari rumah itu? Tingkah laku negatif anak Tidak bolehkah kamu berteriak dengan lebih perlahan? Ibu bapa mana yang tidak mempunyai anak yang berperilaku laku negatif ketika memasuki kedai mainan atau kedai runcit?. Kebiasaannya pemilik kedai menjual beraneka jenis coklat lapis atau kuih yang jarang dibeli oleh anda. Di kedai mainan, anak mula berteriak, menangis dan menendang kerana ingin memiliki sesuatu mainan yang biasanya dipaparkan di televisyen. Anak semakin marah sekiranya mendapat tahu anda membeli hadiah untuk ulang tahun sepupunya bukan untuk dirinya. Tingkah laku negatif anak Aku tak percaya perkara ini terjadi Anda menghabiskan waktu petang anda menemani anak bermain di taman permainan. Anda termasuk dalam golongan ibu bapa yang baik. Anda menghayun anak di buaian dan menemaninya bermain di palang monyet, berada berhampiran dengan mereka dan

52

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

setia mengawasi mereka bermain. Akhirnya apabila tiba waktu untuk anda pulang dan menyiapkan makan malam, anda mengajak anak untuk pulang bersama-sama. Akan tetapi, usaha anda untuk membawa anak balik ke kereta mendapat bantahan yang kuat. Anak melengkungkan belakangnya dan duduk sambil terus berteriak sekuat-kuatnya kerana enggan pulang lagi. Ramai ibu bapa biasanya hanya terpaku apabila berada di dalam situasi seperti ini dan tertanya-tanya Adakah ini balasan terima kasih yang aku terima selepas menghabiskan waktu petang yang indah dengan menemani anak?. Kalau begini, lain kali kita tinggal di rumah sahaja. Sayangnya, perkara ini masih jarang di fahami oleh ibu bapa: tingkah laku negatif anak adalah merupakan satu tahap normal di dalam proses pertumbuhan anak-anak. Biasanya, tingkah laku seperti ini sudah bermula sejak anak berusia dua tahun, dan kadangkala terus berlanjutan sehingga beberapa tahun lagi. Berikut adalah hal-hal yang perlu anda lakukan untuk mempercepatkan tempoh tingkah laku negatif ini berlaku dalam perkembangan pertumbuhan anak. Memahami Penyebabnya Lupakan penyebabnya! Ceritakan sahaja apa yang harus saya lakukan apabila dia berteriak!. Mungkin anda beranggapan seperti itu dan sesungguhnya anda tidak keliru. Sekiranya anda harus menghadapi anak yang memasuki tempoh untuk dia berperilaku negatif ini, anda tidak benar-benar menghiraukan apa yang menjadi penyebabnya. Anda hanya menghendaki untuk menghentikan teriakan dan kemarahan anak!. Padahal, ilmu pengetahuan mengenai faktor-faktor penyebab anak memasuki tempoh untuk berperilaku negatif ini sangat diperlukan kerana hal ini dapat memberi petunjuk kepada anda untuk mencegahnya daripada berlaku. (Apabila anak anda menangis dan cuba untuk merobek buku ini dari tangan anda, cepatlah untuk mengingati maklumat-maklumat tentang bagaimana untuk menangani anak

Tingkah Laku Negatif Anak

53

yang memasuki tempoh berperilaku negatif ini. Anda dapat membaca maklumat-maklumat mengenai latar belakang bertingkah laku negatif ini nanti. ). Berikut adalah beberapa faktor penyebab secara umum mengapa anak memasuki tempoh berperilaku negatif ini: i Kekecewaan dalam memburu hak (otonomi) Anak yang baru belajar berjalan harus melakukan banyak perkara. Tetapi yang paling anak inginkan adalah mendapatkan otonomi dari anda. Anda sedar bahawa jika mereka dapat belajar berdikari dari ibu bapa, maka meraka akan memperolehi pelbagai manfaat. Misalnya, ia dapat bermain dengan saudaranya (tanpa harus dibimbing), dapat melakukan pelbagai perkara untuk diri sendiri, tidak menjadikan anak yang banyak bergantung kepada ibu bapa, dan dapat menuruti kata hati ketika bermain di taman. Satusatunya hal yang tidak mampu dibuat oleh anak adalah mengancingkan kemeja dan mengikat tali kasut. Membawa pinggan dari meja ke sinki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh anak. Membelai haiwan kesayangan dengan lemah lembut adalah tugas yang berharga baginya. Hampir setiap masa, dalam sehari boleh dimanfaatkan untuk menemukan cabaran baru atau menyempurnakan kebiasaan yang lama. Tingkah laku negatif muncul akibat kekecewaan terpendam atau ketika anak-anak terganggu ketika melakukan sesuatu yang menurut mereka memerlukan waktu selamanya.

ii Marah kerana keinginannya ditolak Ketika anak sudah menjadi diri sendiri, mereka juga boleh mengembangkan pendapat dan idea yang ada. Mereka sangat mementingkan diri sendiri sehingga keadilan tidak membawa apa-apa erti bagi mereka. Apabila anda mahu mendengarkan pelbagai persoalan sehari-hari dalam otak kecil anak, hal itu akan membantu anda memperoleh pemahaman mengapa tingkah laku negatif anak muncul. Cuba semak petikan percakapan

54

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

berikut: Tinggalkan permainan? Mengapa aku perlu melakukannya? Aku tak peduli jika mama ingin pergi ke kedai makan. Betapa tidak berkhasiatnya kuih itu? Lelaki di televisyen itu memberikan kuih itu kepada anaknya. Membuang permainan ini? Aku senang jika permainan itu ada di sini. Apabila mama mahu membelikan permainan kepada temanku Billy sebagai hadiah ulang tahun, aku sepatutnya dibelikan juga. Supaya anak mampu menangani situasi itu secara lebih matang, dia perlu memperkembangkan pemahaman yang lebih luas tentang dunia di sekitarnya. Anda tidak dapat melihat tahap pemahaman ini pada anak yang berusia dua tahun. Anak yang berusia lima tahun atau lebih yang belum matang, keperilakuan yang negatif boleh terjadi lagi, dalam soal seperti berikut. i Penat dan lapar Tubuh kita adalah alat penyamarata yang hebat. Tidak kira pada umur berapa pun, anak pasti akan menempuh tempoh untuk berperilaku negatif. Lapar dan penat memang akan dapat membuat kemampuan emosional mereka menurun dan boleh menunjukkan sifat-sifat yang tidak disukai oleh ibu bapa. ii Inginkan perhatiann Kadangkala keperilakuan negatif yang dialami oleh anak boleh disebabkan mereka berasa diri mereka bingung atau tidak mendapat perhatian yang cukup dari ibu bapa. Dalam situasi ini, perhatian yang negatif yang diberikan adalah lebih baik daripada tiada langsung perhatian diberikan. Oleh itu, lahirnya keperilakuan negatif anak ini adalah berpunca daripada amarah. Kerana itu, sangat penting membantu

Tingkah Laku Negatif Anak

55

anak menghindari tingkah laku yang negatif ini dengan menyediakan perkara-perkara atau tempat untuk anak-anak melepaskan kemarahan mereka. Ini boleh dimulai dengan cuba untuk mengendali atau mengawal kemarahan anda sendiri dengan baik. Contoh teladan yang baik Seperti biasa, ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang baik. Sekiranya anak mudah marah, pertimbangkan bagaimana anda mengatasi kemarahan anda sendiri dan pelbagai perasaan negatif yang lain. i Jangan hilang kawalan diri. Ketika anak tidak mampu mengawal diri mereka, sangat penting untuk anda tetap dapat mengawal keadaan diri anda ketika itu. Percaya atau tidak, anak sebenarnya tidak suka dengan kemarahan yang mereka alami. Apabila anda menunjukkan reaksi anda yang sedang marah, anak pun akan semakin marah. ii Jangan menyangka sifat marah anak adalah sifat peribadi mereka. Sekalipun kemarahan itu muncul kerana rasa tidak suka dengan peraturan yang ditetapkan oleh anda, kemarahannya pada dasarnya tidak ditujukan kepada anda. iii Pertimbangkan bila dan mengapa anda marah. Anak yang berusia dua tahun mungkin belum mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tetapi mereka sangat memahami bagaimana rasanya jika ayahnya marah jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan yang mempunyai lampu isyarat atau berdepan dengan pemandu lain yang memandu secara tidak berhemah. Jika anda memperlihatkan kemarahan ini dalam situasi yang anda tidak mampu mengawal kemarahan anda di depan anak-anak, maka anda juga boleh melihat kemarahan ini juga pada anak anda. Ibu bapa yang sedang mengalami tekanan sehingga mereka mudah menunjukkan perasaan marah harus mulai mempelajari

56

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

pelbagai cara bagaimana untuk menenangkan diri. Masih tidak terlambat untuk ibu bapa mula untuk berubah menonjolkan perasaan anda dengan kaedah Papa / mama berasa ________ bila kamu ________kerana______ (lihat Bab 2).

Tindakan : Hal ehwal asas mengenai tingkah laku negatif. Tidak kira di mana anda berada samaada di rumah, di sekolah, atau di kedai, langkah-langkah asas dalam mengatasi kemarahan adalah sama iaitu: i Tetap tenang dan tidak emosi Sebesar manapun kemarahan anda terhadap kenakalan anak anda, memarahi mereka boleh memberi mereka tanggapan yang salah. Anak tidak akan menurut kata-kata anda ketika itu. ii Jangan cuba untuk berbincang secara logik dengan anak seorang anak yang memasuki tempoh mereka berperilaku negatif ini tidak boleh diajak berbincang secara logik. Usaha itu tidak akan berhasil dan anak akan menang kerana telah mendapat perhatian dari anda. iii Jangan mengalah dengan permintaan yang diiginkan Kita berfikir, Oh, aku baru sahaja membelikannya bubur bijirin untuk memujuknya keluar dari sini. Tetapi sebenarnya ketika anda melakukan perkara itu, anda menjadi sandera kerana mahu membelikan semua yang diinginkan anak setiap kali anda pergi ke kedai. iv Jangan menyogok Kemarahan bukanlah cara untuk mencapai tujuan anak. v Ketika anda berada di tempat awam, abaikan pendapat orang awam tersebut Walaupun orang memandang anda dengan pandangan yang sinis, banyak ibu bapa yang memahami situasi yang anda alami. vi Membawa anak ke tempat yang aman dan tenang apabila anda berada di rumah, jangan ambil peduli dengan kemarahan anak. Jika anda bimbang dengan

Tingkah Laku Negatif Anak

57

keselamatannya, bawalah ia ke tempat yang aman, misalnya ke tempat tidur bayi, atau tempat bermain sampai kemarahannya reda. Mama akan kembali jika kamu sudah tenang, demikian pesan yang harus anda ucapkan kepada anak anda. Cubalah untuk memeluk atau menepuknya, Mama sayangkan kamu, tapi jeritanmu tadi membuat telinga mama sakit. Kalau kamu sudah tenang, mama akan kembali. vii Meninggalkan tempat awam apabila diperlukan Apabila anak tidak dapat tenang dalam satu atau dua minit, cubalah tinggalkan kedai, muzium atau gereja di mana pun anda berada seboleh mungkin. Apabila anda membawa troli yang penuh dengan barang yang anda beli, anda boleh meminta petugas untuk menjaganya sebentar sehingga anda dapat menenangkan anak anda. viii Pegang tangan anak apabila dia secara fizikal tidak mampu mengawal diri lagi Dia sendiri tidak menyukai perasaan yang dialaminya itu. Dalam beberapa minit, kebanyakan anak akan menjadi tenang apabila dipegang. Apabila anak sudah tenang, cuba ceritakan kembali kepada anak tentang kemarahan yang dirasakannya serta tindakan yang dilakukannya. Anda juga boleh memberikan alternatif yang lain, Kalau kamu baring di lantai, menendang, dan berteriak, mama tidak akan memenuhi permintaan kamu lagi. Mama tidak dapat memahami kata-kata kamu kerana kamu bercakap sambil berteriak. Oleh itu, kamu perlu tenang barulah kamu dapat berbicara lagi. Apabila anak sudah tenang, jangan penuhi permintaannya, tetapi, anda boleh berkata, Lain kali kalau kamu inginkan sesuatu, tolong nyatakan dengan tenang. Oleh itu, mungkin kita boleh berbincang tentang perkara itu. Meskipun keinginan anak tidak ada, bahkan setelah berbicara dengan tenang, tetapi anda telah memberi gambaran pada anak tentang penyelesaian yang boleh dibuat di waktu yang lain: Mama tidak boleh membelikan kamu permainan ini kerana pada hari ini kita hanya mahu membelikan hadiah untuk Jamie. Tapi, sebaik sahaja

58

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

sampai di rumah, kita akan membuat sedikit catatan mengenai hadiah yang diingini oleh anak. Keinginanmu untuk dibelikan sesuatu pada ulang tahunmu nanti akan mama masukkan dalam catatan barang-barang yang akan dibeli nanti. Tindakan ini boleh memenuhi keinginan anak yang paling diingininya terutama permainan yang tertentu. Sekalipun anda tidak bersetuju untuk membelikannya mainan, anda bersetuju untuk mempetimbangkan permintaannya dengan serius. Ini adalah pelajaran hidup yang berharga. Teknik menawarkan pelbagai cara kepada anak diyakini mampu boleh meredakan kemarahannya. Anda berkata, Kadangkala kita marah kerana tidak dapat melakukan perkara yang kita ingini. Terdapat banyak cara untuk menghindari perasaan itu, tanpa membuat orang lain berasa jengkel tehadap kita. ( Anda boleh mempertimbangkan beberapa idea yang akan dikupas dalam Pengelolaan Amarah.) Teknik time-out adalah tepat untuk digunakan ketika anak anda memasuki tempoh berperilaku negatif. Tapi sayangnya, anak kecil (berusia di bawah enam tahun) mempamerkan kemarahannya yang tidak dapat dikawal sehingga si anak tidak mungkin mahu mendengar kata-kata ibu bapa mereka. Anda juga hanya membuang masa dengan cuba untuk membuat anak melakukan sesuatu yang ia sendiri tidak boleh melakukannya. Alihkan secepat mungkin. Anda boleh berkata, Mama senang kalu kamu sudah tenang. Mari, kita pergi bersiar-siar, atau, Kamu sudah tenang. Mahukah kamu duduk bersama-sama dengan mama atau membantu mama di dapur? Anak sebenarnya ingin diselamatkan dari kekerasan emosinya sendiri. Rangkul dan yakinkan anak bahawa amda masih menyanyanginya. Bahkan anak yang berusia enam tahun atau lebih boleh menjadi resah sehingga kehilangan kawalan diri seperti mana dengan keperilakuan yang negatif. Perhatikan apabila anak sedang resah gelisah, mintalah mereka untuk memasuki bilik sampai hati

Tingkah Laku Negatif Anak

59

menjadi tenang. Pada usia ini, kebanyakan anak tahu, bahawa tingkah laku mereka tidak diterima oleh masyarakat dan tingkah laku yang negatif memiliki akibatnya juga, dalam hal ini mereka akan diasingkan atau disisihkan oleh orang di sekitarnya. Apabila anak berasa tenang, ibu bapa dapat mencari penyelesaiannya. Anak tidak harus dihukum. Tetapi, anda boleh mengajarnya strategi kehidupan: Sewaktu kamu benar-benar keliru tentang sesuatu perkara, langkah terbaik adalah menghapuskan kekeliruan itu dari pemikiran kamu sampai kamu menjadi tenang. Dengan cara itu, anda tidak perlu berkata atau melakukan sesuatu yang mungkin anda kesali suatu hari nanti. Kesimpulannya, kuatkan pengamalan tingkah laku yang baik. Apabila anda telah berjaya dimana anak anda tidak lagi berperilaku negatif di tempat-tempat yang biasa mereka menunjukkan tingkahlaku yang negatif itu, pastikan anda memuji anak kerana telah berperilakuan baik! Pengendalian Amarah Punca kepada kemarahan anak adalah perasaan negatif yang perlu dilepaskan. ( tidak seorang pun anak yang normal yang berkelakuan menyimpang apabila seseorang seperti ayah saudara yang disukainya mengajaknya pergi menyaksikan pertandingan besbol atau makan aiskrim.) Manusia memang memiliki perasaan negatif dan positif. Meskipun kita tidak mampu membuang perasaan negatif anak (misalnya, anak harus berhenti bermain atau mandi, anak harus membiarkan ibu memberi penumpuan ketika membeli belah), tetapi kita perlu mengajar anak tentang perkaraperkara yang harus dilakukan ketika anak berasa marah. Kadangkala, perkara itu boleh diatasi dengan mengalih perhatian anak dari amarah. Anak yang baru belajar berjalan dan anak yang masih di alam pra persekolahan dapat dibentuk ke arah yang lebih baik. Kamu tidak boleh mengikuti kakak kamu ke tempat permainan kerana dia pergi dengan menunggang basikal.

60

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Tapi kita lihat dulu samaada Sally dan mamanya akan berjalan kaki ke taman permainan bersama-sama dengan kita. Bantulah anak untuk belajar mengenali perasaan marah. Bahkan orang dewasa pun tidak selalu dapat bahawa perasaan yang tidak senang yang dirasai adalah amarah. Apabila anda dapat membantu anak mengetahui waktu mereka marah, anda sudah mendidik mereka untuk mempunyai perasaan yang lebih baik. Jika bakul milik anak anda yang berusia dua tahun diambil oleh temannya ketika bermain, dia boleh marah dan mungkin cuba untuk memukul temannya tadi. Anak berusia empat tahun yang sedang leka bermain bersama temannya akan marah dan enggan apabila anda mengajaknya untuk pulang (dan mungkin merajuk dan tidak memberikan kerjasama). Anak yang berusia lapan tahun, yang sedang sakit telah merancang untuk berkhemah di luar rumah, akan marah apabila di beritahu dia tidak boleh pergi kerana dia masih sakit. (Anak itu mungkin akan membantah teguran anda atau mencampakkan sesuatu sebagai tanda rasa kecewa). Mendidik anak-anak anda untuk mengenali perasaan ini ) kamu marah kerana ....) adalah langkah pertama untuk berjuang melawan perasaan yang tidak menyenangkan yang kita kenali dengan baik. Kenali perasaan anak anda. Kerap kali, anak memasuki tempoh berperilaku negatif kerana sesuatu yang kita pun akan melakukannya seandainya kita belum dewasa. Mungkin anda tidak memasuki tempoh berperilaku negatif ini kerana Snickers, tetapi bagaimana dengan KitKat? Oleh itu, bagaimana apabila anda diberikan pilihan antara meninggalkan rumah teman atau tinggal di sana untuk terus bermain suatu pertanyaan yang bodoh! Untuk hidup bersama-sama dengan orang lain di dunia ini, tiada seorang pun yang dapat melakukan semua yang dingininya. Siapa yang akan menyediakan makanan, mengemaskan tempat tidur, membuang sampah, atau pergi bekerja? Setiap orang harus memikul tanggungjawab masing-masing. Demikianlah, anda akan memastikan tempoh masa berperilaku negatif di waktu kanakkanak berakhir dengan lebih cepat dengan sikap yang penuh

Tingkah Laku Negatif Anak

61

perhatian, tapi tegas. mama tahu kamu tidak ingin berhenti bermain, tetapi kita harus menjemput adikmu sekarang. Berikan cara untuk melepaskan perasaan marah. Adakah anda menyuruh anak lari sekeliling seperti olahraga atau cukup berkata, Aku begitu marah! dapat membantu anan anda menyalurkan tenaga terpendam, yang umumnya muncul bersamaan dengan perasaan yang resah gelisah. Perhatikan kaedah anda sendiri untuk melepaskan perasaan marah. Ada orang yang mengatasinya dengan mandi, bersenam, berendam di tab mandi atau pergi bersiar-siar seorang diri. Semua itu adalah cara untuk memperolehi kembali ketenangan diri ketika emosi berada di luar kawalan diri. Anda dan anak anda dapat membuat catatan cara bagaimana untuk membuang tenaga negatif tersebut di dalam badan. Berikut saranan bagi mengatasinya. Saranan pertama adalah langkah yang paling tepat untuk anak yang masih kecil. Sementara itu, anak yang lebih tua, yang bersekolah memerlukan cara untuk mengatasi amarahnya tanpa mengabaikan perasaan mereka sendiri. Untuk kategori anak yang lebih tua, anda boleh menerapkan beberapa saranan pada saranan terakhir berikut: i Buatlah suara bernada marah ketika menunjukkannya, anak disarankan untuk memikirkan hal-hal yang berbeza. ii Hitunglah sebanyaknya dengan nada yang jelas iii Lakukan tarian kemarahan iv Berjalanlah di sekeliling ruang dengan langkah yang panjang v Bermainlah dengan tanah liat atau adunan roti, lalu tekan keras-keras vi Fikirkan tentang perkara-perkara yang boleh kita lakukan atau yang ingin dimiliki, kerana kau tidak dapat memiliki apa kau inginkan. vii Peluk erat dirimu sampai kamu tidak merasa marah lagi Tarik nafas dalam-dalam seperti dalam senaman yoga. Meskipun ini bagus untuk anak yang lebih tua. Anda dapat pula

62

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

menerapkannya pada anak yang lebih muda. Sekalipun anda tidak tahu erti yoga, namun kata-kata itu telah memikatnya. Gunakan suara lucu anda, misalnya, Tarik nafas yoga dalam-dalam. Apabila anda merasa lega pada kali pertama teknik penafasan yoga diterapkan, anak akan teringat untuk tidak memulai untuk berperilaku negatif lagi.

