You are on page 1of 30

Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan admin, Sunday 28 January 2007 - 00:00:00 Banyak kajian tentang sekolah berkesan

menunjukkan bahawa faktor tingkah laku guru merupakan salah satu faktor penentu sekolah berkesan. Dalam tahun 1980an beberapa sintesis kajian yang berpengaruh telah dijalankan oleh Welberg (1984) dan Fraser et. al., (1987). Hasil kajian tersebut mendapati situasi mengajar yang mempunyai kesan yang tinggi yang diperolehi oleh Welberg (1984) dan Froser et. al., (1987) ialah a)pengukuhan (pujian dan dendaan) b)program khas kepada pelajar-pelajar tertentu c)memberi maklum balas d)pembelajaran mastery e)belajar bersama dalam kumpulan yang kecil Manakala Fraser et al., (1987) pula memberikan sintesis daripada 134 meta analisis yang mengandungi 7827 kajian-kajian perseorangan. Sebahagian daripada hasil kajian disimpulkan seperti di bawah: a)pengajaran yang berkualiti b)jumlah masa untuk pengajaran c)ciri-ciri latar belakang kognitif d)maklum balas. Satu kajian untuk mengkaji tingkah laku guru dalam pengajaran di antara tiga jenis sekolah iaitu sekolah yang tinggi, sederhana dan rendah keberkesanannya telah dijalankan oleh van der Werf (1997) di Belanda. Analisis telah dijalankan berdasarkan pencapaian dalam matematik di kalangan lima puluh ribu (50, 000) murid di 560 sekolah rendah. Hasil kajian mendapati bahawa para guru di sekolah yang tinggi keberkesanannya mempunyai ciri-ciri berikut: i.Memberi pengajaran lebih kepada seluruh kelas ii.Mempunyai matlamat yang manimum kepada semua murid iaitu semua murid boleh diajar dan akan berjaya dalam pelajaran. iii.Memperuntukan masa yang lebih kepada aktiviti pembelajaran. iv.Membuat penilaian terhadap kerja-kerja pembelajaran. v.Para guru juga menawarkan lebih banyak isi pelajaran sepanjang tahun persekolahan. Dalam Model Keberkesanan Sekolah Pelbagai Aras, Creemers (1991) menyatakan asas kepada model tersebut ialah proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebab pertama kepada asas tersebut ialah pembolehubah-pembolehubah di bilik darjah bertanggungjawab menjelaskan kepada semua perbezaan terhadap pencapaian murid berbanding dengan pembolehubah pada peringkat sekolah. Sebab kedua ialah punca hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah pada peringkat bilik darjah dan pada peringkat murid boleh ditunjukkan secara khusus daripada teori pembelajaran Model Bloom (1979) dan Model Carroll (1963, 1989). Asas kepada model iaitu proses pengajaran dan dan pembelajaran adalah berkaitan dengan tingkah laku guru. Mengikut van de Grift, Th. Hauntveen dan c. Vermeulan (1997) yang telah membuat kajian berkaitan Iklim Pengajaran Dalam Pendidikan Menengah di Belanda mendapati bahawa pembolehubahpembolehubah guru yang signifikan yang berhubung kait dengan pencapaian murid-murid dalam matematik ialah: i.Kerap memantau keputusan murid ii.Guru memberi penekanan kepada kejayaan iii.Harapan atau jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid. iv. Iklim pengajaran yang teratur di bilik darjah Page 2 http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8 Page 2/4 Mereka menyatakan lagi bahawa semakin tinggi keupayaan guru, semakin baik guru menyediakan pelajar mereka untuk ujian, dan semakin tinggi guru menawarkan iklim pengajaran yang teratur semakin tinggi keputusan murid perolehi. Mengikut Scheerens dan Bosker (1997), para guru di sekolah yang berkesan mempunyai tingkah laku seperti di bawah: i.Mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid dalam pelajaran. Juga mendidik murid-murid supaya mempunyai jangkaan yang tinggi dalam kejayaan. ii.Merangsang serta memberi penekanan kepada murid-murid supaya bekerja dengan kuat. iii.Guru bergembira dengan hubungan dengan para pentadbir sekolah. iv.Guru mencipta suatu persekitaran pembelajaran yang mana murid-murid boleh belajar dengan cara yang selesa.

