You are on page 1of 1

Organisasi Sosial Dalam Tamadun Melayu Selepas kedatangan Islam, sistem sosial masyarakat masih berasaskan kepada kesedaran

kelas. Masyarakat telah dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah ( golongan atasan ) dan golongan yang diperintah ( golongan bawahan ). Raja atau sultan mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam struktur sosial masyarakat. Selepas raja, lapisan sosial yang kedua tinggi ialah anak raja. Di bawah anak raja ialah orang - orang besar, pembesar dan penghulu. Sesetengah daripada orang besar bertugas sebagai penasihat sultan di istana manakala sesetengah orang besar adalah pembesar daerah. Pembesar- pembesar ini dilantik oleh sultan dan diberi kuasa untuk memungut cukai dan memiliki angkatan tentera sendiri. Mereka mempunyai pengikut dan anak buah sendiri. Selain itu, pemerintahan di peringkat kampung diterajui oleh penghulu kampung atau ketua kampung. Penghulu adalah orang yang terkaya serta berpengaruh dan merupakan pegawai perantaraan antara golongan atasan dan rakyat. Tujuan tugas ketua kampung adalah untuk membantu melaksanakan kerja-kerja raja dan pembesar. Rakyat biasa atau golongan yang diperintah terdiri daripada kaum petani dan nelayan yang mengusahakan pengeluaran sara diri. Dalam masyarakat Melayu traditional, golongan yang mempunyai kedudukan sosial yang rendah adalah golongan hamba. Golongan hamba dibahagikan kepada dua kategori iaitu hamba abdi dan orang-orang berhutang. Orang - orang berhutang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan abdi. Umumnya, golongan aristokrat yang memiliki hamba. Pemilikan hamba yang ramai dianggap sebagai lambang status dan kuasa.

You might also like