You are on page 1of 29

Struktur Asas Tubuh Badan

Azizi Ahmad Penolong Pengarah (Latihan) PBSMM / Perlis

Sel Badan
Benda hidup yang unik dan halus. Ia membentuk struktur makhluk-makluk hidup.

Struktur Asas Sel

Selaput Sel terdiri dari lemak. Nipis dan telap kpd cecair. Sitoplasma bahan cecair (menyerupai agar-agar) yg mengelilingi nukleus. Terdiri dari protin, lemak, karbohidrat, garam galian dan air. Nukleus terdiri dari protin. Mengandungi kromosoma (23 pasang) yang bertanggungjawan terhadap pembiakan sel (proses mitosis). Mengawal aktiviti sel. Mitokondria menghasilkan tenaga

Tisu Badan
Sekumpulan sel-sel yang telah bersatu untuk menjalankan tugas-tugas tertentu. Terdapat 5 jenis tisu yang penting.

1. Tisu Epitelum
Epitelum Leper
Nipis dan telap kpd cecair. Berfungsi sebagai pelindung dan penyerapan. Terdapat pada perut dan usus, selaput dan kulit.

1. Tisu Epitelum
Epitelum Turus
Berbetuk bulat torak. Setengah terdapat bulu halus (silia) dihujung permukaanya. Berfungsi sebagai penghasilan bendalir dan pergerakkan Terdapat pada organ yg mengeluarkan bendalir seperti kilang air liur, usus, perut dan sebagainya. Yg ada silia, ia terdapat pada saluran pernafasan.

2. Tisu Otot
Otot Tanpa Jalur
Berbetuk bujur telur dan licin. Terdapat pada perut, usus, salur darah, pundi kencing, dsbnya Pergerakannya diluar kawalan.

2. Tisu Otot
Otot Berjalur
Berbetuk bujur telur dan berjalur. Terdapat pada semua rangka tulang. Pergerakannya boleh dikawal.

2. Tisu Otot
Otot Jantung
Menyerupai otot tanpa jalur. Terdapat pada jantung sahaja. Mempunyai kuasa pengucupan berirama secara otomatik.

3. Tisu Saraf
Mempunyai badan dan fiber (neuron). Membentuk saraf. Tugas utama ialah gerak balas terhadap rangsangan.

4. Tisu Pengikat
Tisu Rawan
Amat liat dan kuat. Terdapat pada hujunghujung tulang didalam sendi, suping telinga, tulang rusuk, saluran pernafasan, dll.

4. Tisu Pengikat
Tisu Tulang.
Tisu yg terkuat sekali. Terbina dari 50% air dan 50% bahan pepejal.

4. Tisu Pengikat
Tisu Penyimpan Lemak.
Terbina dari lemak. Terdapat dibawah kulit serta disekeliling jantung dan buah pinggang. Tugasnya ialah penyanggaan, penebatan, perlindungan dan menjadi depoh simpanan makanan.

4. Tisu Pengikat
Tisu Berfiber
2 jenis: elastik dan tidak elastik. Fiber elastik terdapat pada dinding salur darah, bronkus dan alveoli. Fiber tidak elastik terdapat pada tendon, ligamen, selaput organ-organ

5. Tisu Darah
Darah terdiri dari 55% cecair (plasma) dan 45% sel-sel.
Terdapat 3 jenis sel-sel darah

5. Tisu Darah
Sel Darah Merah
> Menggangkut oksijen ke tisu dan membawa balik karbon dioksida.

5. Tisu Darah
Sel Darah Putih
> Melawan serangan kuman dan menghasilkan daya ketahanan badan (antibody)

5. Tisu Darah
Sel Platelet
> Menghasilkan pembekuan darah.

Sistem-Sistem Badan

Sistem Kulit
Organ kulit, bulu/rambut, kuku, kilang peluh & kilang minyak Tugas menjaga tisu badan dari jangkitan kuman, tercedera & kehilangan cecair badan. Mengawal suhuu badan. Alat deria.

Sistem Tulang & Otot


Organ tulang, sendi, otot, tendon, ligamen & rawan. Tugas membentuk, menyokong & menstabilkan badan. Membolehkan pergerakan. Mengeluarkan sel-sel darah. Menyimpan kalsium & lain-lain mineral.

Sistem Peredaran Darah


Organ jantung, arteri, vena & rerambut. Tugas membawa oksigen dan bahan makanan kpd sel-sel dan sebagai tukaran membawa karbon dioksida dan kumuh dari sel-sel untuk dibuang daripada badan.

Sistem Pernafasan
Organ hidung, kerongkong, larynx, trakea, bronkus, paruparu. Tugas - membawa masuk oksigen dari udara ke dalam badan dan membawa keluar karbon dioksida. - Mengawal suhu badan.

Sistem Saraf
Organ otak, saraf tunjang dan urat saraf.
Tugas mengawal kesedaran diri. Mengawal fikiran. Mengawal pergerakan badan. Menghantar dan menerima impuls saraf di badan.

Sistem Pencernaan
Organ mulut, kerongkong, esofagus, perut, usus kecil & besar, rektum dan dubur. Tugas menyedia & membekalkan makanan kpd badan. Membuang kumuh hasil dari proses pencernaan.

Mata
Organ biji mata, lesung mata, otot, konjuntiva, kelopak mata, alat air mata & saraf pengelihatan
Tugas memberi pengelihatan.

Telinga
Organ Bhg Luar: daun telinga & liang luar telinga. Bhg tengah: tukul, andas & rakap. Bhg Dalam: vestibula, koklia & salur separuh bulat. Gegendang memisahkan bhg luar dengan bhg tengah. Tugas memberi pendengaran & menstabilkan perseimbangan.

Sistem Pembuangan Air


Organ 2 buah pinggang, 2 ureter, pundi kencing & urethra.
Tugas menapis kumuh dari darah, menjadi air kencing dan mengeluarkannya.

Sekian
Terima Kasih

You might also like