You are on page 1of 56

TOPIK 1 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari segi jasmani, mental, sosial

dan rohani membantu murid-murid sekolah mencapai potensi pada peringkat optimum supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (FPK). Program Kesihatan Sekolah (RKS) : untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana ia menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Matlamat PBSS : meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Perkhidmatan kesihatan: a. Menilai status kesihatan murid; b. Memberi khidmat rawatan dan rujukan; c. Memberi bimbingan dan kaunseling; d. Memberi penjagaan rawatan atau kecemasan; e. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit; dan f. Mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan PROSTAR, mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat. 1.1 RASIONAL, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PBSS 1.1.1 Rasional a.Mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama dan komitmen dalam kalangan warga sekolah. b. Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah satu program bersepadu. c.Keperluan mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa. d. Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan. e.Program yang terancang dan bersepadu adalah suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan. f. Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya. 1.1.2 Matlamat PBSS: membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah (PBSS) Program 3K Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Sekolah Kawasan Larangan Merokok
1

Program Susu Sekolah (PBS) Sekolah Bebas Denggi

Perkhidmatan Pergigian

1.1.3 Objektif PBSS a. Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. b. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat. c. Menetapkan polisi/dasar kesihatan sekolah. d. Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. e. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah. i. Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi: ii. Menilai taraf kesihatan murid. iii. Memberi khidmat rawatan dan rujukan. iv. Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid. v. Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di sekolah. vi. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit. vii. Mengenal pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya. 1.2 KEPENTINGAN KESIHATAN SEKOLAH DALAM BEBERAPA KONTEKS Kesihatan adalah disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu: a. Individu b. Keluarga c. Komuniti Beberapa tindakan yang berfaedah seperti berikut: a. Pemeliharaan Persekitaran i. Kawalan pembiakan vektor; ii. Pembuangan sampah dan saliran air limbah yang sempurna; dan iii. Kawasan yang cantik, bersih, selesa dan selamat. b. Struktur Fizikal i. Lokasi yang sesuai; ii. Bangunan yang selamat; iii. Pengudaraan yang sempurna; iv. Pencahayaan yang cukup; dan v. Kemudahan bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang sesuai dan menyediakan bilik rawatan yang sesuai. c. Kerjasama antara Masyarakat dan Sekolah : untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak. Kerjasama meliputi: i. Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan; ii. Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi; dan iii. Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan yang sempurna (rujuk Rajah 1.2). 6 teras utama PBSS : mewujudkan satu pendekatan bersepadu antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat seperti berikut: i. Polisi Kesihatan Sekolah; ii. Persekitaran Fizikal Sekolah; iii. Persekitaran Sosial Sekolah;
2

iv. Penglibatan Komuniti; v. Kemahiran Kesihatan Diri; dan vi. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. 1.2.1 Polisi Kesihatan Sekolah : pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Bertujuan untuk: a. Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. b. Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan. Polisi yang boleh: a. Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah; b. Polisi pertolongan cemas; c. Polisi keselamatan sekolah; d. Polisi kawalan penyakit; e. Polisi persekitaran fizikal sekolah; f. Polisi persekitaran sosial sekolah; g. Polisi pendidikan kesihatan; dan h. Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat. Polisi-polisi yang dilaksanakan perlu dikaji dan dikemaskini dari semasa ke semasa Polisi Indikator Jumlah warga sekolah merokok di dalam kawasan sekolah Bebas asap rokok Bilangan poster larangan merokok di dalam kawasan sekolah Keselamatan makanan di kantin sekolah Rating premis kantin sekolah 1.2.2 Persekitaran Fizikal Sekolah : keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, sihat dan sentiasa mempunyai persekitaran yang selamat untuk: a. Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat; b. Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit; dan c. Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan sihat yang merangkumi bangunan sekolah, bilik darjah, tandas, bekalan air, telefon, kebun/landskap, Makmal, kantin, asrama, klinik,dewan, stor, tempat letak kereta, pagar, perparitan, sistem pembuangan sisa pepejal, pili bomba, dan padang permainan. Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna, beberapa perkara perlu diambil kira, iaitu: Persekitaran yang bersih dan selamat bagi menggalakkan amalan kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan kejadian kemalangan di sekolah. Kebersihan kantin, dapur asrama dan dewan makan sekolah sentiasa bersih, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan kesihatan yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dan Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil.2/1994 (Pengendalian Asrama). Memastikan pengalaman, penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa. Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan Pengetua, Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. Memastikan sekolah bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes mengikut Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994. Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran udara, air dan bunyi bising.
3

i. ii. iii. iv. v. vi.

Pemantauan dan Penilaian a. Peratus sekolah mempunyai rating > 70 peratus untuk 3K (keceriaan, keindahan dan keselamatan). b. Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah. c. Peratus sekolah mencapai > 75 peratus rating bebas denggi di sekolah. d. Peratus sekolah mencapai 75 peratus rating premis makanan. e. Peratus sekolah mematuhi 100 peratus peraturan larangan merokok. f. Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di sekolah. 1.2.3 Persekitaran Sosial Sekolah : Persekitaran yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental atau fizikal. Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa perkara iaitu: a. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah. b. Menyediakan persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah. Persekitaran sosial yang sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar yang seimbang dari kesihatan mental dan fizikal. Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya: a. Membina ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui penghayatan agama dan nilai-nilai murni. b. Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya, rekreasi, hobi, punching bag, sudut pidato dan papan conteng. c. Memberi perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan. d. Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa. e. Menangani kes-kes disiplin warga sekolah mengikut peruntukan peraturan-peraturan disiplin yang sedia ada. f. Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran, Kem Motivasi, Kem Bina Semangat, Kem Ibadat, Kursus Kepimpinan, Rakan Muda, PROSTAR dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian. g. Memberi bantuan atau sokongan moral, khidmat nasihat dan sokongan kewangan seperti Biasiswa, Tabung Kebajikan dan Insurans Takaful. Pemantauan dan Penilaian Berikut adalah petunjuk-petunjuk bahawa sekolah mempunyai persekitaran sosial yang sihat dan selamat. a. Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah; b. Peratus sekolah bebas daripada kes jenayah; c. Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR; dan d. Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/kaunseling/anti-stres. 1.2.4 Penglibatan Komuniti : suatu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah untuk: a. Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan. b. Melibatkan diri dalam bentuk tenaga kepakaran, bahan atau kewangan. c. Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid. d. Menjadi role model amalan cara hidup sihat.
4

Untuk mencapai matlamat PBSS, beberapa aktiviti yang boleh dijalankan untuk memenuhi fungsi penglibatan komuniti: Bil. Aktiviti Fungsi Aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga PROSTAR (Program sekolah tentang bahaya, cara pencegahan dan kawalan AIDS di 1. Sihat Tanpa AIDS samping menanam sikap positif dan prihatin gejala sosial terutama untuk Remaja) gejala seks bebas dan penagihan dadah. Aktiviti meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kemahiran dalam Bebas Denggi di 2. mencegah dan mengawal demam denggi yang melibatkan warga Sekolah sekolah dan komuniti. Aktiviti promosi anti-merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai 3. Anti-merokok kawasan larangan merokok melibatkan warga sekolah dan komuniti. Kempen Cara Hidup Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema 4. Sihat tahunan. Merancang, melaksana dan mengawasi penyediaan, pemprosesan, 5. Program Kantin Sihat hidangan dan penjualan makanan sihat di kantin sekolah oleh warga sekolah dan komuniti. 6. Sekolah Bersih Mempertingkatkan dan mempromosi kebersihan dan keceriaan sekolah. Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-dadah, aktiviti peningkatan 7. Bebas Dadah kesedaran pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah serta langkah pencegahan dan pengawalan. Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti 8. Keselamatan mempertingkatkan keselamatan murid. 9. Rekreasi Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti dan warga sekolah. Melibatkan diri secara aktif dalam penerapan nilai agama, moral dan 10. Agama dan Kerohanian kerohanian. 11. Kekeluargaan Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam aktiviti kekeluargaan. Bilangan aktiviti penglibatan komuniti yang dijalankan di Pemantauan dan 12. sekolah atau warga sekolah. Penilaian Bilangan penyertaan komuniti, ibu bapa dan warga sekolah. 1.2.5 Kemahiran Kesihatan Diri : membentuk sikap yang positif ke arah amalan cara hidup sihat dalam kalangan warga sekolah bagi mengadakan pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan kesihatan fizikal, mental, rohani dan sosial, serta alam sekeliling ke arah amalan cara hidup yang sihat. Aktiviti Kemahiran Kesihatan Diri boleh dijalankan, sama ada melalui pendidikan formal dan tidak formal di sekolah: a. Kesihatan Fizikal i. Kebersihan diri Murid-murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang ditetapkan dalam kurikulum sekolah. Setiap murid mengamalkan kebersihan diri setiap masa melalui kaedah pemeriksaan oleh guru, latihan amali dan demonstrasi. Murid perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri sepanjang masa seperti berpakaian kemas dan bersih, rambut kemas dan bersih, kuku pendek dan bersih serta gigi dan mulut/ hidung yang bersih. ii. Kesihatan Pergigian
5

iii.

iv.

v.

vi.

Aktiviti kesihatan pergigian diajar dan diamalkan di sekolah. Sekolah perlu mengadakan kemudahan untuk latihan amali kebersihan gigi. Senaman dan Kecergasan Sekolah perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya dua masa pelajaran dalam seminggu untuk senaman dan kecergasan. Sekolah perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk senaman dan kecergasan. Murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti senaman dan kecergasan. Makan Secara Sihat Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada setiap murid melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal. Sekolah perlu memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah adalah bersih, selamat dan berzat. Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat, bersih dan selamat. Anatomi dan Fisiologi Tubuh Badan Guru dan murid perlu diberi pengetahuan asas mengenai struktur dan fungsi tubuh badan melalui pendidikan formal. Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Guru dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Pertolongan Cemas Sekolah perlu melatih guru dan warga sekolah berkaitan pertolongan cemas. Sekolah perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peti kecemasan di dalam setiap bilik darjah. Murid perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas.

b. Kesihatan Mental dan Sosial i. Perkembangan Mental dan Sosial Guru dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan mengenai perkembangan mental dan sosial yang normal. ii. Tekanan Rakan Sebaya dan Keluarga Murid perlu diberi kemahiran untuk menangani masalah berkaitan dengan rakan sebaya dan keluarga. Guru hendaklah didedahkan kepada cara-cara mengenal pasti masalah kesihatan mental dan sosial dalam kalangan murid. Sekolah perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada warga sekolah. Pemantauan dan Penilaian a. Pendidikan Kesihatan Formal i. Ujian bertulis selepas topik/penggal/tahunan; ii. Ujian lisan selepas setiap topik/penggal/tahunan; iii. Kajian semula kurikulum sekolah yang formal; iv. Skor tingkah laku berkala; v. Laporan untuk setiap projek; dan vi. Senarai semak setiap penyeliaan berkala yang dijalankan. b. Pendidikan Kesihatan Tidak Formal i. Laporan Tahunan oleh:
6

ii. iii. iv. v.

Jawatankuasa Kesihatan Sekolah; Kelab Kesihatan Sekolah; dan Biro Kesihatan. Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran sekolah. Skor pemeriksaan kesihatan diri. Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di sekolah iaitu pertandingan kesihatan, kuiz kesihatan dan pameran kesihatan. Skor tingkah laku selepas kaunseling.

1.2.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah : merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan, penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di dalam kelas khas yang diberi oleh doktor perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian kesihatan optimum warga sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk: a. Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu. b. Membina kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum dan amalan cara hidup sihat. c. Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna. d. Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah. e. Mengesan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut. f. Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah. g. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit. Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah: i. Penilaian Status Kesihatan Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesahan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. Antara aktiviti yang perlu dijalankan adalah: o Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid. o Rekod Kesihatan Murid (RKM) hendaklah sentiasa dikemaskini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid tersebut tamat tahun 6. Sekiranya seseorang murid itu bertukar sekolah, buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu. o Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan. o Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. o Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid. ii. Rujukan dan Tindakan Susulan o Pemerhatian atau rawatan awal terhadap kes yang dirujuk. o Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan. iii. Khidmat Kaunseling Penyediaan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih di setiap sekolah. iv. Pemakanan Aktiviti pemakanan meliputi:
7

v.

vi.

vii.

viii.

Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengkelasan status pemakanan mengikut RKM. o Pengesanan secara fizikal dan klinikal kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain. o Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat. o Ceramah dan promosi pemakanan (healthy eating) kepada warga sekolah. o Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. o Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lain-lain. o Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan. Pergigian Perkhidmatan pergigian perlu dijalankan: o Dengan mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk rawatan pergigian murid oleh sekolah. o Untuk menilai status kesihatan pergigian yang merangkumi pemeriksaan gigi, tisu-tisu lembut dan kecacatan dentofacial oleh doktor pergigian atau jururawat pergigian. o Untuk memerhati aspek kebersihan mulut murid oleh guru kelas. o Dengan memberikan keutamaan kepada aspek pencegahan dan promosi kesihatan pergigian. o Dengan memberikan rawatan pergigian yang sistematik dan komprehensif kepada murid. o Dengan menyediakan rujukan bagi kes yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut oleh doktor pergigian dan jururawat pergigian. Pertolongan Cemas Walaupun langkah berjaga-jaga ada disediakan, kemalangan dan serangan penyakit masih boleh berlaku ketika murid berada di sekolah. Polisi dan peraturan yang jelas untuk mengendalikan pertolongan kecemasan adalah diperlukan. o Sekolah juga perlu menyediakan perkara-perkara asas berikut: o Sebuah bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi juga dengan peti pertolongan cemas (sila rujuk Rajah 1.3). o Sekurang-kurangnya seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardiopulmonari. Pendidikan Kesihatan Aktiviti Pendidikan Kesihatan meliputi: o Penyampaian Pendidikan Kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal. o Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. o Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas Aktiviti bagi kanak-kanak dengan perkembangan pada tahap di bawah normal mengikut umur atau kehilangan keupayaan fizikal, penglihatan dan pendengaran meliputi: o Diagnos dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas. o Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas o Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, pemulihan cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan.
o

Pemantauan dan Penilaian a. Pemeriksaan Status Kesihatan i. Peratus murid yang diperiksa oleh jururawat dan doktor. ii. Kadar pengesanan cacat penglihatan. iii. Liputan imunisasi. iv. Kadar kejadian penyakit. b. Rujukan dan Tindakan Susulan i. Bilangan kes dirujuk. ii. Bilangan kes keciciran daripada kes rujukan. c. Pemeriksaan Status Pemakanan i. Bilangan dan peratus dengan berat badan menurut ketinggian. < 80 peratus mengikut tahun persekolahan (kurang zat makanan); dan > 120 peratus mengikut tahun persekolahan (obesiti). ii. Bilangan dan peratus murid dengan hemoglobin (Hh) < 10 gm% mengikut tahun persekolahan (anemia). iii. Bilangan dan peratus murid yang dikesan mengidap beguk. iv. Bilangan dan peratus murid yang menerima bantuan susu sekolah. v. Bilangan dan peratus murid yang menerima bantuan makanan tambahan. d. Pemeriksaan Status Kesihatan Pergigian i. Peratus murid dengan tahap kebersihan gigi yang optima. ii. Peratus murid yang diberi rawatan sehingga tahap demofitness. e. Pertolongan Cemas i. Bilangan dan peratus peti pertolongan cemas yang lengkap. TOPIK 2 PROMOSI KESIHATAN SEKOLAH Definisi kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak berdaya. (Badan Kesihatan Sedunia (WHO)) Melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan Aspek Positif dan Negatif Aspek Positif Aspek Negatif a. Berpenyakit a. Kesejahteraan dari segi fizikal b. Tidak sihat b. Kesejahteraan dari segi mental c. Cedera c. Kesejahteraan dari segi sosial d. Cacat atau tidak berdaya atau lemah. Matlamat keseluruhan promosi kesihatan ialah mencapai keseimbangan antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. 2.1 PROMOSI KESIHATAN SEKOLAH Konsep Health Promoting School (HPS) yang diperkenalkan oleh WHO adalah berdasarkan teori Ottawa Charter. Mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) untuk menyepadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Aspek promosi kesihatan telah menonjolkan aspek kesejahteraan kehidupan individu sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat dan menekankan aspek kesihatan yang positif. Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosio-ekonomi dan persekitaran.
9

2.1.1 Pendidikan Kesihatan Pendidikan kesihatan menggalakkan kesihatan positif dan mencegah keadaan tidak sihat atau penyakit melalui pengaruhnya terhadap kepercayaan dan tingkah laku individu, kumpulan atau masyarakat.

2.1.2 Aspek Pencegahan a. Pencegahan primer: melibatkan tindakan individu untuk mencegah daripada berlakunya penyakit atau ketidakupayaan atau kecacatan. Contoh: imunisasi dan vaksinasi. b. Pencegahan sekunder : melibatkan pengenalpastian di peringkat awal keadaan kesihatan seseorang individu. Contoh: pemeriksaan perubatan dan fizikal untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami penyakit seperti diabetes, hipertensi atau kegagalan jantung, melakukan pemeriksaan gigi atau mata untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik. c. Aspek pencegahan tertier : membabitkan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan individu akibat daripada penyakit yang sedang dialami olehnya. Contohnya, pesakit akan mengawal keadaan penyakit kencing manisnya dengan mengambil ubat yang diarahkan oleh doktor serta mengawal diet (pemakanan) supaya tidak mengalami masalah retinopati (kerosakan mata), neuropati (kerosakan sistem saraf) ataupun nefropati (kerosakan buah pinggang) akibat daripada keadaan kencing manis yang tidak terkawal. 2.1.3 Strategi-strategi ke Arah Mempromosi Kesihatan 1. Penekanan dari sudut promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan serta pemulihan dan pengekalan sistem kesihatan yang berkesan dan adil. 2. Sistem kesihatan di kawasan luar bandar akan dimajukan. 3. Sistem bekalan air dan sanitasi, program nutrisi dan imunisasi akan diperluaskan. 2.1.4 Cara Pemakanan yang Sihat Kerjasama antara agensi kerajaaan dan bukan kerajaan serta badan profesional, menggunakan media massa untuk mendidik masyarakat, pengiklanan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah dan mempertingkatkan komunikasi interpersonal sama ada di klinik atau di peringkat komuniti. 2.1.5 Konsep Teleperubatan dan Aspek-aspek Lain Visi teleperubatan akan membantu mengubah perkhidmatan penjagaan kesihatan dan industri kesihatan ke arah globalisasi untuk perkhidmatan, produk dan pendidikan kesihatan. Teleperubatan ini akan digunakan sebagai alat untuk menggalakkan serta menjalankan tanggungjawab yang lain dari aspek penjagaan kesihatan diri sendiri. Kerajaan dalam usahanya mempromosikan kesihatan banyak menekankan kepada amalan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat melalui kempen anti-merokok, anti-alkohol dan anti-dadah.
10

Kerajaan juga mengenakan penalti yang berat terhadap individu yang terlibat dalam pergaulan atau aktiviti seks rambang yang menyebabkan kanser, AIDS. Masyarakat juga digalakkan hidup dalam suasana aman dan harmoni dan menghindari daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan ketegangan mental yang menyebabkan tekanan jiwa. 2.2 POLISI KESIHATAN SEKOLAH Definisi polisi kesihatan sekolah : satu pernyataan jelas dan berupaya menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Fungsi polisi kesihatan sekolah adalah bertujuan untuk: a. Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar; b. Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan. 2.2.1 Penetapan Kenyataan Polisi Kesihatan Sekolah Jawatankuasa PBSS Peringkat Sekolah boleh menetapkan kenyataan polisi kesihatan sekolah berdasarkan lokasi sekolah, status sosio-ekonomi dan budaya masyarakat tempatan. Polisi kesihatan sekolah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS di Peringkat Kebangsaan adalah ditetapkan berdasarkan masalah kesihatan yang dihadapi melalui polisi berikut:

2.2.2 Pelaksanaan Polisi Kesihatan Sekolah Sekolah hendaklah menjalankan program dan aktiviti berlandaskan polisi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PBSS Peringkat Kebangsaan atau Jawatankuasa PBSS Peringkat Sekolah.

Polisi yang dibentuk adalah bersesuaian dan berkaitan dengan keperluan sekolah iaitu: a. Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah; b. Polisi pertolongan cemas; c. Polisi keselamatan sekolah; d. Polisi pencegahan penyakit; e. Polisi penekanan aspek fizikal dalam sekolah;
11

f. Polisi penekanan aspek sosial dalam sekolah; g. Polisi pendidikan kesihatan; dan h. Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat. 2.2.3 Pelaksanaan PBSS di Sekolah Semua sekolah hendaklah melaksanakan PBSS. Bagi menjayakannya, komponen pengurusan berikut perlu dijalankan.

2.3 KONSEP PROMOSI KESIHATAN 1. Pengertian promosi kesihatan : sebagai sebahagian daripada tahap pencegahan penyakit. Terdapat lima tahap pencegahan penyakit dalam perspektif kesihatan masyarakat iaitu: a. Peningkatan atau promosi kesihatan; b. Perlindungan khusus seperti melalui imunisasi; c. Diagnosis awalan dan rawatan segera; d. Mengawal atau mengurangkan terjadinya kecacatan; e. Pemulihan. 2. Promosi kesihatan dalam konteks ini adalah peningkatan kesihatan. 3.Pengertian ke-2, promosi kesihatan : keupayaan memasarkan, menyebarluaskan, memperkenalkan atau menjual kesihatan. 4. Mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan masyarakat terhindar daripada berbagai-bagai penyakit sama ada fizikal dan juga mental agar masyarakat menjalani kehidupan sesuai dengan nilai-nilai kesihatan. 5. Lawrence Green (1984) merumuskan promosi kesihatan sebagai segala bentuk kombinasi pendidikan kesihatan dan intervensi yang terkait dengan ekonomi, politik dan organisasi yang dirancang untuk memudahkan perubahan tingkah laku dan lingkungan yang kondusif bagi kesihatan. 2.4 PROGRAM PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN Objektif program ini : membudayakan amalan keselamatan makanan yang baik dalam kalangan warga sekolah. Contoh: road show fasa kedua kepada pengendali makanan di sekolah-sekolah, seminar keselamatan makanan, kajian, ceramah dan sebagainya supaya rakyat Malaysia dapat menerapkan budaya mementingkan aspek keselamatan makanan sebagai satu gaya hidup sihat. Pengertian Tanpa Kuman, Makanan Selamat 1. Keracunan makanan ialah penyakit yang berlaku selepas memakan makanan yang tercemar dengan kuman dan bahan kimia. 2. Slogan Tanpa Kuman, Makanan Selamat : makanan yang dimakan adalah selamat dan tidak mendatangkan masalah kesihatan dan penyakit tanpa kehadiran kuman yang merbahaya.
12

TOPIK 3 PELAKSANAAN PBSS Dalam melaksanakan PBSS, konsep yang berdasarkan kepada "Ottawa Charter on Health Promotion" ini berteraskan kepada lima komponen asas dalam memastikan kewujudan suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu: a. Melalui penyataan polisi kesihatan sekolah; b. Persekitaran sekolah yang sihat dan selamat; c. Penglibatan keluarga dan komuniti dalam mempromosikan kesihatan; d. Kemahiran kesihatan diri dalam kalangan pelajar; dan e. Perkhidmatan kesihatan sekolah yang berkualiti seperti sedia kala. 3.1 Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan: jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan, termasuklah pendidikan formal dan tidak formal di sekolah bertujuan untuk membentuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kemajuan dan kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat. 3.1.1 Pendidikan Kesihatan Secara Formal a. Mempertingkatkan dan mengemaskinikan kurikulum yang sedia ada dari semasa ke semasa untuk mengambil kira isu-isu kesihatan semasa. b. Memberi pendidikan kesihatan secara formal kepada guru dan murid iaitu: i. Guru Kursus Asas Perguruan di maktab dan institusi pengajian tinggi Kursus Dalam Perkhidmatan kepada guru-guru terlatih Kursus Lanjutan Kesihatan kepada guru-guru terlatih yang terpilih ii. Pelajar Melalui mata pelajaran yang ditentukan di sekolah Latihan amali Projek-projek khas secara individu atau berkumpulan. c. Penyeliaan dan pemantauan oleh guru dan pelajar. Secara Tidak Formal a. Mengadakan kempen-kempen kesihatan seperti kempen anti-denggi, kempen makan untuk kesihatan, kempen senaman dan kecergasan fizikal dan lain-lain. b. Mengadakan kuiz kesihatan tahunan di setiap peringkat. c. Mengadakan pameran kesihatan di setiap sekolah. d. Mengadakan ceramah atau forum kesihatan di sekolah atau dalam komuniti. e. Mengadakan pertandingan aktiviti berkaitan dengan kesihatan di sekolah-sekolah. f. Mengadakan demonstrasi aktiviti berkaitan dengan kesihatan seperti pemakanan sihat, senaman, penjagaan gigi dan lain-lain lagi. g. Menjalankan pemeriksaan berkala di tempat-tempat seperti bilik darjah, tandas, kantin dan lain-lain kawasan di sekeliling sekolah. h. Melakukan pemeriksaan kebersihan diri oleh guru dan pelajar sendiri. i. Menyediakan khidmat kaunseling. Amalan Kesihatan a. Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah.
13

b. Menubuhkan Kelab Kesihatan dalam kalangan pelajar di setiap sekolah. c. Menubuhkan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah. d. Mengamalkan Cara Hidup Sihat. Promosi Kesihatan Sekolah a. Guru perlu didedahkan kepada kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran berkaitan aktiviti promosi kesihatan sekolah. b. Sekolah perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah mengetahui dan mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan dengan kesihatan sekolah. 3.2 PERANAN Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) bertujuan menyepadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah. 3.2.1 Peringkat Sekolah Membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan. 3.2.2 Peranan Murid a. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PBSS yang dirancang. b. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan. c. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. d. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktivitiaktiviti kesihatan dalam PBSS yang dijalankan di sekolah. 3.2.3 Peranan Guru a. Memahami teras-teras utama PBSS. b. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. c. Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah. d. Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat. e. Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif. f. Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai PBSS. 3.2.4 Peranan Pengetua atau Guru Besar a. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah. b. Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru, wakil agensi kerajaan dan swasta serta wakil masyarakat setempat. c. Merancang aktiviti dengan mengambil kira: i. Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat. ii. Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti PBSS yang berkesan. iii. Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat. iv. Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri
14

d. Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan terancang, tersusun dan berterusan. e. Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan kepada masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan PBSS. 3.2.5 Peranan Ibu Bapa dan Masyarakat a. Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang dirancang oleh sekolah. b. Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PBSS. c. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti PBSS. d. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat. 3.2.6 Peranan Pejabat Pendidikan Bahagian atau Daerah a. Memberi penerangan kepada sekolah mengenai pelaksanaan PBSS. b. Memberi bimbingan kepada sekolah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti. c. Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi bantuan kepada sekolahsekolah yang menjalankan PBSS. d. Mengendali dan memantau program yang dijalankan. 3.2.7 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri a. Memberi penerangan kepada Bahagian/Daerah mengenai pelaksanaan PBSS. b. Memberi bimbingan kepada Bahagian/Daerah untuk menubuhkan Jawatankuasa PBSS dan seterusnya merancang dan menjalankan aktiviti. c. Menghubungi agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan untuk memberi bantuan kepada Bahagian/Daerah yang menjalankan PBSS. d. Mengendali dan memantau perjalanan program. 3.3 JAWATANKUASA PBSS Sekolah hendaklah menubuhkan jawatankuasa PBSS sebagai proses menjayakan pelaksanaannya. 3.3.1 Peringkat Sekolah a. Keahlian Pengerusi : Pengetua/Guru Besar Setiausaha : Guru Kesihatan Ahli-ahli : Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Wakil PIBG Wakil JKKK (Kesihatan) Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Wakil lain-lain dilantik

