You are on page 1of 2

Rampai Ak Wilson @ Ramlie Abdullah Tuai Rumah Ajak Pelasu Roban Sarawak Jabatan Tanah Dan Ukur Daerah

Roban 24 Jun 2013

Tuan, PENAFIAN HAK PEMILIKAN TANAH Perkara di atas adalah dirujuk kepada surat yang telah ditulis dan ditandatangani oleh Duat Anak Ellen yang telah diserahkan kepada pihak tuan. Surat berkenaan yang tidak bertarikh melarang pihak kami untuk membuat urusan menyukat tanah kami yang sedang diusahakan oleh pihak SALCRA dengan tanaman kelapa sawit. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, En Duat Anak Ellen tidak mempunyai hak ke

atas tanah yang telah beliau nyatakan. Selepas dirujuk kepada salasilah keluarga, beliau tidak berkaitan langsung dengan pemilikan tanah-tanah tersebut. Mengikut Adat Istiadat Kaum Iban beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang pihak kami daripada mengusahakan tanah-tanah tersebut. Ini kerana, pemilikan tanah tersebut adalah dari pihak yang tidak bersangkut paut dengan beliau. 3. Pihak kami berbesar hati agar pihak tuan dapat meneruskan menyukat

keluasan tanah-tanah tersebut bagi membantu pihak kami mengetahui status sebenar tanah tersebut. 4. Bersama ini juga, saya melampirkan semula surat yang telah ditulis oleh En

Duat Anak Ellen sebagai rujukan pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian terima kasih ............................................................... (Rampai Ak Wilson @ Ramlie Abdullah) Wakil keluarga ,(Indai Jelita)

You might also like