You are on page 1of 21

PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2012

HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO MATRIKS NO KAD PENGENALAN NO TELEFON EMEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

73120202086172001 731202-08-6172 0139053663 miekhamisah@ymail.com KUALA TERENGGANU

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]


MUKA SURAT

KANDUNGAN

1 2

PENGENALAN PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU PENGERTIAN KONSONAN DAN VOKAL ALAT-ALAT ARTIKULATOR DAN DAERAHNYA FUNGSI ALAT ARTIKULASI

4 4 5 6 8 11

3 4 5

PENGHASILAN BUNYI VOKAL PENGHASILAN BUNYI KONSONAN PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU

14 14

6 7

PERBEZAAN FONEM DAN ALOFON CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN KEPENTINGANNYA

16 19 21

8 9

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

1.0 PENGENALAN

Umumnya, ilmu linguistik difahamkan sebagai bidang yang mengkaji bahasa. Menurut David Crystal(1991), linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Haruko Momma(2001) pula berpendapat bahawa ilmu linguistik ialah disiplin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian bahasa sebagai sains. Terdapat beberapa cabang ilmu linguistik termasuk etimologi, fonologi, leksikologi, mofologi, semantik dan sintaksis serta sosiolinguistik. Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa. Fonologi menurut Adrian Akmajian dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi yang diterjemahkan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian seperti berikut Fonologi ialah subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara, dari satu segi fonologi ialah sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi lain pula, dirujuk sebagai tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal system bunyi semulajadi .(1995:112) Manakala Frank Parker dalam Linguistik Untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan . (1974:112). Abdullah Hassan pula dalam Linguistik Am untu Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. (1993:40) Fonetik merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Ia adalah asas kepada kajian fonologi tetapi tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia serta tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. (Siti Hajar Abd. Aziz. 2008:90). Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksa, 1984:51) Ilmu yang menyelidiki penghasilan penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Kamus Pelajar Karisma oleh Ahmad Mahmood Musanif Fonetik merupakan cabang ilmu linguistik yang mempelajari tentang alat pertuturan serta bunyi yang dihasilkan dalam sesuatu bahasa. (2001:133). Fonetik terdapat dalam tiga cabang iaitu Fonetik Artikulasi, Fonetik Akuistik dan Fonetik Auditori. Peta minda di bawah menjelaskan cabang ketiga-tiga nya.
3

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

Mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian artikulator yang terlibat dalam penghasilan bunyi serta mengkelaskan alat tutur seperti lidah, bibir, lelangit keras dan lembut, anak tekak dan sebagainya.

Fonetik Akuistik
Mengkaji tentang sifat fizikal bahasa iaitu bunyi unjuran yang dihasilkan pita suara. Gelombang bunyi dapat diukur menggunakan alat spectrogram dan osiloskop.

Mengkaji tentang cara bunyi ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan oleh otak. Proses yang paling kompleks kerana proses ini bersifat mujarad.

Fonetik Artikulasi

Fonetik Auditori

Gambarajah 1 : Cabang-cabang Fonetik .

2.0 PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU

2.1 Pengertian Konsonan dan vokal Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan (disengaukan). Vokal adalah bunyi bersuara, yang mana untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah, keadaan rongga mulut dan keadaan bibir. Vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang dan vokal yang dinasalkan. Konsonan pula ialah bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak. Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis konsonan iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

KONSONAN ASLI Terdapat lapan belas konsonan asli termasuk dua konsonan vokal. Konsonan Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal. KONSONAN PINJAMAN Merupakan kata-kata asing yang dipinjam. banyak konsonan pinjaman telah diganti dengan konsonan Melayu tetapi bunyi asalnya masih dikekalkan.

KONSONAN

Gambarajah 2 : Jenis-jenis konsonan

2.2 Alat-alat artikulator dan daerah letaknya Artikulator atau pengeluar bermaksud alat utama yang menghasilakn bunyi di mana ia dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh hujung lidah, bibir lelangit dan sebagainya. Daerah artikulasi atau daerah pengeluar pula merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai oleh artikulator seperti gigi atas, gusi dan lelangit keras.