v.Guru mempunyai iltizam yang tinggi serta mempunyai motivasi kerja yang tinggi. vi.Hubungan sosial guru murid adalah baik. vii.Guru menyukai para murid dan selalu memberi bantuan kepada mereka. Guru juga memperlakukan atau melayani mereka secara adil. viii.Para guru di sekolah merasakan mereka berada dalam satu kumpulan. ix.Para guru menyimpan rekod-rekod perkembangan dan kemajuan murid. Manakala Lowych dalam (Scheerens ,1992) menyenaraikan lapan tingkah laku guru yang ada hubung kait dengan kejayaan murid iaitu: i.Kejelasan: pesembahan atau penerangan tentang pelajaran yang jelas bersesuaian dengan aras kognitif murid-murid. ii.Mudah berubah: memperbagaikan tingkah laku pengajaran dan alatan bantuan mengajar, memperbagaikan aktiviti pembelajaran dan lain-lain lagi. iii.Bersemangat: digambarkan atau dijelmakan dalam bentuk pertuturan dan bukan bentuk pertuturan. iv.Mengisahkan tugas (task-related): mengarahkan para murid untuk menyiapkan kerja, latihan dan tugasan lain secara hikmah ( bussnies manner) v.Kritikan: Banyak kritikan negatif memberi kesan negatif kepada pencapaian murid vi.Aktiviti tidak langsung: Menerima idea-idea, perasaan murid serta merangsang aktiviti persendirian murid. vii.Melengkapi murid-murid dengan peluang untuk belajar, iaitu persamaan yang jelas apa yang diajar dengan apa yang diuji dalam peperiksaan dan penilaian. viii.Memperbagaikan aras kedua-dua soalan kognitif dan interaksi kognitif. Teddlie, Kirby dan Stringfield (1989) telah membuat penyelididkan melalui kaedah pemerhatian di bilik darjah. Kajian mereka ialah untuk melihat perbezaan pengajaran guru di sekolah berkesan dan di sekolah tidak berkesan. Kajian ini dijalankan terhadap tiga pasang sekolah bandar, tiga pasang sekolah luar bandar dan tiga pasang sekolah pinggir bandar. Kajian ini secara khusus untuk mengenalpasti sama ada guru-guru di sekolah berkesan bertingkah laku secara konsisten berbeza dengan guru-guru di sekolah tidak

berkesan berdasarkan petunjuk-petunjuk yang dikenalpasti sebagai pengajaran berkesan. Borang pemerhatian yang digunakan dalam kajian tersebut dibina berdasarkan 6 fungsi-fungsi mengajar yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983) sebagai sintesis kajian keberkesanan guru. Topik-topik umum yang terdapat di dalam borang pemerhatian tersebut ialah: a)masa untuk tugasan b)ulangkaji harian c)menyampaikan pelajaran baru d)masa murid-murid memulakan pembelajaran e)kebebasan amalan f)ulangkaji mingguan dan bulanan g)jangkaan guru h)pengukuhan positif Page 3 http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8 Page 3/4 i)rancangan mengajar j)menilai kemajuan murid k)bilangan ganguan semasa belajar l)disiplin m)persekitaran n)ciri-ciri fizikal bilik darjah Hasil kajian yang diperolehi adalah pertamanya ialah guru-guru di sekolah berkesan secara tekal memainkan peranan lebih berdasarkan pengajaran berkesan yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983). Kedua, ialah pembelajaran di sekolah berkesan bermula tepat pada masanya, bercirikan teknik pengajaran yang betul, sesuai dan mempunyai ganguan yang sedikit. Manakala pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak berkesan bermula tidak tepat pada waktu (lambat), tidak tekal berdasarkan pengajaran berkesan yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983) dan mempunyai ganguan secara konstant. Kajian-kajian tentang hasilan pelajar iaitu dari segi akademik, tingkah laku dan sikap menunjukkan kepemimpinan guru mempunyai kesan positif ke atas perkara-perkara tersebut. Mengikut Hussain (1993), kajian-kajian berkaitan mendedahkan tujuh