Menghindari tingkah laku negatif Dalam banyak kes, tingkah laku anak boleh dijangka. Mereka memasuki tempoh berperilaku negatif ketika sedang lelah atau lapar(atau kedua-duanya sekali) atau pada situasi tertentu yang membuat mereka berasa tertekan. Perkara yang terbaik yang dapat anda lakukan untuk keluarga adalah cuba untuk mengenalpasti pekara-perkara yang menyebabkan anak berperilaku negatif lalu cuba untuk menghindarinya. Berikut adalah bebrapa saranan yang boleh dilakukan: i Hindari sebab yang jelas dimana, jika anda sedari anak anda tidak dapat menahan diri untuk berperilaku negatif setiap kali memasuki kedai, maka sebaiknya anda belanjakan hadiah ulang tahunnya tanpa mengajaknya bersama-sama. ii Apabila anak anda nakal dan mengacau setiap kali anda sekeluarga makan di restoran, hindari dulu aktiviti makan di luar. Anda boleh memesan makanan dari restoran terus ke rumah. Oleh itu ibu bapa boleh menikmati menu makanan yang di ingini tanpa membuat anak tertekan sebagaimana setiap kali dia diajak pergi ke restoran, apalagi apabila sudah lelah seharian. Untuk kembali makan di luar, cubalah pergi sekadar untuk bersarapan atau makan siang bersama waktu ketika anak masih menunjukkan tingkah laku yang baik. iii Apabila anak anda susah untuk berkongsi permainan dia dengan teman-teman yang lain yang datang ke umah, dan

Tingkah Laku Negatif Anak

63

dia akan berperilaku negatif apabila dipaksa untuk berkongsi permainan tersebut, sebaiknya permainan itu disimpan atau disembunyikan. Katakan, Kamu seperti tidak suka unruk meminjamkan boneka keluarga beruang pada temanmu. Mama tahu bagamana perasaanmu, kerana mainan itu sangat bererti buatmu. Mari kita simpan mainan itu di rak atas dalam almari dan nanti akan di keluarkan lagi setelah teman-temanmu pulang. (diam sejenak). Ini bererti mainan lainnya boleh dipinjam oleh teman-teman. Ketika kamu pergi ke rumah Michelle dulu, dia mahu untuk berkongsi permainan dengan kamu. iv Berguraulah dengan anak seboleh mungkin. Apabila anak anda mula menunjukkan tanda-tanda untuk dia berperilaku negatif, mulakanlah satu permainan: ANAK : Aku ingin gula-gula IBUBAPA : Aku ingin cincin yang cantik ANAK : Berikan aku gula-gula IBUBAPA : (dengan nada yang mesra, buat aksi seperti memegang gula-gula). Ini gula-gulanya, nak, nyam, nyam. Sekarang beri mama cincin. Nanti kamu juga boleh memakainya. Apabila semuanya pengalihan perhatian anak yang dibuat itu berjalan lancar, anak anda akan menyrahkan cincin khayalan dan anda berpura-pura memakainya dengan aksi yang bersungguhsungguh. Sekianya anak semakin biasa dengan taktik ini, permainan harus dilakukan dengan cara yang lebih rumit lagi. Tapi, sekali lagi, tujuan semua usaha ini adalah untuk mengalihkan perhatian anak agar gejala berperilaku negatif ini tidak menjadi semakin serius dan benar-benar terjadi. i Tidak kiralah apa tujuan keluarga anda ke luar rumah, sebelum itu, gambarkan tingkah laku anak yang anda harapkan. Kita akan pergi ke pusat beli-belah dan mama ingin kamu duduk diam di dalam kereta sorong ini, sementara mama pergi ke kedai. Setelah itu, kita akan

64

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

makan snack dan kamu boleh bermain dengan manamana permainan yang berada di sekitar restoran. Atau, Kita akan pergi ke rumah Makcik Betty kerana kakinya sakit. Banyak barang kepunyaannya yang dah pecah. Jadi mama bawa mainan agar kamu boleh bermain. Kita hanya tinggal di sana selama 20 minit dan mama mahu kamu duduk berhampiran dengan mama dan bermain dengan sendiri. Apabila anak tidak boleh duduk dengan tenang lagi setelah 15 minit berlalu, dan perkara ini boleh membawa kesan yang negatif bagi Makcik Betty, segeralah menggamit tangan anak seraya mengatakan bahawa anda akan mengunjunginya lagi pada lain waktu. ii Waktu peralihan tempat, keadaan, tindakan atau lain-lain boleh membuat anak memasuki tempoh dia untuk berperilaku negatif. Lihat Bab 3 untuk pembahasan mengenai ara menangani masa peralihan ini. iii Tawarkan bayak pilihan. Kecewa kerana tidak boleh berdikari menjadi penyebab anak mudah memasuki tempoh berperilaku negatif ini. Kerana itu, seboleh mungkin tawarkan pelbagai pilihan. Anak yang diberi tawaran pelbagai pilihan antara makan sandwich atau sup boleh menyebabkan dia berasa kesal kerana tidak diberi kesempatan untuk mengajukan pendapat. iv Mintalah bantuan anak. Kita memerlukan sepuluh barangbarang dari kedai dan salah satunya adalah kerepek. Kita akan beli dan menghitung sembilan barang yang diperlukan, dan setelah itu kamu ambil kerepek. Melentokkan kepala Sekitar 20 peratus anak yang baru belajar berjalan suka melentokkan kepala dengan sengaja, bahkan anak lelaki adalah tiga kali lebih sering melakukannya daripada anak perempuan. Tingkah laku ini kadangkala muncul lantaran kecewa atau ingin mendapatkan perhatian, sementara ibu bapa menganggapnya sebagai petanda anak itu bakal berperilaku negatif. Padahal, anak melentokkan kepala itu kerana memiliki alasan lain seperti usaha

Tingkah Laku Negatif Anak

65

untuk menghilangkan rasa sakit atau mendapatkan keselesaan, terutama apabila telinga berasa sakit. Apabila disertai dengan gerakan yang digoyang-goyang, anak melentokkan kepala sebagai kaedah menyenangkan diri. Jangan risau dengan perbuatan anak yang suka melentokkan kepala. Cukup dengan memastikan apakah anak anda melukai diri sendiri atau tidak. Jadi perhatikan tempat di mana dia melentokkan kepala untuk memastikan tiada benda tajam di tempat itu. Apabila anak juga menggoyangkan tempat tidurnya sebagai contoh , katil sebagai sebahagian dari aktiviti itu, periksalah kaki katil secara berkala untuk memastikan tidak ada tempat penyambungan kaki katil itu yang longgar. Di dalam banyak kes, kebiasaannya melentokkan kepala berakhir pada usia sekitar empat tahun. Apabila anak melanjutkan kebiasaan itu atau anda berasa cemas, bawalah anak berjumpa dengan doktor. Tingkah laku anak itu mungkin adalah sesuatu yang normal. (Sebagai contoh, dalam situasi di mana keluarga anda berpindah atau terjadi pergolakan lain dalam kehidupan anak). Dalam kes tersebut, anda akan mendapatkan kepastiaan dan nasihat dari doktor tentang tingkah laku itu Kebiasaannya, tingkah laku negatif atau marah bukan menjadi penyebab untuk ibu bapa memberi perhatian kepada anak. Tahap untuk bersikap negatif akan menurun dan hilang dengan sendirinya. Ketika anak semakin besar, perasaan kecewa mereka akan menurun. Hal ini pun, juga, akan bererti anak semakin jarang marah kerana sudah boleh mengawal dan berdikari dalam hidupnya.

66

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

KESIMPULAN Aktiviti tingkah laku negative bukanlah perkara baru, ianya sudah lama wujud di Malaysia. Oleh itu, hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pelakuan negative dan corak asuhan ibu bapa di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Ibu bapa sewajarnya turut memberi perhatian kepada corak asuhan dan peranan ibu bapa yang dilakukan di rumah kerana ianya memberi kesan yang tersendiri kepada keterlibatan aktiviti lepak di kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu agama yang cukup

RUJUKAN Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan : Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Shukri Mohd. Nain & Rosman Md. Yusoff. 2003. Konsep, Teori, Dimensi & Isu Pembangunan, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, & Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur. 1998. Psikologi 1 (Semester 1). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bull, Norman J.1969. Moral Judgement from Childhood to Adolescence. London: Routledge & Kegan Paul. Eggan, Paul and Kauchak, Don. 1997. Educatiobal Psychology: Windows on Classrooms Third Edition. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Gewirtz, Jacob L. and Kurtines, William L. 1987. Moral Development Through Social Interaction. United States of

Tingkah Laku Negatif Anak

67

America: John Wiley & Sons, Inc. Kay, William. 1970. Moral Development: A Psychological Study Of Moral Growth From Childhood To Adolescence. London: George Allen and Unwin Ltd. Killen, Melanie and Smetana, Judith G.(Ed). 2006. Handbook Of Moral Development. United States of America: Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Lickona, Thomas (Ed.). 1976. Moral Development and Behavior : Theory, Research, and Social Issues. United States of America: Holt, Rinehart and Winston. Manning, Sidney A. 1977. Child And Adolescent Development: A Basic Self-Instructional Guide. United States of America: McGraw-Hill. Inc. Tannsjo, Torbjorn. 2002. Understanding Ethics. Great Britain: Edinburgh University Press Ltd.

68

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

7
PEMALU DAN TIDAK MAHU BERENGGANG DENGAN IBU BAPA
Nurulhuda Azizi Nurul Ezzati Azizi

PENGENALAN Ketika sesi persekolahan baru bermula, kita dapat melihat beberapa pelajar baru terutamanya pelajar darjah satu yang masih lagi tidak boleh berenggang dengan ibu bapanya. Mereka seperti tidak mahu langsung berpisah dengan ibu bapa mereka masingmasing. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang pemalu dan susah untuk berenggang ini, sudah tentu mengalami kesulitan dalam membesarkannya. Bila anak berada di samping kita, memanglah kita akan merasakan betapa bahagianya berada di samping mereka. Tetapi dalam masa yang sama perasaan yang tidak terungkap apabila melihat anak-anak mereka melangkah ke kelas dengan penuh bersemangat. Jika dilihat kepada anak-anak yang sentiasa manja di sisi ibu bapa mereka, mereka lebih cenderung menjadi anak yang pemalu, lembut, tidak berbahaya dan jarang menunjukkan prilaku negatif. Cuba lihat situasi berikut: Sebuah keluarga sedang berkelah di rumah temannya. Siti Aminah, empat tahun sedang duduk di pangkuan ibunya. Kakak perempuannya sedang bermain bersama-sama kanak-kanak lain yang mana ada di antara mereka yang baru saha berkenalan. Kanak-kanak lain tidak mempedulikan Siti Aminah. Apabila ibunya menyuruh Siti Aminah bergaul dengan kawan-kawannya yang lain, Siti Aminah menunjukkan wajah yang malu-malu dan menyembunyikan wajahnya di bahu ibunya. Ibunya berkata, Siti Aminah ni pemalu. Biarlah dia

Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa

69

berada bersama saya buat sementara waktu ini. Kasihan sungguh kepada Siti Aminah. Di saat dia ingin bermain dengan kawan-kawannya dan meninggalkan ibunya, hujan renyai-renyai mula turun. Seterusnya perkelahan terpaksa diberhentikan dengan serta merta. Kakak Siti Aminah meninggalkan kawan sepermainannya dan sempat berjanji akan bermain bersama lagi jika ada kesempatan lain. Sementara itu, Siti Aminah menggenggam tangan ibunya dan masuk ke dalam kereta. Siti Aminah sentiasa disingkirkan. Sementara itu, tiada ibu bapa yang perasan kanak-kanak yang suka berdamping dengan ibu bapa merupakan tingkah laku negatif. Sifat pemalu juga jarang dilihat sebagai sikap negatif kerana sejak dahulu lagi masyarakat mengklasifikasikan sikap pemalu sebagai sikap yang sopan dengan mengatakan Ya, dia memang begitu. Lebih-lebih lagi mempunyai anak yang pemalu tidak menimbulkan banyak masalah kepada ibu bapa, malah mereka yang pemalu ini tidak langsung berbahaya dan tidak juga mengganggu orang lain dan orang lain juga tidak berasa takut berada di samping kanak-kanak yang pemalu. Sayangnya, sikap pemalu yang ada pada diri kanak-kanak sebenarnya menjerat dirinya sendiri dan merupakan sikap yang merugikan diri sendiri. Seperti yang ditunjukkan di dalam situasi sebelum ini, kakak Siti Aminah mendapat faedah yang maksimum selama dua jam perkelahan sedangkan Siti Aminah tidak mendapat apa selain berdampingan dengan ibunya sahaja. Kakak Siti Aminah juga dapat bertemu dengan ramai kawan-kawan baru sedangkan Siti Aminah tidak. Selain itu, kakak Siti Aminah juga dapat bermain permainan baru dengan menciptanya dengan kawan-kawan barunya. Walaupun selepas ini, kakak Siti Aminah, Marian tidak tahu adakah dia dapat bertemu lagi dengan kawan-kawannya, tetapi dia telah belajar sesuatu dari pengalaman sepanjang perkelahan dan boleh dipraktikkan di dalam kehidupannya selepas ini. Sebaliknya Siti Aminah hanya berada bersama ibunya dan mengawasi setiap kanak-kanak yang bermain sampai dia sendiri

70

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

merasa bosan. Dengan tidak menyertai kanak-kanak, Siti Aminah sebenarnya sudah kalah. Kalah sebagai pemimpin dan sememangnya dalam percaturan hidup, Siti Aminah sudah kalah. Siti Aminah membesar di dalam lingkungan sepi sementara Marian membesar dengan persekitaran yang sihat dan aktif. Ibu bapa Siti Aminah yang sentiasa seperti membenarkan sikap pemalu Siti Aminah akhirnya tewas di medan pertempuran yang diciptanya sendiri. Mereka sudah tidak lagi berkesempatan untuk membuka ruang baru kepada Siti Aminah kerana sikap Siti Aminah itu sudah sebati di dalam dirinya. Tapi masih ada jalan penyelesaiannya. Ibu bapa harus mendorong anak mereka untuk mengatasi rasa malu yang ada dalam diri anak mereka. Mereka harus mendorong anak mereka membuang rasa malu dan rasa cemas ketika berjumpa dengan ramai orang. Sekiranya ibu bapa itu mampu mengajak anak meraka yang pemalu itu bersosialisasi maka anak mereka akan menjadi lebih agresif. Berikut adalah beberapa cara yang boleh diambil sekiranya mempunyai anak yang suka berdamping dengan ibu bapa ialah dengan membiarkan anak mereka terlebih dahulu selesa dengan keadaan persekitaranya. Kadang-kadang ibu bapa juga suka berlawan dengan mengatakan biar mama yang melakukannya. Memahami Penyebabnya Bergantung dengan ibu bapa adalah normal bagi sesetengah kanakkanak yang baru belajar berjalan walaupun ada kanak-kanak yang boleh berjalan lebih cepat dari kanak-kanak lain. Ia berpunca dari keinginan untuk menjadi diri sendiri. Kadang-kadang, berpisah dengan ibu bapa adalah sesuatu yang menakutkan bagi kanakkanak sehinggakan mereka lebih selesa untuk terus bergantung dengan ibu bapa mereka. Ini adalah kerana mereka menganggap ibu bapa mereka sebagai pelindung. Kebanyakan ibu bapa yang bekerja prihatin terhadap fenomena ini. Tetapi sebenarnya sikap kanak-kanaklah yang membezakan sesuatu keadaan. Walaupun begitu, sekiranya anda menghantar anak ke sekolah, kanak-kanak

Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa

71

itu akan jalan berdampingan dengan ibu bapanya. Perasaan malu merupakan mekanisme penyesuaian diri yang digunakan untuk membantu orang menghadapi situasi baru sekaligus sebagai pendorong semangat. Orang yang pemalu sebenarnya bukan jenis manusia yang melarikan diri atau suka bersembunyi. Mereka mempunyai perasaan yang bercampur baur antara takut dan minat, sukar dan senang. Sebab itulah mereka suka memerhati untuk beberapa ketika yang berjaya membuat mereka tertarik. Perasaan malu biasanya merupakan respon yang normal di dalam kehidupan social masyarakat. Ia juga merupakan cara bersosial yang menggembirakan. Dengan menarik diri secara perlahan-lahan kanak-kanak itu akan mudah untuk mengurus dirinya sendiri. Ini adalah kerana mereka sudah menerokai dan mengamati dan kemudian mengalami peristiwa dengan situasi social yang menakutkan, rasa malu akan hilang. Tekanan juga boleh menjadi salah satu punca mengalami seseorang itu mempunyai perasaan malu yakni menjadi seorang yang sangat pemalu. Lebih-lebih lagi apabila dia menjadi bahan cemuhan, ejekan. Situasi ini akan menyebabkan seseorang itu bertukar watak menjadi pendiam dan pemalu. Ada beberapa aspek pemalu yang boleh dipelajari. Dengan melabelkan anak sebagai pemalu atau memujuk anak supaya keluar dari kempompong malu, sebenarnya ibu bapa itu telah membuatkan anak mereka menjadi lebih pendiam dan pemalu. Menjadi Teladan yang Baik Jika anda seorang yang peramah dan senang bersama dengan orang lain, anda mesti seorang yang berfikiran terbuka dan senang apabila berjumpa dengan ramai orang lebih-lebih lagi kenalan baru. Jika perkenalan atau pertemuan itu mengalami satu keadaan yang sangat sukit, maka anda, maka menunjukkan sikap dan

72

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

prilaku yang sebenar bukanlah sikap yang harus ditunjuk kepada orang lain. Sekiranya situasi itu bertambah sulit, anda tidak perlu untuk bertelagah dengan anak-anak anda. Anda perlu lebih berani dan memberi teladan yang baik kepada anak-anak anda. Anda perlu menjadi lebih ramah kepada ibubapa. Kita juga pasti berbangga sekiranya anak-anak kita lebih berani di hadapan ibubapa. Jangan memberi tekanan kepada anak-anak anda dengan mengatakan Kamu ini pemalu seperti ayah kamu. Apa yang Harus Dilakukan: Anak-anak yang Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibubapa. Berikut adalah pendekatan yang biasanya dapat membantu anakanak mengatasi masalah pemalu dan suka bergantung kepada ibu bapa mereka: i Jangan melabelkan anak- Kebanyakan ibu bapa sengaja mencari dalih terhadap prilaku anak mereka. Mereka kerap berkata Oh, ia hanya malu. Sedangkan ibubapa itu patut sedar bahawa prilaku anak mereka itu akan memberi kesan negatif kepada masa depan anak mereka. Dengan melabelkan anak sebagai pemalu, ia akan meningkatkan perasaan itu pada anak dan terus berterusan sehingga anak itu menigkat dewasa. Dengan itu, seorang anak itu akan terus membesar dengan menanamkan di dalam dirinya bahawa sememangnya dia adalah seorang yang pemalu. Ini semestinya akan mempengaruhi konsep hidupnya dalam proses tumbesarannya menjadi seorang yang berguna kelak : Aku tak berani mengikuti pementasan drama di sekolah. Aku malu, atau mungkin begini Aku malu untuk bersuara di hadapan kelas atau mana-mana perhimpunan. Ibu bapa seharusnya tidak memerikan bebanan kepada anak-anak mereka sejak kecil dengan membiarkan perasaan malu itu menghimpit anak mereka sehingga dewasa. ii Sekiranya perlu, bawalah anak anda kepada dunia yang di luar kemampuannya sebelum tiba masanya. Sebelum meninggalkan anak-anak anda atau membiarkan anak anda

Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa

73

bermain di tempat permainan yang baru, cubalah untuk menyiasat keadaan tempat itu dahulu sama ada ia sesuai atau tidak dengan anak anda. iii Ibu bapa harus kenal perasaan dan jiwa anak-anak mereka. Kadang-kadang seorang kanak-kanak akan merasa tidak selesa berada bersama dengan kawan-kawan baru di persekitaran yang baru. Kerana bagi itu adalaj sesuatu yang menyakitkan. Ini bermakna seorang anak itu belum bersedia untu bergaul dan bersosial dengan persekitaran dan kawan-kawan barunya. Mengapa tidak cuba pergi bersama papa?. Ini merupakan soalan yang kerap diutarakan kepada bapanya. Maka seorang bapa perlu bijak di dalam menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya. Katakan kepada anak itu bahawa anda akan berada bersamanya beberapa minit dan anda akan membiarkan anak anda itu bersama rakan-rakan barunya untuk lebih mengenali antara satu sama lain. iv Setelah anak-anak telah mengambil masa untuk menyesuaikan diri di sesuatu tempat, maka lepaskan mereka. Biarkan mereka meneroka sikap dan sifat dalam diri masing-masing. Galakkan mereka untuk bersosial agar perasaan malu di dalam diri anak-anak menjadi bertambah kurang. Sekiranya ingin menghantar anak-anak anda ke Nursery, maka anda seharusnya berbaik-baik dengan guru di situ supaya anda dapat mengambil tahu hal-hal anak anda. Anda perlu membantu anak anda supaya mencapai kehidupan social yang sihat. v Selaku ibu bapa, biasakan diri dengan mengucapkan perkataan selamat kepada anak-anak anda. Sebagai contoh perkataan selamat tinggal agar kanak-kanak itu sedar bahawa anda akan meninggalkannya buat sementara waktu. Guru akan mengambil alih tugas anda buat sementara. sampai bertemu lagi anak kecil. Tidak kisahlah perkataan apapun selagi ia merupakan tanda permuafakatan antara anda dan anak anda sebelum anak meninggalkannya.

74

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Membantu Anak Mencapai Kepercayaan Masyarakat Catatan: Bahagian ini merangkumi pelbagai sudut daripada anakanak yang yang berumur enam tahun atau lagi muda. Untuk mereka yang berusia lebih tua dari enam tahun, silalah lihat pada bahagian yang seterusnya. Bila bersandar kepada kompetensi sosial dan pembetukan kepercayaan diri, pengalaman merupakan guru yang paling baik. Sekiranya anak anda seorang yang pemalu, cara yang terbaik untuk meningkatkan kepercayaan dirinya adalah dengan menciptakan lingkungan yang aman, di mana anak-anak dapat bergaul dengan sempurna. Salah satu tempat yang sesuai untuk menjadi tunjang pembetukan diri ialah Sekolah. Anda harus mempercayai anak anda. Anda harus percaya pada guru-guru sekolah yang mengajar anak anda. Tiada seoarang pon akan menemankan anak-anak mereka terus-terusan di sekolah. Terimalah hakikat anak-anak anda akan berpisah dengan anda apabila mereka ke sekolah. Guru-guru boleh mengambil tugas anda supaya memnerikan ilmu interaksi kepada anak-anak anda. Di sekolah atau tempat lain, carilah pelbagai kaedah atau cara yang sesuai sehingga anak anda menjadi sibuk sehingga ia berhenti berfikir mengenai keluarganya. Walaupun anda diizinkan untuk menghantar anda kepada meja belajar ataupun menunggunya di pintu-pintu kelas, semua itu tidak akan memupuk sikap berdikari kepada anak-anak tersebut. Tetapi jika anak-anak anda mula beraktiviti, perpisahan dengan ibubapa menjadi lebih mudah. Bila anda riau dengan hal-hal anda selama di sekolah, maka buatlah pertemuan dengan guru-guru di sana. Jangan bertelagah dan bergaduh kepada hal-hal yang menjadi kerisauan anda di saat anda menghantar dan menjemputnya di sekolah. Adalah tidaka dil bagi guru dan anak-anak lain sekiranya anda pun akan tidak sengaja boleh mendengarkannya. Terdapat sekolah yang mempunyai cermin tingkap satu arah yang membolehkan anda melihat perlakuan anak anda dari jauh.

Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa

75

Ketika anda bersama-sama dengan anak anda mengikuti sesuatu mesyuarat rukun tetangga atau ibu-ibu bapa anak-anak yang lain, perhatikan tindakan anak anda pada waktu itu. Berilah pujian pada mereka apabila mereka mula berkomunikasi dengan anak-anak lain. Berilah dialog-dialog peransang kepada anak-anak anda. Kamu dapat gembira bersama sepupumu pada hari ini. Sekiranya seseorang anak tidak menunjukkan kesan positif di dalam pergaulan, anda perlu memuji perwatakan kanak-kanak lain yang pandai bergaul. Dan tunjukkan contoh kepada anak-anak anda cara untuk bergaul. Apabila ada di antara kawan anak anda dating kepada anak di anda semasa anda menghantarnya ke sekolah maka minta bantuan anak anda untuk membetulkan beg kawannya. Dengan ini pergaulan menjadi lebih mesra dan anak anda tidak akan menjadi seorang yang pemalu lagi. Mempunyai anak yang pemalu akan membuatkan anda merasa tidak selesa sekiranya menghadiri majlis-majlis bersama anak-anak anda. Anda mungkin tidak mahu hadir ke kelas kecergasan. Anda boleh mencuba untuk menghantar anak anda ke kelas muzik interaktif yang memungkinkannya untuk bergerak dengan lebih lambat. Di situ, kanak-kanak mungkin mempunyai peluang untuk mengamati persekitaran dan rakan-rakan barunya sebelum memulakan pergaulan. Bolehkah aku bermain bersama kamu? adalah sesuatu pertanyaan yang berisiko bagi seorang anak yang mempunyai sikap yang pemalu. Pertanyaan ini dianggapnya berisiko kerana kanak-kanak ini takut akan ditolak oleh kawan-kawannya. Strategi lain untuk memasuki kelompok pergaulan akan membuatkan kanak-kanak itu mengelak dari mengajukan pertanyaan yang demikian rupa. Maka, bantulah kanak-kanak tersebut dengan beberapa strategi seperti berikut: i Merancang supaya kanak-kanak senang untuk bergaul dan bersosial. Bila ada beberapa orang kanak-kanak sedang

76

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

bermain di halaman rumah, maka galakkan anak-anak anda supaya menyertai kanak-kanak tersebut. Anda harus mulakan dahulu. Mula-mula anda sendiri pergi ke kawasan kanak-kanak tadi dan mula bermain-main berdekatan dengan mereka. Dalam banyak kes, anak-anak akan dengan sendirinya akan memasuki kelompok kanak-kanak tadi kerana secara logiknya kanak-kanak cenderung untuk bermain. Belajar untuk menyertai kelompok kanak-kanak yang sedang bermain merupakan satu penyelesaian yang baik bagi kanak-kanak yang mempunyai sikap pemalu. ii Ajar anak untuk bertanya, kamu semua sedang bermain apa? latihlah anak anda dengan pelbagai cara sekalipun untuk menggalakkan anak-anak berkomunikasi. Begitu juga ajarlah anak anda melibatkan diri di dalam apa jua permainan setelah hal permainan itu sudah dijelaskan. Bila kanak-kanak lain berkata Kami sedang main pondokpondok, maka mungkin anak anda akan mengajukan soalan bolehkan saya menjadi saudara kandung kamu? watak ibu sudah diambil oleh kanak-kanak lain. Bila kanak-kanak lain menolak permintaan anak anda dengan tidak memberikannya apa-apa watak, maka anak anda boleh jadi tetangga bagi mereka yang baru tiba. Anda perlu melatih anak anda strategi ini. Meskipun yang paling penting ialah mengembangkan daya imiginasi anak anda sekaligus boleh menyertai kelompok kanak-kanak yang sedang bermain. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya mahu bermain dengan anak anda di rumah anda. Untuk itu, anda harus mampu untuk memilih anak-anak yang boleh diajak bermain. Pertama, Tanya anda dia hendak bermain dengan siapa. Sekiranya tiada respon maka tanyalah kepada guru di sekolahnya. Carilah kanak-kanak yang berperwaatakan etnag yang boleh mengajak anak-anak anda bermain dan juga pengasuh dan ibubapa yang sensitive dengan keperluan anak anda. Permainan yang pertama haruslah bermula

Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa

77

di rumah anda, seterusnya di lakukan di rumah kanak-kanak lain. Sekiranya anak anda masih ingin bermain di rumah anda, jangan penuhi keinginannya. Biasakan dirinya dengan bermain dengan kanak-kanak lain. Anda perlu memberitahu tuan rumah yakni ibu dan bapa kepada kawan-kawan anak anda bahawa anda ingin membiarkan anak anda bermain dengan anak-anak mereka. Untuk itu, ibu bapa kepada kanak-kanak itu akan sentiasa memantau anak anda dan anak mereka supaya anak anda merasa selesa bermain di samping anak-anak mereka. Walaupun bermain hanya dalam masa 30 minit, tetapi anda sudah boleh meninggalkan anak anda bermain sendirian dengan kanak-kanak lain bererti anda sudah berjaya. Anda sudah berjaya membuang sikap pemalu yang ada di dalam diri anak anda. Maka, seharusnya anda memberikan pujian kepada anak anda kerana dia sudah mampu bermain dengan kawan-kawannya dan tidak lagi bersikap sebagai seorang yang pemalu. Peluang untuk berubah semakin besar sekiranya anda memberikannya peluang untuk bermain bersama dengan kanak-kanaknya dengan lebih lama. Setelah anda berjaya dengan beberapa strategi maka mantapkan strategi anda itu dengan memperluaskan keperluan sosial anak anda. Mungkin perkara ini akan menyebabkan anak anda bersedia untuk mengikuti kelas kecergasan dengan lebih riang dan lebih berani. Setelah itu, bantulah anak anda dengan memikirkan hal-hal yang menyenangkan selama waktunya bermain dengan kanakkanak lain, maka pulang ke rumah sendirian dan sebagainya. Galakkan anak anda berdikari. Mama gembira Jimmy dating kerana kamu semua nampak seronok bermain. Atau Alex ada membeli boneka baru. Apakata kita ke rumahnya sebentar untuk melihat boneka barunya itu. Sesetengah kanak-kanak mengalamu kesulitan dan tidak mempunyai keberanian untuk berbicara dengan orang yang lebih

78

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

dewasa. Anda dan guru kepada anak anda perlu tahu cara mengatasinya. Kebanyakan orang dewasa berasa gembira ketika berjumpa dengan kanak-kanak. Sekiranya anda sentiasa memberi peluang kepada anak anda untuk berkomunikasi dengan rakanrakan anda maka lama- kelamaan anak anda akan hilang perasaan malu ketika berbual dan bermesra dengan orang yang lebih dewasa dari anak anda. Membantu Anak Yang Lebih Tua Anda Mencapai Kepercayaan Masyarakat Bagi kanak-kanak yang masih bersekolah, permulaan pergaulan bagi mereka merupakan satu perkara yang agak sukar. Mereka mengambil masa untuk menyesuaikan diri di dalam kelompok rakan-rakan baru. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diambil untuk membantu mereka. Sebagai contoh, lihar gerak geri dan perlakuan anak anda. Adakah dia berkawan secara dinamik atau statik? Maksudnya adakah dia kerap bertukar-tukar kawan atau pun hanya mempunyai rakan yang sama setiap masa. Jika anak anda hanya mempunyai seoarang rakan yakni rakan yang sama pada setiap masa, cuba kaedah ini. Anda perlu menjemput beberapa orang kawannya ke rumah anda. Buatlah temujanji, sama ada temujanji ke taman permainan atau perkelahan di pantai agar mereka boleh rapat dengan anak anda. Selain itu, suruh anak anda menjemput rakan-rakan yang rapat dengannya untuk temujanji itu. Dia boleh memilih sama ada teman-teman sekelasnya ataupun kenalan yang dijumpanya di kelas-kelas kokurikulum atau kelas lain. Ini adalah kerana anak-anak kita boleh berkawan dengan siapa sahaja yang ditemuinya. Sekalipun anda ingin anak anda mempunyai seoarang teman karib sewaktu di sekolah, tetapi yang paling pentin anak anda mempunyai ramai kawan tidak kira di mana tempat perkenalan mereka. Selalu tidak menyertai kumpulan rakan-rakan merupakan kelemahan bagi kanak-kanak yang memiliki sikap pendiam ini. Mereka tidak pandai untuk bergaul, jadi menjadi satu masalah bagi mereka untuk memulakan pergaulan kerana mereka takut

Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa

79

sekiranya kehadiran mereka tidak diterima oleh kumpulan kanakkanak berkenaan. Sekiranya anak anda berusia 3,9 atau 15 makan berbicaralah dengan mereka. Mulakan pergaulan dengan mereka terlebih dahulu sebelum mereka memulakan pergaulan dengan rakan-rakan yang lain. Beri galakan pada mereka untuk bergaul. Berbincanglah dengan mereka kebaikan bergaul. Beri mereka motivasi. Beri mereka dorongan. Biasanya bagi kanak-kanak lelaki yang sedang membesar, sekiranya mereka adalah ahli kelab bola sepak, mereka akan mengenali semua ahli pasukan mereka. Sekiranya anak lelaki anda merupakan seorang yang berkecenderungan di dalam bidang olahraga, beritahulah mereka untuk mencari kawan yang mempunyai minat yang sama dengan dia. Mereka pasti akan menerima kahadiran anak anda dengan senang hati. Berlainan dengan anak perempuan. Berkali-kali pengecualian itu terjadi lantaran anan yang dimaksudkan tidak tahu bagaimana cara untuk memasuki kelompok sosial. Berbincanglan dengan anak perempuan anda agar mereka tidak merasa takut untuk berbual dan beramah mesra dengan teman baru. Sekiranya anak perempuan anda mempunyai masalah untuk bercampur dengan teman-teman, berilan tunjuk ajar kepada mereka. Mudahmudahan kawan-kawan mereka boleh menerima mereka sebagai teman mereka dan seterusnya memulakan pergaulan mereka sesame mereka. Berjumpalah dengan guru kepada anak perempuan anda agar mereka turut sama membantu anak anda untuk bersosial dengan kawan-kawan mereka. Kekuatan Senyuman Walaupun mempunyai usia yang berbeza, adakah mustahil bagi seseorang untuk menolak perkenalan dengan seseorang yang sudi melemparkan senyuman kepada mereka. Orang yang murah senyuman akan sentiasa mudah untuk mendapat kawan. Untuk itu, anda harus menggalakkan anak anda supaya sentiasa senyum ketika berjumpa dengan sesiapapun. Ini adalah kerana dengan senyuman anak anda akan mudah untuk mendapat kawan-kawan baru. Pasti kawan-kawan baru anak anda tidak menolak untuk berkawan dengan anak anda sekiranya anak anda murah senyuman

80

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

dan senang untuk didekati. Orang yang murah senyuman biasanya bukanlah berada di golongan orang yang sombong. Sekiranya mempunyai anak yang pemalu dan sangat-sangat malu untuk memulakan senyuman, anda seharusnya mengajar mereka bagaiman untuk memberikan senyuman yang baik dan penuh penghormatan kepada teman-temannya. Senyuman di bibir mereka akan lebih senang terhasil dengan dorongan dan galakan keluarga. Senyum adalah satu hadiah yang sangat bermakna dalam konteks persahabatan. Anda juga pasti merasa selesa dengan oarng yang murah memberikan senyuman kepada anda. Kanak-kanak yang jarang senyum mungkin mempunyai perasaan takut di dalam diri beliau. Ekspresi wajah semacam itu mendorong anak lain yang lebih kuat untuk bersikap agresif. Ketrampilan Berkomunikasi Kanak-kanak yang bersekolah pasti diajar bagaiman untuk berketrampilan dan petah dalam berbicara. Selain dapat bebicara dengan baik, kanak-kanak dapat berfikir untuk melontarkan hujahhujah yang lebih matang. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran dalam berbicara akan lebih mudah untuk maju dalam kehidupan mereka. Berikut adalah beberapa cara untuk melatih anak-anak berketrampilan dalam berbicara. i Ajari anak anda untuk bertanya pada orang-orang tentang keadaan mereka. Buatlah demonstrasi kepada mereka bagaimana untuk menjadi seorang yang betrampilan tinggi. Berbincanglah dengan anak anda. Ajukan pelbagai pertanyaan kepada anak anda. Sebagai contoh Apakah rancangan TV kegemaranmu?. Apakah haiwan peliharaan kamu?. Apakah permainan yang kamu suka?. Dengan itu kanak-kanak akan belajar untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Secara tak langsung menggalakkan anak-anak berkomunikasi dengan baik. Kanak-kanak yang melepasi tahap ini bukan sahaja akan dapat mengumpul informasi mengenai diri mereka bahkan juga menambahkan

Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa

81

keyakinan mereka. ii Bantulah anak anda untuk mempraktikkan jawapanjawapan mereka di atas sesuatu pertanyaan. Bila seseorang bertanya,Apakah haiwan kesayangan kamu? dapatkah anak menjawabnya? (senang sahaja jawapannya, jadi baritahu anak anda untuk menjawabnya). Bila anda memiliku ibubapa yang tinggal bersama anda, mereka dangat sesuai untuk membantu anak anda menjawab soalan-soalan tersebut. iii Ajari anak anda untuk memberi dan menerima pujian. Sekali lagi, ini adalah cara menyenangkan untuk mendidik anak anda supaya berketrampilan. Mama suka akan pakaian kamu. Dan Kamu sangat pandai bermain basket. Kedua-dua pujian ini merupakan permulaan yang baik kepada anak anda. Kemudian ajari pulan anak anad mengucapkan uapan sederhana terima kasih bila ia dipuji atas sesuatu. iv Ajari anak anda hal ehwal ketrampilan. Bila ketrampilan berbicara merupakan hadiah seumur hidup bagi anak yang mempelajarinya. Ibubapa perlu memberikan tunjuk ajar kepada kanak-kanak bila waktu yang tepat untuk berkomunikasi. Sepatah Kata tentang Majlis Ulang Tahun Saya berharap para ahli akan berkata bahawa seorang anak pemalu dan suka melekat dengan ibu bapa juga diraikan hari ulangtahunnya. Ibu bapa perlu menitikberatkan hal ehwal anak mereka dengan meraikan hari-hari istimewa mereka. Mereka akan menjadi anak-anak yang baik di saat meraikan hari ulangtahun mereka.

82

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Anak yang Menganggap Hanya Mama yang Mampu Melakukannya Kebiasaan melekat dengan ibu bapa hanya dilakukan oleh kanakkanak kepada salah seorang ibu atau bapa mereka. Biasanya ibulah yang menjadi tempat untuk mereka menempel. Menjadi lebih mudah pada waktu malam apabila si ayah menguruskan rumah tangga sementara si ubu melayan karenah anak-anak. Namun begitu, kita tidak seharusnya mengikut apa sahaja keinginan anak kita. Anda merupakan ibubapa yang perlu membuat keputusan di dalam rumah tangga anda.Terutama ibu yang banyak menghabiskan siang hari bersama anak, mendapat bantuan si ayah untuk mengasuh anak adalah sesuatu yang menggembirakan.

RUJUKAN Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, & Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur. 1998. Psikologi 1 (Semester 1). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bull, Norman J.1969. Moral Judgement from Childhood to Adolescence. London: Gewirtz, Jacob L. and Kurtines, William L. 1987. Moral Development Through Social Interaction. United States of America: John Wiley & Sons, Inc. Kay, William. 1970. Moral Development: A Psychological Study Of Moral Growth From Childhood To Adolescence. London: George Allen and Unwin Ltd. Killen, Melanie and Smetana, Judith G.(Ed). 2006. Handbook Of Moral Development. United States of America: Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Lickona, Thomas (Ed.). 1976. Moral Development and Behavior : Theory, Research, and Social Issues. United States of America: Holt, Rinehart and Winston.

Pemalu dan Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Bapa

83

Manning, Sidney A. 1977. Child And Adolescent Development: A Basic Self-Instructional Guide. United States of America: McGraw-Hill. Inc. Tannsjo, Torbjorn. 2002. Understanding Ethics. Great Britain: Edinburgh University Press Ltd.

84

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

8
MERAJUK, MEMBANTAH, MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT, DAN MEMBISU
Azizi Yahaya

PENGENALAN Anuar, berusia tujuh tahun, menginap selama setahun di rumah sepupunya, sebuah keluarga yang memiliki tiga orang anak lelaki yang berusia lingkungan 6-12 tahun. Ketika ibubapanya menjemput Anuar pulang, mereka baru sedar Anuar kelihatan lebih matang, agak mementingkan diri sendiri tetapi mesti berkumpul dengan kawan-kawannya. Pada malam pertama di rumahnya, ayah Anuar ke balkoni untuk memanggil Anuar yang sedang bermain bola keranjang bersama kawan-kawan di halaman rumah jirannya. Anuar, baik kamu balik. Masa untuk makan malam. Anuar, yang selalunya periang dan kooperatif, mengejutkan ayah dan jirannya dengan menjawab, Diamlah ayah. Saya tak mahu masuk, ayah tak memahami saya! Apa yang harus dilakukan? Ayahnya terkejut dan marah, berasa malu mempunyai anak lelaki seperti itu. Dengan cepat, ayah Anuar pergi ke halaman rumah jiran itu. Tanpa berkata apa-apa, dia menarik tangan Anuar dan membawanya masuk ke dalam rumah. Setelah memberontak beberapa saat akhirnya Anuar menyerah dan sedar dia telah biadap. Juddy dan anak perempuannya yang berusia empat tahun,

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu

85

Zaimah, baru sahaja pulang dari sekolah. Ketika memasuki apartmen, Nurul Ezzati ternampak lif baru akan naik. Dia segera menarik Zaimah dan berlari memasuki lif sebelum pintu lif ditutup. Semasa berada di dalam lif, Nurul Ezzati menyapa jirannya, seorang wanita tua yang berbadan gempal. Salam makcik, gembira berjumpa Dia menoleh ke arah Zaimah lalu berkata, Katakan hello pada puan Mariam, Zaimah. Kamu tahu dia tinggal di atas kita. Sebaliknya Zaimah bersembunyi di belakang ibunya dan menjulurkan kepalanya sambil berkata, Saya tak mahu berkata hello pada orang yang gemuk. Saya tak mahu! Dengan wajah merah kerana malu, Nurul Ezzati membentak, Zaimah! Segera dia menoleh kearah makcik Selwyn untuk meminta maaf ketika pintu lif terbuka di aras mereka tinggal. Lalu, Nurul Ezzati dan Zaimah bergegas keluar lif. Sejak bayi dilahirkan, bunyi dan kata-kata yang mereka katakan bergantung kapada diri mereka, dan bukannya dipengaruhi oleh ibubapa. Bayi yang tidak berdosa ini perlakuannya sentiasa membuat orang disekelilingnya tersenyum. Tetapi perkataan kesat yang dikeluarkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun atau lapan tahun menambahkan tekanan darah ibubapa. Tingkah laku mereka juga meningkatkan kemarahan orang lain yang mendengarnya. Berikut adalah perkara-perkara yang dapat lakukan ketika sikap negatif ini berlaku didalam rumah kamu. Memahami Punca Sebagai ibubapa, kamu perlu memahami sebab anak-anak bersikap negatif. Kebiasaannya, anak-anak mengatakan perkara-perkara yang mengejutkan apabila perasaannya terganggu. Mereka mungkin cepat marah disebabkan letih atau lapar sehingga mengeluarkan kata-kata bernada menyerang, atau mungkin ada alasan-alasan lain, seperti: i Memerlukan perhatian: Ketika anak berasa terabai atau tersisih, mereka tidak

86

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

peduli apakah mereka akan mendapat perhatian positif atau negatif. Mereka hanya ingin agar perhatian tertumpu pada mereka. ii Bereksperimen: Apa yang terjadi ketika anak berkata kesat didepan ibubapa atau melontarkan sumpah serapah di sekolah? Entah kita suka atau tidak suka, anak menjelajahi dunia mereka dengan cara mereka sendiri. iii Meniru model di media massa: Anak-anak mudah terpengaruh dengan program-program komedi dan filem. Mereka meniru gaya, bahasa dan kelakuan artis mereka. Oleh itu, ibubapa haruslah mengawal dan mengajar anak-anak mereka supaya tidak cenderung dengan bahasa dan perlakuan model dalam media massa. iv Tuntutan ibubapa yang tidak jelas: Apa yang dapat dilakukan seseorang apabila ibubapa mengatakan sesuatu seperti, Ayu pergi tidur sekarang! Anak kecil tidak faham arahan itu. Bersihkan bilik ini tidak bererti apa-apa bagi anak berusia dibawah tujuh atau lapan tahun. Mereka perlukan kata-kata yang lebih spesifik seperti, Ayu, simpan mainan dalam kotak dan susun buku balik di atas rak. v Mengulangi perbuatan yang bakal dilalui berdasarkan pengalaman yang lalu: Apabila anak merengek atau bertindak aktif. Kamu membenarkannya bertindak sesuai dengan stuasi ketika sedang melawat saudara mara, maka dia akan mengulangi hal yang sama pada situasi yang sama. vi Terpisah daripada ibubapa: Setiap hari, anak mengambil langkah menjauhkan diri dari kita. Kadang-kadang mereka menggunakan bahasa menyatakan bahawa mereka, pada dasarnya orang yang suka menyendiri.

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu

87

MenunjukkanTeladan Yang Baik Apabila bercakap tentang cara komunikasi yang salah (merengek, menggunakan kata-kata kesat, membantah dan sebagainya) ibubapa harus sedar akan perbuatan mereka sendiri. Adakah ibubapa pernah mengeluarkan kata-kata kesat ketika marah? Jika betul, inilah masanya menghentikan perbuatan tersebut. Malah, ibubapa juga boleh bertindak seperti anak-anak dalam menjawab secara verbal atas berbagai masalah yang membolehkan mereka marah. Sebagai contoh, ketika seorang pegawai perkhidmatan melakukan kesalahan yang melibatkan pembatalan temujanji dan meminta anda membuat temujanji semula, serta meminta anda supaya tidak keberatan tunggu sebentar. Memang tidak patut jika anda harus tunggu. Mungkin anda boleh meminta pengurus mengambil alih sehingga anda dapat membuat pembayaran dan meninggalkan tempat tersebut dengan segera. Malah anda boleh juga memarahinya (Kenapa kamu bodoh sangat!) sehingga dia tidak dapat menyiapkan kerja dengan cepat ( malah kemarahan kamu akan membuatkan dia menyiapkan kerja dengan lebih lambat). Kamu menjadi contoh yang tidak baik pada anak kamu. Selain itu, pertimbangkan bagaimana kamu dan suami kamu bila bergaduh. Apakah kamu berteriak atau menjerit? Apakah salah satu dari kamu cenderung mendiamkan diri? Semakin baik kamu berdua berbincang cara mengatasi ketidak salah fahaman, semakin besar kesedaran seorang anak bahawa merengek, membantah, melontar kata-kata negatif, atau tidak mengindahkan perkataan orang lain bukanlah cara untuk memenuhi keinginan mereka.

