You are on page 1of 8

DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA


Kuching, Sarawak.

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : DCS
SESSION : SEMESTER : 4
MES 4013 – POWER DISTRIBUTION
CODE/COURSE : SHEET NO : IS 13
SYSTEM THEORY
LECTURER : WEEK : 12

TOPIC : 5.0 INTRODUCTION TO AERIAL LINE


SUB-TOPIC : 5.3 Service Line Pole 1

Pelajar mesti boleh :

LEARNING 1. Mengenal pasti kedudukan tiang


OUTCOME :
2. Menyenaraikan faktor-faktor penetapan kedudukan tiang

TAJUK: FAKTOR-FAKTOR PENETAPAN KEDUDUKAN TIANG

Tujuan
Bahagian ini membincangkan mengenai beberapa perkiraan yang harus diberi
perhatian sebelum sesuatu tiang ditanam pada sesuatu kedudukan. Selain itu
keadaan sekeliling turut mempengaruhi penempatan tiang. Bahkan juga bentuk
jalan berhampiran boleh menyebabkan susunan tiang penyokong talian atas
mempunyai sebutan yang berbeza.

Penerangan

Page 1 of 8
DPP C2 (b)-1

i. Faktor-Faktor Yang Perlu Diberi Perhatian Apabila Menetapkan Kedudukan


Tiang
Sebelum sesuatu tiang tersebut ditanam pada kedudukannya, beberapa
perkiraan perlu diberi perhatian agar tiang yang ditanam boleh menyokong
talian atas tanpa memberi kesan sampingan pada persekitarannya selain tiang
itu sendiri tidak dipengaruhi yang boleh menyebabkannya tidak bertepatan
dengan fungsinya.
a. Jarak kelegaan panjang maksima hendaklah tidak lebih 55 meter antara
tiang.
b. Jarak kelegaan rintangan daripada tanah, bangunan dan lain-lain
perkhidmatan.
c. Penanaman tiang di antara pinggir jalan dan longkang.
d. Ruang untuk umbang dan tupang.
e. Keadaan tanah.
f. Penanaman tiang dalam bahu jalan simpanan kerajaan (Reserve Road).
g. Pokok-pokok.
h. Sempadan rumah-rumah, pagar-pagar dan pintu pagar.
i. Tiang telefon
j. Susunan Jalan- Penjuru, Simpang-T dan lain-lain

ii. Pemilihan Susunan Tiang


Talian Atas Voltan Rendah biasanya ditegakkan di tepi jalan dan pemilihan
kedudukan tiang bergantung kepada susunan jalan.

a. Jalan Lurus

Page 2 of 8
DPP C2 (b)-1

Di atas jalan yang lurus beberapa susunan tiang boleh digunakan seperti
Tiang Talian Terus, Tiang Punca dan Tiang Tampang.

b. Jalan Berpenjuru (Corner Road)


Pada Jalan-Jalan Berpenjuru, susunan tiang jenis Tiang Sudut atau Tiang
Tampang boleh didirikan.

c. Hujung Jalan / Jalan Mati (Road End)

Page 3 of 8
DPP C2 (b)-1

Pada Hujung Jalan atau Jalan Mati, susunan jenis Tiang Punca adalah
sesuai digunakan.

d. Persimpangan Jalan-T (T-Junction)


Pada persimpangan jalan terutamanya pada simpang tiga atau Simpang-T,
jenis susunan sama ada Tiang Talian Terus Dengan Tee atau Tiang
Tampang 3 Cabang boleh digunakan.

e. Lintasan Jalan

Page 4 of 8
DPP C2 (b)-1

Bagi jalan-jalan yang mempunyai lintasan jenis susunan Tiang Talian


Terus Dengan Dua Tee atau Tiang Tampang 4 Cabang boleh digunakan.

f. Jalan Bulatan (Round About)


Beberapa kaedah diaplikasikan terhadap tiang-tiang yang disusun
berhampiran Jalan Bulatan

Page 5 of 8
DPP C2 (b)-1

Tiang Tampang 4 Hala

Short Slack Insulated


Span

Tiang Tamatan

Kabel Bawah
Tanah

Tiang
Tamatan

Page 6 of 8
DPP C2 (b)-1

g. Berdekatan Pencawang
Bagi kawasan yang berhampiran dengan pencawang, kabel yang
membekalkan talian atas lazimnya ditamatkan sama ada di atas Tiang
Punca atau Tiang Tampang.

Tiang Tamatan
Pencawang
Tiang Tampang

iii. Kedudukan Mengadap Tiang


Tiang-tiang hendaklah ditempatkan dan diletakkan agar tiada daya tegangan
(Torque) dikenakan di atas tiang apabila talian ditegangkan (tensioned).

Nota: Bukan Tiang Yang Menanggung Umbang. Tegangan ditentukan oleh


pemasangan umbang

EXERCISE

Page 7 of 8
DPP C2 (b)-1

1. Berapakah jarak maksima antara span?

2. Nyatakan factor-faktor yang perlu diambil perhatian sebelum sesuatu tiang


ditanam.

3. Terangkan susunan tiang yang boleh didirikan bagi sesalur talian atas yang
berdekatan gabungan Jalan Simpang Empat dan Simpang Tiga

4. Apakah kaedah yang oleh digunakan bagi sesalur yang harus membekalkan
bekalan ke seberang sungai?

REFERENCE

1. Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.

Page 8 of 8

You might also like