Keahlian Jawatankuasa PBSS

15

Fungsi jawatankuasa PBSS Menetapkan kenyataan polisi kesihatan Merancang dan melaksanakan pelan tindakan Membuat pemantauan dan penilaian Menyediakan laporan b. Bidang Rujukan i. Mengenal pasti dan mengemaskinikan polisi kesihatan sekolah. ii. Merancang dan melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat atau PBSS. iii. Memastikan latihan diberi kepada guru-guru pelaksana dan penyelia PBSS. iv. Menjalankan aktiviti atau latihan murid, ibu bapa dan masyarakat. v. Mendapatkan kerjasama daripada lapisan masyarakat dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan PBSS. vi. Mengawasi dan menilai keberkesanan PBSS. vii. Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS di peringkat sekolah. 3.3.2 Peringkat Bahagian atau Daerah a. Keahlian Pengerusi Bersama : Pegawai Pendidikan Daerah Pegawai Kesihatan Daerah Setiausaha : Penyelia Kesihatan Sekolah Ahli-ahli : Ketua Penolong Pegawai Daerah Peg. Perubatan dan Kesihatan Jurutera Daerah Pegawai Kebajikan Masyarakat Pegawai Agama Daerah Lain-lain yang dilantik b. Bidang Rujukan i. Menyelaras, mengawasi dan menilai pelaksanaan PBSS di peringkat Bahagian dan Daerah. ii. Bekerjasama dengan semua agensi terlibat, warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam pelaksanaan PBSS. iii. Mengemukakan cadangan-cadangan pelaksanaan PBSS kepada Jawatankuasa peringkat Negeri. iv. Menyediakan laporan pelaksanaan PBSS peringkat daerah. 3.3.3 Peringkat Negeri
16

a. Keahlian Pengerusi Bersama : Pengarah Pendidikan Negeri Pengarah Kesihatan Negeri Setiausaha : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Ahli-ahli : Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Pengarah Jabatan Kebajikan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pengarah Penerangan Penolong Pengarah Kesihatan (Latihan) Jabatan Pendidikan Negeri Ketua Sektor JPN Pengarah Jabatan Agama Lain-lain yang dilantik b. Bidang Rujukan i. Mengawasi pelaksanaan PBSS di sekolah. ii. Menyebarkan maklumat pelaksanaan PBSS kepada PPB/PPD, sekolah dan masyarakat. iii. Bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat dalam kesihatan sekolah iaitu individu, keluarga dan masyarakat. iv. Menyelaras aktiviti PBSS di peringkat negeri. v. Menyelaras keperluan kemudahan bagi kanak-kanak keperluan khas dengan agensi berkaitan. vi. Mendapatkan maklum balas tentang pelaksanaan PBSS di peringkat daerah dan sekolah. vii. Membuat laporan pelaksanaan PBSS di peringkat negeri. 3.3.4 Peringkat Kebangsaan a. Keahlian Pengerusi Bersama : Ketua Pengarah Pendidikan Ketua Pengarah Kesihatan Setiausaha : Pengarah Bahagian Sekolah Ahli-ahli : Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga Pengarah Kawalan Penyakit Pengarah Kawalan Mutu Makanan Pengarah Pendidikan Kesihatan Pengarah Perkhidmatan Pergigian Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Wakil Jabatan Pendidikan Khas Wakil Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Lain-lain ahli yang dilantik b. Bidang Rujukan i. Menggubal polisi PBSS. ii. Menentukan hala tuju PBSS. iii. Merancang keperluan sumber bagi pelaksanaan PBSS di seluruh negara. iv. Menentukan keperluan bidang penyelidikan berkaitan dengan kesihatan sekolah.
17

v.

Mengkaji keberkesanan PBSS dari semasa ke semasa dan menetapkan aktiviti-aktiviti baharu bagi PBSS.

TOPIK 4 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera. Pertolongan cemas merupakan suatu cara atau rawatan awalan yang diberikan kepada mangsa sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan kecederaan yang dialami oleh mangsa menjadi serius sementara menunggu bantuan tiba. 4.1 PRINSIP-PRINSIP DAN AMALAN PERTOLONGAN CEMAS 4.1.1 Definisi Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera dalam sesuatu kemalangan atau mengalami sebarang kesakitan yang mengejut sementara menantikan ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan. 4.1.2 Tujuan cuba menyelamatkan nyawa, mengurangkan keparahan kecederaan dan memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Matlamat pertolongan cemas adalah: a. Untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam kesakitan atau terlibat dalam kemalangan; b. Menghadkan kesan-kesan kecederaan; dan c. Menggalakkan dan membantu pemulihan. 4.1.3 Peraturan Tertentu dalam Pertolongan Cemas a. Menilai Situasi Kecemasan i. Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tenang dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku. ii. Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap lain-lain bahaya terhadap diri dan mangsa. iii. Hindarkan diri anda daripada sebarang risiko. b. Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat
18

Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan kepada mangsa. Pastikan mangsa dihindarkan daripada bahaya dengan memindahkan mangsa dari tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya. iii. Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda. iv. Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana kemungkinan bahaya. c. Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas i. Cuba lindungi mangsa daripada sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan dengan segera. ii. Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada: o Sedar sepenuhnya atau tidak o Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri o Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi o Tidak mempunyai nadi. d. Meminta Bantuan atau Pertolongan i. Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam perjalanan. ii. Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat pertolongan daripada orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu: o Memastikan kawasan kemalangan selamat; o Membuat panggilan kecemasan; o Mendapatkan peralatan pertolongan cemas; o Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan; o Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa; dan o Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan selamat. 4.2 ASAS PERTOLONGAN CEMAS KECEDERAAN LUAR DAN DALAM a. Saluran Udara i. Periksa sama ada saluran udara mangsa diperiksa bagi memastikan sama ada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan ataupun benda asing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka. ii. Dua jari digunakan untuk membersihkan mulut daripada sebarang halangan yang boleh dilihat. iii. Periksa dan keluarkan gigi palsu sekiranya alat tersebut longgar. iv. Pastikan tangan tidak dimasukkan terlalu dalam kerana ia boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara. v. Periksa sama ada mangsa masih bernafas. Jika tidak, berikan bantuan pernafasan. vi. Periksa sama ada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada). b. Pendarahan i. Teknik penekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan adalah satu cara meminimumkan sebarang jangkitan. ii. Tekanan dilakukan dengan menggunakan kain yang bersih (Sila rujuk pada Rajah 4.3). iii. Keadaan pegangan tangan ataupun kaki adalah pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba. iv. Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah. v. Selapis kain digunakan untuk mengenakan tekanan yang mampat bagi menghentikan pendarahan.

i. ii.

19

Kaedah ini juga boleh digunakan dalam tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain. Apabila pendarahan tidak dihentikan, seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. vii. Tindakan untuk menghentikan pendarahan dengan serta-merta perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawa mangsa. c. Pitam/Pengsan i. Keadaan di mana individu tidak sedarkan diri dalam masa yang singkat. ii. Individu akan jatuh rebah dan sedar semula dalam masa yang singkat setelah darah mengalir kembali ke otak (sila rujuk pada Rajah 4.4). iii. Beberapa tindakan yang perlu diambil bila berhadapan dengan keadaan ini iaitu: o Beri ruang kepada mangsa; o Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang di kawasan yang lapang; o Longgarkan pakaian yang ketat; o Rendahkan kepala sehingga sampai ke kaki. Keadaan yang sama dilakukan apabila mangsa sedar selama beberapa minit; dan o Bawa mangsa ke kawasan yang lapang atau hantar mangsa pulang. d. Terseliuh dan Terkehel i. Suatu keadaan di mana otot atau salur penyambung otot terpusing. ii. Apabila keadaan itu terjadi ia akan menyebabkan sakit dan bengkak. iii. Tindakan yang perlu diambil ialah: o Jika kaki terseliuh, buka kasut sebelum ia bengkak. Begitu juga jika di bahagianbahagian lain, buka benda yang menutupi bahagian yang sakit; o Rehatkan di kawasan selamat; o Lekapkan dengan ais pada bahagian yang cedera; dan o Balut dan rehat sehingga denyutan hilang. iv. Jika kesakitan teruk bawa jumpa doktor untuk tindakan lanjut. e. Patah Tulang i. Salah satu kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan retak dan patah tulang. Apabila suatu tulang retak atau patah, beberapa masalah lain akan timbul yang berkaitan dengan otot, tendon, saraf dan salur darah kerana struktur-struktur tersebut melekat atau berhampiran dengan tulang. ii. Kecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlaku simptom-simptom berikut: o Rasa sakit pada bahagian tulang; o Mangsa mendengar bunyi atau terasa tulang patah; o Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang tercedera; dan o Terasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota yang tercedera. iii. Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal. iv. Bengkak atau warna kebiruan kelihatan pada bahagian yang tercedera. v. Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi menjadi tidak normal. vi. Jika kecederaan itu baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan ketulan ais atau dengan tuala yang telah direndam dalam air sejuk. o Mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas o Pastikan ikatan splin pada bahagian yang menyokong tulang yang patah atau retak o Untuk mendapatkan sokongan yang lebih teguh, bahagian yang tercedera perlu diampu pada bahagian anggota yang tidak tercedera bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas o Sebagai contoh, bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas, lengan hendaklah sentiasa diampu pada badan dengan anduh
20

vi.

Balut kaki yang tercedera bersama-sama dengan kaki yang tidak tercedera. Ketulan ais membantu mengurangkan kesakitan vii. Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau semasa membawa mangsa ke hospital. viii. Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan cemas ialah: o Bertindak dengan segera kerana setiap saat boleh membawa perubahan; o Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan; o Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas; o Jangan tarik pakaian mangsa yang terluka dan terbakar; o Tenangkan diri dan tenangkan mangsa; dan o Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair. f. Renjatan i. Rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. ii. Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak. iii. Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba dan longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang. iv. Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut. Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin. v. Tinggikan kaki untuk mengurangkan peraliran darah ke jantung. g. Tercekik i. Keadaan di mana mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas. Lakukan bantuan pemulihan pernafasan untuk keadaan begini. ii. Objek perlu dikeluarkan bagi mengelakkan gangguan terhadap pernafasan mangsa. iii. Pastikan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa dengan memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa. iv. Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada. Ikut arahan untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan. v. Rawatan tercekik: o Pemulihan bagi kanak-kanak ialah dengan menghalakan kepala mangsa ke bawah Letakkan badannya di atas lengan atau lutut kamu; o Buka mulutnya dan suruh mangsa batuk; o Sekiranya orang dewasa tercekik, biarkan mangsa tunduk dalam keadaan kepala lebih rendah daripada paru-parunya o Suruh mangsa batuk, sekiranya benda penghalang masih tidak keluar dan tindakan yang perlu dilakukan ialah mengekalkan kedudukan asal dan tepuk belakang mangsa; o Jika benda penghalang kelihatan tetapi tidak dapat diluahkan, ia perlu dikeluarkan dengan jari; o Sekiranya benda penghalang masih tidak keluar, mangsa perlu dirujuk ke hospital. h. Terbakar dan Melecur Dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera; Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat; Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembap di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian
o

21

yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai; Untuk luka kebakaran yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air ke atas kulit atau letakkan di bawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan daripada udara; dan Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan. i. Mata i. Merawat kecederaan mata: o Cara yang paling baik bagi mengeluarkan benda asing dari mata adalah dengan membiarkannya keluar bersama air mata. Kadangkala adalah perlu untuk anda membasuhnya keluar; o Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak ke atas mata. Jika benda asing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun menggunakan putik kapas o Sekiranya benda asing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya; o Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang telah disteril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera. o Jangan sekali-kali gunakan sebarang j. Keracunan i. Sesuatu yang termakan atau telah terlebih tarikh luput (lama). ii. Ubat-ubatan juga boleh menjadi racun sekiranya tersalah makan atau dimakan oleh kanakkanak. iii. Tindakan yang perlu diambil ialah: o Dapatkan maklumat (nama atau jenis) makanan yang dimakan oleh mangsa; o Telefon doktor dan maklumkan nama makanan yang diambil; o Bancuh 2 atau 3 sudu garam di dalam segelas air panas dan beri mangsa minum (supaya mangsa muntah); o Jika dia tidak mahu minum, masukkan jari ke dalam mulutnya hingga ke tekak untuk memastikan mangsa muntah; o Lebih banyak muntah, lebih baik; dan o Selepas muntah, berikan mangsa minum air susu (untuk mencairkan racun yang tinggal di dalam badan). 4.3 LANGKAH-LANGKAH BANTU MULA Bagi menangani situasi kecemasan, beberapa tindakan yang sepatutnya dilakukan semasa memberi pertolongan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan boleh diberikan: 4.3.1 DRABC D (Danger) Pastikan mangsa berada dalam keadaan dan tempat yang selamat. R (Response) Cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap panggilan anda. Periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak tersekat atau tersumbat akibat A (Check daripada lidah, cecair dari anggota badan atau sekitarnya atau benda-benda asing airways) seperti gigi palsu dan gula-gula atau sebagainya. B (Check Periksa pernafasan mangsa. breathing) C (Circulation) Peredaran darah. 4.3.2 TOTAPS
22