88

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

Apa Yang Harus Dilakukan Saat Menghadapi Rengekan, Bantahan, Perkataan Negatif, dan Tidak Mendengar Kata Ibubapa Antara masalah yang timbul adalah anak merengek, suka membantah, berkata kotor, melawan, atau membisu, terdapat beberapa perkara yang perlu difahami dalam menghentikan sikap tidak elok ini: Jangan menganggap kata-katanya ditujukan kepada kamu. Memarahi anak tidak akan memperbaiki sikapnya. Bagaimanapun, itu akan mejadi contoh perbutan lain yang tidak baik. ii Jangan memukul. Kamu dan anak perlu bertenang. Perlu mencari ruang, dan berbincang semula. Cara ini, lebih efektif. iii Apabila kamu dalam keadaan marah cuba kawal kemarahan kamu. iv Cubalah memahami perasaan anak kamu, walaupun hal tersebut tidak berkaitan dengan kamu. v Berikan pendapat dan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah tersebut. vi Berikan cara berbeza yang dianggap logik dan lebih baik. vii Apabila anak melanggar displin juga sekatlah hak istimewa anak. viii Ingatlah bahawa perbuatan tersebut akan kembali semula dalam bentuk berbeza. Walaupun kata-kata anak salah yang boleh menyinggungkan perasaan dan menjengkelkan, sedarlah bahawa perbuatan itu normal. Sebagai ibubapa kamu haruslah mengajar anak kamu untuk bercakap dengan lebih sopan dan hormat. Salah satu alasan mengapa seorang anak berumur lima tahun merengek untuk mendapat apa yang dia kehendaki dan apabila berusia sembila tahun bercakap berterus-terang, dengan ibubapa yang menganggap perbuatan itu berbahaya. Jadi ibubapa telah melakukan tiga i

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu

89

kesalahan besar yang menyebabkan perbuatan itu berterusan. Tiga kesalahan itu adalah: i Ibubapa lebih suka mengelak dari bertengkar seboleh mungkin. Apabila anak kamu berusia empat tahun menjerit, Tidak, Amin tak nak pakai topi! kebiasaanya ibubapa lebih suka membawa anak ke prasekolah tanpa memakai topi daripada bertengkar dengannya di jalan. Lagipun, kamu dapat menyimpan topi tersebut dalam saku jaketnya dan guru akan memakaikannya pada waktu rehat. ii Ibubapa bersikap berlebihan. Sikap anak suka melawan, membuat kamu malu berdepan dengan orang lain. Kamu begitu marah setiap kali melihat anak kamu bersikap begitu. Setiap kali, permintaan ibubapa (seperti memakai topi ke sekolah pada musim sejuk) berbanding dari memerhati anak di sekolah. Kamu tidak semestinya marah jika anak menolak tidak mahu memakai topi. Reaksi yang berlebihan ini tidak akan berguna. Menjerit seperti, Amin kena pakai topi ini juga! sambil meletakkan topi diatas kepalanya. iii Ibubapa tertawa. Apakah kamu berasa lucu ketika mendengar anak yang baru belajar berjalan mengeluh dengan maknanya yang tidak jelas, atau berasa geli hati ketika anak yang baru sekolah meniru karakter kartun yang selalu membantah. Jelas, tawa kamu memberikan tanggapan salah. Merajuk Setiap ibubapa yang tinggal bersama, atau mengunjungi bersama keluarga, anak yang suka merajuk mesti akan berteriak seperti, Mak, adik tak mahu pergi sekaraaaaaaaang. Kaki adik sakit! Merajuk, dibandingkan tingkahlaku yang lain, cenderung menjadi kebiasaannya. Anak yang merajuk akan menekankan suaranya pada waktu pagi ( Adik tak mahu pergi ke sekolaaah!) dan waktu tengahari (Adik benci makan makaroni dan kejuuuu!). Rajukan menjadi teruk pada waktu malam (Kenapa mak tidak ada masa untuk bermain dengan adiiiiiik?!) dan rajukannya semakin tidak

90

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

boleh dibendung pada malam hari (Boleh tak adik tidur nantiiiiii?!). Merajuk adalah tingkahlaku yang biasa terjadi pada kanakkanak yang berusia di bawah 6 tahun. Pada usia tersebut, kanakkanak ingin banyak melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Tetapi mereka mudah tertekan dan sering berfikir hanya kamu sahaja dapat membantu mereka. Merajuk digunakan untuk mendapat perhatian kamu. Selain itu, kemahuan yang kerap akan membuatkan rasa letih sehingga dia mahukan perhatian. Kebiasaannnya cara ini terhasil sehingga anak mengulanginya. Lama-kelamaan, merajuk menjadi satu kebiasaan yang susah untuk diatasi. Langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh ibubapa adalah menghentikan sifat merajuk ini dari awal. Apabila sudah terlambat untuk memperbaiki strategi ini boleh menjadi langkah terbaik yang biasa kamu lakukan. Mungkin memerlukan tempoh masa yang lama untuk mengubah tingkahlaku yang negatif ini. i Mentafsirkan tingkahlaku itu. Kelihatan pelik, kanak-kanak mungkin tidak menyedari tingkahlaku mereka. Tolong, berhenti merajuk adalah langkah pertama kamu mulai menetapkan tahap suara kamu. ii Buatlah permainan tentang merajuk. Seperti banyak perkara lain, anak biasanya lebih mudah memahami tentang perkara yang menyeronokkan apabila kamu membuat permainan tentang perkara tersebut. Cuba permainan menggunakan dua boneka binatang milik kamu. Dengan menggunakan suara kucing, kamu dapat menggunakn suara rajukan. Kamu yang paling mengada-ngada sehingga membuatkan ibu kucing marah. Lalu anak kucing dapat bereksperimen dengan dengan pelbagai jenis ragam, yang mungkin anak kamu menilai semula ketika anak kucing berhasil mencapai tahap

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu

91

iii

iv

vi

meminta dengan suara yang betul. Begitulah permainan yang terhasil membentuk tingkah laku yang kamu cari, kamu dapat meminta anak kamu untuk menggunakan nada suara bertanya yang tepat begitu ketika dia mulai merajuk. Pandang mata secara langsung. Ketika mengucapkan Tolong jangan merajuk, tataplah mata anak secara langsung, dan katakan, Kalau adik mahu meminta sesuatu dengan nada suara yang baik, mak akan cuba membantu adik. Menjelaskan perasaan anak, tetapi membatasi perilakuannnya Menjelaskan kebenaran permintaan anak dan tegur mereka cara mereka meminta. Mak tahu adik nak keluar sekarang, tapi adik perlu bercakap dengan mak pada nada suara yang biasa. Apabila permintaan bukan sesuatu yang dapat atau yang kamu inginkan, maka berikan saranan, Mak tak boleh mengajak adik ke taman sekarang kerana sekarang hujan. Jadi berhentila merajuk. Kalau adik duduk dekat dengan mak dan bermain puzzle selama mak bercakap di telefon, mak akan membacakan adik sebuah cerita. Hindari berbagai tekanan seboleh mungkin. Apabila kamu biasanya pergi ke gerai makanan pada waktu petang tetapi anak kamu merajuk tidak mahu ikut. Apakah setiap kali kamu berbelanja pada pagi Sabtu, anak kamu masih merajuk? Apabila anak kamu terus merajuk sekalipun kamu sudah mengubah taktik, itu ertinya kamu haruslah meninggalkannya di rumah atau mintalah suami kamu berbelanja. Perhatian diberikan seboleh mungkin. Kerap kali, anak kamu merajuk lantaran mereka berasa tidak mempunyai perhatian. Ajarla anak kamu membuat keputusan mereka sendiri, maka kamu akan merasakan kerja kamu lebih ringan. Contohnya, Mama suka bermain game dengan adik. Tapi sekarang mama sedang membasuh sayur untuk makan malam. Mahukah kamu

92

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

membantu mama supaya mama dapat menyelesaikan kerja ini dengan lebih cepat. vii Memuji perubahan yang dilakukan oleh anak Mama suka kalau adik bercakap dengan mama macam ini, Kamu malah dapat bertolak ansur dengan pujian yang diberikan. Mama memang kena selesai mengemas barang ini untuk perjalanan nanti, tetapi disebabkan adik cakap dengan mama baik. Mama akan melihat tarian adik selepas mama selesai mengemas. Apabila anak kamu tidak sabar, kamu boleh meminta tolong seperti membawa sebungkus plastik dari dapur, iaitu bungkusan yang kamu mahukan untuk mengemas atau menyarankan mereka berlatih terlebih dahulu sebelum kamu siap mengemas barang. Jadi, sifat merajuk lama kelamaan akan berkurang dan kamu berasa lebih selesa. Setelah itu masalah lain pula timbul. Ketika keluarga kamu sedang menikmati makan malam bersama atok dan nenek, tiba-tiba kamu mendengar suara merajuk. Anak lelaki kamu memutuskan untuk merajuk didepan orang ramai, cara yang digunakan untuk mendapat perhatian kamu. Jangan terlibat! Apabila anak kamu tidak dapat bercakap dengan nada suara biasa, maka bawala dia pergi dari meja makan sehingga kamu berdua boleh berbicara selama beberapa minit. Sampaikan semua maksud kamu secara peribadi. Perkataan Kesat Anak kamu yang mengeluarkan perkataan kesat mungkin mereka meniru sesuatu yang didengar, mereka meniru cara orang dewasa bercakap tanpa memahami maksudnya. Kebanyakan kanak-kanak prasekolah tertarik dengan perkataan ini. Sementara budak-budak sudah bersekolah lebih tertarik mendengar perkataan sumpah serapah di taman permainan. Bagaimanapun apa yang mereka ucapkan dan bagaimana mereka pelajarinya, masih menjadi misteri. Apakah yang akan

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu

93

terjadi kalau adik cakap macam itu? Adik sudah besar untuk bercakap macam itu. Tengok, semua orang pandang adik kalau adik cakap macam itu.. Ayah cakap kalau ayah sedang marah. Adik pun boleh. Perhatian, kadang-kadang anak kamu sengaja menggunakan istilah bebau lucah tanpa memahami maksudnya. Ketika kamu mendengar kata-kata yang menghina kelompok tertentu, hentikan dengan berkata, Kamu tahu tak apa maksudnya? Kebiasaannya anak kamu tidak tahu. Setelah ditegur oleh ibubapa bahawa ada perkataan tertentu akan melukai perasaan teman atau bahkan sanak saudara sendiri, kebanyakan anak akan menghindari perkataan penggunaan istilah tersebut. Membasuh mulut anak kamu dengan sabun atau ketawakan mereka setelah mendengar mereka mengeluarkan kata-kata kesat ini tidak akan mencapai hasil yang kamu ingini. Sebaliknya, cubala menggunakan pedoman berikut: i Laranglah anak kamu untuk bersumpah serapah walau apa pun cara sekali pun. ii Tanya anak kamu tentang alasan mereka yang menggunakan kata-kata kesat ini, dan jelaskan mengapa kata-kata tidak boleh diterima oleh orang lain. Kebanyakkan kata-kata kesat mengandungi maksud yang negatif. Tetapi terdapat beberapa perkataan tidak boleh diperkatakan oleh orang beradab terhadap masyarakat. iii Apabila anak kamu pada usia itu mudah bercakap dengan kata-kata itu, membuatkan anak kamu suka menggunakannya. Apabila mereka bercakap dengan kawan-kawan, mereka dianggap telah dewasa manakala bagi ibubapa pula mereka tidak sesuai menggunakan perkataan tersebut. iiii Apabila anak kamu mengeluarkan kata-kata kesat atau sumpah serapah ketika sedang marah. Cuba jelaskan agar anak kamu memahami kata-kata tersebut tidak elok, dan galakkan anak kamu menggunakan kata-kata yang lebih

94

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

baik. Orang yang sudah terbiasa dengan menggunakan kata-kata seperti kata Cantik! atau Aaah. Tekankan pada anak kamu bahawa dengan memilih sumpah serapah sendiri tadi, dia dapat meluahkan perasaan mereka dengan lebih tepat, tetapi tidak menyakitkan hati orang disekitarnya. iv Beberapa anak yang terbiasa mengeluarkan kata-kata kesat secara meluas. Apabila kamu mengetahui bahawa anak kamu terus mencuba mengeluarkan kata-kata kesat, senaraikan kata-kata yang dikatakan . Dengan cara ini, kamu berusaha memberitahu anak kamu bahawa kata-kata itu tidak baik digunakan. v Apabila kata-kata kesat, sumpah serapah, atau kata-kata hina atau berbau lucah buatlah perubahan. Tetapkan kamu boleh mengubah anak kamu. vi Apabila tingkahlaku negatif ini berkurangan, pujilah kelakuannya. Melawan atau membantah Betapa lancarnya mereka! Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibubapa yang tidak pernah bersikap terbuka dalam toleransi, tentu sekali kita akan terkejut ketika kanak-kanak ini melawan ibubapa mereka. Walaupun ibubapa lebih memahami tingkahlaku anak mereka yang baru berjalan, tetapi sebahagian besar ibubapa akan terkejut sekiranya bantahan anak mereka berlanjutan, dan perkataan anak kamu semakin tidak boleh ditoleransikan, seperti Mengapa adik kena buat? atau Lantakla!. Kebiasaanya, kanak-kanak ini cuma meniru sesuatu yan dia lihat di televisyen atau tingkahlaku yang diamalkan oleh anak jiran yang lebih tua. Ibubapa sepatutnya bersikap terbuka dan memberikan respon, Kita tidak boleh bercakap macam itu. Mama tahu adik tidak ingin berhenti bermain, tetapi kita kena balik sekarang. Anak kamu mungkin tidak lagi membantah dan mengikut kamu, sekiranya tidak kamu haruslah melakukan sesuatu. Apabila anak kamu masih kecil, kamu boleh

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu

95

menggendongnya ke luar. Kalau anak kamu lebih besar, tarik tangan anak kamu dengan lembut dan bimbinglah dia keluar. Tindakan anak kamu yang suka melawan mestilah dihentikan. Semuanya bergantung kepada ibubapa untuk yakinkan bahawa dalam hal ini, tiada yang toleransi. Dengan anak kamu yang lebih tua, kamu boleh menambahkan, Jimmy, jika adik minta tambah lima minit, mama boleh tunggu. Disebabkan kamu membantah, maka mama marah, jadi kita balik sekarang. Gunakan pedoman berikut untuk memperbaiki tingkalaku tersebut: i Apabila anak kamu biasakan diri dengan berperilakuan sopan, hanya katakan, Itula membantah lagi dan jangan lakukannya lagi. Ada kemungkinan anak kamu akan memahami dan tidak akan mengulanginya lagi. ii Jangan melawan balik, menyumpah seranah anak kamu atau menyindir. Semakin tenang sikap kamu semakin baik hasilnya.Apabila perkataan itu berterusan, hentikan percakapan. Hiraukan dia sambil berkata, Mama tidak akan bercakap dengan adik sampai adik cakap dengan lebih baik lagi. iii Jelaskan perkataan yang dikatakan anak kamu membuatkan kamu terkejut. Ketika adik menjerit, tidak adil mama terkejut. Kita sudah bermain selama dua jam, dan mama fikir itu sudah cukup adil. Kita sebaiknya balik sekarang. iv Berikan saranan yang positif. Seorang kanak-kanak yang suka membantah sebenarnya sangat marah, merupakan suatu emosi yang normal. Apabila perkara itu melibatkan sesuatu seperti meninggalkan kawan bermain, maka memerlukan pencegahan relatif yang sederhana. Mama tahu adik tidak mahu balik. Daripada adik sedih, baik adik bercakap dengan mama. Kadang-kadang kita kena balik awal, tapi kadang-kadang mama juga boleh tunggu beberapa minit lagi kalau mama tengok adik sedih begini. Pada waktu lain, terjadi perkembangan lain pula. Seorang

96

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

kanak-kanak yang suka membantah cakap ibubapa mereka ketika bermain atau pulang dari sekolah, akan berasa sedih di atas seuatu perkara yang tiada kaitan dengan kamu. Cubala berkta, Hasnah, kamu tidak pernah berkata pada mama seperti itu. Apa yang mengganggu kamu hari ini selepas balik dari sekolah? Mungkin mama boleh tolong Hasnah. v Gunakan cara peniruan. Apabila anak kamu berusia tujuh tahun mulai menghentakkan kaki dan berkata, Adik tak mahu ikut! ketika keluarga akan melawat nenek di kampung, kamu boleh menggunakan strategi. (Cara peniruan ini dapat membantu seumur hidup kita apabila kita harus melakukan sesuatu yang kita inginkan). Kamu boleh berkata, Makcik Sarah ingin sangat berjumpa dengan adik, jadi adik kena ikut juga, tapi mari kita fikirkan apa yang boleh dilakukan pada pagi ini akan mengembirakan adik. Cadangan kamu boleh berpanjangan, mulai dari merancang aktiviti yang akan dilakukan selama berada dalam kereta, hingga mengajak kawan atau membiarkan anak kamu memilih restoran untuk makan malam pada perjalanan pulang nanti. Cara ini dapat juga digunakan untuk anak yang tidak mahu berjumpa dengan doktor gigi atau doktor. Tidak salah apabila kamu memberikan ganjaran sekiranya anak ikut berjumpa dengan doktor. Sebagai ibubapa kita selalu membuat perjanjian dengan diri sendiri, Baiklah, selepas aku menampal gigi yang berlubang ini, aku akan minum milkshake kerana cara itu lebih mudah daripada mengunyah makanan. Kita perlu belajar memberikan ganjaran ringan untuk diri sendiri selepas menyelesaikan tugas sulit. Cara ini juga boleh digunakan untuk anak-anak. vi Apabila tindakan melawan atau membantah ibubapa ada perkaitan dengan tanggungjawab keluarga seperti membawa pakaian ke pintu atau mencuci piring, pastikan tugas itu dilakukan. Kamu dapat membantunya membawa dua helai kain dari enam pakaian yang harus dibawa ke

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu

97

pintu, atau menemaninya mencuci piring, tetapi yang penting ialah anak harus faham bahawa setiap anggota keluarga harus saling membantu. Tiada satu pun guru sekolah akan membiarkan pelajarnya terlepas tanpa pertolongannya. Jadi, mengapa anak kamu harus terlepas tanpa membantu kamu di rumah? (Menanamkan tanggungjawab seperti ini merupakan asas pemikiran penting ditekankan untuk remaja). Pengacara Ada keluarga yang percaya bahawa anak mereka suka membantah atau membangkang membuatkannya sesuai menjadi seorang pengacara apabila sudah dewasa nanti tetapi tanggapan itu tidak benar. Knak-kanak yang suka melawan tidak menampakkan sifatsifat seorang pengacara yang berkualiti. Seorang pengacara tidak hanya bijak membangkang, malah juga mahu mendengar pendapat orang lain dan membuat alasan yang kukuh untuk diri sendiri. Ingatlah bahawa ibubapa adalah peguam atau hakim. Sekalipun anak kamu yang berusia enam tahun mempunyai alasan kukuh untuk berjaga hingga larut malam, kamu tetap mahu yang mana terbaik. Kamu dapat memuji gaya prestasinya dan rela hati mendengar alasan anak kamu, namun tetap mempertahankan waktu tidur yang baik untuk anak kamu. Dalam sebuah keluarga, anak akan berasa bebas untuk mendekati ibubapa dengan melakukan bantahan yang logik, maka keluarga akan cenderung menjadi keluarga yang sihat. Malah dalam kehidupan yang demokrasi semua orang bebas bercakap, tapi ibubapa haruslah menetapkan keputusan terakhir. Apabila kamu dihadapkan dalam situasi dimana kamu harus mengatur, tetapkan situasi dan nyatakan tempat ini adalah sulit: Johnson mengajak kamu menonton filem begitu mengembirakan, tetapi sepupu kamu akan datang ke sini malam ini, jadi mak mahu kamu berada di rumah. Maafkan mak, tetapi hal ini bukan untuk dibincangkan. Shahrin pasti akan mengajak kamu lagi, atau lain

98

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

kali kita mengajak Shahrin bermain boling bersama. Apabila anak kamu mulai menunjukkan minat untuk menunjukkan sikapnya, buatlah peraturan yang asas, iaitu tidak menaikkan nada suara, tidak bersumpah serapah, dan setiap anggota keluarga haruslah memberikan pandangan masing-masing. Apabila anak kamu begitu yakin semasa mengemukakan alasan yang logik untuk bangun hingga larut malam atau menyambung menonton televisyen, maka kamu perlulah menyiapkan perbelanjaan khusus menghantar anak kamu menjadi seorang pengacara nanti. Perkataan Kasar atau Melukai Perasaan Ketika keluarga kamu menuju memasuki ruang makan untuk makan malam bersama, mak Huda begitu terkejut apabila mendengar anaknya yang berusia lima tahun menekan hidungnya sambil berkata, Adik tak nak duduk sebelah kakak! nafasnya berbau. Anak kecil ini dipuji kerana kejujurannya, tapi sayangnya sikap jujur ini kadang-kadang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Masalah anak yang selalu cerewet sentiasa membuatkan ibubapa dihadapkan dalam situasi yang serba salah. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah secara langsung Huda, tak baik cakap macam itu! Cara adik telah melukakan perasaan kakak. Ayu, mari duduk di sebelah mak. Dengan bersikap tenang dan menegur tingkahlaku kasar yang dilakukan oleh anak, serta memastikan tingkahlaku itu berada dalam keadaan terkawal, kamu perlu membiarkan keadaan berjalan seperti biasa sampai kamu tinggal berdua. Lalu berbincanglah dengan memberikan alasan bahawa mengeluarkan perkataan tersebut tidak sesuai. Gigi kakak rosak hinggakan kakak tidak boleh mengatasi bau nafasnya. Ketika adik berkata begitu, adik telah melukai perasaannya kerana kakak sayang adik sangat. Lain

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu

99

kali, ketika duduk bersama kakak, fikirkan matanya bersinar melihat adik dan begitu gembira menemankan adik ke taman. Pasti nafas kakak tidak akan menggangu adik lagi. Anak kamu juga melontarkan kata-kata yang kasar dan melukai perasaan ketika mereka sedang marah. Azlan, dasar budak, aku benci kau! Mengapa perkataan itu ditujukan kepada kamu, saudara kandungnya, teman atau orang tidak dikenali, cara terbaik mengatasi masalah pertama dan kedua ini adalah dengan berterus terang. Itu boleh melukakan perasaan. Keluarga kita tidak boleh bercakap seperti itu. Masalah ini tidak boleh dibiarkan, walaupun kamu mungkin masih mahu menunaikan permintaan anak kamu dengan alasan yang munasabah untuk membolehkan dia bermain lebih lama lagi. Apabila tingkahlaku ini berterusan, jangan memenuhi permintaan anak kamu. Kamu haruslah mengingatkannya bahawa hak istimewanya akan ditarik sekiranya dia bercakap kasar. Apabila hal ini berulang lagi, mulalah melaksanakan ancaman kamu. Tindakan Diam dan Tidak Peduli Mengabaikan permintaan ibubapa sudah dilihat sejak anak semakin dewasa. Kamu meminta anak kamu menyimpan mainannya kerana sudah sampai masanya untuk tidur, tapi dia bertindak seolah-olah tidak mendengar arahan kamu atau anak kamu tertawa kecil dan berlari ke arah orang lain. Bagi anak, mengabaikan permintaan ibubapa sebenarnya merupakan perkara biasa; dia sedang mengambil kesempatan terhadap kamu denga orang yang paling dia sayang (Beruntunglah kamu..). Itu bererti, apabila kamu bertolak ansur, kamu boleh meghadapi masalah ini nanti. Kebanyakan anak kamu hanya boleh memahami arahan