*Gambarajah 3 : Alat Artikulasi

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

Rujukan Gambarajah: 1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Hujung lidah 10. Hadapan lidah 2..2.1 Fungsi alat artikulasi Lidah Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian iaitu hujung, tengah, hadapan dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis bunyi. Gigi Peranan gigi tidaklah aktif. Kedudukannya statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Bibir Terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan serta berperanan mengeluarkan berbagai bunyi. Ia juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglotis 15. Pita suara 16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 18. Rongga mulut 19. Rahang 20. Tengkorak

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

Gusi Merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat sekatan. Lelangit Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras pula bermula dari sempadan gusi di hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut. Sekiranya mulut tertutup, udara keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Ia boleh di. buka dan ditutup, bergantung kepada keadaan anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting untuk menghasilkan bunyi. Terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Apabila pita suara kendur dan renggang udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis. Keadaan glotis terbuka sewaktu bernafas dan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/ iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat glotis tertutup, udara tidak dapat keluar tetapi dapat hasilkan bunyi letupan glottis /?/. Jadi pita suara menentukan bunyi bersuara atau tidak bersuara. Anak Tekak Terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran lelangit lembut dan ia bersambungan dengan lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan yang

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak. Anak tekak boleh diturun naikkan. Rahang Rahang penting dalam pembunyian vokal. Keadaan terbuka antara atas dan bawah rahang sempit sewaktu membunyikan vokal membunyikan vokal (a) dan (e). (i) dan (u) tetapi terbuka luas ketika

2.3 PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal terbahagi kepada tiga iaitu : Vokal Hadapan

*Gambarajah 4 : Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu Vokal hadapan sempit [i]

* Gambarajah 5 Hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya udara keluar menggetarkan selaput suara. Contoh kata: [ikan]-awal kata, kata [topi]-akhir kata [lihat]-tengah

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]

*Gambarajah 6 Hadapan lidah berada di tengah, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara dirapatkan. Contoh kata: [elo?]-awal kata, merah]-tengah kata, Vokal Hadapan Separuh Luas [] Hadapan lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara bergetar. Contoh kata: [ mak]awal kata, [pmbli] tengah kata. kol]-akhir kata

*Gambarajah 7

Vokal Hadapan Luas [a] Terletak jauh di bawah, mulut hampar dan terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit kea rah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung, pita suara bergetar. Merupakan vocal paling banyak digunakan dalam Bahasa Melayu. Contoh kata: [ahli]-awal kata, [nnas]- tengah kata, [mm]-akhir kata

*Gambarajah 8

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

2) Vokal Belakang

*Gambarajah 8: Kedudukan rahang ,bibir dan lidah untuk hasilkan [a],[u],[i] Vokal Belakang Sempit [u] Belakang lidah dinaikkan kea rah lelangit lembut untuk menyempikan rongga mulut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan, pita suara bergetar. Contoh kata: [ baru] , [bubuh]

*Gambarajah 9 Vokal Belakang Separuh Sempit [o] Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara digetarkan..

Contoh kata: [oleh], [tolol]

*Gambarajah 10 Vokal Belakang Separuh Luas [] Belakang lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan suara digetarkan. Merupakan vocal yang paling luas sekali dalam Bahasa Melayu. Contoh kata: [ra], [bra]

10

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

3) Vokal Tengah Vokal Tengah Pendek [] Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah antara lelangit keras dan lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya suara bergetar apabila udara melaluinya. Vokal ini hanya terdapat di awal dan tengah sukukata sahaja. Contoh kata: [prahu], 4) Vokal Sengauan/ Dinasalkan Rongga hidung, lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan tidak tinggi untuk tidak menutup rongga hidung supaya udara keluar dari rongga hidung dan mulut. Semasa kata dituturkan udara tidak keluar seratus peratus. Tanda [~] sebagai lambing di atas vokal berkenaan. Contoh kata: [mkan], [i] [tmpat]