T (Talk)

Bercakap dengan mangsa sambil menenangkannya. Lakukan pemerhatian untuk memastikan tanda-tanda kecederaan dan gerak balas O (Observe) mangsa. T (Touch) Sentuhan untuk menentukan tahap kecederaan. A (Active) Pergerakan aktif yang dilakukan oleh mangsa. P (Passive) Pergerakan pasif oleh mangsa. S (Skills) Menguji kemahiran sebelum dan selepas rawatan. 4.3.3 RICE R (Rest) I (Ice) Rehatkan mangsa dan cuba tenangkan. Letakkan ais batu pada tempat yang cedera untuk mengurangkan pengaliran darah. Sesuatu yang dapat mengawal pergerakan darah dengan mengenakan tekanan pada C(Compression) tempat yang cedera. Meninggikan tempat yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah E (Elevation) (kesakitan). 4.3.4 EAR dan CPR a. Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR): i. Merupakan suatu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. ii. Merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. iii. Bantuan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh. Penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. iv. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama. b. Terdapat dua langkah utama untuk melakukan CPR: Langkah I: Bantuan pernafasan mulut ke mulut Langkah II: Melakukan tekanan luaran atau External Cardiac Compression (ECC) pada bahagian tengah dada atau sternum mangsa. Tekanan luaran atau ECC ialah suatu teknik untuk mengepam darah dari jantung secara manual. Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa, kanak-kanak dan bayi adalah berbeza. Kita perlu mengetahui perbezaan ini apabila hendak melakukan CPR supaya tidak memudaratkan mangsa iaitu: Melakukan pernafasan mulut ke mulut (Langkah I): i. Baringkan mangsa di atas permukaan yang rata dan agak keras; ii. Melutut di sisi kiri kepala mangsa. Buka saluran pernafasan dengan menolak dahi dan dagu mangsa ke belakang; iii. Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidungnya; iv. Lekapkan mulut kita pada mulut mangsa dan hembus nafas; dan v. Lakukan sebanyak dua kali. Melakukan ECC (Langkah II): i. Melutut di kiri badan mangsa. Kesan lokasi pertemuan di antara tulang rangka dengan cuaran xyphoid dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri; ii. Letakkan pangkal tapak tangan kanan bersebelahan jari telunjuk tangan. Titik ini ialah tempat tekanan yang akan dilakukan;
23

iii. iv. v. vi. vii. viii.

Letakkan tapak tangan kiri di atas tangan kanan yang berada di dada; Condongkan badan ke hadapan dan tekan bahagian dada sambil meluruskan bahagian siku; Tekan sehingga lebih kurang 5sm ke bawah pada kadar kelajuan 80 tekanan seminit sebanyak 15 tekanan; Beri dua kali hembusan bantuan pernafasan; Ulang langkah (5) dan (6) sehingga mangsa pulih atau sehingga bantuan tiba; dan Periksa denyutan nadi selepas 10 hembusan nafas.

Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah dua ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari. Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baharu adalah disarankan apabila bantuan perubatan profesional tiba, termasuklah saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan. c. Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR): i. Penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. ii. Untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. iii. Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam kaedah ini: 1. Mulut ke Mulut Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut. 2. Mulut ke Hidung Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar. 3. Mulut ke Hidung dan Mulut kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut. EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah pernafasan tertentu seperti asma atau emfisema boleh menyebabkan pernafasan terhenti yang memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa. Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperoleh dua pernafasan yang berkesan. Indikasi untuk EAR iaitu sianosis atau kepucatan. Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang daripada 4 hingga 5 kali dalam seminit. Prosedur EAR: Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu).
24

Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin. Gunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru. Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR). Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh smemburukkan lagi kecederaan pada leher. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan tekan dada jika pernafasan dan nadinya masih tidak ada. Jika anda perlu melentangkan mangsa bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda memerlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan kedua ibu jari kakinya berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala. Bantuan EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

TOPIK 5 PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi: a. Penjagaan kesihatan. b. Pemakanan. c. Promosi kesihatan. d. Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh: i. Doktor perubatan dan pergigian; ii. Jururawat; dan iii. Guru-guru. Penglibatan komponen-komponen tersebut adalah untuk memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah. 5.1 OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH a. Membina kesedaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri.
25

b. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu. c. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optimum untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah. d. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakarpakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan. e. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif. f. Mengawal penyakit yang berjangkit. g. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah. h. Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas. 5.2 PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH Rancangan Kesihatan Sekolah diselaraskan dengan pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Carta organisasi untuk Bahagian Perkhidmatan Sekolah di peringkat daerah

5.2.1 Tanggungjawab dan Fungsi-fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada: a. Doktor (Ketua pasukan) = 1 orang b. Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih = 1 orang c. Penolong Jururawat = 2 orang d. Atendan = 1 orang e. Pemandu = 1 orang
26

Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut: a. Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum. b. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius. c. Mencegah dan mengawal penyakit. d. Memberi khidmat pertolongan cemas. e. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah. 5.3 AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH a. Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah; b. Rawatan, rujukan dan tindak susul; c. Imunisasi; d. Pendidikan Kesihatan; e. Kaunseling; f. Rekod dan laporan. a. Penilaian Status Kesihatan: pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lainlain oleh guru, jururawat dan doktor. i. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dijalankan secara berkala dan berterusan. ii. Pemeriksaan kesihatan diwajibkan untuk murid Tahun 1, Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. iii. Sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk pemeriksaan kesihatan imunisasi murid. iv. Rekod kesihatan murid mesti dikemas kini. RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah menengah yang berkenaan setelah murid itu tamat Tahun 6. v. Buku RKM 1 hendaklah dihantar ke sekolah baharu sekiranya seseorang murid itu berpindah sekolah. vi. Guru hendaklah memberi kerjasama semasa pemeriksaan kesihatan murid. b. Rujukan dan Tindakan Susulan : meliputi: i. Pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk. ii. Tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes yang dirujuk. c. Khidmat Kaunseling: dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih. d. Pemakanan : meliputi: i. Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid. ii. Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain. o Rawatan dan rujukan kes kepada doktor atau jururawat. o Ceramah dan promosi pemakanan (Healthy Eating) kepada warga sekolah. o Penyeliaan pelaksanaan penggunaan menu serta rancangan khas seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah. o Pemberian maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video dan lain-lain. o Penyeliaan oleh Pegawai Zat Makanan dan Pegawai Kesihatan Daerah terhadap pelaksanaan penambahan iodin dalam bekalan air di sekolah yang diwartakan. e. Pertolongan Cemas i. Bilik khas kesihatan (sick-bay) yang dilengkapi dengan peti pertolongan cemas. ii. Seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan resusitasi kardiopulmonari. f. Pendidikan Kesihatan i. Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal.
27

Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan warga sekolah. iii. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat. g. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas Aktiviti bagi kanak-kanak pada tahap perkembangannya di bawah normal mengikut umur dan kehilangan keupayaan fizikal penglihatan dan pendengaran meliputi: i. Pendaftaran dan penempatan kanak-kanak dengan keperluan khas. ii. Diagnosis dan pengesahan kanak-kanak dengan keperluan khas. iii. Rujukan kes untuk program pemulihan seperti pemulihan anggota, cara kerja dan lain-lain di peringkat klinik, hospital dan komuniti kepada agensi berkaitan. 5.4 PANDUAN LAWATAN SEKOLAH DAN TATACARA Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah hendaklah menjalankan lawatan ulangan bagi murid-murid sekurang-kurangnya sekali setahun. Kes-kes rujukan dari darjah yang lain hendaklah juga diperiksa pada masa lawatan. Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak prasekolah, Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di mana tiap-tiap murid diperiksa oleh doktor semasa lawatan. Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan awal bagi menentukan tahap kesihatan murid-murid di sesebuah sekolah. Aktiviti-aktiviti yang berikut hendaklah diikuti semasa sesi Kesihatan Sekolah: a. Lawatan Pertama i. Butir-butir Perihal Kesihatan dan Pelalian; ii. Berat badan dan Ukuran Tinggi; iii. Pemeriksaan Penglihatan dan Pendengaran; iv. Pemeriksaan Perubatan; v. Imunisasi; dan vi. Rawatan Khas. b. Lawatan Ulangan i. Pemeriksaan Perubatan oleh doktor bagi: o Murid-murid yang tidak hadir pada lawatan pertama; o Kes-kes tindakan susulan; dan o Kes-kes rujukan. ii. Imunisasi. iii. Rawatan Cacing. iv. Rawatan Khas. 5.4.1 Pendidikan Kesihatan a. Pembelajaran di dalam bilik darjah; b. Ceramah; c. Dialog; d. Demonstrasi; e. Pameran; f. Tayangan alat pandang dengar; dan g. Pertandingan-pertandingan seperti kuiz kesihatan. Aktiviti-aktiviti pendidikan perlulah meliputi: a. Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan.
28

ii.

b. Penyampaian secara formal dan tidak formal i. Pendidikan Formal Ceramah Kesihatan Amalan tabiat-tabiat yang baik Jagaan Kesihatan Diri Kebersihan rumah dan alam sekeliling Makanan seimbang dan sebagainya Tayangan Gambar Pertunjukan Kesihatan Sesi dialog dengan PlBG Pertandingan bertema kesihatan ii. Pendidikan Informal (Perseorangan) Person to Person (Opportunistic Teaching) Nasihat Perseorangan akan meliputi berbagai corak pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak dalam kehidupan biasa di sekolah dan rumah tiap-tiap hari. c. Penilaian secara berterusan mengenai tahap pengetahuan, amalan kesihatan dan sikap para pelajar.
5.5 MASALAH KESIHATAN DAN PENYAKIT MASA KINI

5.5.1 Persekitaran Enam jenis persekitaran tidak sihat telah dikenal pasti memberi kesan kepada kanak-kanak iaitu: Air minuman yang tidak selamat; Tiada kebersihan diri; Sistem pembetungan yang tidak baik; Pencemaran udara, kawalan vektor; Kimia bahaya; dan Kemalangan. Antara penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar ialah: Jangkitan pada sistem pernafasan; Cirit-birit; Malaria; dan Keracunan 5.5.2 Denggi : Kekotoran alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan perumahan dan projek terbengkalai telah disifatkan sebagai mesra aedes Penemuan virus denggi terbaharu dan tiada penawarnya adalah seperti berikut dengan DEN-3 menyumbang kepada bilangan kes demam denggi yang tinggi: a. DEN-1; b. DEN-2; c. DEN-3; dan d. DEN-4 5.5.3 Pencemaran Udara a. Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran. b. Sumber-sumber perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan sebagainya.

29

Pencemaran udara bentuk baharu menyebabkan penghasilan kimia berbahaya dioksin, furan dan sebagainya. Kimia-kimia ini mampu: a. Merencat atau mengganggu sistem imunisasi; b. Mengganggu endokrin; c. Menyebabkan kemunculan pelbagai penyakit lain. 5.5.4 Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut : jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini 66 jenis telah dikenal pasti). Jangkitan ini menyebabkan: a. Ulser di mulut dan di tekak; b. Tonsil; c. Ruam pada kaki (tapak kaki) dan tangan (tapak tangan); dan d. Sekitar kawasan lampin. TOPIK 6 PROGRAM-PROGRAM ADHOC Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 6.1 PROGRAM-PROGRAM ADHOC a. Pendidikan Pencegahan AIDS : PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. b. Projek Anti-denggi : Program Bebas Denggi di Sekolah adalah merupakan program bersama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran. c. Program Doktor Muda : menggunakan rangka kerja Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat. Pihak pendidikan mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan. 6.2 PENGENALAN KEPADA PROGRAM-PROGRAM ADHOC termasuklah Projek Doktor Muda, Pusat Promosi Kesihatan Komuniti, PROSTAR, Projek Antidenggi dan Derma Organ. 6.2.1 Pendidikan Pencegahan AIDS 1. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini. Punca kepada jangkitan HIV dan cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks, menyalahgunakan dadah, dan perkongsian jarum suntikan dadah. 2. PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja): usaha menangani masalah HIV/AIDS dalam kalangan remaja. 6.2.2 Projek Anti-Denggi Penyakit demam denggi disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan peningkatan morbiditi dan mortaliti. Menjalankan pemeriksaan Aedes, penyemburan kabus, pembunuhan jentik-jentik nyamuk Aedes melalui larvicidingdan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000). Program Bebas Denggi menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid bagi membentuk mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi.