100

Perkembangan Tingkag Laku Remaja

dalam bentuk suatu tahap. Jadi, kamu sebaik-baiknya memberikan arahan dengan bahasa yang sederhana. Ayu simpan anak patung kamu di rak. Apabila tugas itu semakin rumit lagi, tunjukkan kamu boleh berkerjasama dengannya. Permintaan ini biasanya susah ditolak oleh anak kamu kerana mereka suka menjadi pembantu. Wow, kita berjaya melakukannya dengan cepat kerana kamu menjadi seorang pembantu yang hebat! Cara itu akan memperkuatkan restu kamu. Cadangan juga menjadi pendorong yang baik. Selepas kamu memakai baju dan mengosok gigi, kita akan membaca buku bersama-sama. Sebolehnya hindarkan perbalahan langsung dengan anak kecil kamu apabila kamu memintanya untuk melakukan sesuatu (Tolong bawakan cawan itu untuk mama) dan anak kamu tidak mahu menolong kamu, maka kamu perlu meneruskannya. Contohnya, kamu mengangkat anak kamu yang sedang membawa cawan, sehingga cawan itu dapat dimasukkan ke dalam sinki. Apabila anak kamu yang lebih tua tidak hiraukan kamu, anak kamu tidak semestinya memaksudkan tujuan mereka. Mak tahu abang kecewa kerana mak tidak membenarkan abang keluar bermain di luar sekarang, tetapi abang tiada pilihan. Seluruh keluarga akan membantu mak memotong sayur selama mak masak, dan abang boleh membantu kami atau menyesal sendiri. Apabila dia akhirnya mahu menolong kamu (bahkan mungkin sebenarnya dia ingin membantu), jangan memberikan sindiran. Berbicaralah menunjukkan kamu berbesar hati melihat dia menolong kamu. Oh, tepat pada waktunya. Mak mahu seseorang membantu mak mengadun kuih ini. Apabila anak kamu tidak memberikan perhatian dengan mendiamkan diri dan apabila mereka terus memikirka mereka yang harus membuat pilihan, mereka tidak akan menggunakan cara ini untuk tempoh yang lama. Sungguh membosankan apabila tiada

Merajuk, Membantah, Mengeluarkan Kata-kata Kesat dan Membisu 101

seorang pun mahu diajak berbual. Kamu perlulah kerja keras dan bertekad untuk mengajar anak kamu menyuarakan kemahuan dan pendapat mereka secara hormat, tapi ingatlah bahawa semua itu sangat penting. Bagaimana anak kamu dapat belajar bahawa prestasi diri adalah kunci atas segala aspek kejayaan dalam hidup. Mulakan dari kawan-kawan yang baik, semua ini merupakan proses yang membolehkan keterampilan komunikasi yang positif.

RUJUKAN Asmah Bee Mohd Noor dan Ira Herman.1995. Membina Kesejahteraan Remaja. Selangor:Tekno Edar. Atan Long. 1982 . Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azizi Yahaya, et.al. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Davis, I. P. 1984. Adolescents. Theoretical and Helping Perspectives.Lancaster:Kluwer-Nijhoff Publishing. Fleming, C. M. 1972 . Adolescence,Its Social Psychology. London:The Alden Press (Oxford) Ltd. Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Remaja. Universiti Malaya:Prentice Hall. Mohd Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Weiner, I.B. 1989). The Psychosocial Worlds of the Adolescent Public and Private.Canada:A Wiley-Interscience Publication.

102

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

9
TINGKAH LAKU AGRESIF DAN SUKA MENGUGUT
Nurul Ezzati Azizi Nurulhuda Azizi

PENGENALAN Ibu Sarah tidak pergi ke kerja sehari untuk membawa anaknya mengikuti wawancara kelompok dan sesi bermain untuk anakanak yang akan memasuki sekolah swasta. Bayangkan rasa malu yang dia terima ketika guru besar sekolah memasuki ruang ibu bapa menunggu dan menjelaskan bahawa suara jeritan dari ruang kelas terjadi kerana Sarah menggigit anak orang lain yang juga sedang mendaftar di sekolah itu. Tidak sampai di situ, ketika seorang guru meleraikannya, Sarah juga menggigit guru itu. Dengan rasa malu, ibunya memasuki ruang kelas bersama guru besar itu, dan Sarah akhirnya tidak diterima masuk di sekolah tersebut. Sarah tidak menganggap bahawa dia telah "menghancurkan hidupnya" saat itu, sekalipun ibunya menganggapnya begitu di saat itu. Sarah diterima di sekolah lain pada hari berikutnya dan mampu menunjukkan tingkah laku yang baik.

Ibu Zuhairi begitu terkejut atas tingkah laku anaknya. Setiap kali dia dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun pergi ke taman permainan, Zuhairi sering memukul anak orang lain atau

Tingkah Laku Agresif dan Suka Mengugut

103

merebut benda yang ingin dimilikinya.

Sementara Hasnah, budak perempuan yang berusia lapan tahun, mempunyai masalah lain yang diberi kepada ibunya pada suatu malam. Setiap kali dia pergi ke sekolah, kawan-kawannva sering mengejek cermin mata yang dipakainya dan meniru caranva berjalan. Dia sukar untuk bertemu kawan yang boleh diajak berborak ketika waktu rehat di sekolah dan oleh kerana itu, dia begitu benci untuk pergi ke sekolah. Suka mengugut didefinisikan sebagai aksi negatif yang berulang-ulang, yang dilakukan oleh seorang anak atau lebih terhadap anak orang lain. Tindakan negatif ini boleh berbentuk ancaman fizikal (seperti memukul, menendang), pertuturan yang kasar (memanggil nama atau mengejek) atau mengganggu emosi (mengecualikan atau mengasingkan anak dari sesuatu atau dari kelompok). Anak yang bersifat pengugut dilihat sebagai anak yang kuat sedangkan mangsanya kebiasaannya dilihat sebagai anak yang lemah. Pelbagai ugutan biasanya dianggap sebagai mengeluarkan kata-kata yang keji. Pihak sekolah umumnya hanya memerhatikan jenis ugutan yang paling keterlaluan, tetapi mengabaikan jenis yang lain. Walaupun begitu, maklumat terbaru di Negara-negara lain menunjukkan bahawa mengugut adalah salah satu bentuk tindakan yang umum dan juga yang paling merosakkan daripada kekerasan yang terjadi di kalangan anak-anak. Mengugut bukan hanya membahayakan mangsa dan pelakunya, tetapi juga mempengaruhi iklim sekolah secara keseluruhannya serta merosakkan kemampuan anak untuk belajar. Pelbagai penelitian menunjukkan bahawa pihak yang mengugut dan mangsanya menderita untuk jangka masa pendek

104

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

dan jangka masa panjang. Mangsa akan mengalami gangguan mental dan fizikal yang lebih besar serta sukar mengatasi peranan sebagai mangsa. Mereka mudah tertekan, memiliki kepercayaan diri yang rendah dan gangguan perasaan. Semua orang menganggap pengugut menggunakan cara agresif kerana berasakan dirinya tidak aman. Kini, pakar psikologi berpendapat bahawa alasannya tidaklah seperti yang dianggapkan. Anak yang bersifat pengugut adalah anak-anak yang kasar yang kurang memiliki rasa simpati dan senang apabila dia memiliki keistimewaan. Dengan cara mendominasi orang lain di kelas atau taman permainan akan memuaskan keperluan anak itu kerana dia berkebolehan menjadi yang terkuat. Tetapi anak yang bersifat mengugut juga sebenarnya mengalami masalah untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Mereka kurang mampu menyelesaikan masalah dengan emosi vang sihat dan mereka berisiko menimbulkan gangguan di masa hadapan dengan cara kekerasan dan kejahatan. Mungkin anak Anda berpotensi menjadi pengugut atau mangsa, masalah ini perlu mcndapat perhatian serius di kalangan ibu bapa. Hampir semua anak pernah menjadi pengugut atau mangsa pada sesuatu ketika. Jarang sekali terjadi di mana anak boleh melalui kehidupan tanpa kecederaan. Memahami Penyebab Agresif adalah sesuatu yang normal dalam perkembangan anak yang baru belajar berjalan. Dalam masa tersebut, kebolehan berbahasa anak belum berkembang baik. Padahal anak sangat ingin menjadi bebas dan hanya memiliki kendali impuls yang kecil. Apabila mereka berniat melakukan tindakan secara fizikal, mereka belum memiliki kesedaran diri untuk memahami bahawa dia harus menghindari perbuatan yang mereka lakukan. (Sering kali, Anda merasa ingin'"mencekik" atau "memukul" seseorang, tetapi sebagai orang dewasa, Anda tahu bahawa orang yang beradab tidak boleh melakukan perkara itu).

Tingkah Laku Agresif dan Suka Mengugut

105

Beberapa orang anak lebih agresif daripada anak orang lain atau memerlukan waktu yang lebih lama untuk menjinakkan nalurinya. Jadi, tindakan mengusik, memukul, menendang dan menggigit mungkin akan berlanjutan sehingga anak membesar. Contoh Teladan yang Baik Ibu bapa perlu memberikan contoh dalam menyelesaikan masalah secara baik dan menunjukkan cara meredakan kemarahan. Anda akan membantu anak dengan menjelaskan tentang apa yang sedang Anda lakukan. Sebagai contoh, bila pulang ke rumah sambil mengeluhkan sesuatu di tempat kerja, minta maaflah terlebih dahulu. "Mama benar-benar minta maaf kerana mama begitu kecewa atas sesuatu perkara yang terjadi di tempat kerja. Mama akan minta pengasuh untuk menemani kamu setengah jam lebih lama supaya mama boleh keluar sebentar untuk joging." atau, "Mama begitu marah pada saat ini kerana ada sesuatu terjadi di tempat kerja. Disebabkan itu, mama hendak mendengar lagu dan berlatih yoga. Mahukah kamu melakukannya bersama mama?" Apabila Anda marah pada anak, pastikan anak dalam keadaan aman dan tenangkan diri Anda sendiri. Beritahu apa vang sedang Anda lakukan, "Mama akan ke bilik tidur dan berbaring selama lima minit, kerana mama sangat marah pada saat ini" Ibu bapa tidak boleh melakukan ancaman fizikal atau memukul anaknya. Apabila anda menunjukkan contoh yang tidak baik, bagaimana Anda boleh mengajar anak anda agar tidak melakukan perkara itu? Sekalipun Anda adalah teladan yang baik untuk

106

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

mengawal kemarahan, anak anda mungkin belajar tentang agresif daripada orang lain. Orang yang menjadi contoh sikap agresif yang anak tiru itu mungkin adalah saudara mara sendiri atau karektor yang mereka minat di televisyen. Apabila Anda tahu dari mana pengaruh negatif itu berasal, batasi paparan anak Anda terhadap perkara itu, walaupun dia adalah orang yang anda kenal atau tokoh dalam acara televisyen. Apabila pengawalan tidak dapat diterapkan (mungkin anak Anda berada di dalam kelas di mana gurunya suka menjerit), beritahu dengan anak bagaimana Anda memandang situasi itu. "Mama tahu guru itu sering menjerit di depan murid, tetapi mama tidak menganggap ia benar-benar marah sepanjang waktu. Ada orang yang menganggap mereka harus menjerit untuk mendapatkan perhatian dari muridnya, tetapi apabila kamu melakukan apa yang seharusnya, maka cubalah untuk tidak membiarkan perkara itu mengganggu tumpuan kamu. " Ketika situasi menjadi semakin rumit sehingga Anda membicarakan masalah itu dengan guru besar, anak anda dapat belajar dengan baik ketika berinteraksi dengan keperibadian yang berbeza. Dalam banyak cara, pengalaman seperti ini membuat anak lebih bersedia di tempat kerja, di mana Anda sering mendengar, "Anda tidak dapat memilih bos Anda." Apa yang Harus Dilakukan: Pemahaman Berkaitan Ugutan Apa pun jenis tingkah laku agresif yang telah terjadi dan mungkin orang yang agresif itu adalah anak Anda atau anak orang lain, ada beberapa langkah yang harus dilakukan orang dewasa untuk menghadapinya: Berikan respon dengan cepat. Anak yang bertindak agresif berada dalam keadaan emosi yang tinggi. Jadi, mereka mungkin tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan, kecuali Anda dapat menghentikan tindakannya secepat mungkin.

Tingkah Laku Agresif dan Suka Mengugut

107

Bila Anda menyaksikan apa yang terjadi, pisahkan pelaku agresif dengan mangsa atau suatu kelompok secepatnya. Beritahu dia bahawa perbuatannya itu salah. Apabila Anda tidak melihat kejadian itu secara langsung, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencegah agar orang lain tidak terluka atau menenangkan anak yang menjadi mangsa. Anda mungkin harus mendengarkan dari semua pihak untuk mengetahui dengan tepat siapa yang menjadi penggertak dan siapa yang menjadi mangsa. Kebanyakan anak memerlukan masa bertenang (cooling-down period). Bertenang selama beberapa minit boleh banyak membantu. Temani anak agresif itu dan biarkan dia melihat apa yang terjadi pada kelompok atau perbincangan tentang apa yang telah terjadi. Tanyakan kepada anak agresif itu mengapa dia melakukannya. Dengan anak kecil, Anda mungkin perlu membantunya memberikan jawapan. "Mama fikir kamu menyakiti Tommy kerana kamu ingin mendapatkan bola itu, bukan? Bukankah ada cara lain untuk mendapatkan bola itu? Apakah kamu cuba untuk mendapatkan giliran?" Anak kecil memerlukankan bantuan dalam memahami alasan mengapa dia tidak mampu mengendalikan diri. Terimalah kesusahannya. "Setiap orang boleh kesal. Tetapi ada cara yang lebih baik untuk memecahkan masalah kamu." Beritahu bahawa dia harus meminta maaf. Apabila seorang anak enggan melakukannya, tunggulah sampai bahasa tubuhnya tidak lagi menunjukkan kemarahan, lalu Anda mendatangi anak lain dan katakan, "Man keberatan untuk meminta maaf, tetapi ketika perasaannya sudah lebih tenang saya tahu dia sedih kerana telah memukul kamu." Alih-alih menganggap tindakan ini sebagai perwakilan daripada Hasnah, anggaplah perkara

108

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

yang terjadi sebagai pengajaran. Kelak Hasnah akan sedar bahawa dia bertindak "seperti bayi" apabila ayah atau ibunya harus mewakilinva untuk meminta maaf. Dengan anak yang lebih kecil, masalah itu kerap kali dapat diatasi dengan menerapkan sistem giliran atau membawa skop lain dari gudang. Sayangnya, anak kerap bertengkar, mencubit atau memukul kerana mereka ingin mend-apatkan giliran lebih cepat untuk bermain atau mereka menganggap tidak adil bahawa Sam boleh bermain sementara dia tidak. Anda mungkin perlu lebih sensitif dan kreatif. Menunggu giliran bersama anak di papan gelongsor boleh membantunya belajar bersikap sabar semasa menunggu giliran. Menyediakan strategi yang tepat untuk memenuhi hasrat anak. Meminta izin untuk meminjam dan tukar menukar mainan dengan kawan adalah perkara-perkara yang perlu Anda ajarkan kepada anak. Tidak ada salahnya anak memiliki hasrat, hanya kaedah untuk mencapai hasrat itulah yang perlu dipatuhi. Jangan menjerit, memukul atau menyumpah serapah anak. Reaksi ini semata-mata mengajarnya agresif verbal dan fizikal yang menjadi alat apabila anak membesar kelak. Bersikap konsisten dengan anak. Apabila anak mengalami hari negatif, Anda sebaiknya kurangkan masa dengan teman, duduk dekat dengan anak yang sedang bermain untuk ikut serta dalam permainan dan menjaga anak Anda seblum dia menjadi agresif (pengasuhan anak adalah tugas ibu bapa. Hiburan yang Anda nikmati adalah jaminan bahawa

Tingkah Laku Agresif dan Suka Mengugut

109

semakin lama waktu yang Anda sediakan untuk mengurus anak saat ini, maka semakin mudah kehidupan Anda sebagai ibu bapa di kemudian hari). Jauhkan anak agresif dari permainan atau elakkan dia daripada bermain selama beberapa minit dan memberitahu, "Kamu baru boleh kembali bermain dengan kawan kalau kamu bermain dengan baik." Apabila agresif berlanjutan, Anda mungkin harus membawa anak pulang dan bermain pada hari lain. Apabila ini dilakukan berulang kali, maka anak mulai memahami hubungan bahawa tingkah laku tertentu akan mendapat perhatian negatif dari ibu bapa serta menjauhkannya dari kesenangan. Ibu bapa umumnya malu dengan aktiviti agresif anak mereka. Kebanyakan ibu bapa memahami perkara itu, dan apabila anak Anda memukul seorang anak vang tidak dikenalinva di kedai, segera beritahu anak bahawa tidak 'baik melakukan perkaraperkara negatif ketika anak mendapati Anda tidak melihatnya. Anak agresif yang sudah besar sudah boleh diberitahu tentang tingkah laku yang diharapkan ibu bapanya. Mungkin Anda memiliki anak lelaki yang bermain dengan agresif agar boleh menonjol di kalangan anak laki-laki, atau memiliki putri yang sibuk mengucilkan sejumlah anak perempuan lain agar statusnya boleh meningkat dalam kelompoknya, Anda harus tetap mengetahui apa yang terjadi dan menjelaskan tingkah laku yang diterima dan yang tidak diterima di kalangan anak. Apabila anak lelaki Anda mengambil topi anak lain, beritahunya agar dia menyerahkan kembali topi itu sambil berkata, "Kamu tidak boleh mengambil barang orang lain." Apabila Anda mendengar anak perempuan Anda sedang berkomplot agar anak perempuan lain tidak duduk dalam kelompoknya ketika makan tengahari, berbicaralah dengannva tentang bagaimana perasaan anak itu. Sekalipun anak perempaun Anda tidak perlu menjadi teman terbaik dengan anak yang tidak disukainya, berilah pemahaman

110

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

agar dia tidak melakukan pengucilan. Cara itu tidak perlu dan sangat menyakitkan hati anak lain. Selalu memuji tingkah laku yang baik. Ketika Anda duduk-duduk pada waktu petang di taman atau mendengar dari guru bahawa anak perempuan Anda semakin jarang menggertak anak lain, pujilah dia atas prestasinya itu. Suka Menggigit Tidak peduli betapa tidak menyenangkan dan ganasnya, menggigit termasuk jenis agresif yang sangat normal. Sedikit saja ibu yang menyusui anaknya selama enam bulan, yang tidak mengalami digigit oleh bayinya. Anak yang baru belajar berjalan suka menggigit kerana ingin berekspesimenmenjelajahi dunianya dan mencuba reaksi orang lain juga menimbulkan kemarahan atau kekecewaan atau sebagai tindak balas ketika merasa terancam. Kerana dia belum mengembangkan kemahiran berkomunikasi yang baik, menggigit menjadi satu-satunya cara untuk menunjukkan respon terhadap situasi tertentu. Sayangnya, menggigit boleh menyebabkan kesan negatif bagi mereka yang digigit, biasanya ibu bapa. Anak yang senang menggigit kerap diasingkan. Mereka tidak mendapat undangan untuk bermain bersama teman-teman, bahkan beberapa anak diminta untuk meninggalkan kawan-kawan mereka. Jelas sekali, menggigit menjadi tingkah laku yang harus diselesaikan secepat mungkin. Anak kecil memiliki tenaga yang lebih kuat pada otot rahang daripada otot tangan, jadi rasa sakit yang ditimbulkan sangat hebat. Belum lagi kemarahan yang terjadi pada makan tengah hari sehingga membawa kemarahan ibu bapa. Oleh demikian, seperti semua cara penyembuhan lain, kunci untuk memperbaiki tingkah laku ini adalah ibu bapa harus tetap tenang. Berikut adalah beberapa langkah yang harus anda

Tingkah Laku Agresif dan Suka Mengugut

111

lakukan untuk mengatasinya:

Gunakan kata "Tidak!" dengan nada suara yang kuat, disusuli dengan "Jangan menggigit!" semasa Anda atau orang lain digigit. Setelah itu, Anda dapat mengucapkan, "kita tidak boleh menggigit, memukul, atau merampas. Ayu, gunakan katakata." Fokuskan perhatian Anda pada orang yang digigit. Bila anak menggigit untuk mendapatkan perhatian, ia akan melihat bahawa menjadi seorang agresif bukan cara yang sukses untuk mendapatkan perhatian dari ibu bapa. Jangan ketawa. Juga, jangan bercerita tentang "betapa lucunya ketika Juriah menggigit, dan sebagainya...". Jauhkan anak yang suka menggigit dari aktiviti. Ingatkan dirinya bahawa ada cara lain untuk mengekspresikan kemarahan atau kekecewaannya agar Keinginannya diketahui ibu bapa. Sekali anak sudah berhasil ditenangkan, tanyakan apa yang menyebabkannya berbuat demikian. Bila menggigit terjadi lebih dari sekali, pertimbangkan situasi yang membuat anak terdorong untuk menggigit. Apakah anak Anda kesulitan dalam bercerita? Apakah dia tertekan ketika berada di sekolah. Seperti orang lain, ia mungkin ingin agar tekanan yang dialaminya menurun dan tidak mahu meneruskan aktiviti tertentu. Apabila Anak Anda Menjadi Mangsa Bila anak sangat takut untuk pergi ke sekolah, benci untuk

112

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

menaiki bas, atau merisaukan perkara lain, Anda mesti tahu bahawa anak Anda menjadi mangsa gertakan anak lain. Berikut adalah cara untuk membantu anak Anda mengatasinya: i Beritahu dia bahawa tidak satu pun tindakannya menjadi penyebab dia diugut. ii Bekerjasamalah dengan anak dalam menyatakan rasa percaya diri (anak pengugut sangat pandai memilih mangsanya). Anak yang berbicara dengan terus terang, melakukan kontak mata dengan baik dan mampu berlawak dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. iii Ajari anak untuk menjauhi diri daripada pengugut dan rakanrakannya serta beritahu guru jika mengalami ugutan daripada pengugut. iv Hindari bercakap tentang perkara yang negatif tentang anak yang bersifat pengugut. Anda sebaiknva mengutuk tindakannva, bukan anak yang melakukannya. Penting sekali untuk Anda bcrsikap terbuka. Mungkin, dengan cara ini anak lebih mudah untuk berubah. v Bantulah anak untuk memikirkan strategi dan menjawab pertanyaan dari pengugut. vi Bincang bersama guru untuk mcmastikan anak Anda tidak dikecualikan agar dia tidak selalu bersendirian sepanjang hari. Anak yang diugut sangat memerlukan interaksi sosial pada waktu itu. vii Doronglah anak untuk menceburi hobi atau minat khusus yang boleh dia nikmati dan kuasai. Rasa percaya diri yang timbul ketika anak menjalankan hobi yang disukainya, akan menambahkan kekuatannya untuk selamat daripada ugutan.