2.4 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Konsonan Letupan Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, udara tersekat pada dua bibir kemudian dipaksa keluar, jika mulut cepat dibuka keluarlah bunyi [p], kerana pita suara tidak bergetar ia dinamakan letupan dua bibir tak bersuara. Jika pita suara bergetar terbitlah bunyi [b] iaitu letupan dua bibir bersuara. Udara disekat dengan merapatkan dua bibir, hujung lidah kena pada gusi, lelangit lembut dinaikkan, jika proses sekatan ini dilepaskan terdengarlah bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Kalau pita suara digetarkan pula terbitlah bunyi letupan gusi bersuara iaitu [d]. Bunyi letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] untuk menghasilkannya belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat udara. Anak tekak dan lelangit lembut dirapatkan ke rongga hidung. Apabila pita suara dirapatkan arus udara keluar melalui rongga mulut untuk menggetarkan pita suara. Maka lahirlah bunyi [g]. Bunyi [c] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras menyekat arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang. Arus udara tidak
11

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

menggetarkan pita suara tetapi udara perlu dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] iaitu letupan lelangit lembut bersuara, proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar. Hentian [?]: hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekakdinaikkan ke dinding rongga tekak untuk menyekat udara ke rongga hidung, pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar tersekat di rapatan pita suara menyebabkan pita suara tidak bergetar, maka hentian glotis terhasil.

*Gambarajah 10: Konsonan letupan [p][b][t][d][k][g][j] Konsonan Letusan Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Ketika ini pita suara diregangkan, udara dilepaskan perlahan-lahan dan tidak menggetarkan pita suara. Untuk menghasilkan konsonan [j] pula pita suara digetarkan.

Konsonan Geseran Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara diregangkan tanpa bergetar, terhasillah bunyi [s] iaitu bunyi geseran tidak bersuara. Apabila udara melalui pita suara yang renggang, rongga mulut seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal , bunyi [h] pun terjadi, iaitu geseran glotis tidak bersuara.

12

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

*Gambarajah 11: konsonan geseran [s][h]

Konsonan Getaran Bagi menghasilkan [r], hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah, gusi serta lidah bergetar, lelangit lembut pada masa ini dinaikkan. Ini dinamakan getaran gusi bersuara.

*Gambarajah 12

Konsonan Sisian Untuk bunyi [l] hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut ditinggikan dan pita suara bergetar. Udara keluar di tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilakn dinamakan bunyi sisian gusi bersuara.

*Gambarajah 13 Konsonan Sengauan (nasal) Terdapat empat bunyi nasal dalam Bahasa Melayu, perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan, bunyi [m]- dua bibir dirapatkan, bunyi yang terhasil dinamakan sengauan dua bibir bersuara. [n] pula hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara. [] pula tengah lidah

13

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan keras bersuara. [] Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut, bunyi yang dihasilkan dipanggil bunyi sengauan lelangit lembut bersuara.

*Gambarajah 14

Separuh Vokal Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal,kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak membuat luncuran. Terdapat dua jenis separuh vokal iaitu [w] lidah mula-mula seperti membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara. [y] pula kedudukan lidah seperti membunyikan [i], kemudian bergerak kedudukan vokal lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara.

*Gambarajah 15

3.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU

3.1 Pengertian Fonem dan alofon Fonem adalah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata /bayang/ dan /layang/, bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. ia juga unit bahasa terkecil yang berfungsi, merupakan satu unit ujaran yang bermakna atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi misalnya /palu/. Kata ini pula terdiri daripada empat unit bunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil
14

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

fonem. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit ini membezakan maksud ujaran. Setiap bahasa ada fonem yang berbeza, setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi-bunyi tersebut. Meskipun dua bahasa itu mempunyai fonem yang sama namun distribusi atau penyebaran berbeza dalam Bahasa Melayu. Fonem dan transkipsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. Fonem yang terdiri daripada anggota fonem yang yang dipanggil alofon. Contohnya fonem p dalam /palu/,/ lupa/ dan /luap/. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna iaitu tidak diletupkan,.dengan kata lain alofon adalah anggota-anggota kepada fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi tergolong ke dalam satu fonem, ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya.