faktor utama dalam keberkesanan pengajaran iaitu: a)guru yang berketerampilan b)masa yang cukup untuk pengajaran c)suasana pembelajaran yang tenteram d)pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar e)pengesanan kemajuan pelajar f)peralatan pengajaran yang mencukupi g)penyeliaan pengajaran yang berkesan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia Dato Dr Abdul Shukur Abdullah (1998) menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan iaitu: i.Bersikap profesional. ii.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. iii.Kaya ilmu. iv.Bertindak di atas landasan etika dan tatasula kerja. v.Bermoral teguh. vi.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. vii.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. viii.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid. ix.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. x.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. xi.Memastikan situasi guru mengajar dan murid belajar wujud dalam kelas. xii.Berkeupayaan melahirkan sekolah berwatak, supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti baik dan serba boleh xiii.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik. xiv.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri xv.Taat setia terhadap perkhidmatannya mempertahankan maruah profesionnya xvi.Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. xvii.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan semasa, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Mengikut kajian yang dibuat oleh Rahimah Hj Ahmad, Zulkifli Abd Manaf dan Shahril Marzuki (1999), tingkah laku guru-guru di sekolah berkesan ialah:

Page 4 http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8 Page 4/4 i) Guru melaksanakan kurikulum dengan sempurna ii) guru mengambil tanggungjawab mengajar secara serious iii) guru mengambil inisiatif lebih meyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan dengan mengadakan kelas tambahan, ceramah-ceramah motivasi dan seminar menjawab peperiksaan. Dalam menjelaskan masa yang digunakan oleh guru berkesan di sekolah, Stallings dan Mohlan (1981) mendapati mereka menggunakan lima belas peratus daripada masa persekolahan untuk organisasi dan pengurusan, lima puluh peratus untuk pengajaran interaksi dan tiga puluh lima peratus untuk memantau kerja murid. Kesimpulan daripada tinjauan literatur mengenai tingkah laku guru di sekolah berkesan ialah para guru: i.Mengamalkan pengajaran yang berkesan. ii.Harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar iii.Kekerapan dalam penilaian kemajuan akademik pelajar.

Past Issues of Educators Digest : Jilid 1, Bil. 2/2001, ISSN: 1511-8959

Penulis Jemputan Sekolah Berkesan dan Program Pembaikan Sekolah di Malaysia Ghazali Othman Dato' Profesor Ghazali Othman dilahirkan di Baling, Kedah Darul Aman. Beliau memulakan kerjaya keguruan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling, dan kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling, setelah mendapat ijazah B.A. (Hons.) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1969. Pada tahun 1971, beliau menjadi tutor di Universiti Malaya dan berjaya memperoleh ijazah M.A. Mulai tahun tersebut beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan kemudian melanjutkan pelajaran dengan Biasiswa Fullbright Hays di University California Los Angeles (UCLA) sehingga berjaya memperoleh ijazah M.A. Education (1977) dan Ph.D. (1979). Pada tahun 1979, beliau menjadi Pengarah Projek InSPIRE; 1982, dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik); dan pada 1994, menjadi Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Pada tahun 1995, beliau menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan selepas bersara mulai tahun 1998, beliau dilantik sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara hingga Oktober 2001. Sekarang beliau berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Pada 2 September 2001, dalam sebuah laporan di bawah tajuk utama "FACE THE FACTS, PM: Find out why standard of national schools has dropped", akhbar The Star telah memetik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau merasmikan Kongres Pendidikan Melayu 2001: "Educationists have to identify the reasons for the decline in the standard of national schools and act to overcome the shortcomings They, should be willing to accept the real reasons even if the truth exposed past mistakes." Menurut Perdana Menteri, trend kemasukan murid ke sekolah rendah menunjukkan ibu bapa murid Melayu dan bukan Melayu mula memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C)) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK (C) bagi anak-anak mereka. Perkara ini berlaku dipercayai berpunca daripada keyakinan ibu bapa terhadap keberkesanan SRJK (C) dan SMJK (C). Sebagai penyelidik kita tertanya-tanya apakah ciri-ciri serta proses dalaman sesebuah sekolah yang dianggap berkesan oleh ibu bapa dan masyarakat. Artikel ini cuba menghurai usaha penyelidik seperti Edmonds yang akhir-akhir ini tidak lagi berminat membuat huraian tentang ciri-ciri sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan tetapi ingin "mencipta" sekolah berkesan, terutamanya di kawasan penduduk miskin. Hasil penyelidikan tentang ciri-ciri sekolah berkesan akan dihurai dan langkah-langkah dalam program pembaikan sekolah (school improvement) diperincikan untuk manfaat pengamal pendidikan di institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Soalan penyelidikan yang kerap dikemukakan ialah adakah terdapat perbezaan ketara pada ciri-ciri tertentu bagi kedua-dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan SRJK (Cina) dan SMJK (Cina)? Pada tahun 1980-an khususnya, ramai penyelidik-penyelidik sekolah berkesan telah menjalankan penyelidikan di

