You are on page 1of 3

IMBASAN GTP

Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan inisiatif bercita-cita tinggi dan meluas yang bertujuan menangani perkara yang menjadi keprihatinan rakyat di samping menyokong transformasi Malaysia untuk menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi, selaras dengan Wawasan 2020 dan sejajar dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. GTP bertumpu kepada:

Perdana Menteri telah mengenal pasti 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) setelah meniliti permintaan rakyat kepada kerajaan selama beberapa bulan dan isu-isu yang paling penting telah dipilih dalam merangka NKRA. Senarai terperinci mengenai projek dan inisiatif bagi setiap NKRA dirangka untuk memastikan keberhasilan pantaspantas yang berimpak tinggi berjaya dicapai demi kepentingan rakyat. NKRA ialah tanggungjawab kementerian yang berkaitan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) diwujudkan bagi memantau pencapaian setiap kementerian. Setiap NKRA dan sasarannya dipaparkan untuk tatapan umum dengan penerbitan Pelan Hala Tuju GTP menjadikan segala usaha telus. Selepas setahun pelaksanaanya, kebanyakan NKRA berjaya mencapai lebih dari 90% sasaran yang ditetapkan dan laporan prestasinya boleh dilihat melalui Laporan Tahunan GTP 2010. Ketelusan ini merupakan testimoni bagi hala tuju Malaysia dalam menyuntik lebih akauntabiliti dan pertumbuhan dalam dasarnya. GTP akan dilaksanakan sehingga 2012 bagi memastikan wujudnya asas yang kukuh bagi transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang progresif dan harmoni.

NKRA KOS SARA HIDUP

Keberhasilan utama yang dijangka dari NKRA Menangani Kos Sara Hidup ialah:

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)


o o

Lebih kurang 250 produk berjenama KR1M boleh dibeli dengan harga 30-50% lebih rendah berbanding di kedai biasa/pasaraya besar Kini terdapat 5 kedai di Lembah Klang sementara 22 lagi bakal dibuka menjelang hujung 2011 85 unit KR1M disasarkan menjelang penghujung 2012

Klinik 1Malaysia

Membuka 50 buah klinik di seluruh begara dengan nisbah 3-4 klinik bagi setiap negeri Rawatan bagi sakit biasa boleh diperolehi dengan kos RM 1 bagi pesakit warganegara Malaysia dan RM 15 bagi pesakit bukan warganegara Malaysia Klinik dibuka di kawasan penduduk berkepadatan tinggi dan berpendapatan rendah demi memastikan rakyat mempunyai akses kepada perkhidmatan perubatan dengan segera

Menu Rakyat 1Malaysia


Set menu dengan harga berpatutan untuk rakyat yang boleh didapati di kedai makan terlibat di seluruh negara Rm 2 untuk sarapan pagi ; RM4 untuk makan tengahari Buat masa kini, terdapat 700 kedai makan yang terlibat dengan skim ini dan akan ditambah kepada 3000 peserta menjelang hujung 2012 Kafeteria pejabat kerajaan dan sektor swasta juga digalakkan supaya melaksanakan Menu Rakyat 1Malaysia

Insentif / Bantuan kewangan


Insentif untuk pemandu teksi Bantuan kewangan sebanyak RM 500 untuk isi rumah berpendapatan RM 3,000 dan kebawah

Bantuan kewangan RM100 bagi setiap pelajar sekolah dari tahun satau hingga tingkatan 5. Tuntutan ke atas bantuan tersebut tertakluk pada pertimbangan ibu bapa pelajar yang memerlukan bantuan Baucar buku bernilai RM 200 untuk semua mahasiswa warganegara Malaysia di pusat pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar tingkatan 6 seluruh negara

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)


Bantuan kewangan untuk warga emas miskin sebanyak RM 300 sebulan Bantuan kewangan untuk kanak-kanak miskin sebanyak RM 100 sebulan, jumlah maksimum RM 450 sebulan bagi setiap isi rumah Bantuan kewangan dan elaun untuk golongan kurang upaya sebanyak RM 150 hingga RM 300 sebulan

Dana Perumahan Khas

Disasarkan kepada golongan nelayan berdasarkan ketidaktentuan sumber pendapatan mereka dan untuk memastikan mereka mempunyai kediaman sendiri

Dana Agro Komersil


Memastikan bekalan makanan yang mencukupi, meningkatkan nilai tambah sektor agro-makanan, memperkukuhkan rangkaian bekalan dan membekal Sebanyak RM 1.1 billion telah diperuntukkan pada 2012 untuk pembangunan sektor agrikultur melalui pembiayaan projek seperti Projek Pembangunan Agrikultur Bersepadu Utara Terengganu, Projek Pengairan Sabah dan Sarawak, TEKUN dan projek-projek NKEA Memperkembangkan Dana Agrikultur Komersial, dengan peruntukan sebanyak RM 300 juta dan meliputi projek inovasi agrikultur Program pertanian kontrak bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi. Program ini akan dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dimana produk agrikultur akan dipasarkan terus melalui FAMA ke pasar tani seluruh negara Sebanyak 4,500 usahawan tani dijangka akan terlibat, melibatkan tanah seluas 7,000 hektar. Untuk tujuan ini, peruntukkan sebanyak RM 14 juta akan disediakan Membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat untuk mempromosikan produk agrikultur tempatan dan produk jenama 1Malaysia

You might also like