Tingkah Laku Agresif dan Suka Mengugut

113

viii Kadang-kadang, anak yang diugut di sekolah juga menjadi mangsa di rumah. Pertimbangkan hubungan anak dengan saudara mara dan anak-anak jiran tetangga. Apabila Anda menganggap dia juga menjadi korban di rumah, kenal pasti cara untuk mengubah atau mcngakhiri hubungan yang tidak elok itu. Orang dewasa tidak semestinya membiarkan anak "bekerja sendiri". Anak yang diugut memerlukan pertolongan. Ini tidak bererti Anda harus melindungi anak secara berlebihan dengan menghantar dan jemput anak setiap hari, jika kebiasaannya Anda tidak melakukan sedemikian. Yang jelas, seseorang perlu melakukan perubahan untuk membantu pengugut dan mangsanya agar membina pola hubungan yang baru.

Jika Anda Menganggap Anak Anda Sebagai Pengugut Guru mungkin memberitahu pelbagai insiden yang membuatkan Anda prihatin, atau Anda mungkin sudah melihat bahawa anak Anda memiliki keistimewaan yang lebih daripada anak lain dan suka mengugut. Mungkin itu petunjuk agresif fizikal anak, atau tingkah laku anak Anda yang senang memperdayakan anak lain dari kelompok sosialnya di sekolah, anak-anak ini memerlukan panduan ibu bapa dan perhatian khusus. Anak bersifat pengugut harus belajar untuk menghormati hak-hak orang lain. Seperti ibu bapa bagi anak yang suka menggigit, harus menunggu dekat dengan si anak dan mengawasinya, begitu juga dengan ibu bapa anak pengugut. Anak pengugut harus dielakkan daripada melakukan perbuatan itu dan diberikan tingkah laku yang baik. Perkara ini kelihatan seperti sukar untuk dilakukan, tetapi pada realitinya ia tidaklah susah seperti yang disangkakan. Pada usia sembilan atau sepuluh tahun, anak perempuan kerap menelefon untuk menceritakan perbuatan anak orang lain kepada mereka, sementara anak lelaki kerap mentertawakan atau bergurau dengan membuli anak lain.

114

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Hentikan tingkah laku ini mulai sekarang. Anak Anda tidak "negatif", hanya memerlukankan Anda untuk mengingatkan mereka tentang perkara-perkara yang benar. Pengugut juga perlu belajar tentang simpati. Ini adalah sifat yang berkembang selama bertahun-tahun dan berkembang sempurna pada usia belasan tahun, jadi tidak ada kata terlambat untuk memulainya! Entah Anda menonton televisyen bersama atau bercerita tentang sesuatu yang menakutkan, yang terjadi pada orang lain, tunjukkan pada anak bagaimana rasa takut yang dialami orang itu. Dengan mengingatkan kepadanya, dia benarbenar takut akan sesuatu, Anda mulai mendidiknva untuk memahami tindakan negatif yang dilakukannya terhadap anak lain. Oleh kerana sekolah semakin menyedari betapa bahayanya perbuatan mengugut di sekolah, banyak pihak menjalankan program untuk membantu mengurangi tingkah laku itu di kalangan anak. Ibu bapa dan pihak sekolah hendaklah bersamasama menerapkan program ini di sekolah. Bagaimana dengan Mengusik? Banyak keluarga senang mengusik tanpa melukai perasaan anak. Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa mengusik adalah suatu bentuk agresif verbal yang biasa dilakukan untuk membuatkan orang lain sedar akan kelakuan dirinya. Mengusik adalah sebahagian daripada budaya kita, jadi Anda harus memperkuatkan kepercayaan anak dalam mengatasinya. Mengusik kerap kali diabaikan. Orang yang mengusik akan berasa malu apabila tidak mendapat respon dari mangsa. Ajari anak Anda tentang kemahiran berkomunikasi. Apabila seorang anak diusik kerana memakai kemeja warna ungu, dia boleh berkata, "Aku gembira kamu menyukai kemejaku. Mungkin aku akan memakainya lagi esok." Atau menerima

Tingkah Laku Agresif dan Suka Mengugut

115

kebenaran, "Ya, rambutku memang merah. Terima kasih kerana memerhatikan rambutku." Jika seorang anak diusik di padang kerana bermain negatif dalam softball, jawablah, "Kamu bermain dengan baik. Aku harap aku boleh memukul sebaik kamu." Sekali lagi, apabila mangsa tidak berasa terkejut atau gembira, maka pengusik akan kehilangan minat. Dalam keluarga, hindari segala bentuk tindakan mengusik yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Tingkah laku agresif, mengugut, dan mengusik adalah sesuatu vang biasa, tetapi menimbulkan kesan negatif dalam masyarakat. Semakin besar kemampuan ibu bapa untuk mengekang tingkah laku ini pada anak, semakin baik kehidupan mereka sekeluarga.

RUJUKAN Asmah Bee Mohd Noor dan Ira Herman.1995. Membina Kesejahteraan Remaja.Selangor:Tekno Edar. Atan Long. 1982 . Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azizi Yahaya, et.al. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Davis, I. P. 1984. Adolescents. Theoretical and Helping Perspectives.Lancaster:Kluwer-Nijhoff Publishing. Fleming, C. M. 1972 . Adolescence,Its Social Psychology. London:The Alden Press (Oxford) Ltd. Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Remaja. Universiti Malaya:Prentice Hall. Mohd Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd. Jamil Yaacob. 2005. Memahami Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

116

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Rohaty Mohd. Majzub, 1998. Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruzlan Md. Ali dan Rosna Awang Hashim. 2003. Perkembangan Sosioemosi Remaja:Tanggung Jawab Bersama. Sintok:UUM. Weiner, I.B. 1989). The Psychosocial Worlds of the Adolescent Public and Private.Canada:A Wiley-Interscience Publication.

Berbohong, Berdusta untuk Kebaikan

117

10
BERBOHONG, BERDUSTA UNTUK KEBAIKAN,MENIPU DAN MENGAMBIL BARANG MILIK ORANG LAIN
Nurul Huda Azizi Nurul Ezzati Azizi

PENGENALAN Semua kata-kata di bawah hanyalah dialog yang mungkin tidak benar dan merupakan pembohongan semata-mata yang biasa kita dengar dari mulut anak-anak. Papaku adalah orang yang paling hebat di dunia. Aku benar-benar melihat hantu semasa Halloween. Aku hanya mendapat satu kuih, bolehkah aku mendapatkannya lagi? Perutku terasa sakit. Jadi, rasanya aku tidak larat untuk pergi ke sekolah. Benar, bukan aku yang memecahkan gelas. Aku tidak tahu siapa yang melakukannya. Dia yang memulakannya. Seterusnya kita perhatikan pula beberapa dialog orang dewasa . ~Kami berjanji akan berkunjung pada waktu yang akan datang memandangkan sekarang kami terlalu sibuk. Saya merasa sakit. Justeru, saya memerlukan rehat yang secukupnya. Apakah yang harus saya beritahu pada mama kamu tentang alasan kami tidak mahu dia mengunjungi kami pada bulan depan?

118

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Mama suka akan sweater ungu dan kuning yang kamu belikan untuk mama sempena harijadi mama, sayang. Aku tidak tergamak untuk memberitahu Hasnah yang aku telah memecahkan pasu bunga yang dihadiahkannya kepadaku kerana takut akan melukakan hatinya. Satu untuk orang dewasa, satu untuk anak, usianya baru 11 tahun ( Ucapan ketika anda ingin membelikan tiket menonton wayang untuk anak anda yang sebenarnya sudahpun berusia 12 tahun). Dalam budaya kita, kejujuran adalah merupakan suatu sikap yang terpuji. Tetapi seringkali kita lupa bahawa secara tidak sedar tingkah laku kita langsung tidak menggambarkan akan nilainilai kejujuran. Kita lebih suka atau cenderung untuk mendiamkan diri dengan merahsiakan perkara sebenar daripada berterus-terang. Kita juga sering memberikan berbagai-bagai alasan apabila ingin mengelak daripada sesuatu. Ini semua dilakukan biasanya dengan tujuan untuk kebaikan walaupun terpaksa berdusta demi untuk tidak melukakan hati orang lain. Masalah lain yang boleh dikaitkan dengan kejujuran adalah menipu. Secara umumnya, anak-anak yang didapati meniru semasa peperiksaan dengan menyalin jawapan orang lain adalah dikatakan telah menipu diri sendiri. Anak-anak seharusnya mula dididik dan diasuh dengan nilai-nilai keadilan dan kejujuran sejak dari peringkat prasekolah lagi. Ini bertujuan untuk memastikan agar anak-anak tidak terjebak dengan budaya yang tidak sihat seperti menipu contohnya. Kita juga sering mengaitkan sikap kejujuran dengan hak kepemilikan. Anak-anak yang suka mengambil barangan orang lain contohnya, di mana barangan tersebut sudah semestinya bukan hak milik mereka. Dalam situasi sebegini, kita sebagai ibubapa tidak seharusnya bertanggapan negatif kepada mereka dengan menganggap bahawa anak tersebut sudah memiliki ciri-ciri ke arah untuk menjadi seorang penjahat mahupun pencuri. Anak-anak

Berbohong, Berdusta untuk Kebaikan

119

yang menunjukkan kecenderungan yang sebegini menggambarkan bahawa mereka masih belum cukup ajaran serta didikan. Apa yang harus dilakukan oleh ibubapa adalah dengan memantapkan lagi usaha ke arah mendidik anak-anak agar lebih bersikap jujur dan faham akan hak kepemilikan.

Oleh itu, perkara apakah yang harus kita terangkan pada anak-anak tentang kejujuran? Semestinya ia adalah pelbagai. Sebagai ibubapa, kita perlu mempertimbangkan dengan hati-hati tentang bagaimana untuk kita menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kejujuran. Kejujuran adalah perkara pokok yang terhasil daripada komunikasi yang berkesan serta hubungan yang sihat sesama ahli keluarga dan orang lain. Ini dilakukan demi memastikan anak-anak tersebut bakal menjadi seorang yang berakhlak baik serta bermoral apabila sudah dewasa kelak. Memahami Penyebabnya Anak prasekolah tidak dapat membezakan antara kebenaran dan pembohongan. Bagi mereka, ayah adalah orang yang terhebat di dunia malah mungkin di seluruh semesta. Sikap suka mereka-reka cerita adalah perkara biasa dan normal bagi anak-anak. Memandangkan dengan cara tersebut ia mampu menghibur, kehidupan sesebuah keluarga akan menjadi lebih bahagia. Sehinggakan anak yang berusia sekitar tujuh tahun sekalipun, sudah seharusnya mula diajar dan dididik agar sentiasa bercakap benar meskipun kita tidak menjangkakan kelak ia akan menjadi seorang pembohong atau pencuri. Pada usia ini anak-anak masih lagi tidak dapat memahami sepenuhnya perbezaan tersebut. Maka, wujudlah kebohongan yang didasarkan kepada alasanalasan seperti: i Harapan. Perjalanan menuju Disneyland yang diceritakannya pada setiap orang (tetapi anda sendiri tidak

120

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

ii

iii

iv

vi

vii

pernah mengalaminya sendiri) adalah harapan untuk perjalanan yang bakal dilalui kelak. Untuk mendapatkan perhatian. Semakin lebih perhatian yang diberikan kepada seseorang anak, maka akan semakin fokuslah anak tersebut untuk bercerita. Anak mungkin juga berbohong sekadar untuk menguji Apa yang akan mama lakukan sekiranya saya mengatakan yang saya tidak tahu siapa yang menumpahkan makanan anjing? Anak akan merasa puas dengan pembohongan tersebut setelah melihat reaksi ibubapanya. Untuk menyelamatkan diri. Dengan berbohong dapat menghindarkan diri daripada masalah yang lebih rumit kerana cara tersebut lebih rasional sebagai alasan untuk mempertahankan diri. Untuk menunjukkan keberanian. Seseorang anak dapat menunjukkan keberanian apabila mereka mengikuti sebarang aktiviti yang mencabar. Contohnya kursus sukan yang ingin disertai setelah mendapatkan keizinan daripada ibubapa. Untuk alasan serta-merta. Alasan yang diberikan adalah secara spontan tanpa mementingkan kebenarannya. Yang penting idea tersebut datang sendiri berdasarkan situasi pada ketika itu. Untuk keadilan bersama. Seseorang anak mungkin akan merasa iri hati melihat kesenangan orang lain. Justeru, demi mendapatkan kepuasan dan keadilan mereka akan bercakap bohong walaupun terpaksa memburukkan orang lain. Untuk kelihatan baik. Pembohongan dengan menujukan kesalahan pada orang lain akan memperlihatkan kebaikannya.

Setelah seseorang anak mencapai umur tujuh tahun atau lebih, ia sudah sepatutnya mampu untuk menilai akan tingkah-lakunya dan mengetahui bahawa sifat kejujuran itu adalah penting.Apabila mereka berbohong, ibubapa sepatutnya telus dan berterus-terang dengan menerangkan kepada mereka bahawa pembohongan yang

Berbohong, Berdusta untuk Kebaikan

121

dilakukan adalah merupakan suatu perkara yang tidak baik. Anakanak seharusnya ditanyakan tentang kenapa mereka berbohong kerana mungkin di sebaliknya terdapat alasan yang munasabah untuk mereka bertindak sedemikian. Anak-anak seharusnya diberikan peluang untuk menjelaskan perkara sebenar tanpa didesak untuk menggalakan mereka agar lebih bersikap jujur. Jika dengan cara tersebut anak masih lagi suka berbohong, maka seharusnya kita segera mendapatkan bantuan dengan berbincang atau merujuk kepada pihak-pihak yang lebih tahu dan faham akan masalah sebegini seperti guru, pakar psikologi.kaunselor sekolah dan lain-lain untuk mendapatkan petunjuk atau panduan cara menyelesaikan permasalahan tersebut. Seperti juga dengan perbuatan mencuri iaitu mengambil barang kepunyaan orang lain pada awalnya mungkin dilakukan tanpa niat untuk mencuri dan sebagainya. Namun ini tidak bermakna pekara tersebut boleh dianggap remeh oleh ibubapa. Contohnya apabila anak kita mengambil barang permainan kepunyaan anak kawan kita dan pada usia tujuh tahun atau ke bawah mereka masih tidak sedar dan ketahui bahawa itu adalah satu kesalahan yang sepatutnya tidak boleh dilakukan apatahlagi apabila anak-anak kita sudah besar. Maka, ibubapa perlu berperanan menerangkan hal yang sebenarnya bahawa perbuatan tersebut adalah tidak baik. Apabila anak-anak tidak menghiraukan kata-kata dan nasihat kita sebagai ibubapa, kita perlulah merujuk atau mendapatkan pandangan daripada mereka yang lebih pakar iaitu guru, pakar psikologi, kaunselor sekolah dan sebagainya. Menjadi Teladan Yang Baik Ibubapa perlu berhati-hati dengan tindak-tanduk sendiri lebih-lebih lagi apabila membicarakan mengenai kejujuran serta kebenaran. Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa setiap perbuatan dan tindak-tanduk kita sebenarnya adalah diperhatikan oleh anak-anak. Biasaannya kita sendiri tidak sedar dengan melakukan suatu penipuan semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Contohnya, apabila kita membohongi kawan kita dengan mengatakan bahawa

122

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

kita tidak dapat hadir ke majlis kenduri di rumahnya kerana ada hal lain padahal kita sebenarnya memang tidak mahu datang. Ibubapa juga sering berbohong tentang tanggungjawab.Contohnya, apabila mereka ingin membeli barangan untuk anak-anak, mereka sering berbohong dengan memberitahu bahawa barangan tersebut adalah untuk anak mereka yang masih kecil dengan tujuan agar mereka bakal mendapatkan harga yang lebih murah. Kemudian mereka juga sering berbohong apabila ingin memulangkan barangan yang dibeli dengan mengatakan bahawa barang tersebut rosak sedangkan ianya sempurna tiada yang rosak di saat mereka membelinya. Seterusnya, ibubapa juga sering berbohong tentang hal yang berkaitan dengan kerja. Apabila mereka ingin ponteng kerja, mereka sering berbohong dengan menelefon majikan dan mengatakan bahawa mereka tidak dapat hadir bekerja disebabkan sakit. Sesetengah ibubapa juga sering membohongi anak-anak mereka dengan memberitahu bahawa suntikan oleh doktor itu adalah tidak sakit padahal kita sendiri sedia maklum bahawa memang suntikan itu sesuatu yang menyakitkan. Justeru, adakah ini caranya untuk kita membuatkan anak-anak percaya kepada kita. Ibubapa harus berhati-hati dengan tindak-tanduk pembohongan seperti ini kerana anak-anak sentiasa menjadi pemerhati terhadap setiap perbuatan dan tingkahlaku yang kita lakukan. Untuk membesarkan dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan bercakap benar, kita perlulah menunjukkan tingkah laku yang baik iaitu sentiasa bercakap benar dan melakukan perkara-perkara yang menjurus ke arah kebenaran. Apabila kita berada dalam situasi serba salah adalah wajar untuk kita berdiam diri sahaja. Contoh yang pertama ialah jika kita melihat dekorasi rumah mertua tidak berapa cantik, jadi mendiamkan diri adalah lebih baik daripada kita memuji

Berbohong, Berdusta untuk Kebaikan

123

kecantikan rumah itu. Contoh yang kedua ialah apabila kita menerima hadiah atau pemberian daripada seseorang, kita tidak harus memberitahunya jika kita tidak menyukai pemberiannya tetapi kita perlu mengucapkan terima kasih dan memberitahunya bahawa kita menghargai pemberian itu.Apabila anak kita sudah dewasa kita mungkin boleh menjelaskan kepada mereka bahawa kadang-kadang pembohongan dibolehkan untuk kebaikan. Contohnya untuk melindungi atau menyelamatkan orang lain daripada sesuatu yang membahayakan. Kadangkala kita terlupa akan barangan yang dipinjam daripada seseorang. Kita terlupa dengan siapa yang kita pinjam lalu barangan tersebut akan disimpan untuk sementara waktu. Kita sepatutnya mengembalikan terus barangan tersebut sebaik sahaja kita menyedari dan mengingati siapakah pemiliknya. Contohnya, apabila kita ingin pindah ke rumah baru di mana sewaktu mengemas barang-barang, kita sering menyedari akan sesetengah barangan yang bukan milik kita. Barangan tersebut seharusnya diasingkan daripada barangan hak milik agar menyenangkan kita mengembalikannya semula kepada pemilik yang asal sebaik sahaja kita mengingatinya. Begitu juga dengan barangan yang kita terbawa balik dari pejabat contohnya pen dan kertas, kadangkadang kita leka dan tidak sedar bahawa barangan itu sudah lama berada di rumah kita. Perkara sebegini kadang kala boleh menjadi perhatian anak-anak seterusnya mendorong mereka agar menganggap bahawa mengambil barangan orang lain adalah bukan satu kesalahan. Cara-cara Mengatasi : Pemahaman Yang Jelas Tentang Pembohongan Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk mendorong anak-anak supaya bersikap jujur dan menghapuskan sikap suka berbohong daripada terus berlaku: i Mendidik anak-anak agar bersikap jujur dengan bercakap

124

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

benar. Contohnya bila anak ragu-ragu untuk memberitahu siapakah yang menumpahkan atau memecahkan sesuatu, kita hendaklah menyuruh mereka supaya berterus terang dan memberitahu mereka bahawa kita tidak marah jika mereka menceritakan hal yang sebenarnya. ii Memuji dan menghargai anak-anak jika mereka bercakap benar. iii Jangan menggalakkan anak-anak berbohong untuk kita. Contohnya, apabila telefon berbunyi dan kita meminta anak kita berbohong menyatakan kepada pemanggil bahawa kita ada hal yang lain dan tidak dapat bercakap dengannya. iv Jangan memanggil anak-anak dengan istilah pembohong kerana itu adalah satu perkataan yang bernada kutukan. v Jangan mengajukan pertanyaan yang kita sendiri sudah mengetahui jawapannya. Contohnya: Ibu : (memanggil anaknya yang berumur 7 tahun yang sedang mengosok gigi) Lily, sudahkah kamu menyimpan barang permainan kamu di ruang tamu? Lily: (berfikir : mungkin sudah sebab tadi rasa aku dah kumpulkan di suatu sudut)ya ibu.. ibu : Lily, kamu belum menyimpan permainan kamu ini !!! semakin berpengalaman kita mendidik anak-anak, semakin kita terjebak dalam situasi seperti ini. Kita seharusnya siasat dahulu perkara tersebut dan mengarahkan anak-anak kita dengan cara yang baik iaitu tidak menggunakan bahasa yang kasar dan menengkingnya untuk melakukan sesuatu kerja. Jangan sampai kita tidak sedar tindakan kita kadang kala telah menyalahgunakan hak-hak istimewa anak-anak. Teman Khayalan : Kebenaran Yang Nyata atau Pembohongan Teman khayalan selalunya berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 3-5 tahun. Teman khayalan ialah teman sepermainan

Berbohong, Berdusta untuk Kebaikan

125

kanak-kanak pada umur seperti itu. Biasanya teman khayalan ini menjadi teman rapat kanak-kanak di rumah. Mereka sentiasa bermain bersama-sama, makan bersama, mandi bersama dan kadang-kala tidak membenarkan teman khayalan pulang ke rumahnya kerana ingin tidur bersama teman khayalan. Teman khayalan selalunya terdiri daripada anak-anak jiran dan anak saudara-mara. Teman kanak-kanak ini dikatakan sebagai teman khayalan kerana dia memainkan tiga peranan iaitu kawan, orang kepercayaan dan kambing hitam. Kambing hitam di sini bermaksud seseorang yang membuatkan orang lain menjadi cemas. Contohnya apabila anak kita melaporkan kepada kita bahawa jus tertumpah, kita merasakan bahawa teman anak kita yang melakukannya tapi kita lebih suka anak kita memberitahu bahawa dia yang menumpahkan bukan temannya. Ini dapat mengelakkan perasaan takut timbul dalam diri teman anak kita itu. Kita seharusnya memuji tindakan anak kita itu kerana ia merupakan satu cara lain untuk mengekspresikan kejujuran. Kadangkala anak-anak menggunakan teman khayalan ini untuk mengatasi rasa takut dan khuatir. Jadi, tidak ada salahnya jika anak-anak kita mempunyai teman khayalan. Tetapi bagaimana untuk ibubapa mempercayainya? Berikut adalah beberapa panduan untuk ibubapa: i Melihat isyarat anak. Beberapa teman dianggap sangat rahsia bagi anak-anak. Anak-anak mungkin akan menyebut nama temannya yang lain tetapi tidak akan menyebut nama teman khayalannya walau ketika makan. ii Jangan terlalu mementingkan teman khayalan anak-anak kita daripada anak-anak kita sendiri. iii Sentiasa bercakap lembut dengan teman khayalan anakanak kita dan memberi nasihat kepadanya. iv Mengambil berat tentang teman khayalan anak-anak kita dan juga mengasihinya seperti kita menyayangi anak-anak kita. Contohnya, tidak keberatan untuk meriba teman

126

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

khayalan anak-anak kita apabila tetiba tidak cukup kerusi di meja makan. v Jangan menghina atau mengeluarkan kata-kata tidak elok apabila hendak menasihati teman khayalan anak-anak kita. Gunakan bahas yang baik apabila mereka membuat kesalahan. Contohnya; Oh, jangan berbuat begitu. Pemikiran anak-anak dapat diperkembangkan jika mereka bermain dengan teman khayalan. Tambahan pula, jika permainan itu adalah satu permainan yang dapat merangsang minda kanak-kanak. vi Mengunjungi perpustakaan dan meminjam serta membaca buku yang berkaitan dengan teman khayalan agar kita dapat mengetahui lebih lanjut tentangnya. Kebiasaan teman khayalan akan hilang apabila kita pindah rumah dan anak-anak mula bersekolah Cara-Cara Mengatasi : Pemahaman Yang Jelas Tentang Menipu Ibubapa haruslah mengajar anak-anak supaya tidak menipu sejak daripada mereka kecil lagi. Dalam proses mendidik anak-anak yang masih kecil, kita seringkali cenderung membiarkan anak-anak memulai permainan terlebih dahulu kerana kita tahu pada waktu proses pemikiran kanak-kanak lebih terfokus kepada aku dan milikku. Mereka sentiasa berteriak aku dulu..aku dulu.. apabila memulakan sesuatu permainan. Ini adalah normal kerana bagi kanak-kanak, mereka sentiasa mahukan yang pertama. Walau bagaimanapun, kita boleh melatih anak-anak supaya bersikap adil. Contohnya, kita menggunakan sistem mengundi apabila hendak memulakan sesuatu permainan atau kita terlebih dahulu menetapkan siapa yang akan memulakan permainan. Di sini secara tidak langsung, kita dapat mengajar anak-anak tentang konsep keadilan dalam bermain.