| Home | About SES | Faculty and Staff | Academic Programs | Research | Publication | Faculty News | USM Main Page |

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perancangan dan Persediaan Mengajar


1 Pengertian konsep pengajaran Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk Objektif implisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti : memahami atau mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh

atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting : Rancangan Pelajaran Tahunan o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. o Butiran yang perlu ada ialah : Mata pelajaran Tingkatan Minggu

Tajuk/isi Objektif Kemahiran Nilai dan bahan bantuan mengajar Rancangan Pelajaran Harian o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan o Butiran yang perlu ada ialah : Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

sekolah PPD JPN dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru. Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

DENDA RM500 Jadual Waktu Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid Setiap hari persekolahan Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan Sukatan Pelajaran Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah 1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam 2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai 3. Merancang pengajarannya o Set iduksi o Perkembangan P&P o Penutup 4. Menentukan strategi P&P 5. Menyediakan bahan bantu pengajaran 6. Menyediakan penilaian

Komponen P&P Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah Objektif pengajaran Strategi pengajaran yang sesuai Bahan bantu pengajaran Maklum balas pelajar

Penilaian

Fasa P&P Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat I. Pra perancangan o Guru mempunyai gambaan mental mengenai keseluruhan pengajaran pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain isikandungan pelajaran strategi bahan yang diperlukan dan boleh digunakan II. Perancangan aktif o Guru perlulah menulis rancangan mengajar menyediakan nota, membina transperansi/power point/model memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan menyediakan senarai semak III. Perancangan semasa o Guru perlu mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas IV. Pasca perancangan o Guru perlu menyedari kelemahan pengajaran mengesan kekuatan pengajarannya membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teks buku rujukan buku latihan lampiran nota Alat audio visual o LCD o komputer o peta o gambarajah dan
o

TV

Bahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Proses P&P 1 Perlaksanaan P&P I. Set Induksi o Langkah permulaan dalam proses P&P o Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran o Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi II. Perkembangan P&P o Bahagian kedua o Penyampaian isi pelajaran 1. Teknik penyampaian guru disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak suara yang jelas dan terang menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman dan potensi murid berfokus kepada apa yang diajar mengamalkan penekanan-penekanan dalam