30

6.2.3 Program Doktor Muda : rangka kerja Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilann dan meningkatkan taraf kesihatan pelajar merupakan antara matlamat kementerian kesihatan. Rancangan Pelajar adalah sebagai role model, promoter dan motivator kepada rakan sebaya. Doktor Muda merupakan pelajar sekolah Tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih dan dilatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah. Doktor Muda diberikan latihan mengenai asas kesihatan supaya mereka dapat menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggungjawab, berpengaruh dan suka menolong menjadi antara kriteria dalam pemilihan Doktor Muda. 6.3 PERLAKSANAAN PROGRAM Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) bagi menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan kesihatan warga sekolah. Matlamat PBSS : untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan rawatan atau kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah: Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, (RMT), (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sickbay), mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat. Program-program Adhoc adalah berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program AntiRubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya. 6.3.1 Matlamat dan Objektif a. Pendidikan Pencegahan AIDS PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Formula PROSTAR + Tambah maklumat; i. Bahagi tanggungjawab; ii. Gandakan usaha; iii. Tolak risiko; dan iv. = Hidup sihat tanpa AIDS.
31

Cara-cara: i. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan kawalannya. ii. Menanam sikap positif dalam kalangan remaja supaya menghindari tingkah laku berisiko tinggi yang boleh membawa kepada jangkitan HIV serta prihatin akan gejala sosial yang melanda remaja sekarang. iii. Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat berlandaskan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi remaja lain ke arah pengamalan cara hidup sihat dan bermoral. iv. Membentuk golongan fasilitator berwibawa dalam kalangan remaja bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. b. Projek Anti-Denggi Objektif Program Bebas Denggi Objektif : i. Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran kepada murid-murid dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah. ii. Untuk melibatkan semua golongan termasuk ibu bapa dan kakitangan sekolah dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi. iii. Demam denggi ialah sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitan. Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitar negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selesema dan ciri klinikalnya berbeza mengikut umur pesakit. c. Program Doktor Muda: rangka kerja Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan berketerampilan dan meningkatkan taraf kesihatan pelajar merupakan matlamat pihak kesihatan. Dalam konteks mempromosikan kesihatan, sumber daripada semua pihak tersebut digabungkan Doktor Muda adalah sekumpulan pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar ini kemudian dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan. Seterusnya pelajar ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan dalam kalangan rakan-rakan, anggota keluarga dan masyarakat. 6.3.2 Aspek Penting Pengurusan dan Pengelolaan a. Pendidikan Pencegahan AIDS PROSTAR ( Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) : program pencegahan AIDS. Bagi mencapai objektif program, strategi utama berikut digunakan: i. Pengukuhan kerjasama pelbagai agensi dengan melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi dan masyarakat seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, akademi, badan-badan agama serta profesional dengan kumpulan sasar (remaja) dalam merancang, melaksana dan menilai program PROSTAR ini. ii. Penggunaan komunikasi secara intensif. Kaedah komunikasi interpersonal yang sesuai digunakan secara meluas di setiap peringkat seperti perbincangan kumpulan kecil, main peranan (role play), teknik memujuk dan lain-lain. Di samping itu, pelbagai media cetak dan elektronik digembleng untuk mempromosikan program ini.
32

iii. iv.

Latihan fasilitator rakan sebaya. Fasilitator berwibawa akan dihasilkan melalui satu program latihan menggunakan modul latihan khas dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan cita rasa remaja (berbentuk infotainmen). Penyelidikan dan penilaian secara berkala dan berterusan. Penilaian proses ke atas aktivitiaktiviti yang dijalankan akan dilakukan secara berterusan. Penilaian impak ke atas tingkah laku akan dijalankan melalui kajian yang terperinci secara berkala.

b. Projek Anti-Denggi: Program Bebas Denggi menggunakan kaedah pendidikan kepada muridmurid untuk menjadikan mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi dan menggalakkan penglibatan semua golongan termasuk ibu bapa dan kakitangan sekolah dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi. c. Program Doktor Muda: program promosi kesihatan (Kerjasama antara KKM dan KPM) 6.3.3 Aktiviti-aktiviti Dilaksanakan a. PROSTAR i. Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang (Rajah 6.5). ii. Sesi kaunseling remaja (Rajah 6.6): o Klip video peserta didedahkan untuk membuat pengucapan awam; o Klip video peserta mengadakan forum dalam kalangan mereka; dan o Klip video peserta dalam aktiviti berkumpulan menyelesaikan soalan kuiz. iii. Latihan PRS PROSTAR. iv. Menerbit dan mengedarkan newsletter. v. Lain-lain aktiviti promosi seperti laman sesawang PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderamata). Aktiviti-aktiviti bagi Pengukuhan Kerjasama Pelbagai Agensi adalah seperti berikut: i. Jawatankuasa penyelaras AIDS diwujudkan di setiap peringkat digunakan bagi mengawasi perlaksanaan program ini. ii. Pegawai Perantara (Liaison Officer) dikenal pasti dari setiap agensi berkaitan seperti Pegawai di Kementerian/Pejabat Belia, Pendidikan, PIBG, badan-badan beruniform, badan korporat, kilang dan lain-lain) bagi: o Mengenal pasti fasilitator; o Mengenal pasti aktiviti-aktiviti sesuai; dan o Memantau perlaksanaan aktiviti PROSTAR dalam organisasi masing-masing. iii. Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam berfungsi sebagai pusat koordinasi bagi PROSTAR di peringkat kebangsaan. Cawangan ini juga bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Penyelaras AIDS Kebangsaan yang berfungsi untuk tugas-tugas berikut: o Menyelenggarakan daftar Pegawai Perantara serta organisasi terlibat. o Mendapatkan maklum balas aktiviti-aktiviti serta penilaian. o Penilaian impak program secara berkala. iv. Unit kawalan penyakit, Jabatan Kesihatan Negeri berfungsi sebagai pusat koordinasi program PROSTAR negeri untuk mendapatkan maklum balas perlaksanaan program di peringkat negeri. v. Pegawai Kesihatan Daerah pula bertanggungjawab untuk menyelenggarakan daftar fasilitator, mengadakan latihan, menyelia dan mendapatkan maklum balas perlaksanaan aktiviti PROSTAR.
33

Pelancaran PROSTAR bertujuan untuk mempromosikan PROSTAR. Di samping itu, aktiviti penerbitan serta sebaran bahan-bahan pendidikan dipertontonkan kepada orang ramai untuk menyedar dan menarik minat remaja kepada program PROSTAR. Bahan-bahan pendidikan yang berkaitan juga dikeluarkan untuk menyokong program ini. Johan (Jo) diperkenalkan sebagai "role model" bagi menyampaikan mesej mengenai AIDS, menerapkan nilainilai murni dan akhlak yang mulia dalam membanteras AIDS. i. Komik Johan & Geng dan Komik PROSTAR. ii. Kolateral seperti T-shirt, topi, dan lain-lain. iii. Permainan komputer beranimasi dengan tema cara hidup berisiko. iv. Bahan-bahan pameran. Aktiviti-aktiviti Latihan Fasifitator Rakan Sebaya Bagi menyokong aktiviti latihan Pendidik Rakan Sebaya PROSTAR, satu manual latihan telah dihasilkan. Latihan fasilitator untuk negeri pula akan dikelolakanoleh Pejabat Kesihatan Daerah: i. Pegawai Kesihatan Daerah akan melaksanakan sekurang-kurangnya dua kali latihan fasilitator dalam setahun. ii. Pegawai kesihatan juga perlu memberi bantuan serta pengawasan kepada perlaksanaan aktiviti-aktiviti PROSTAR/projek pendidikan AIDS bagi remaja dan komuniti oleh fasilitator dan pegawai perantara di bawah jagaan daerah masing-masing. Penubuhan Kelab PROSTAR : untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS. Menjalankan projek pendidikan AIDS untuk remaja dan komuniti. i. Menjalankan latihan rakan sebaya. ii. Menjalankan kajian serta rundingan bagi mengatasi masalah-masalah remaja. iii. Mengendalikan Majalah PROSTAR. b. Projek Anti-Denggi : membentuk murid-murid sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi. Aktiviti yang Dirancang di Bawah Program Bebas Denggi Merangkumi: i. Kempen Anti-Denggi di Sekolah peringkat kebangsaan, negeri atau daerah (Rajah 6.8). ii. Penyediaan Kit Pendidikan Denggi: o 9 Modul latihan. o Video dokumentari. o Model kitaran nyamuk Aedes. iii. Latihan bagi kakitangan Kementerian Pelajaran untuk menjalankan tugas fasilitator di setiap negeri/daerah/sekolah. iv. Penilaian program. c. Program Doktor Muda i. Program Doktor Muda di sekolah rendah di seluruh negara adalah salah satu pakej di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat. ii. Tahap kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian cemerlang mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. iii. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang baik penting untuk membantu individu dan masyarakat mencapai status kesihatan yang optimum. Bagi melahirkan pelajar yang sihat, cerdas dan cergas amatlah wajar usaha memperkasakan mereka dilakukan supaya mereka mampu bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri.
34

iv.

v. vi. vii.

viii.

Status kesedaran dan amalan kesihatan golongan pelajar masih lagi kurang memuaskan. Ini terbukti daripada masalah kesihatan yang dihadapi oleh golongan tersebut. Laporan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2000 menunjukkan pelajar-pelajar Tahun 1 dan Tahun 6 yang diperiksa masih lagi mengalami masalah kesihatan seperti jangkitan kutu, kudis buta, infestasi cacing, masalah pemakanan dan masalah yang berkaitan dengan penglihatan (rujuk Rajah 6.6). Program Doktor Muda yang berkonsepkan Dari Pelajar, Untuk Pelajar, Kepada Pelajar merupakan pendekatan yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah bagi mencapai hasrat tersebut. Program ini bergiat cergas di negeri Pahang dan Kelantan. Manakala negeri-negeri lain dalam proses perancangan dan pelaksanaan. Bagi negeri Pahang pada tahun 2000 sebanyak 70 buah sekolah rendah dengan 1,550 pelajar telah terlibat dalam program ini. Pada tahun yang sama sebanyak 68 buah sekolah rendah di negeri Kelantan terlibat di dalam Program Doktor Muda telah diterima oleh Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah peringkat negeri dan seramai 1,895 pelajar terlibat. Program ini dijadikan satu pendekatan dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) untuk merealisasikan teras utama Kemahiran Kesihatan Diri program tersebut. Program ini juga telah mendapat mandat daripada Ketua Pengarah Kesihatan untuk dilaksanakan di seluruh negeri selaras dengan Kertas Kerja Isu-Isu Untuk Sistem Kesihatan Masa Hadapan (Issues For The Future Health System) yang telah dibentangkan di Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan pada Januari 2001.

i. ii. iii. iv. v.

Aktiviti-aktiviti Lain yang Dicadangkan: Doktor Muda juga digalakkan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut: Menyertai/membantu kempen-kempen serta menyambut hari-hari khas kesihatan di sekolah dengan melibatkan warga sekolah dan masyarakat sekeliling. Menyertai dan melibatkan diri dalam Konvensyen Doktor Muda. Menyertai lawatan untuk melihat kemudahan kesihatan. Menganjurkan aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, melukis, mengarang dan berpidato yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan dalam kalangan pelajar. Menganjurkan kempen-kempen kesihatan. TOPIK 7 RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Melalui kerja berpasukan antara kedua-dua Kementerianmenghasilkan satu program kesihatan sekolah yang lebih bersepadu dan berintegrasi dengan Kementerian Kesihatan sebagai penasihat teknikal serta pendorong pelaksanaan program, manakala Kementerian Pelajaran pula berperanan sebagai pelaksana utama dalam mencapai matlamat bersama iaitu satu generasi pelajar yang berilmu dan sihat sejahtera. 7.1 DEFINISI Pemakanan sihat sebagai satu amalan untuk tumbesaran, kesihatan dan kecergasan. RKS berasaskan konsep kesihatan yang menyeluruh merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. RKS berasaskan konsep kesihatan yang menyeluruh merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.
35

Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat. Jawatankuasa Bersama Rancangan Kesihatan Sekolah terdapat dalam pelbagai peringkat iaitu peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa agensi seperti pihak kesihatan, penerangan, pendidikan, kebajikan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan lain-lain. RKS bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid serta warga sekolah ke tahap yang optimum. Manakala matlamat khususnya adalah untuk: a. Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan dan memupuk nilai serta amalan kesihatan yang positif; b. Memberi penjagaan, rawatan, kecemasan, rujukan, pemulihan dan tindak susulan kepada murid; c. Mencegah dan mengawal penyakit berjangkit; d. Menilai dan mentafsir taraf kesihatan murid; e. Menggalakkan amalan cara hidup yang sihat; dan f. Menggalakkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat. 7.2 OBJEKTIF-OBJEKTIF RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH a. Menggalakkan bimbingan dan panduan kepada kanak-kanak, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat yang berkaitan dengan keperluan dan masalah kesihatan mereka; b. Mengenal pasti pendidikan dan penjagaan kanak-kanak yang didapati mempunyai kecacatan fizikal, mental, sosial dan lain-lain kekurangan; c. Menggalakkan rawatan kecacatan yang boleh diubati dengan rujukan serta-merta kepada pakar-pakar atau pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan kebajikan kanak-kanak; d. Memastikan pelajar-pelajar bebas daripada gejala dan penyakit sosial; e. Membina pengetahuan, sikap dan perilaku yang baik untuk mengamalkan cara hidup sihat; f. Memastikan makanan yang disediakan di sekolah adalah selamat dan berkhasiat; g. Memberi rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit atau kecederaan ketika di sekolah; h. Menilai taraf kesihatan kanak-kanak bersekolah dan juga kakitangan sekolah; i. Menolong mencegah dan mengawal penyakit-penyakit yang berjangkit; j. Membina persekitaran sekolah yang sihat dari segi fizikal dan mental untuk merangsang kesihatan dan pembelajaran yang sempurna; dan k. Menyatukan Rancangan Kesihatan Sekolah ke dalam Rancangan Kesihatan Masyarakat. 7.2.1 Rasional Taraf kesihatan ialah suatu keadaan di mana kesihatan adalah baik dan kadar kematian rendah. Murid-murid sekolah masih mengalami beberapa masalah kesihatan seperti malnutrisi, karies gigi, kutu kepala, jangkitan cacing, masalah penglihatan, kudis dan lain-lain jangkitan kulit. Tumpuan utama RKS : meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah ke tahap yang lebih optimum. PBSS pula memberi penekanan kepada menyepadukan semua. Sekolah bukan sahaja dianggap sebagai pusat pendidikan bahkan boleh dijadikan agen perubahan dalam masyarakat. 7.2.2 Jawatankuasa Rancangan Kesihatan Sekolah Peringkat Daerah a. Pegawai Kesihatan Daerah; b. Pegawai Pendidikan Daerah; c. Yang Dipertua Majlis Daerah Tempatan/Kerajaan Tempatan;
36

d. Pegawai Perubatan dan Kesihatan; e. Pegawai Pergigian; f. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah; g. Bahagian Kesihatan; h. Pegawai Kebajikan Masyarakat; i. Ketua Jururawat; dan j. Inspektor Kesihatan Kanan. Pegawai Kesihatan Daerah dan Pengawal Pendidikan Daerah adalah pengerusi bersama dalam jawatankuasa ini. 7.2.3 Komponen Rancangan Kesihatan Sekolah RKS adalah berasaskan kepada konsep kesihatan yang menyeluruh yang merangkumi kesihatan fizikal, mental emosi, sosial dan rohani. RKS mengandungi komponen-komponen berikut: a. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah; b. Pendidikan Kesihatan; c. Keadaan Hidup Sihat di Sekolah; dan d. Kerjasama antara Sekolah dan Masyarakat untuk Kesihatan. a. Pendidikan Kesihatan i. Menerangkan jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. ii. Pendidikan kesihatan termasuk pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. iii. Bertujuan untuk membentuk minat dan keinginan serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk kemajuan dan kebaikan kesihatan mereka sendiri, keluarga dan masyarakat (Rajah 7.1 menunjukkan logo-logo mengutamakan kesihatan). iv. Diharapkan murid-murid akan lebih menyedari masalah dan keperluan kesihatan dan seterusnya mereka boleh membuat keputusan yang bijak bagi menentukan cara hidup mereka atau perlakuan kesihatan. b. Perkhidmatan Kesihatan: membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta amalan cara hidup yang sihat. Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit juga dilakukan dengan bantuan pihak kesihatan. Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan yang tepat tentang anak mereka serta memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi. Pihak sekolah juga perlu memastikan bahawa Pasukan Kesihatan Sekolah yang datang ke sekolah untuk melakukan aktiviti pemeriksaan diberikan tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti mereka. Bentuk perkhidmatan dan khidmat-khidmat sokongan kesihatan sekolah yang diberikan termasuklah oleh: o Pasukan Kesihatan Sekolah; o Jabatan Kesihatan; o Kementerian Kesihatan; o Pihak swasta; dan o Pertubuhan-pertubuhan sukarela.
37

ii.