Berbohong, Berdusta untuk Kebaikan

127

Contoh konsep keadilan adalah seperti berikut: i Permainan papan tangga ular dengan menggunakan buah dadu : permainan ini sebenarnya mengajar kanak-kanak tentang aturan kehidupan. Ia juga menguji kesabaran seseorang. Apabila permainan ini dilakukan mengikut giliran, kanak-kanak dapat belajar konsep keadilan dan secara tidak langsung dapat mengajar mereka bermain secara jujur di taman dan bersikap adil apabila berada di sekolah. ii Kadangkala kita perlu sedar bahawa anak-anak mungkin tidak dapat menerima jika sesuatu permainan itu berlangsung lama dan berlarutan. Mereka mungkin akan melanggar peraturan permainan yang telah dibuat. Jika ini berlaku, kita mestilah membuat peraturan baru agar anakanak tidak melakukan perkara yang tidak adil. iii Kita perlu memantau apabila anak-anak kita sedang bermain untuk mengelakkan daripada anak-anak kita belajar tentang penipuan. Kadang-kadang untuk mendapatkan giliran yang cepat, mereka tidak sedar bahawa mereka sedang belajar proses menipu. iv Begitu juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan persekolahan, kita sebagai ibubapa perlu memantau kerjasekolah anak-anak. Kadangkala anak-anak malas untuk melakukan kerjasekolah dan menyuruh rakan mereka melakukannya. Hal ini kadangkala sering berlaku kepada anak-anak kita tetapi kita tidak sedar. Perkara seprti ini seharusnya dielakkan untuk mengajar anak-anak kita supaya bertindak jujur dalam semua perkara. Cara-cara Mengatasi : Pemahaman Yang Jelas Tentang Mencuri Anak-anak kecil biasanya tidak peduli tentang hak kepemilikan. Anak-anak yang berusia di bawah umur empat tahun menganggap semua barang miliknya sebab itu mereka rasa tidak bersalah apabila mengambil barang orang lain.

128

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Pada usia 5-7 tahun, anak-anak mula belajar tentang kejujuran dan keadilan. Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu anak-anak belajar tentang kejujuran: i Menyuruh anak kita memegang barang permainannya dan kita sendiri pun waktu itu memegang sesuatu barang milik kita, kemudian menukarkan barang itu dengan barang permainan anak kita. Di sini anak kita dapat belajar bahawa barang yang dipegangnya sekarang ini adalah barang kepunyaan kita walaupun dia yang memegangnya. ii Apabila anak-anak kita pulang ke rumah dan memberitahu bahawa barang yang di bawa balik itu adalah diberi oleh temannya, kita haruslah mengkajinya agar anak-anak kita terus belajar bercakap bohong. iii Jangan membiarkan anak-anak kita menyimpan barangbarang yang dicuri daripada teman-temannya. Minta anakanak kita mengembalikannya dan tunjukkan kepada mereka yang kita tidak senang dengan sikap sedemikian. iv Menerangkan kepada anak-anak kita bahawa kesusahan dan perasaan orang yang kehilangan sesuatu. v Cara yang baik untuk menjelaskan kepada anak-anak kita tentang larangan mencuri adalah dengan kaedah bercerita kepada mereka. Contohnya: :di dalam keluarga kita, tidak dibenarkan seorang pun mencuri dan sesiapa melakukannya akan dihukum. Tegaskan dengan anak-anak hal tersebut supaya anak-anak tahu kita serius dengan hal tersebut. vi Memberitahu anak-anak bahawa untuk ingin sesuatu atau ingin menjadi kaya kita perlu berusaha dengan cara yang baik bukan mencuri. Untuk melatih anak-anak menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan dan mempunyai sikap-sikap yang baik, kita haruslah mendidik mereka ketika mereka masih kecil. Kita perlu mengajar mereka tentang kejujuran dan keadilan agar mereka menjadi seorang yang berperibadi mulia. Bab kata pepatah melayu : melentur buluh biar dari rebungnya....

Berbohong, Berdusta untuk Kebaikan

129

RUJUKAN Asmah Bee Mohd Noor dan Ira Herman.1995. Membina Kesejahteraan Remaja.Selangor:Tekno Edar. Atan Long. 1982 . Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azizi Yahaya, et.al. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Davis, I. P. 1984. Adolescents. Theoretical and Helping Perspectives.Lancaster:Kluwer-Nijhoff Publishing. Fleming, C. M. 1972 . Adolescence,Its Social Psychology. London:The Alden Press (Oxford) Ltd. Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Remaja. Universiti Malaya:Prentice Hall. Mohd Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd. Jamil Yaacob. 2005. Memahami Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub, 1998. Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruzlan Md. Ali dan Rosna Awang Hashim. 2003. Perkembangan Sosioemosi Remaja: Tanggung Jawab Bersama. Sintok:UUM. Weiner, I.B. 1989). The Psychosocial Worlds of the Adolescent Public and Private Canada:A Wiley-Interscience Publication.

130

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

11
DILEMA SEHARI-HARI
Asmah Suboh

PENGENALAN Bab-bab sebelum ini telah membantu anda mengetahui beberapa sikap utama, tetapi masih banyak perkara yang tidak semestinya berlaku sepanjang hari. Berikut ialah sedikit panduan yang perlu dilakukan dalam menghadapi masalah tertentu (sikap negatif kanak-kanak ketika berada di dalam kereta, masalah anak-anak ketika di pusat membeli belah) dan kebiasaannya mengelamun dengan menghisap ibu jari. Berkelakuan negatif ketika berada di Dalam Kereta. Hari hujan, jalan raya licin dan anda terlambat menghantar anak ke sekolah dan dalam perjalanan anak anda berkelahi bersama nak jiran anda dalam kereta. Berikut ialah langkahlangkah yang perlu anda ambil: i Cubalah memperingati mereka dengan kata-kata kerana dengan cara ini tidak akan melukai perasaan mereka. ii Apabila anak tidak mengendahkan kata-kata anda, segeralah berhentikan kenderaan di tepi jalan. iii Berikan penjelasan kepada mereka bahawa anda tidak akan menghidupkan kenderaan selagi mereka tidak diam.jika mereka saling menyalahkan antara satu sama lain anda harus menjelaskan bahawa hal sebegini akan

Dilema Sehari-hari

131

kita bincang selanjutnya nanti tetapi mereka perlu berbauk pada masa itu sehingga anda menghantar mereka ke sekolah. iv Jangan teruskan berdamai. v perjalanan selagi mereka tidak

Pilihlah jenis musik yang dapat menggembirakan mereka selain berita. Dalam hal sebegini yang penting ialah kedamaian anak-anak dan bukannya hal dunia. untuk anak-anak yang

Tali Pinggang Keselamatan menaiki Kenderaan.

Hal keselamatan amat penting dan perlu dititik beratkan dalam undang-undang. Hal- hal yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut: i Jelaskan kepada anak-anak bahawa memasang tali pinggang keselamatan adalah peraturan semasa berada dalam kenderaan.

ii Jelaskan dengan nada yang lucu tujan anda keluar menggunakan kereta pada hari itu. iii Kelakuan negatif kanak-kanak terjadi kerana anak ingin memasang tali safety belt sendiri. Oleh yang demikian adalah lebih baik sekiranya anda memberikan kesempatan kepada anak-anak membantu mereka dengan teknik yang betul untuk memasang tali pinggang kaledar beberapa minit sebelum berangkat. iv Bumper kereta boleh menjadi sangat panas, malahan ada anak-anak yang menolak duduk di bumper dan terasa panas. Mereka akan merasakan ia suatu

132

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

pengalaman negatif yang pernah dialaminya. Oleh itu tutuplah bumper semasa musim panas dan periksalah sebelum anak anda duduk diatasnya. v Ada anak yang perutnya agak sensitif. Anak yang berada lama di dalam kenderaan, perjalanan jauh atau menaiki pesawat sekiranya menghadapi masalah sakit perut tetapi bagi mereka mat sukar untuk menjelaskan kepada anda. Oleh itu anda perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan dan ubat-ubatan yang perlu.

Mengisap Ibu Jari, Mengupil, Menggigit Kuku, dan Tabiat Negatif yang lain Apa pun tabiat negatif anak-anak, pendekatan dan cara mengatasinya adalah sama: i Hentikan tabiat negatif yang ada pada anak anda, contohnya tabiat menggigit kuku. Anda perlu mencerikatakan bahawa tabiat itu sebenarnya akan memasukkan kuman setiap hari ke dalam mulut mereka. Anda haruslah memperingatkan mereka sejak mereka mula sekolah lagi.

ii Fikirkanlah untuk memuat tanda peringatan contohnya anda membuat tanda ingatan da lekatkan dengan benang pada jari yang biasa anak anda gunakan untuk mengupil dan menggigit kuku. Hal ini dapat mengubah kebiasaan mereka. iii Adakah anda ingin memotivasikan anak anda? Oleh itu. Cubalah gunakan kaedah pemberian hadiah apabila mereka berjaya meninggalkan tabiat negatif mereka.

Dilema Sehari-hari

133

Mungkin anda mempunyai alternatif lain daripada cara ini cotohnya memberikannya aktiviti lain supaya tangannya menjadi sibuk daripada melakukan tabiat negatif itu. iv Carilah punca berlakunya tabiat negatif itu samada semasa mereka menonton televisyen. Jika ya, anda perlu menjadikan anak anda sangat aktif masa ketika itu. v Kadangkala tekanan dari kawan-kawan menyebabkan anak tidak mahu menghilangkan tabiat buruknya.

vi Ambil orang lain dalam membantu anda menghilangkan tabiat negatif anak anda. Anda boleh mengambil doktor gigi untuk selalu menginatkan anak anda setiap kali melakukan pemeriksaan gigi. Hal ini dapat memberikan motivasi kepada anak-anak untuk meninggalkan tabiat negatif mereka. vii Berilah pujian yang ikhlas dan tunjukkan kepada anak anda setelah anak dapat meninggalkan tabiat negatif mereka. Kekok Kerana Tidak Biasa "Mama, mama, mama, mama!" Apa lagi yang harus dikatakan? Kadang-kadang ibubapa selalu hidup dengan usikan anak-anak. Berikut ialah beberapa saranan untuk membiasakan diri anda: i Anak yang baru belajar berjalan biasanya tidak sabar untuk menunggu, perkembangan mental mereka hanyalah untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Mahupun begitu, kadang

134

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

kala perhatian mereka dapat dialihkan. Cubalah melakukan aktiviti seperti menelefon saat anak sedang tidur atau simpan mainan khusus agar anak sibuk menggunakannya ketika anda perlu malakukan sesuatu. Atau, biarkan anak menonton video sehingga mempunyai waktu untuk mengerjakan sesuatu sebelum anak memerlukan anda kembali. ii Anak pada umur prasekolah agak lebih baik jika diminta menunggu. Penting sekali bagi anda untuk membantu anak mengembangkan kemampuan ini. Seeloknya menunggu tidak lebih dari beberapa minit. Misalnya, anak berusia tiga tahun hanya biasa menunggu dalam lingkungan tiga minit. Iii Apabila anak terus mengusik anda, jelaskan apa yang sedang anda lakukan dan anda memerlukan ia menunggu tiga minit lagi. iv Apabila ia menjadi tidak tenang dan mulai menangis atau menjerit, katakan, "Mama masih memerlukan kamu untuk menunggu. Kamu harus tenang. Kamu harus menjelaskan apa yang kamu inginkan dengan suara yang baik." v Jangan bertempik atau mengancam anak. Peringatan seperti, "Kalau kamu mengganggu mama sekali lagi..." sememangnya tidak memberikan apa pun pengajaran pada anak. vi Anak-anak pada usia sekolah sudah dapat menunggu beberapa minit untuk mendapatkan perhatian anda. Berikan harapan supaya mereka dapat duduk di dalam kelas dengan baik apabila ketiadaan anda. vii Setelah anak anda menunggu, ingatkan bahwa ia sedang menunggu dan katakan "Terima kasih kerana kamu telah menunggu. Sekarang apa yang boleh mama bantu untuk kamu"

Dilema Sehari-hari

135

vii Sedarlah sikap anda sendiri. Ketika anda ingin anak untuk meninggalkan permainan atau berhenti melakukan sesuatu yang ia lakukan, atau apabila anda harus memotong percakapan orang lain katakanlah Maaf saya kerana mengganggu anda. Berbelanja di Pasaraya Berbelanja bersama anak merupakan tentangan, walaupun masih dilakukan. Berikut adalah beberapa panduan semasa pergi bersama anak: i Sebelum pergi, beritahu tentang tentang tempoh perjalanan dan harapan anda. Maklumat itu seperti jumlah pasaraya yang perlu kunjungi dan jenis makanan yang ingin anda beli. ii Jika masih ada lagi waktu, janjikan aktiviti yang berfaedah seperti makan siang di luar, membeli ais krim, atau membeli brangan tertentu atas pilihan anak di kedai makan pada di akhir perjalanan. Kalau kamu membantu mama mendapatkan semua barang yang dicari, maka kita akan . iii Beritahu peraturan yang harus dipatuhi anak (seperti tidak boleh menyentuh barang, tidak boleh bercakap kasar, tidak boleh berlari di dalam pasaraya, dan sebagainya). iv Memberikan tugas yang sesuai untuk anak dan jelaskan tugas itu. Anak yang baru belajar berjalan dapat memegang daftar atau ikut mengambil kueh yang Anda beli untuk persediaan minggu ini. Anak usia prasekolah biasa mengambilkan beberapa keperluan untuk Anda. Sementara anak usia sekolah dapat membaca daftar dan memberitahu keperluan yang masih harus anda cari. v Apabila perjalanan itu berjalan dengan lancar, pastikan anak mendapat perlakuan istimewa dari Anda. Katakan padanya bahawa anda sangat menghargai bantuannya.

136

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Doktor dan Doktor Gigi Pergi ke doktor atau doktor gigi merupakan salah satu perkara yang menakutkan bagi kebanyakan orang, jadi ingatlah bahawa pengurusan diri menjadi salah satu tentangan bagi Anda dalam mencapai perlakuan yang baik. Cubalah strategi berikut ini: i Carilah buku di perpustakaan mengenai temujanji dengan doktor atau doktor gigi. ii Cuba adakan temujanji pada hari berikutnya sehingga anak anda betul-betul bersedia dan berjumpalah denganmereka. iii Berikan tujuan anda pergi dan terangkan apa yang terjadi. iv Jangan beritahu anak bahawa anak tidak akan merasa sakit apabila pada berkata demikian pada doktor. v Lakukan aktivit bersama anda sehingga fikiran anak akan merasa sibuk dengan aktiviti itu. Ia mungkin merasa seronok bermain semasa berada di ruang menunggu. Tetapi jika anda berada di ruang pemeriksaan, anda perlu buat sesuatu. vi Doktor dan doktor gigi yang akan memberitahu segala hal secara langsung dengan anak anda adalah hal yang biasa. Pastikan untuk menyertakan berbagai aspek yang sesuai dengan usia anak Anda dalam perbincangan itu. vii Fikirkanlah sesuatu perkara yang menarik jika berjumpa dengan doktor. Ketika anak perempuan bongsu saya hendak pemeriksaan besar semasa berusia lapan tahun, kami membawa kamera semasa pemeriksaan dan merakan segala pemeriksaannya. Selepas itu kami membuat satu bukuyang menceritakan pengalamannya. Projek itu membuatkan dia tenang selama aktiviti itu yang membosankan. Nanti dia akan membawakan ke sekolah dan menceritakan kepada kawan-kawanya apa yang dia alami.

Dilema Sehari-hari

137

Dalam Ibadat Menghadiri ibadat bersama anak memerlukan kesabaran tersendiri, baik sebagai orangtua mahupun kerja bersama dengan anak. Tindakan anda akan dapat membantu dengan kerjasama: i Jelaskan ke mana anda akan pergi dan apa yang akan terjadi. Bila anak anda mengenakan pakaian yang berbeza pada waktu tersebut, jelaskan alasannya. Bahkan orang yang menghadiri ibadat secara biasa mesti menjelaskan pada anak lebih dari sekali tentang pengalaman mereka mengikuti ibadat. ii Beritahulah apa perlakuan yang sepatut dibuat. iii Beritahulah tentang strategi yang anda sendiri gunakan ketika anda begitu resah karana duduk terlalu lama. (Dapatkah anda meminta anak untuk melakukan hal serupa?) iv Berbincang bersama anak tentang hal-hal yang boleh dilakukan jika menunggu lebih lama. v Bila anak menghadiri seluruh atau sebagian acara untuk orang dewasa, anda mesti membawanya ke luar beberapa kali. Anda dan pasangan anda mesti bergiliran melakukan hal ini semasa acara berjalan dengan lama. vi Bila anak anda mengganggu, tinggalkan acara bersamanya. Ini bukan saat untuk menunjukkan perlakuan yang baik. Memotivasikan Anak yang lembab Pergerakannya Ada juga anak pergerakannya yang lembab sejak lahir. Ada pula yang mengalami beberapa tahap sebelum akhirnya menjadi lembab pergerakannya. Apakah anak Anda termasuk pelamun atau sedang dalam tahap menuju pelamun, berikut ini beberapa tip untuk mengatasinya: i Sediakan waktu tambahan untuk "menguruskan anak pelamun". Anda mungkin perlu bangun awal pagi atau

138

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

membuat hal-hal yang harus dilakukan sebelum meninggalkan rumah. ii Membuat waktu khusus untuk anak. Anak mungkin memerlukan waktu 45 minit untuk sarapan pagi. iii Berikan jam loceng untuk anak. Anda juga perlu membiasakan memasang jam-radio (dengan lagu senti mental ) dalam bilik tidur untuk membantu anak agar turun dari tempat tidur. iv Setelah sarapan siap serta anak selesai memakai baju sekolah, anak akan cepat pergi ke meja makan. v Kurangkan berbagai gangguan. Televisyen pada pagi hari dan waktu untuk bermain hanya bolehkan setelah anak selesai berpakaian dan siap untuk hari itu. vi Kirakan selama lima minit dapat membanti setiap orang untuk menyiapkan transisi. (Untuk seorang yang lembab pergerakannya sejati, peringatan selama lima minit bisa dimulai 15 minit sebelumnya). Kumpulkan dengan tugas yang harus dijalankan untuk seorang anak. "Lima minit lagi kita harus pergi. Mari ke bilik mandi sekarang." vii Berilah anak motivasi untuk siap meninggalkan tempat pada waktunya, dengan mengingatkannya akan sesuatu yang menyenangkan yang akan terjadi hari itu. "Waktunya untuk pergi ke sekolah sekarang, dan ingat, kamu akan pergi ke perpustakaan hari ini." viii Ingatkan anak bahwa bila dia datang terlambat, ia harus berjalan memasuki ruang kelas setelah semua temannya duduk. Cara ini biasa menjadi motivasi yang kuat baginya. ix Pada pagi hari mungkin anda tidak biasa untuk untuk membiarkan anak untuk memakai kasut dan menuang susu ke gelas nya sendiri. Abaikan dan menyuruh anak membuat sendiri. Anda akan bantu dia jika anak terlambat.

Dilema Sehari-hari

139

Untuk anak yang dilahirkan suka lembab pergerakannya, sistem peneguhan kadang kala dapat membantu memotivasikan anak. Buatlah grafik bintang, peneguhan wang, atau janji untuk memainkan permainan khusus pada setiap hari, untuk setiap kali si pelamun siap meninggalkan tempat pada waktunya.