3.2 Perbezaan Fonem Dan Alofon Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi, manakala anggota fonem terdiri daripada anggota fonem.Variasi suatu fonem yang tidak membezakan erti dinamakan alofon. Alofon juga merupakan kelainan bunyi tetapi masih dalam satu fonem. Kaedah Penentuan Fonem Dan Alofon. 3.2.1 Kaedah Pasangan Minima

Merupakan kaedah utama untuk mengenalpasti fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang ada perbezaan hanya pada satu bunyi dan perbezaan ini wujud pada kedudukan yang sama. Bunyi atau segmen berkenaan dianggap fonem sekiranya ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Contohnya: [tari] [dari] [patah] [padah] [tuli] [duli]

15

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

Kesemua perkataan itu mempunyai perbezaan pada satu segmen sahaja iaitu [t] dan [d]. segmen [t] dan [d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama di gusi-gusi. Perkataan di atas juga jelas berbeza dari segi makna. 3.2.2 Kaedah Pasangan Minima Terdekat Bertujuan mengenalpasti sesuatu segmen sebagai fonem. Berdasarkan kaedah ini sekiranya terdapat segmen berbeza tetapi sama dari segi fonetik pada lingkungan yang sama dalam perkataan yang berbeza makna keduaduanya adalah fonem berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Contohnya : [tabah]-[tapah], [tekak]-[tegak].

3.2.3

Kaedah Penyebaran saling Melengkapi kaedah utama dalam usaha mengenalpasti suatu segmen sebagai alofon. Konsep ini wujud apabila dua segmen dari kelompok yang sama tidak boleh hadir dalam lingkungan sama iaitu hanya boleh hadir pada awal kata, tidak boleh pada lingkungan tengah dan akhir kata. Manakala ada yang sebaliknya, kehadiran segmen-segmen ini memperlihatkan saling lengkap melengkapi sebagai alofon kepada satu fonem. Contoh segmen [k] dalam [kita], [suka], [kalau].

3.2.4

Kaedah Variasi Bebas Tujuan kaedah untuk mengenalpasti suatu segmen sebagai alofon. Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon sebagai satu fonem yang tidak membezakan erti. Fonem [i] mempunyai dua alofon, begitu juga fonem /o/, /e/, /u/. contoh lain dalam /faham/-/paham/ dan

sebagainya.

4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN KEPENTINGANNYA 4.1 Pengertian Suprasegmental Unsur-unsur bahasa ialah unsur-unsur segmental kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada pertuturan. Kita menuturkan

16

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

segmen-segmen dengan berbagai tekanan dan nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapakan sama ada sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat unsur bahasa yang perlu diperhatikan iaitu tekanan, nada , jeda dan panjang pendek. Unsur-unsur inilah dinamakan suprasegmental.

4.2 Ciri-ciri suprasegmental Terdapat lima unsur suprasegmental iaitu: 4.2.1 Tekanan

Menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya sebutan suku kata itu. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / /. Lambang ini diletakkan ke atas suku kata yang menerima tekanan misalnya /buda?/. Dalam Bahasa Melayu tekanan tidak membezakan makna. 4.2.2 Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi dan 4 paling tinggi. Biasanya dimulakan dengan nada 2, kemudian nada menaik apabila ada tekanan dan turun hingga 1, contoh : Saya hendak balik. Dalam Bahasa Melayu nada juga fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. 4.2.3 Jeda

Juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara unsurunsur linguistik sama ada perkataan, ayat atau rangkaikata. Lambang yang digunakan ialah #. Unsur ini membezakan makna. Contoh : [#buang sampah ema?#] adalah berbeza maknanya dengan [#buang sampah# ema?]. 4.2.4 Panjang pendek

17

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

Adalah kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu adalah satu mora. Manakala lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang [.] setengah mora. Bagi Bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna. 4.2.5 Intonasi

Intonasi ialah corak turun naik ayat dan perubahan nada suara yang telah berlaku dalam ayat. Tiap-tiap ayat disifatkan sebagai satu kumpulan tona dan biasanya mempunyai satu kumpulan tona.Dalam satu kumpulan tona terdapat satu suku kata yang menonjol, tinggi bunyinya jelas kedengaran serta suku kata ini menunjukkan perubahan turun naik ayat tersebut. Intonasi ayat dalam Bahasa Melayu berbeza-beza. Misalnya dalam ayat berita menurun manakala dalam ayat tanya intonasinya meninggi di akhir ayat.

