You are on page 1of 4

Rumah Mancha anak Ginchang,

Lubok Genali,
Buku,
96510 Pakan,
SARAWAK TEL : 019-4836362

YB Larry Sng Wei Shien,


Adun P209 Julau,
96600 Julau,
SARAWAK 17 NOVEMBER 2019

Tuan / Puan

PERMOHONAN BANTUAN SALURAN BEKALAN AIR PAIP BAGI KAWASAN RUMAH


PANJANG
Berhubung perkara di atas, saya Mancha Anak Ginchang, Ketua Kampung mewakili kesemua
penduduk kampung Lubok Genali, Buku, Pakan ingin membuat pemohonan untuk mendapatkan
bekalan air bersih bagi kegunaan harian penduduk kampung.

2.       Bagi makluman pihak Tuan/Puan, rumah panjang kami adalah satu-satunya rumah panjang
yang tidak mendapat bekalan sumber air paip bersih di kawasan Lubok Genali, Buku, Pakan. Jarak
yang dianggarkan adalah sejauh 2.5 km daripada saluran air utama yang terdapat di kawasan
kampung. Pada pendapat saya, dengan jarak yang sebegitu dekat, adalah tidak menjadi masalah
bagi pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan serta melaksanakan permohonan ini.

3. Ketiadaan sumber air bersih ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk
kampung ini. Antara masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bagi kegunaan
harian seperti mandi, membasuh, memasak dan sebagainya. Oleh sebab itu, penduduk kampung
ini terpaksa menggunakan sumber air alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai, air takungan
hujan atau air perigi untuk dijadikan air minuman dan pelbagai kerja yang lain.

4. Selain menyusahkan, punca-punca air ini juga tidak terjamin dan boleh menimbulkan wabak
penyakit merbahaya seperti risiko jangkitan kulit dan kencing tikus. Keadaan ini akan menjadi lebih
sukar apabila tibanya musim kemarau kerana air sungai akan menjadi cetek serta kotor dan air
takungan hujan juga akan habis.

4.        Saya sebagai Ketua Kampung yang mewakili kesemua penduduk kampung Lubok Genali,
Buku, Pakan berharap pihak Tuan/Puan mengambil tindakan segera akan permohonan yang
diajukan ini. Turut dilampirkan bersama juga adalah senarai nama penduduk kampung serta
sumber air sungai yang digunakan. Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/ Puan amat
dihargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

...................................
(MANCHA ANAK GINCHANG)
Ketua Kampung,
Lubok Genali,
Buku,
92348 Pakan,
Sarawak.

LAMPIRAN A
SENARAI NAMA PENDUDUK KAMPUNG
NO KAD
NO. BILIK KETUA ISI RUMAH TANDATANGAN
PENGENALAN
1 RICHARD ANAK SYLVESTER 730218-13-5499
2 JUNA ANAK SYLVESTER 691124-13-5767
3 MANCA ANAK GINCHANG 681116-13-5561
4 BENA ANAK SYLVESTER 710720-13-6237
5 JELANIE ANAK GIRING 591005-13-6183
6 KABE ANAK GALAW 610202-13-5519
7 UGAP ANAK AMBAU 580706-13-5657
8 SEMAN ANAK WOLLE 820526-13-6499
9 SITI ANAK NYALU 870328-13-6612
10 CHERANG ANAK AYUM 920731-13-5737
11 ALEXSON ANAK TUNGKU 960316-13-6083
12 RICKEY ANAK JUBANG 881215-13-5985

LAMPIRAN B
GAMBAR SUMBER AIR YANG DIGUNAKAN

You might also like