Apa yang Salah dengan Kesempurnaan? Orang dewasa kerap lupa bahwa kesempurnaan merupakan hal yang tidak mungkin dicapai pada anak. Anak yang memaksakan diri untuk melakukan sesuatu agar sempurna disamping itu menyiksa diri. la akan mengalami peningkatan kekecewaan. Bahkan, ia mungkin menderita sepanjang hidupnya bila tidak belajar memahami sejak usia ini bahawa mencuba menjadi yang terbaik sudah merupakan hal yang bagus buatnya. Berikut beberapa cara untuk mengurangkan tekanan pada anak: Beritahu tentang bagaimana setiap orang melakukan kesalahan dan ceritakan saat anda berbuat kesalahan. Tekankan pada pemahaman nilai-nilai dari usaha untuk mencapai sesuatu daripada penekanan pada kejayaan. Terapkan teknik refleksi bagi anak dalam kehidupan. Itu bukan masalah adalah kata yang sebaiknya anda gunakan ketika anak menumpahkan susu. Atau, ketika anda harus mencuci baju lagi karana bajunya terkena tumpahan susu. Ketika sesuatu berjalan dengan tidak semestinya, ajari anak dengan bertanya, "Oke, tetapi dapatkah itu diperbaiki?" Orang yang perfeksionis cenderung ingin menghancurkan kertas soal matematika karena jawabannya tidak sempurna atau karva gambarnya tidak memenuhi standarnya sendiri. Tunjukkan berbagai jalan untuk memperbaiki kesalahan dengan cara menghapus, menggunakan Tip-Eh, atau membuat korcksi di komputer.

140

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Tekankan juga agar anak biasa bersikap fleksibel. Anak perfeksionis sukar mengatasi sesuatu yang tidak mereka duga. Ketika rencana berubah, beritahulah tentang kekecewaan anda sendiri dan bersimpatilah pada anak. Lalu, bersama-sama temukan sesuatu yang baik tentang perubahan yang telah terjadi. Disebabkan hari hujan dan Anda tak dapat pergi berkelah, anda berdua biasa menonton filem contohnya. Jangan menjadi contoh orang yang perfeksionis untuk diri anda sendiri. Penting sekali bagi anak untuk melihat ketika Anda memanggang kue cokelat, hasilnya tidak baik sangat, dan ketika anda membuat sesuatu, kadang-kala anda harus mencabut paku dan memulai lagi. Anak belajar melalui teladan anda.

Tingkah laku Negatif Anak Orang Jangan takut untuk menegakkan peraturan di rumah atas ketenteraman anak anda. Jelaskan berbagai peraturan di rumah dengan bahasa yang ringan dan positif "Kita makan snek di dapur. Kita tidak membawa makanan ke mana-mana di dalam rumah." Bila ada anak lain yang berlaku tidak pantas, jangan berteriak atau terkejut. Cukup jelaskan peraturan rumah Anda. Selalunya, "anak yang berperlakuan negatif" dapat bersikap benar di rumah orang lain yang mereka hormati.

RUJUKAN Asmah Bee Mohd Noor dan Ira Herman.1995. Membina Kesejahteraan Remaja. Selangor:Tekno Edar. Atan Long. 1982 . Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azizi Yahaya, et.al. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM.

Dilema Sehari-hari

141

Davis, I. P. 1984. Adolescents. Theoretical and Helping Perspectives.Lancaster:Kluwer-Nijhoff Publishing. Fleming, C. M. 1972 . Adolescence,Its Social Psychology. London:The Alden Press (Oxford) Ltd. Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Remaja. Universiti Malaya:Prentice Hall. Mohd Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd. Jamil Yaacob. 2005. Memahami Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub, 1998. Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruzlan Md. Ali dan Rosna Awang Hashim. 2003. Perkembangan Sosioemosi Remaja: Tanggung Jawab Bersama. Sintok:UUM. Weiner, I.B. 1989). The Psychosocial Worlds of the Adolescent Public and Private. Canada:A Wiley-Interscience Publication. .

142

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

12
ADAB MAKAN
Shahrin Hashim
PENGENALAN Waktu makan sebenarnya dapat memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk merapatkan hubungan. Waktu makan juga dapat digunakan oleh ibu bapa melatih anak-anak tentang adap dan tatasusila sewaktu makan di samping merupakan waktu yang baik untuk bersua muka setelah sibuk seharian bekerja. Suasana ketika makan bagi sebuah keluarga yang normal boleh digambarkan seperti situasi keluarga Salleh ini. Makan malam sudah siap, kata isteri Salleh yang terus menyediakan makanan kepada keluarganya setelah pulang dari kerja. En Salleh yang baru sahaja pulang dari kerja berkata,Ok, sekejap lagi abang datang. Bagaimanapun, kata-kata isteri Salleh tidak dihiraukan oleh dua orang anak mereka iaitu Ani yang berusia empat tahun yang sedang asyik bermain anak patung. Begitu juga dengan Jamal,kanak-kanak berusia lapan tahun yang sedang leka dengan siaran kegemarannya di televisyen. Isteri Salleh yang baru selesai menghidangkan makanan di atas meja kemudian bertanya kepada anak-anaknya, dah cuci tangan belum?. Jamal dan Ani yang memahami pertanyaan ibu mereka terus mengatur langkah ke singki dan Jamal masih sempat untuk mengusik adiknya, Ani. Isteri Salleh terus berteriak,sudah, hentikan. Suasana ketika itu digamatkan dengan bunyi deringan telefon dan salakan anjing. Ani yang sudah berada di meja makan berkata, Ani tak nak makan spageti, Jamal menyampuk, diam,

Waktu Makan

143

bodoh. Ani yang sedih dan geram dengan kata-kata abangnya terus menangis di pangkuan ibunya seraya berkata, mama, Jamal jahat.Cakap kat Jamal, jangan buat jahat lagi kat Ani,. Ibunya terus mengambil makanan lain kepada Ani. Jamal yang sudah mengadap spageti berkata, taknak makan sayur ni, nampak macam kotor je, sambil menolak pinggan spagetinya dan mengambil roti. Walau bagaimanapun, hanya bahagian tengah roti yang menjadi hidangan Jamal manakala bahagian lain bertaburan di atas meja dan menyebabkan lantai menjadi kotor. En Salleh yang hanya memerhati pada awalnya berkata, Tak boleh ke kalau kita semua makan tanpa banyak songeh?. En.Salleh membawa sepiring mi untuk Ani dengan perasaan yang jengkel dan kemudian mengadap spagetinya yang sudah hampir sejuk. Jamal meminta izin untuk meninggalkan meja makan dan Ani menyusul kemudian. Ini adalah situasi biasa yang dapat dilihat dan dialami oleh kebanyakan orang ketika makan. Ada situasi ketika makan yang disertai dengan suasana tangisan anak yang masih kecil ataupun kanak-kanak atau orang dewasa yang melemparkan pinggan mangkuk dari atas kerusi kerana tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan dan sebagainya. Sememangnya bukan mudah untuk memiliki waktu makan yang ideal seperti yang dapat dilihat di televisyen. Walau bagaimanapun, keluarga Salleh masih boleh memiliki suasana makan yang lebih menyenangkan seandainya seluruh ahli mereka diasuh untuk mengamalkan tata tertib ketika makan sejak kecil dengan konstan. Waktu Makan Memerlukan Perubahan Perubahan yang baik dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain dapat meningkatkan tingkahlaku anak-anak dalam memasuki sesuatu tahap yang baru. Ini kerana bukan mudah untuk mengajak anakanak ke meja makan khususnya apabila anak-anak sedang asyik menonton rancangan kegemarannya.Begitu juga yang sedang leka bermain dengan rakan-rakan sepermainan. Sukar bukan? Berikut adalah antara beberapa langkah yang boleh diikuti dan diamalkan

144

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut. i Ibu bapa perlu mewujudkan jadual waktu makan yang teratur supaya masa anak-anak untuk aktiviti mereka yang tersendiri tidak diganggu. Misalnya masa bermain. Dengan adanya jadual waktu, lama-kelamaan anak-anak akan menjadi terbiasa dengan waktu makan yang dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Walaupun kadangkala setiap keluarga tidak mempunyai kesempatan untuk makan pada waktu yang telah ditetapkan, perubahan waktu makan masih akan meningkatkan perasaan anak-anak untuk makan seterusnya berada di meja makan kerana telah terbiasa dan akan menjadi lapar sekiranya tidak menjamah makanan. ii Aktiviti yang tenang sebelum makan malam umumnya akan menjadikan suasana makan menjadi lebih mudah. Anak-anak yang bersekolah akan cenderung untuk membuat latihan atau kerja sekolah di meja dapur sementara menanti ibu mereka menyiapkan makan malam. Anak yang lebih kecil pula mungkin boleh diberikan permainan seperti puzzle, lego atau permainan yang lain yang seumpama dengannya. Membiarkan anak-anak menonton televisyen sebelum makan malam, boleh juga dilakukan tetapi ia perlu dielakkan sekiranya masa adalah terlalu hampir dengan masa makan. iii Semua ahli keluarga perlu diberi peringatan lima minit sebelum semua berada di meja makan. Setiap orang perlu dibiasakan untuk mencuci tangan sebelum berada di meja makan. iv Tanggungjawab membantu ibu bapa untuk menyediakan makanan perlu diberikan kepada anak-anak bersesuaian dengan usia mereka seperti membawa senduk dan piring ke meja makan.

Waktu Makan

145

Anggota Keluarga yang Membantu Menyiapkan Makanan Memiliki Tingkah laku yang lebih Baik Kebanyakan rumahtangga pada hari ini masih meletakkan tanggungjawab untuk memasak dan menyediakan makanan di bahu isteri walaupun ramai isteri atau ibu yang bekerja untuk membantu meringankan beban kewangan suami masing-masing. Suami atau isteri yang paling awal sampai ke rumah sebenarnya adalah calon yang paling sesuai untuk memasak untuk ahli keluarganya. Suami atau isteri yang tiba selepas itu pula mungkin boleh membantu dengan mengeluarkan belanja untuk bahan makanan yang ingin disediakan atau membersihkan meja makan. Ibu bapa mungkin boleh mendapatkan bantuan anak-anak untuk tugas-tugas yang sesuai dengan umur mereka. Semakin muda usia anak tersebut, maka semakin mudahlah untuk meminta bantuan mereka. Pada tahap awal, mungkin sesuatu tugas itu akan memakan masa yang lama untuk disiapkan oleh anak-anak tersebut memandangkan mereka masih belum terbiasa. Tetapi lamakelamaan, apabila anak-anak sudah mahir,kerja tersebut akan mengambil masa yang lebih singkat. Anak yang berusia tiga tahun mampu melakukan tugas pada satu tahap. Ia dapat membersihkan sisa makanan yang kecil di atas kerusi dan juga bekerja di samping ibu bapa dengan pengawasan ibu bapa. Anak-anak pada usia ini boleh diajar meletakkan sudu, garpu dan pisau di setiap tempat yang sesuai di atas meja. ii Anak yang berusia empat tahun dapat melakukan tugas yang lebih berat misalnya membersihkan meja dan mengemaskannya sebelum mengatur dan menyusun peralatan untuk makan. Mereka juga boleh diajar untuk mengupas, menumbuk dan menggulung makanan tertentu. iii Pada usia lima tahun, kanak-kanak boleh diajar untuk membuat sarapan atau makanan yang mudah. i

146

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

Bagaimanapun, sekiranya ia melibatkan penggunaan ketuhar gelombang mikro ataupun pembakar roti, ibu bapa perlu mengawasi atau mengambil alih tugas untuk mengangkat makanan yan telah dipanaskan. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat memarut dan menggiling makanan. Mereka juga dapat memotong makanan sekiranya diajar dengan cara yang betul dan dalam pengawasan. iv Kanak-kanak yang lebih tua memiliki kemampuan penuh untuk melakukan pelbagai tugas menyiapkan makan malam. Walau bagaimanpun, mereka perlu mendapat asuhan daripada ibubapa sejak kecil. Sekiranya ini diamalkan ibu bapa akan terkejut melihat betapa ringannya beban yang ditanggung oleh para ibubapa. Antara manafaat lain yang dapat dilihat dengan bekerjasama menyediakan makan malam adalah setiap orang akan berada tidak jauh antara satu sama lain dan akan siap untuk duduk di meja makan ketika hidangan telah siap. Jenis Masakan Aku tak suka makan daging berlapis telur, Renggek anak yang berusia empat tahun. Kata-kata seperti ini pasti akan menimbulkan kejengkelan dan kemarahan ibubapa yang telah penat menyediakan makanan untuk keluarganya. Walau bagaimanapun, semua ibu bapa pastinya tidak ingin melihat anak-anak mereka meninggalkan meja dengan perut yang kosong. Berikut adalah antara cadangan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. i Sediakan pilihan makanan yang pelbagai. Selain makanan utama seperti nasi, sediakan pula makanan yang disukai oleh anak anda seperti roti. Sungguhpun kanak-kanak tersebut tidak gemar makanan utama yang disediakan, mereka masih akan mencuba makanan lain yang ada diatas meja yang menarik selera mereka untuk makan. ii Untuk makanan yang baru ingin diperkenalkan kepada

Waktu Makan

147

iii

iv

vi

vii

kanak-kanak, sayur-sayuran misalnya, sediakan dalam kuantiti yang kecil. Mintalah anak anda supaya mencubanya setidak-tidaknya satu gigitan. Menurut pakar nutrisi, ibu bapa perlu memperkenalkan 15 hingga 20 kali makanan baru kepada anak mereka sehingga mereka betulbetul berminat dengannya. Anak-anak yang suka makan sandwich dan kacang selama tiga bulan berturut-turut dan tiba-tiba beralih kepada makanan lain seperti makaroni. Ibu bapa tidak perlu terkejut dan mungkin boleh merujuk kepada pakar sama ada makanan anak mereka sesuai dengan umur atau tidak. Ibu bapa juga perlu memahami bahawa selera kanak-kanak akan berubah dari semasa ke semasa. Ketika anak-anak mengalami pertumbuhan yang pesat, mereka akan makan dengan lebih banyak berbanding sebelumnya. Ketika pertumbuhan lambat, mereka akan makan pada kadar yang sedikit. Kanak-kanak juga tidak gemar sekiranya makanan mereka dicampur dengan pelbagai lauk dan sayur-sayuran. Hidangkan makanan dalam pinggan yang berbeza biarpun ahli keluarga yang lain lebih gemar sekiranya ia dicampurkan bersama. Ibu bapa juga tidak perlu memaksa anak-anak untuk meneruskan suapan makanan apabila mereka telahpun berasa kenyang. Seluruh anggota keluarga mesti didorong untuk berhenti makan ketika perut sudah terasa kenyang. Tidak seorang pun sepatutnya dipaksa untuk makan sedikit lagi atau menghabiskan seluruh makanan yang bersisa dipinggannya. Kanak-kanak perlu diajar supaya makanan adalah mengandungi nutrien dan bahan bakar. Bukanlah satu cara yang elok untuk menjadikan makan sebagai satu tabiat ketika tubuh badan sedang lesu dan kenyang kerana ia akan boleh menyebabkan gangguan kepada pola makan seseorang. Apabila kanak-kanak berasa kecewa,ibu bapa tidak sewajarnya mengumpannya dengan aiskrim.

148

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

viii Orang dewasa perlu menjadi model yang baik kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan meniru segala perbuatan yang dilihat. Oleh itu, apabila ibu bapa suka menikmati makanan yang pelbagai, anak juga akan melakukannya. ix Ibu bapa tidak sepatutnya mengancam tidak akan memberikan hidangan pencuci mulut dengan berkata,Tidak ada hidangan pencuci mulut kalau kamu tidak menghabiskan makanan ini Makanan seperti kuih ataupun buah baik untuk disediakan semasa makan bersama keluarga. Menanamkan Tingkah-laku yang Baik Contoh yang baik perlu ditunjukkan kepada anak-anak ketika makan.Antaranya ialah membaca doa, tidak bertengkar ketika makan, tidak merungut dan tidak bersendawa. Tingkah laku yang baik sangat berguna dalam menjalani kehidupan seharian khususnya dalam menjalinkan sesebuah hubungan. Makan malam bersama adalah salah satu ruang atau kesempatan yang cukup baik untuk mengajar anak-anak tentang adab sopan. Berikut adalah antara cara-cara untuk mengajar anakanak ketika berada di meja makan. i Anak-anak perlu diajar supaya tidak meminta makanan orang lain, makan dengan cara yang kurang sopan atau bersendawa ketika makan. ii Perkataan tolong dan ucapan seperti terima kasih baik digunakan semasa meminta sesuatu diambilkan di meja makan. iii Suasana makan yang menyenangkan lebih penting daripada cara makan yang baik. Jadi ibu bapa perlu bijak menyeimbangkan antara mengajar anak-anak dan membiarkan tingkahlaku anak-anak di meja makan. iv Kanak-kanak yang masih kecil tidak betah untuk duduk di meja makan pada tempoh yang lama. Oleh itu, biarkan

Waktu Makan

149

mereka meninggalkan meja makan apabila mereka selesai menikmati makanan mereka. Fokus Keluarga Ketika makan bersama, apa yang paling menyenangkan adalah kurangnya rungutan oleh setiap ahli keluarga. Suasana seperti itu akan menimbulkan suasana makan yang menyenangkan dan santai. Fokus perbincangan di meja makan adalah apa yang berlaku pada setiap orang dalam ahli keluarga pada hari tersebut. Masingmasing mungkin boleh bertukar-tukar pendapat dan pengalaman tentang apa yang dilalui pada sepanjang hari. Ketika anak-anak semakin membesar, ibu bapa mungkin boleh meminta anak-anak membacakan artikel atau berita di surat khabar yang penting yang telah dibaca olehnya. Pada usia lapan tahun anak-anak sudah boleh menjadi pembaca yang baik dan boleh mendidik anak-anak untuk mahir berbincang dengan orang lain. Makan di Restoran Bagi kebanyakan orang dewasa, makan di restoran menjadi suatu yang dapat menghilangkan keletihan menjalani rutin harian. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu bijak menangani karenah anak-anak yang pelbagai di restoran. Salah satu daripada perkembangan anak-anak adalah bagaimana cara untuk makan di restoran. Saya pernah makan di restoran dengan bayi yang merangkak di kaki saya sementara kami baru menyantap makanan satu atau dua sudu. Saya meninggalkan restoran dengan tumpahan makanan di sana sini. Berkali- kali saya makan dengan anak perempuan saya yang ketiga. Dia tidak pernah tertarik untuk makan walaupun semua ahli keluarga yang lain sedang leka menjamah hidangan. Jadi sebelum anda menutup buku ini dan memilih untuk makan di restoran, pastikan anda telah membuat perancangan yang rapi. Berikut adalah antara

150

Perkembangan Tingkah Laku Remaja

persediaan yang boleh dilakukan sebelum pergi ke restoran yang menjadi pilihan masing-masing. i Bawa barang-barang keperluan anak-anak seperti botol susu, kain alas dada, pakaian ganti dan tempat duduk khas untuk anak-anak yang masih kecil. Ibu bapa juga perlu membawa makanan sampingan lain kerana ada anak-anak yang tidak suka makan di restoran. Anak-anak juga mungkin memerlukan snack. ii Bawalah mainan yang mudah dicuci serta tidak terlalu mahal. Barang mainan sering terjatuh dan sukar untuk dijumpai dicelah meja. iii Pilih restoran yang mempunyai pelayan yang ramah tetapi ini tidak bermakna ibu bapa perlu memilih restoran fast food. iv Pergilah ke restoran dengan agak awal supaya suasana di restoran tersebut tidak terlalu sibuk dengan ramai orang. v Pilihlah meja yang berada di ruang yang tidak menjadi laluan ramai orang supaya anak-anak bebas bermain. vi Jauhkan benda-benda yang tajam, merbahaya dan mudah pecah daripada anak-anak. vii Jangan biarkan pelayan menberi makanan lebih awal kepada anak-anak supaya anak-anak tidak akan selesai menjamah hidangan lebih cepat daripada ahli keluarga yang lain. viii Setelah selesai memesan makanan, ajaklah anak-anak untuk mengambil angin di luar restoran supaya anak-anak dapat mengisi masa luang yang ada. ix Setelah selesai menikmati menu utama, pelawa anak-anak untuk menikmati hidangan penutup di restoran lain. Cara ini akan dapat mengurangkan waktu anak-anak untuk tidak duduk diam. Suasana seperti ini akan dapat mewujudkan keadaan yang lebih selesa kepada ahli keluarga yang lain untuk bergembira dan makan dengan tenang. Apabila situasi menjadi tegang, ibu bapa perlu mempersiapkan diri untuk meninggalkan restoran dan menghabiskan makanan masing-

Waktu Makan

151

masing.Waktu makan adalah waktu yang special untuk keluarga. Dengan mewujudkan suasana makan yang baik, maka ibu bapa akan dapat memperolehi seorang anak remaja yang senang untuk makan dan tidak akan meninggalkan waktu makan bersama keluarga yang dirasakan sungguh bermakna kepada dirinya. RUJUKAN

Asmah Bee Mohd Noor dan Ira Herman.1995. Membina Kesejahteraan Remaja. Selangor:Tekno Edar. Atan Long. 1982 . Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azizi Yahaya, et.al. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Davis, I. P. 1984. Adolescents. Theoretical and Helping Perspectives. Lancaster:Kluwer-Nijhoff Publishing. Fleming, C. M. 1972 . Adolescence,Its Social Psychology. London:The Alden Press (Oxford) Ltd. Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Remaja. Universiti Malaya:Prentice Hall. Rohaty Mohd. Majzub, 1998. Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruzlan Md. Ali dan Rosna Awang Hashim. 2003. Perkembangan Sosioemosi Remaja: Tanggung Jawab Bersama. Sintok:UUM. Weiner, I.B. 1989). The Psychosocial Worlds of the Adolescent Public and Private. Canada:A Wiley-Interscience Publication.

128

Indeks

INDEKS
A
Aggresif 92 B Bantahan 79 Berkelakuan negatif 117 Berkomunikasi 73 Dalam Ibadat 124 D Desakan kehausan; 7 Desakan kelaparan 7 Desakan seks 7 Dilema 117 F Freud 24 H Hierarki Maslow 5 K Kata-Kata Kesat, 76 kompleks Oedipus 24 M Membantah, 76 Membisu 76 Mengeluarkan 76 Merajuk, 76 P Pendekatan Behaviorisme 3 Pendekatan Humanis 3 Pendekatan Kognitif 3 Pendekatan Neurobiologi 3 Pendekatan Psikoanalisis 3 Pengacara 87 Peringkat deria motor 23 Peringkat Operasi 23 Peringkat Operasi Konkrit .23 Peringkat Praoperasi 23 Perkembangan 26 Pertumbuhan 13

R
Rengekan, 79 Suka Menggigit 99 T Teman Khayalan 112 Teori Perkembangan Arnold Gesell 18 Teori Perkembangan Erik Erikson 18 Teori Perkembangan Jean Piaget 18 Teori Perkembangan Robert Haringshurst 18 Teori Perkembangan Sigmund Freud 18 Tingkah laku 1

You might also like