You are on page 1of 7

BAHAGIAN : TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 FASA

SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT


Oleh : Siti Hajar Binti Ahmad Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian konduit Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang pendawaian terutamanya kerana ianya : 1. memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai punca kerosakan mekanikal yang banyak, 2. hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik, 3. memudahkan penambahan litar pada masa akan datang, 4. boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu satu fasa atau tiga fasa, 5. dapat memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih apabila sistem dipasang. Jenis-jenis kabel yang digunakan Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut (bertebat) atau tanpa salut (tanpa tebat).

Jenis-jenis konduit Terdapat 3 jenis konduit yang biasa digunakan iaitu konduit logam tolok berat, konduit logam tolok ringan dan konduit boleh lentur. Di antara ketigatiga jenis konduit, konduit logam tolok berat (Heavy Gauge) pada umumnya digunakan secara meluas sebagai satu sistem pendawaian. Manakala konduit bukan logam bahannya adalah diperbuat daripada polivinil klorida dan bagi konduit boleh lentur (Flexsible Core) pula digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik. Saiz nominal konduit pula ialah 16 mm, 20 mm dan 32 mm. Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang diperlukan sewaktu pemasangan dan ini perlulah dirujuk daripada jadual 12A, 12B, 12C dan 12D Peraturan IEE ( Edisi 16 ).

Cara-cara pemilihan saiz nominal konduit 1. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya tidak lebih 3 meter perlu rujuk pada jadual 12A dan 12B. a) pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12A. b) campurkan ke semua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor konduit daripada jadual 12B. c) saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

2. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang larian yang mengandungi bengkok atau offset. a) pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12C. b) campurkan kesemua konduit daripada jadual 12D mengikut panjang larian dan jumlah bengkok serta offset dalam larian. c) saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

JADUAL 12A Faktor kabel di larian lurus pendek Jenis Pengalir Luas Keratan Rentas Pengalir mm2 1 1.5 2.5 1.5 Lembar 2.5 4 6 10 Faktor

Pejal

22 27 39 31 43 58 88 146

JADUAL 12B Faktor konduit di larian lurus pendek Garispusat konduit mm Faktor

16 20 25 32

290 460 800 1400

JADUAL 12C Faktor kabel di larian lurus panjang atau larian yang mengandungi bengkok Jenis Pengalir Luas Keratan Rentas Pengalir mm2 1 1.5 2.5 4 6 10 Faktor

Pejal

16 22 30 43 58 105

Kaedah Pemasangan Kabel Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada ke semua konduit yang diperlukan, sambungkan konduit tersebut mengikut keperluan dengan menggunakan aksesori tertentu (sesiku, tee dan sebagainya) dan pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar. Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah di rujuk daripada jadual 11C. Setelah ke semua kerja pemasangan siap barulah kerja menyalurkan kabel dijalankan. Pastikan kabel-kabel daripada satu litar di masukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang sama ia adalah bertujuan untuk menggelakkan daripada terhasilnya aruhan di sekeliling konduit tersebut.

PERKAKAS UNTUK KERJA KONDUIT Berikut adalah perkakas yang digunakan untuk kerja-kerja pemasangan sistem konduit. RAJAH 9A

A ) PERENGKUH PAIP ( PIPE WRENCH )

B ) GRIP PERENGKUH BOLEHLARAS ( ADJUSTABLE WRENCH GRIPE )

C ) PLAYAR PAM AIR ( WATER PUMP PLIER )

D ) PERENGKUH JENIS STILLSON

E ) GERGAJI BESI

H ) ALAT MELENTUR KONDUIT ( CONDUIT BENDER )

G ) SEPANA SESENDAL

RAJAH 9B

I ) ACUAN DAN PANDUAN J ) PELULAS KONDUIT ( CONDUIT REAMAR )

K ) RAGUM PAIP BERKAKI TIGA

L ) JEJARI LENGKUNGAN 90 BAGI KONDUIT KELULI

d r 0.5d

KOTAK PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI

B ) LENTUR PEMERIKSAAN A ) SIKU PEMERIKSAAN

RAJAH 10A

KOTAK BULAT PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI RAJAH 10B


L) SESENDAL BETINA

C) KOTAK TANGEN A) KOTAK

B) KOTAK BERLOMPANG

D) KOTAK SESIKU

E) KOTAK TEE

F) KOTAK SILANG PANDANGAN ATAS KOTAK -H

I) KOTAK - U
H) MASUKAN BELAKANG TERPANCUT PANDANGAN ATAS KOTAK -U

PANDANGAN ATAS KOTAK -Y

J) KOTAK
PEMANJANGAN

K) KOTAK - Y

You might also like