Antara perkhidmatannya termasuklah o Rawatan ringan dan kecemasan; o Kawalan penyakit berjangkit; o Penilaian atau pemeriksaan kesihatan (healthscreening) ke atas murid-murid; o Perkhidmatan pergigian; o Rujukan dan rawatan susulan; dan o Program imunisasi.

c. Hidup Sihat di Sekolah i. Sebuah institusi di mana murid-murid mendapat pendidikan dan menghabiskan masa kira-kira 6 hingga 10 jam sehari. ii. Persekitaran sekolah perlu dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, selesa dan indah. iii. Persekitaran sekolah yang selesa sudah tentu boleh mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran. 7.3 STATUS RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH MASA KINI 7.3.1 Pengenalan Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menterjemahkan RKS kepada pelbagai program kesihatan sekolah seperti pendidikan kesihatan, perkhidmatan sekolah, perkhidmatan kesihatan pergigian di sekolah, Rancangan Makanan Tambahan, Program Susu Sekolah, Program Anti-Denggi, pendidikan pencegahan AIDS di sekolah, program bebas asap rokok dan sebagainya. Antara isu dan masalah yang dihadapi semasa menjalankannya adalah seperti berikut: a. Keberkesanan pendidikan kesihatan di sekolah di mana banyak kajian tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan dalam kalangan murid sekolah yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan amalan kesihatan mereka masih kurang memuaskan. b. Kekurangan kemudahan asas dan fizikal sekolah seperti tandas dan tempat pemeriksaan yang sesuai boleh menjejaskan perlaksanaan RKS. c. Kewangan yang diperuntukkan kepada sekolah bagi tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktaraf bangunan begitu terhad sekali. d. Beban tugas guru yang semakin meningkat sehingga menyebabkan penyelenggaraan Rekod Kesihatan Murid agak tergendala. e. Program kesihatan sekolah dijalankan secara bersama oleh beberapa kementerian dan agensi bukan kerajaan. 7.3.2 Program Kesihatan Sekolah Masa Kini Pendidikan Kesihatan.Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Program Kesihatan Pergigian Sekolah. Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program Susu Sekolah. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K). Pendidikan Pencegahan AIDS di Sekolah. Program Anti-Denggi di Sekolah. Program Sekolah Bebas daripada Asap Rokok. Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) dan sebagainya.
38

Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program AntiRubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

a. Pendidikan Kesihatan di Sekolah i. Pendidikan Kesihatan disatukan dengan Pendidikan Jasmani dinamakan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). ii. Nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan boleh dilihat di dalam mata pelajaran lain seperti Biologi, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. iii. Pendidikan tidak formal juga dilaksanakan di sekolah-sekolah seperti kuiz, ceramah, pameran dan kempen. iv. Jabatan Kesihatan juga menganjurkan pelbagai usaha pendidikan kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran. b. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah i. Kementerian Kesihatan telah melawat sebanyak 6,402 sekolah atau 73.5% telah dilawati oleh pasukan kesihatan sekolah. ii. Memandangkan peratus murid yang diperiksa oleh pegawai perubatan atau doktor masih lagi rendah, mulai tahun 1996 satu projek perintis telah dijalankan di Johor bagi menswastakan perkhidmatan kesihatan sekolah dan memastikan lebih ramai murid yang diperiksa oleh doktor dan bukan jururawat. Penswastaan perkhidmatan kesihatan sekolah akan diperluaskan sejak tahun 1997. c. Program Kesihatan Pergigian: untuk mencapai kesihatan mulut bertaraf "dentally fit" dalam kalangan murid-murid supaya dapat menyumbang kepada kesihatan keseluruhannya apabila seorang murid itu meninggalkan alam persekolahan. i. ii. iii. Bahagian Pergigian, Kementerian Kesihatan juga memberi perkhidmatan pergigian bagi murid-murid sekolah. Di samping memeriksa dan merawat gigi, bahagian ini juga menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan sebagai satu usaha pencegahan dan peningkatan kesihatan gigi (lihat Rajah 7.4). Bahagian Pergigian juga menyediakan peruntukan bagi pegawai dan peralatan bagi klinik pergigian sekolah, di samping membekalkan pegawai melatih guru-guru pelatih di institut pendidikan guru. Kementerian Pelajaran juga bekerjasama dengan pihak swasta bagi membekalkan kit pergigian dan bahan-bahan pendidikan kepada semua murid Tahun 1 dan 3 setiap tahun.

d. Rancangan Makanan Tambahan (RMT): untuk meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid bertujuan untuk: i. Meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid. ii. Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah. iii. Memenuhi keperluan makanan murid di mana berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, didapati 15 peratus hingga 20 peratus murid-murid datang ke sekolah tanpa sarapan pagi atau makan tengah hari. Selain itu didapati murid sekolah mempunyai peratusan yang agak tinggi pemakanan tidak seimbang. iv. Membantu keluarga yang mempunyai kriteria pemberian RMT berdasarkan kepada pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga dan bukan lagi kepada enrolmen sekolah. e. Program Susu Sekolah (PSS) : untuk meningkatkan taraf pemakanan di sekolah, memastikan murid-murid menerima makanan-makanan berzat, PSS juga bertujuan:
39

i. ii. iii.

iv.

Meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah. Memastikan murid-murid menerima makanan-makanan berzat di samping menggalakkan tabiat minum susu dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal. Program ini dijalankan dengan kerjasama enam buah syarikat pengeluar susu tempatan dan ia mengandungi dua skim iaitu: o Skim bayaran (subsidi kerajaan); dan o Skim percuma. Program ini adalah salah satu komponen pendidikan yang menggalakkan pemupukan daya kreativiti guru-guru dan juga murid-murid dalam penggunaan bahan-bahan terbuang seperti pek, straw dan dulang PSS.

f. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah Menengah Pertandingan yang diadakan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, telah menunjukkan impak yang menggalakkan kerana berjaya menimbulkan rasa sayang kepada sekolah. Antara lain, program ini: i. Bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. ii. Berupaya menimbulkan perasaan 'sense of belonging' dan rasa sayang kepada sekolah. iii. Boleh mengatasi beberapa masalah seperti merosakkan harta benda sekolah (vandalism). Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran. 7.3.3 Strategi Pelaksanaan dan Struktur organisasi Jawatankuasa Bersama RKS antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan telah ditubuhkan di pelbagai peringkat iaitu di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Jawatankuasa Bersama RKS bertanggungjawab bagi: a. Merancang; b. Melaksana; c. Memantau; dan d. Menilai program-program kesihatan sekolah. Peringkat Kebangsaan a. Dipengerusikan bersama oleh kedua-dua Ketua Pengarah Pelajaran dan Ketua Pengarah Kesihatan. b. Satu Jawatankuasa kedua ditubuhkan bagi menjayakan program-program kesihatan sekolah. c. Kedua-dua jawatankuasa ini adalah diurus setia oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran. Peringkat Negeri a. Struktur jawatankuasa yang hampir sama juga ditubuhkan. b. Dipengerusikan secara bersama oleh Pengarah Pendidikan Kesihatan Negeri. Peringkat Daerah a. Dipengerusikan juga secara bersama oleh Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Kesihatan Daerah. Peringkat Sekolah a. Terdapat beberapa Jawatankuasa Kecil Kesihatan seperti Jawatankuasa Kantin, Jawatankuasa 3K, Jawatankuasa Keceriaan dan sebagainya. 7.4 ISU DAN MASALAH a. Keberkesanan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
40

Sikap Pelajar, Guru dan Pentadbir Sekolah terhadap Kesihatan o Mata pelajaran PJK bukannya mata pelajaran peperiksaan di sekolah, jadi pihak murid, guru dan pentadbir sekolah memandang ringan terhadap mata pelajaran ini berbanding dengan mata pelajaran peperiksaan lain seperti Bahasa Melayu dan Matematik. o Guru yang tidak ada latar belakang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) atau pengkhususan diarahkan untuk mengajar kesihatan. ii. Kekurangan Guru Terlatih dalam Kesihatan o Kajian menunjukkan hanya 49.4% guru-guru yang ditemu duga telah mendapat latihan kesihatan di institut pendidikan guru, universiti dan kursus-kursus pendek. o Keadaan ini juga berlaku kerana mata pelajaran PJK ini bukannya mata pelajaran yang diberi keutamaan di sekolah. o Mata pelajaran kesihatan biasanya sebagai pelengkap waktu mengajar guru. iii. Masa dan Kandungan Kurikulum PJK o Kementerian Pelajaran menghadapi kekangan kerana terlalu banyak perkara penting yang perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah. o Beberapa isu baharu seperti alam sekitar, konsumerisme, dadah, AIDS dan isu sosial lain. o Masa yang diperuntukkan untuk PJK begitu terhad. o Bilik persalinan dan alat bantu mengajar tiada. Ini sedikit sebanyak melunturkan semangat murid-murid dan guru untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. iv. Penilaian Pendidikan Kesihatan o Matlamat Pendidikan Kesihatan ialah berhubung dengan sikap dan amalan yang positif terhadap kesihatan dan ia memerlukan kemahiran bagi mengukur perubahanperubahan ini. o Kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran bagi mengukur perubahan sikap dan amalan. b. Organisasi dan Pelaksanaan Program i. Jawatankuasa Bersama RKS yang terdapat di pelbagai peringkat ini berbeza dari segi prestasi. Ada jawatankuasa yang aktif dan ada pula yang sebaliknya. ii. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor kemanusiaan dan sumber-sumber tempatan yang sedia ada. iii. Perkembangan program-program kesihatan begitu mendadak untuk menangani beberapa isu dan masalah kesihatan semasa. iv. Perkembangan staf di pelbagai peringkat terhad akibat perkembangan program-program yang terlalu pantas kerana mengikut arus perkembangan kesihatan semasa. v. Kekangan staf untuk menguruskan program-program kesihatan sekolah. c. Bebanan Kerja Guru i. Bebanan tugas 'paper work' dan kerja-kerja perkeranian terutama dalam menyediakan rekodrekod dan maklum balas kepada pihak-pihak berkenaan serta tugas-tugas kokurikulum. ii. Menjejaskan program kesihatan sekolah kerana guru-guru terpaksa memberi perhatian kepada perkara-perkara yang telah disebutkan. d. Kemudahan Asas dan Kemudahan Fizikal i. Kekurangan kemudahan fizikal di sesebuah sekolah. ii. Terutama bagi sekolah-sekolah lama, masih terdapat banyak kekurangan kemudahan asas dan fizikalnya. iii. Kadar bilangan tandas dengan bilangan murid, kemudahan fizikal kantin dan asrama padang permainan dan sebagainya, masih lagi kurang di kebanyakan sekolah. iv. Keadaan tersebut menjejaskan tugas-tugas penyelenggaraan dan menjaga persekitaran sekolah yang bersih, indah dan selamat.
41

i.

