You are on page 1of 1

Kaji selidik penggunaan kaedah lakaran.

1. Kaedah penggunaan lakaran/lukisan dapat membantu saya dalam menjalankan eksperimen kerana lukisan lebih mudah dihadam oleh minda berbanding dengan hanya membaca prosedur eksperimen. Sebagai contoh penggunaan kaedah lukisan lebih tersusun dan nampak jelas aturan prosedur dengan lebih sistematik. Selain itu, penggunaan lukisan lebih menarik minat untuk dibaca daripada teks semata-mata. 2. Kekuatan kaedah lukisan ini pula ialah keadaan meja makmal yang teratur dan kemas daripada selerakan buku-buku eksperimen ataupun nota kerana lakaran telah dibuat. Selain itu, lakaran juga membantu member idea atau gambaran awal kepada murid berkaitan eksperimen sebelum mereka menjalankan eksperimen. Proses eksperimen juga akan berjalan dengan lancer dan teratur. 3. Kelemahan kaedah lakaran pula ialah lakaran pelajar mungkin aka nada yang tidak kemas dan sukar difahami menyebabkan kekeliruan berlaku. Selain itu terdapat juga kemungkinan pelajar akan tersilap aturan proses yang telah mereka lukis dan menyebabkan ralat pada eksperimen. 4. Cara lain yang boleh diguna pakai ialah penggunaan peta konsep. Ini bagi memudahkan murid memahami apakah eksperimen yang akan dijalankan. Selain itu, proses eksperimen juga boleh ditulis mengikut aturan nombor dan menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Bahagian yang perlu diberi penekanan dalam proses eksperimen juga perlu diletakkan tanda seperti highlight dan sebagainya. 5. Kaedah lakaran agak sukar diaplikasikan oleh murid sekolah rendah kerana teknik melukis mereka masih lagi lemah. Kognitif mereka juga belum mencapai tahap memahami proses eksperimen dengan berpandukan kepada lakaran mereka semata-mata. Kekurangan pengetahuan mengenai konsep Sains dan eksperimen juga menjejaskan keberkesanan kaedah ini. Bimbingan guru amat penting jika kaedah ini ingin dilaksanakan.

You might also like