You are on page 1of 1

Berdasarkan novel SBDKL

Galurkan susun lapis masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.

__________________________________________________________________________________

Susun lapis masyarakat merujuk kepada individu atau kelompok masyarakat. Terdapat lima jenis
susun lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur iaitu raja, bangsawan, usahawan,
profesional dan rakyat.

Susun lapis masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah golongan raja. Raja merupakan
asas terpenting dalam susun lapis masyarakat Melayu Tradisional. Raja mempunyai kedudukan paling tinggi
dalam piramid organisasi sosial. Contohnya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak merupakan seorang raja atau
pemerintah. Baginda merupakan simbol penyatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Lembah
Tualang. Kesannya, masyarakat bernaung di bawah pemerintahan raja yang adil dan memiliki sifat - sifat yang
mulia, negara akan hidup aman dan harmoni.

Susun lapis masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah golongan bangsawan. Golongan
bangsawan atau pembesar wilayah berperanan sebagi penasihat raja mentadbir masyarakat. Golongan ini
mempunyai hubungan yang rapat dengan raja dan berkemungkinan juga mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan raja. Contohnya, Orang Kaya Indera Datuk Idris dan Orang Kaya Indera Muhammad Saman diberi kuasa
mentadbir wilayah Tualang. Mereka merupakan golongan yang kaya dan berharta. Kesimpulannya, peranan
golongan ini penting dalam membangunkan masyarakat yang maju dan produktif.

Susun lapis masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah golongan usahawan. Golongan
ini sering dikenali sebagai golongan yang menjana ekonomi. Golongan ini juga merupakan golongan usahawan
perniagaan yang berjaya dan kaya raya. Contohnya, Encik Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan dan
usahawan Melayu yang berjaya. Usahanya dalam menubuh syarikat Lombong Lembah Tualang telah membuka
peluang dan menjana pendapatan penduduk wilayah Tualang. Kesimpulannya, golongan masyarakat ini
penting dalam membangunkan masyarakat yang berintegriti.

Susun lapis masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah golongan profesional. Golongan
ini terdiri daripada pentadbir, ahli politik, peguam, dan sebagainya. Golongan ini berperanan dalam membantu
kehidupan masyarakat dengan lebih baik. Contohnya, YB Mohd Yusuf merupakan seorang wakil rakyat yang
berperanan berkhidmat untuk rakyat. Lawyer Shahril merupakan seorang peguam kepada keluarga Encik
Muhammad. Kesimpulannya, jelaslah bahawa golongan masyarakat ini memainkan peranan yang penting
dalam usaha untuk membangunkan kehidupan bermasyarakat yang aman dan damai.

You might also like