4.3 Kepentingan suprasegmental dalam kemahiran lisan pengajaran Bahasa Melayu Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu. Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara yang mana ia melibatkan lima unsur suprasegmental. Kemahiran lisan dalam Bahasa Melayu bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menurut Currie(1973) Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the psilosophy of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which, this philosophy is realised in actual class lessons. Kemahiran mendengar adalah proses terpenting bagi mendapatkan maklumat, melalui penggunaan unsur-unsur suprasegmental iaitu tekanan kelantangan suara amat perlu dalam penyampaian maklumat dengan jelas. Nada tinggi rendah intonasi suara pula boleh menggambarkan kepentingan isi dan maklumat yang guru ingin
18

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

sampaikan selain dapat menarik perhatian murid, contohnya situasi kelas yang bising ketika jalankan aktiviti kumpulan, guru perlu meninggikan nada suara agar murid memberi perhatian segera. Paling penting bagi pengucapan lisan adalah jeda bahasa kerana pemahaman murid mungkin akan berbeza dengan maksud guru sebenar. Menurut ILA(1996) kemahiran mendengar merupakan proses menerima dan memahami maklumat dan kemudiannya bertindak balas terhadap percakapan. Dalam kemahiran mendengar murid akan menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa. Mendengar juga adalah kemahiran lisan yang akan merangsang kemahiran bertutur murid. Maklumat yang diterima akan diterjemahkan dalam bentuk interaksi lisan dengan rakan-rakan. Selain itu unsur-unsur suprasegmental penting dalam

kemahiran membaca, dengan adanya unsur tersebut murid akan membaca dan menyebut/ mengeluarkan bunyi bahasa dengan betul dan mudah difahami tidak hanya mendatar. Contohnya untuk bacaan mekanis, selain itu suprasegmental juga digunakan dalam teknik-teknik pengajaran seperti simulasi, soaljawab dan main peranan. Penggunaan jeda, tekanan dan nada semasa aktiviti ini menjadikan persembahan lebih menarik, paling ketara contohnya semasa pertandingan bercerita, pidato atau berbalas pantun.

. 5.0 KESIMPULAN

Sebagai rumusannya, fonologi sebagai bidang khusus dalam linguistik iaitu pengamatan terhadap bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya untuk membezakan makna leksikel. Untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa beberapa unsur dan alat sebutan terlibat secara tidak langsung. Alat-alat sebutan ini amat penting bagi penghasilan bunyi yang betul dan difahami. Bunyi yang bermakna itulah bunyi bahasa. Melalui bunyi bahasa manusia lebih mudah berinteraksi sesama sendiri. Kajian tentang bahasa memberi kefahaman yang lebih mendalam terhada penghasilan dan penggunaan bahasa itu sendiri dari sekecil-kecilnya seperti penglibatan alofon dalam fonem yang telahpun dijelaskan dalam tugasan ini.

19

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

Namun demikian apabila fonem berada di dalam ayat ia akan melalui beberapa proses khususnya intonasi, nada ,jeda, tekanan dan panjang pendek. Bunyi-bunyi bahasa ini juga mempunyai lambang-lambang tertentu yang menggambarkan sebutan. Akhirnya penglibatan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan amat penting sebagai satu cara penyampaian maklumat. Penggunaan unsur-unsur suprasegmental dalam kemahiran mendengar dan bertutur perlu difahami dan dititikberatkan kerana sesuatu maklumat itu mungkin akan disalahertikan hanya kerana silap jeda atau intonasi penyampaian.

(3200)

20

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

HBML1203FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU/MEI2012

[Type the document title]

BIBLIOGRAFI

Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Farid M. Onn (1988: 1-4) (Persatuan Linguistik Malaysia). Bunga Rampai Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Habibah Mohd Samin, Hasnah Awang (2010). Literasi Bahasa Melayu Untuk Panduan PelajarPelajar PISMP dan PGSR serta Pendidik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Habibah Mohd Samin, Hasnah Awang (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 Untuk PPISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Profesior Emiritus Abdullah Hassan (2007 : 165). Psikolinguistik Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional Pendidikan. http://ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlhttp:www.karyanet.com. http://www.Ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.html http://www.scribd.com/doc/56997256/fonem-Dan-Alofon http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.html http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=47r

21

* dipetik dari MODUL HBML1203OUM

You might also like