e. Masalah Penyelarasan Program i. Program kesihatan sekolah ini dilaksanakan oleh beberapa Kementerian dan agensi bukan kerajaan. Pelbagai masalah seperti penyelarasan timbul kerana setiap agensi terlibat dengan pelbagai program lain dan masing-masing mempunyai tugas keutamaan tersendiri. f. Kewangan i. Peruntukan yang diberikan kepada sekolah untuk tugas-tugas penyelenggaraan dan menaiktarafkan bangunan begitu terhad sekali. ii. Ini menjejaskan usaha-usaha membaikpulih dan menaik taraf keadaan fizikal sekolah. g. Isu-isu Baharu Kesihatan i. Pada masa kini, telah wujud beberapa isu baharu dalam kesihatan sekolah seperti: ii. Kesihatan sosial remaja; iii. Pengurusan tekanan diri (stress management); iv. Penderaan; dan v. Perlakuan-perlakuan yang berkaitan dengan seksualiti. vi. Masalah-masalah ini semuanya perlu diatasi dan memerlukan program-program tertentu untuk mengatasinya. Kepakaran guru dan individu tertentu adalah penting untuk menangani masalah-masalah tersebut. 7.4.1 Syor dan Cadangan a. Pendidikan Kesihatan di sekolah dapat disampaikan dengan berkesan berdasarkan beberapa langkah berikut: i. Menaik taraf mata pelajaran PJK sebagai salah satu mata pelajaran peperiksaan, supaya sikap murid, guru dan pentadbir sekolah terhadap PJK berubah. ii. Diperbanyakkan dan dipertingkatkan Program Pendidikan Kesihatan secara tidak formal sebagai sokongan untuk memantapkan program pendidikan formal yang terhad waktunya. iii. Guru-guru diberi latihan, sama ada latihan praperkhidmatan atau latihan dalam perkhidmatan perlu ditambah dan dimantapkan, bagi memastikan guru-guru mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sepatutnya. iv. Pegawai-pegawai perubatan dan pegawai-pegawai pendidikan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan perlu terlibat dalam program-program latihan bagi memberi kemahiran-kemahiran tertentu kepada guru-guru. v. Mempertingkatkan penilaian bagi mengukur keberkesanan PJK dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran murid-murid terhadap kesihatan. b. Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran, perlu mengkaji semula mata pelajaran PJK untuk memastikan program kesihatan sekolah dapat berjalan dengan lancar: i. Bahagian Kesihatan Sekolah atau Jabatan Kesihatan Sekolah perlu diwujudkan. ii. Bahagian dan jabatan ini perlulah terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan atau kesihatan diletakkan sama ada di bawah bumbung Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pelajaran. iii. Tujuan utama diadakan struktur sedemikian ialah untuk mendapatkan kepakaran daripada kedua-dua bidang pendidikan dan kesihatan bagi membolehkan bahagian tersebut memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatan sekolah.

c. Untuk mengurangkan beban tugas guru terhadap tugas-tugas yang berkaitan dengan kesihatan sekolah: i. Seorang guru dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan tugas-tugas kesihatan sekolah dan dikurangkan beban tugas yang lain. ii. Jawatankuasa Kesihatan sekolah juga perlu diwujudkan di peringkat sekolah. d. Satu Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan bagi mengkaji:
42

i.

Kemudahan-kemudahan asas kesihatan dan kemudahan fizikal sekolah memastikan setiap sekolah telah pun dibekalkan dengan kemudahan minimum yang sepatutnya terdapat di dalam sesebuah sekolah, seperti bilangan tandas yang mencukupi, tempat pelupusan sampah yang diterima pakai, kantin sekolah, singki air yang mencukupi dan sebagainya. e. Program-program kesihatan sekolah dikaji semula untuk memastikan ianya mengikut perkembangan kesihatan semasa. Modus operandi program-program tersebut perlu dikaji semula supaya dapat ditingkatkan kecekapannya.

TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 8.1 RANCANGAN MAKANAN SEKOLAH Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan kanak-kanak sekolah rendah telah memperkenalkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). RMT : untuk meningkatkan taraf kesihatan murid sekolah di negara kita, memberi makanan percuma kepada murid-murid sekolah rendah terutama luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. RMT : untuk meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid murid, untuk memberi makanan tambahan kepada murid murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. 8.1.1 Objektif a. Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara waktu untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. b. Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang terlibat untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. c. Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung. d. Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT. e. Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. 8.1.2 Rasional Pelaksanaan RMT ini diteruskan adalah berdasarkan kepada beberapa laporan dan kajian oleh Kementerian Pelajaran yang menunjukkan bahawa: a. Sejumlah 15 % hingga 20 % daripada jumlah keseluruhan murid datang ke sekolah tanpa sarapan atau makan tengah hari di rumah dan ramai antara mereka mengalami masalah kelaparan. b. Pemakanan yang salah dan serangan penyakit menimbulkan masalah-masalah dari segi pembesaran, pencapaian dalam pembelajaran. c. 35 % murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan. 8.1.3 Sejarah Pelaksanaan RMT a. RMT telah mula diadakan sejak selepas Perang Dunia Kedua oleh Pemerintah Tentera British sebagai satu usaha kecemasan. b. Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Majlis Pusat Kebajikan dan Felda telah menjalankan RMT kepada beberapa buah sekolah yang terpilih terutama di luar bandar. c. Pada tahun 1974 Kerajaan Selangor telah memulakan projek perintis RMT di bawah Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) di Kuala Langat. Kerajaan Selangor telah memperluaskan AMP ke kawasan-kawasan lain dalam negeri itu.
43

d. Pada tahun 1976, Jawatankuasa AMP di peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Perdana Menteri telah mengekalkan makanan tambahan sebagai satu usaha dalam AMP. Peruntukan wang telah disediakan oleh Bahagian Penyelarasan. e. Perlaksanaan ICU Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran di kawasan-kawasan Rancangan AMP semenjak tahun 1979. f. RMT telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan untuk mengelola, menyelia dan melaksanakannya. g. Rancangan Makanan Tambahan telah diperluaskan ke kawasan-kawasan di luar daerah Rancangan AMP dan ia adalah sejajar dengan pengumuman Menteri Pendidikan pada tahun 1978 dan perakuan laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. h. Sehingga tahun 1982, pelaksanaan RMT telah diperluaskan sehingga ke semua sekolah rendah. i. Kaedah pelaksanaan RMT telah dikaji semula pada akhir tahun 1982. Dari tahun 1983 hingga 1988, pelaksanaan rancangan RMT dihadkan kepada sekolah-sekolah. j. Pelancaran Program Pembangunan Rakyat Termiskin, pengurusan RMT keseluruhannya telah dikaji semula dan mulai tahun 1989, rancangan RMT ini telah meliputi semula semua sekolah dengan mengutamakan murid-murid daripada golongan termiskin. 8.1.4 Kriteria Pemilihan Murid untuk Menerima RMT a. Taraf sosioekonomi keluarga yang membolehkan keutamaan diberikan kepada murid-murid daripada golongan miskin iaitu: i. Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pendapatan bulanan RM150. ii. Pendapatan perkapita bagi murid yang datang daripada keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita setakat RM35.00 dan ke bawah adalah layak dipertimbangkan dalam program ini. iii. Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada sekolah rendah dengan bilangan murid 100 orang dan ke bawah. b. Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM400.00 dan ke bawah. c. Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan. d. Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan. 8.2 MAKANAN TAMBAHAN (RMT) bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program pemakanan khas untuk kanak-kanak di kawasan luar bandar juga telah dilaksanakan untuk membekalkan makanan tambahan yang berkhasiat, garam dan khasiat mikro yang mencukupi. 8.2.1 Pelaksanaan dan Penilaian a. Seramai 532,500 murid sekolah rendah daripada golongan miskin (keluarga yang berpendapatan kurang RM400 sebulan atau RM80 per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun. b. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi setiap murid di Sabah dan Sarawak. c. Peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM123,647,250 setahun. Penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan
44

daripada sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama persekolahan. d. Penyelia Kesihatan di JPN akan menyampaikan rekod pengagihan peruntukan RMT di sekolah sehingga 31 Januari tahun berkenaan kepada pihak Sekolah. e. Pihak sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri kepada Bahagian Kewangan kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan Kewangan di JPN sebelum 30 November untuk bayaran secara berkomputer melalui sistem ePCG terus kepada akaun kerajaan sekolah-sekolah yang terlibat. f. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran hendaklah dibuat secara waran mengikut peruntukan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Negeri masing-masing. 8.2.2 Menu Makanan RMT a.Bermula dari tahun 1995, Kementerian Pelajaran telah menaikkan kadar peruntukan harian RMT untuk seorang murid dari 45 sen kepada 80 sen di Semenanjung dan dari 50 sen kepada 90 sen di Sabah dan Sarawak. b. Menu makanan yang dihidangkan dalam RMT adalah merupakan makanan seimbang berdasarkan menu pihak Institut Penyelidikan Perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. c.10 pilihan menu makanan telah disediakan iaitu lima menu disediakan pada tahun 1976 dan lima menu berikutnya telah disediakan pada tahun 1983 dengan peruntukan sebanyak 45 sen di Semenanjung dan 50 sen di Sabah dan Sarawak. d. Peningkatan peruntukan kewangan ini telah membawa kepada perubahan kepada menu makanan RMT baharu yang lebih baik. Pembabitan pihak-pihak tertentu seperti berikut memberi lebih banyak faedah: e.Institut Penyelidikan Perubatan; f. Institut Kesihatan Umum; g. Hotel NPC; dan h. Universiti Kebangsaan Malaysia. i. Penyediaan 20 jenis menu masakan baharu makanan RMT dihasilkan dan telah mula diberikan kepada penerima RMT semenjak awal tahun 1995 sehingga sekarang. j. Senarai 20 jenis menu tersebut ialah: i. Bubur nasi (ayam); ii. Mee kari; iii. Bihun goreng; iv. Nasi goreng; v. Nasi ayam; vi. Nasi dan kacang dhal; vii. Nasi dalca sayuran dan telur; viii. Putu mayam bersama ikan goreng dan sayur lemak; ix. Roti canai dan kuah sardin; x. Nasi lemak; xi. Mee rebus; xii. Gado-gado dan sos kacang; xiii. Nasi dhal, bubur daging dan kacang; xiv. Nasi bersama telur rebus dan sup sayur; xv. Nasi campur, roti telur dan dhal; xvi. Bubur gandum pedas, stew roti dan ayam; xvii. Bubur bersama biskut tawar; dan xviii. Menu masakan yang disediakan adalah berdasarkan selera kanak-kanak, selain dapat membekalkan lebih kurang 350 hingga 400kcal tenaga dan 5 hingga 40g zat protein.
45

8.2.3 Peranan Guru Besar atau Guru a. Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria -kriteria yang ditetapkan oleh KPM. b. Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid pada hari-hari berkenaan. c. Mengawasi murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar budaya makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan secara tidak formal. d. Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka sekurangkurangnya pada awal dan akhir tahun. e. Mengawasi hidangan makanan. f. Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan dan dikemas kini oleh pihak sekolah. 8.3 PROGRAM SUSU SEKOLAH 8.3.1 Pengenalan Program Susu Sekolah (PSS) adalah satu lagi usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah, menggalakkan tabiat minum susu dalam kalangan murid murid dari peringkat awal, memastikan murid murid menerima makanan makanan berzat. Ia mengandungi dua skim iaitu: a. Skim Susu Percuma yang melibatkan bekalan susu percuma kepada beberapa orang murid sekolah yang terpilih. b. Skim Susu Bayaran yang melibatkan penyertaan murid-murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan. 8.3.2 Objektif PSS a. Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah dengan tabiat sentiasa minum susu. b. Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf sosioekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui skim percuma. c. Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia. 8.3.3 Isu-isu Program Susu Sekolah Program Susu Sekolah (PSS) adalah salah satu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid-murid sekolah. Murid-murid miskin diberikan susu secara percuma dan murid-murid yang mampu membelinya dengan harga subsidi. Keracunan makanan berpunca dari susu yang dibekalkan menjadi laporan berita dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah sama ada melibatkan kantin, dapur asrama atau RMT, menyumbang kepada peratusan yang paling tinggi daripada jumlah kes-kes keracunan makanan yang berlaku setiap tahun di negara kita. Langkah Pencegahan Pengusaha kantin, pengendali makanan di dapur asrama dan juga murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan yang lebih dari aspek-aspek: a. Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat, merangkumi pemilihan makanan yang sedia dimakan.
46

b. Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca-punca keracunan makanan, gejalagejala dan cara-cara pencegahan. c. Memperkenalkan konsep melabel makanan. d. Pendekatan kepada penyediaan makanan yang selamat. e. Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat. f. Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian makanan. pemeriksaan kantin sekolah telah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun, adalah disyorkan bahawa pemeriksaan ini meliputi kawasan dapur asrama. Pemeriksaan secara fizikal seperti pengukuran suhu semasa memasak, suhu penyimpanan dan suhu penyajian hendaklah diberi keutamaan daripada pemeriksaan secara visual yang dilakukan sekarang ini. 8.3.4 Pelaksanaan dan Penilaian a. Memilih dan menyediakan senarai murid yang layak menerima susu Skim Percuma. b. Menguruskan pesanan dan pengagihan susu Skim Percuma dan Skim Bayaran. c. Menyimpan rekod kutipan dan penyerahan wang PSS. d. Menggalakkan tabiat meminum susu dalam kalangan murid dan menekankan khasiat susu untuk kesihatan murid. e. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan melalui PSS (kraf tangan, karangan, kuiz dan lain-lain). f. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PSS di sekolah. g. Menubuhkan Jawatankuasa PSS yang dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan diambil kira dalam merancang aktiviti dan program kesihatan di sekolah. TOPIK 9 AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) : untuk melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia: atas kesedaran bahawa cara hidup memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyakit. Objektif jangka pendek kempen ini adalah: a. Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakitpenyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat; dan b. Bagi menggalakkan mereka mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan. Oobjektif jangka panjang adalah hasil daripada perubahan-perubahan amalan kesihatan di atas untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit yang berkaitan dengan cara hidup. 9.1 PENGENALAN Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya. Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Proses pembelajaran formal yang berterusan dilalui bermula dari tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir remaja. Ini akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian, bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan dalam kehidupan individu.
47

9.1.1 Objektif 1. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. 2. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan. 3. Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 4. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah. 5. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria. 9.1.2 Konsep dan Rasional Program Amalan Kebersihan Sekolah (PAKS) dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria, mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Rasional rancangan: morbiditi tinggi dalam kalangan murid-murid sekolah seperti malnutrisi, karies gigi, jangkitan cacing, masalah penglihatan, kudis dan sebagainya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan konsep "Health Promoting School" yang berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu: a. Polisi Kesihatan Sekolah. b. Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat. c. Penglibatan Keluarga dan Komuniti. d. Kemahiran Kesihatan Diri. e. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. 9.1.3 Piawaian yang Dikehendaki Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah Kebersihan bahan mentah. Pengendalian makanan yang bersih. Kebersihan diri pengendali makanan. Keperluan kemudahan asas yang mencukupi. Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai. Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna. Penyediaan makanan yang betul. a. Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah Dipilih dari sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak, perlu dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak. Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih. Bagi makanan di dalam tin, pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat. Bilik penyimpanan bahan mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan-bahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu disimpan di dalam peti sejuk. Pengambilan makanan dengan tangan perlulah dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan yang disediakan, gunakan penyepit, sudu atau garpu untuk mengambil makanan. Lindungi makanan daripada lalat, tikus, habuk dan bahan-bahan beracun.
48

Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut. Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan di atas pinggan mangkuk. Pastikan penggunaan bekas yang tidak retak atau sumbing untuk menghidang makanan dielakkan. Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah disimpan di tempat yang sama untuk menghindarkan pencemaran silang. Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan-bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan daripada makanan.

9.2 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN memastikan kemudahan asas fizikal di sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah. bebas daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain. penglibatan masyarakat seperti memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran ataupun bahanbahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah sebagai dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi ikutan yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala Amalan Kesihatan a. Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru dan ahli PIBG di setiap sekolah. b. Menubuhkan Kelab Kesihatan dalam kalangan pelajar di setiap sekolah. c. Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah. d. Mengamalkan Cara Hidup Sihat. 9.2.1 Tugas dan Tanggungjawab a. Polisi Kesihatan Sekolah : menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan, bertindak sebagai piagam pelanggan bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta pelawat tahu tentangnya dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan polisi yang dipilih. Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran keberkesanannya. b. Persekitaran Fizikal Sekolah yang Sihat dan Selamat : mempunyai kemudahan asas dan fizikal seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah, bebas daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit denggi dan lain-lain. c. Persekitaran Sosial Sekolah yang Sihat dan Selamat : menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan program-program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan tekanan seperti Pembimbing Rakan Sebaya, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng, mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan lain-lain. d. Penglibatan Komuniti
49

kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran ataupun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah, memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model atau ikutan yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. e. Kemahiran Kesihatan Diri Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecergasan, makan secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh badan. f. Peranan Pengetua, Guru Besar dan Pentadbir Sekolah i. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan kebersihan di sekolah. ii. Menubuhkan Jawatankuasa Kebersihan yang dianggotai guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan. iii. Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat. iv. Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan. v. Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. vi. Kesedaran murid-murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri. vii. Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah. viii. Penglibatan badan bukan kerajaan. g. Peranan Guru i. Memahami komponen-komponen kesihatan. ii. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti Health Promoting School (HPS) yang dirancang oleh jawatankuasa. iii. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada jawatankuasa. iv. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan cara hidup sihat. v. Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan aktif. vi. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan. h. Peranan Murid atau Pelajar i. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti atau program BPS yang dirancang oleh pihak sekolah. ii. Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. iii. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktivitiaktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah. i. Peranan Ibu Bapa Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti atau program HPS yang dirancang oleh pihak sekolah. Memberi bantuan dari segi kepakaran, kewangan, barangan serta sokongan moral kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program HPS. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti atau program HPS.
50

Memberi cadangan aktiviti atau program HPS yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa BPS. Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

9.3 PERKHIDMATAN DI SEKOLAH a. Pendidikan Kesihatan. b. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. c. Program Kesihatan Pergigian Sekolah. d. Rancangan Makanan Tambahan (RMT). e. Program Susu Sekolah. f. Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K). g. Pendidikan Pencegahan AIDS di Sekolah. h. Program Anti-Denggi di Sekolah. i. Program Sekolah Bebas daripada Asap Rokok. j. Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) dan sebagainya. k. Program-program secara adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program AntiRubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya. 9.3.1 Pendidikan Kesihatan di Sekolah Ia telah bersepadu dengan disiplin Pendidikan Jasmani (PJ) dan dinamakan sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan masih terdapat dalam pelbagai mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Pendidikan tidak formal juga dilaksanakan melalui kuiz, ceramah, pameran dan kempen. 9.3.2 Perkhidmatan Kantin Sekolah a. Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa, sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan. b. Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. c. Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas. d. Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Peranan Sekolah a. Menggalakkan pengusaha atau pengendali makanan memasak makanan di dalam kawasan sekolah. b. Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan. c. Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian. d. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. e. Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakan kebersihan dan kesihatan.

51

Tanda dan simptom keracunan makanan seperti: rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot, sakit kepala dan pening. Sekiranya sekolah mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan makanan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah: a. Melaporkan dan membawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang berhampiran. b. Melaporkan ke PPD atau JPN. c. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat. d. Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dan Kementerian Pelajaran. e. Mengelak daripada membuat sebarang kenyataan akhbar. 9.3.3 Perkhidmatan Pergigian a. Program Kesihatan Pergigian Bahagian Pergigian dalam Kementerian Kesihatan juga memberi perkhidmatan pergigian murid sekolah, menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan sebagai satu usaha pencegahan dan peningkatan kesihatan gigi. menyediakan peruntukan bagi pegawai dan peralatan bagi klinik pergigian sekolah, membekalkan pegawai di samping melatih guru-guru pelatih di institut pendidikan guru. Kementerian Pelajaran juga bekerjasama dengan pihak swasta bagi membekalkan kit pergigian dan bahan-bahan pendidikan kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3 setiap tahun. b. Penglibatan Pihak Sekolah a. Kebenaran untuk Rawatan i. Tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga murid, jururawat dan doktor pergigian tidak boleh menjalankan sebarang rawatan terhadap murid sekolah. b. Penjadualan Program Pergigian i. Perbincangan awal perlu diadakan untuk mengenal pasti masa dan tarikh yang sesuai untuk lawatan dan rawatan pergigian oleh pihak pergigian. Ini adalah berasaskan senarai murid dan jadual peperiksaan. c. Penyediaan Tempat Rawatan di Sekolah i. Rancangan bersama untuk mengadakan klinik pergigian sekolah di bawah Rancangan Malaysia berasaskan enrolmen sekolah melebihi 1,000 orang murid. Dalam usaha ini, pihak pendidikan akan menyediakan bilik yang sesuai dan Kementerian Kesihatan akan menyumbangkan peralatan. d. Penglibatan dalam Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian i. Menerapkan unsur-unsur kesihatan dalam pengajaran semasa mata pelajaran PJK. ii. Latihan memberus gigi adalah salah satu kaedah yang diamalkan untuk menanamkan tabiat memberus gigi dengan betul dalam kalangan murid. iii. Peranan guru kelas ialah untuk memastikan murid-murid kelas akan mengambil berus gigi pada hari yang ditetapkan dan juga dibantu jururawat semasa latihan itu dilakukan. iv. Keadaan ini membolehkan pihak sekolah mengadakan latihan memberus gigi harian di sekolah. v. Membantu jururawat semasa ceramah diberi jika jururawat menghadapi masalah bahasa, misalnya di Sekolah Cina atau Tamil. vi. Implementasikan polisi kantin di mana penjualan makanan yang tidak berkhasiat diharamkan misalnya gula-gula, coklat dan sebagainya. vii. Kempen Kesihatan Pergigian Mingguan bersama pihak pergigian untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kesihatan pergigian. TOPIK 10 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
52

10.1 PENGENALAN Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab ke atas kebersihan diri. Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecergasan, makan secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh badan. Pendidikan kesihatan ditumpukan kepada pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pendidikan Kesihatan diserapkan ke dalam kurikulum (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) dan juga sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah: a. Pembelajaran di dalam bilik darjah; b. Ceramah; c. Dialog; d. Demonstrasi; e. Pameran; f. Tayangan alat pandang dengar g. Pertandingan seperti kuiz kesihatan dll. 10.2 PENDEKATAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH Pendidikan kesihatan yang formal dan tidak formal penting kerana ia membolehkan setiap individu dalam masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing. Pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan falsafah pendidikan adalah mustahak serta ia berupaya merealisasikan tujuan pengajaran dan pembelajaran kesihatan. 10.2.1 Objektif dan Kumpulan Sasar Pendidikan (pengajaran atau pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan. Bloom (1956), menyatakan objektif pengajaran adalah merupakan pernyataan yang menerangkan tentang apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran." 10.3 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Kaedah yang boleh digunakan untuk pemantauan adalah Rekod. 10.3.1 Rekod Rekod Kesihatan Murid (RKM 1): a. Mengandungi maklumat penting tentang kesihatan murid bagi mengawal pandu pertumbuhan dan kesihatannya. b. Hendaklah disemak dan dilengkapkan dari semasa ke semasa. Pedagogi moden terbahagi kepada tiga bidang fungsi pengajaran (Taksonomi Bloom), iaitu: Bidang Kognitif Bidang Afektif Bidang Psikomotor Tersenarai di bawah adalah Akta, Garis Panduan dan Surat Pekeliling bagi pemantauan dalam menjayakan PBSS. a. Akta i. Akta Pendidikan 1996; ii. Akta DDBIA 1995; iii. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994; iv. Akta Penderaan Kanak-kanak 1992; v. Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988; vi. Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988;
53

vii. viii. ix. x. xi. xii.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985; Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983; Akta Kawalan Mutu Makanan 1983; Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975; Akta Kerajaan Tempatan 1975; dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

b. Garis Panduan i. Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997; ii. Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 1997; iii. Buku Panduan PROSTAR; iv. Modul Latihan PROSTAR; v. Garis Panduan Incremental Dental Care Tahun 1996; vi. Garis Panduan Kantin Sekolah (Edisi 1996); vii. Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1995; viii. Garis Panduan Rancangan Kesihatan Sekolah (November 1994); ix. Garis Panduan Asrama Pekeliling Pembangunan dan Bekalan Bil. 2/1994; x. Garis Panduan Sekolah Bebas Denggi 1994; xi. Buku Panduan Program Bebas Denggi di Sekolah 1994; xii. Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993; xiii. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984; xiv. Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan; xv. Garis Panduan Program Susu Sekolah; xvi. Buku Panduan Disiplin Sekolah; dan xvii. Mengindahkan Sekolah dan Kawasannya (Landscaping). c. Surat Pekeliling i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah untuk Murid-murid yang Berbilang Agama; ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1981: 16 September 1981 Kebersihan di Sekolah-sekolah; iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 /1983 Kantin Sekolah; iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983: 7 November 1983 Mengenakan Hukuman Biasa terhadap Murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran; v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985: 2 Februari 1985 Penubuhan Jawatankuasa Sekolah sebagai Institut Masyarakat; vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: 9 Mei 1985 Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran; vii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985: 22 November 1985 Pakaian Seragam Murid-murid (Pindaan); viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1987: 1 Mei 1987 Pengurusan dan Kawalan Asrama/Sekolah Harian; ix. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1988: 21 Januari 1988 Penyakit-penyakit Demam Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis A) dan Keracunan Makanan; x. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/1988: 16 Ogos 1988 Penyelenggaraan dan Keceriaan Maktab Perguruan/Politeknik/ Sekolah; xi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1989 Rancangan Kesihatan Sekolah; xii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/1989: 28 Disember 1989 Kebersihan Sekolah;
54

xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992: 14 Mac 1992 Pemakaian Tudung/Mini Telekung bagi Pelajar-pelajar Perempuan; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1993: 3 Jun 1993 Pakaian Seragam Sekolah; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1996: 13 Februari 1996 Sikap Mengutamakan Keceriaan dan Kebersihan di Kalangan Pelajar; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997: Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997: Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok; dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997: Amalan Kebersihan di Sekolah.

Pelaksanaan PBSS di sekolah akan dinilai secara berterusan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD). Penilaian dibuat dengan menggunakan Borang Anugerah PBSS dan Penyeliaan ke Sekolah-sekolah. Penganugerahan tahunan ini diberi berdasarkan tahap usaha dan pencapaian sekolah dalam menggalakkan kesihatan di sekolah masing-masing.

Bagi sekolah yang tidak mencapai tahap minimum dalam usaha menggalakkan kesihatan, tidak akan diberi sebarang anugerah. 10.4 PERANAN WARGA SEKOLAH 10.4.1 Peranan Pengetua atau Guru Besar dan Pentadbir Sekolah a. Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan Program Kebersihan (3K) di sekolah. b. Menubuhkan Jawatankuasa BPS dengan dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan. c. Merancang aktiviti dan program BPS dengan mengambil kira: i. Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat. ii. Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti dan program BPS berkesan. iii. Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.
55

iv. v.

Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri. Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah.

10.4.2 Peranan Guru a. Memahami komponen-komponen kesihatan. b. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti kebersihan yang dirancang oleh jawatankuasa yang terlibat. c. Mencadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan. d. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya Hidup Sihat. e. Menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti atau program yang dianjurkan oleh sekolah. f. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai PAK. 10.4.3 Peranan Murid/Pelajar a. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti atau program BPS yang dirancang oleh pihak sekolah. b. Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. c. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti-aktiviti kesihatan dan program BPS yang dijalankan di sekolah. 10.4.4 Peranan Ibu Bapa Ibu bapa murid perlu melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti yang melibatkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang dirancang oleh pihak sekolah. Kepakaran, kewangan, barangan serta sokongan moral boleh diberikan kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti atau program. Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti atau program yang dijalankan oleh sekolah dan memberi cadangan aktiviti atau program yang boleh dilaksanakan kepada Jawatankuasa BPS. Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

56

You might also like