o o

konsep KMSM/KBSR Membuat penilian berterusan 2. Teknik Menyoal Soalan yang dikemukakan 3. Penggabungjalinan 4. Penyerapan 5. Pengukuhan memberikan latih tubi memberikan tugasan / kerja rumah mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran 6. Pengayaan membimbing murid mencari maklumat tambahan menyediakan bahan maklumat tambahan menggalakkan murid belajar daripada maklum balas membimbing murid membuat jangkaan masa depan 7. Pemulihan membimbing murid secara individu menggunakan pelbagai bahan memberi latihan ulangan menggunakan pelbagai teknik pengajaran 8. Penilaian pemerhatian soal jawab perbincangan kerja bertulis kerja rumah 9. Hasil pembelajaran murid memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran melaksanakan pembelajaran arah kendiri (selfdirected) mengaplikasikan kemahiran mengambil nota mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber mengemukakan pendapat semasa perbincangan berdisplin III. Penutup Bahagian terakhir Aktiviti yang dijalankan seperti :

susulan folio pengayaan membuat projek penilaian objektif pengajaran


ii iii iiii

i
ii

i i

pemerhatian iii teknik menyoal iiii memeriksa kerja pelajar membuat kesimpulan rumusan
ii iii iiii ivi vi

menegaskan isi-isi penting memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan

pengubahsuaian pelajaran

Guru yang berkesan ...tidak membosankan

Pengurusan Kelas
1 Tanggungjawab guru menguruskan kelas Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab : I. menguruskan rutin kelas o menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar Rekod/buku daftar Jadual kedatangan kelas

II. III. IV.

Rekod/buku/slip kemajuan pelajar Kad 001 dan 002 Rekod kutipan yuran o menyedia dan melaksanakan rutin kelas menanda kedatangan memastikan keceriaan kelas mengutip yuran memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini o menjalankan tugas-tugas lain mengurus pinjaman buku teks biasiswa mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelas

mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P Carta organisasi Kelas Penasihat Guru Kelas

Pengerusi (Ketua Kelas)

Naib Pengerusi (Penolong Ketua Kelas)

Setiausaha

Bendahari

Ahli Jawatankuasa

Iklim Bilik Darjah


1 Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah iaitu interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya. suasana yang tenteram suhu dan peredaran udara Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu : I. Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan pelajar II. Kesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang ditetapkan oleh pihak sekolah III. Memiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmonis dan mesra IV. Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela dengan sopan

V. Adanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


A. Pembelajaran secara kontekstual 1 Maksud Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on' 2 Teori pembelajaran secara kontekstual Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksan kepada murid

Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

B. Pembelajaran Masteri

C. Pembelajaran Kolaboratif

D. Pembelajaran Koperatif.

E. Pembelajaran konstruktivisme

F. Pembelajaran Melalui Pengalaman

G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya

Kaedah Pengajaran
A. Simulasi

B. Main peranan

C. Syarahan

D. Permainan

D. Teori kecerdasan pelbagai 1 Maksud Kebolehan menyelesaikan masalah


Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan Keperluan Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajar Mempelbagaikan cara penilaian

Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

Guru ceria murid gembira Asal Hak Cipta Muhamad Khairi. 2008 SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

Selamat Datang Ke Laman

Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal?

Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal; itulah punca amal dan bual tidak menjadi bekal.

Keranamu Malaysia

Hamzah Mohamed Mengenai Saya

Sila ke Laman Latar Belakang Saya

Klik Di Sini

Tidak akan
kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari." ~ Umar al-Khattab

Objektif Sesi Hari Ini


Mengenal dan menilai diri dari aspek profesionalisme dan profesionaliti Antara keunggulan dan realiti wujud ruang (jihad) membangunkan potensi diri Antara iman, amal dan bual, mana satu menjadi bekal? Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu Memenuhi tuntutan Guru Mengajar Murid belajar

"Profesionalisme" (bagi Eric Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya adalah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja. "Profesionaliti" pula ialah sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan oleh seseorang

terhadap "profesionnya" serta taraf pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang pekerjaan itu. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi sebagai satu "profesion" (Omar Hashim,1993). Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa Terhadap Murid: 1. punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif 2. hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid 3. kenal, hormati dan percayai murid-murid 4. mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis 5. menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya 6. menggalakkan murid-muird bertanyakan soalan mengenai pelajaran 7. hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan musikal dn kebudayaan. Terhadap Mengajar: 1. melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru 2. berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman 3. adil dalam menilai dan menggred 4. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran 5. bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran

6. seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan ideaidea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya 7. sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid 8. merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran 9. secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujianujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan 10. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri. Terhadap Disiplin: 1. seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar 2. seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan 3. juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya 4. aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya 5. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar 6. bina dan mengekalkan perhubungan profesional 7. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas Secara Peribadinya: 1. tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi 2. berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik. Antara "Keunggulan" dengan "Realiti" wujud ruang lakukan "Perjuangan" Apa yang "unggul" itu? Boleh diukur dan dinilai menerusi aspek i) Diri Peribadi 2) Organisasi 3) Iklim dan Budaya Kerja. 1. Diri peribadi: bersikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikai; berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku); pengurusan masa dan

diri yang tinggi (selalu on time, datang awal, masuk kelas cepat, mengajar dengan penuh dedikasi dan penuh sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi); suka bekerjasama dengan rakan sejawat (tidak lokek ilmu); hasil kerja yang berkualiti (dari segi isi kandungan, format, gaya dan persembahan) memenuhi sifat-sifat seorang yang inovatif, kreatif dan produktif; sabar dalam melayani karenah anak didik dan juga rakan sejawatan; berpegang kepada prinsip yang jelas, betul, benar, dan utuh di dalam semua keadaan dan situasi. 2. Organisasi: dapat dilihat sebagai sebuah organisasi yang sistematik, teratur dan tertib; jelas susun atur heirarki tugas dan kuasa; wujud kolaborasi, kolegialiti dan partisipasi; masingmassing individu faham dan menyumbang kepada kegemilangan organisasi. 3. Iklim dan Budaya Kerja: diri peribadi yang jadi ahli organisasi akan tentukan senario, suasana atau pun iklim seluruh premis yang akhirnya wujud sebagai satu budaya kerja berkualiti dan cemerlang; persekitaran yang bersih, ceria dan selamat; suasana yang kondusif kepada pembelajaran bermakna; anak didik yang aktif dan responsif tetapi bukan bising tak tentu hala. Tetapi "realitinya" bagaimana? 1. Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan seorang (atau guruguru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri dan organisasi; datang lewat, lambat masuk kelas mengajar, atau kalau masuk tidak mengajar, atau masuk sekejap kemudian tinggalkan murid buat kerja sendiri, suka buang masa (berborak dan bersembang semasa bertugas), buat sibuk pada masa dia tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan tak rasa malu apatah lagi rasa berdosa. Pengetahuan dan kemahiran yang tidak berkembang; walau dah lama menjadi guru tetapi kerja masih comot, kabur, salah sana salah sini, tak faham format dan kandungan, sangat lewat siapkan laporan data dan maklumat (termasuk analisis dan diagnosis) dan masih tak pandai buat minit mesyuarat atau belum faham-faham bezakan antara laporan dan minit; dokumen murid sering tidak kemaskini; buku-buku latihan

murid sangat lama tidak diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh sombong, besar diri dan sangka diri paling betul hingga kerja wajib sebagai seorang guru ditinggalkan dan melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan seumpamanya); bagaimana kita hendak jadi Guru Sebenar Guru? 2. Aspek Organisasi pula kenyataannya datangnya daripada sikap dan perlakuan para ahlinya; sering wujud senario nafsu-nafsi (tidak landaskan prinsip dan peraturan) akhirnya terbentuk organisasi yang kalut, caca-marba, ikut suka; hingga berlarutan bertahun-tahun maka wujudlah beberapa status organisasi seperti: i) Organisasi Bermasalah, ii) Organisasi Terbiar, iii) Organisasi Berpenyakit, iv) Organisasi Bebas-Cukai dan v) Organisasi Mentaliti "Mengajar sebagai Kerja Bodoh." 3. Aspek Iklim dan Budaya Kerja: Relitinya iklim yang gambarkan "budaya organisasi" yang sentiasa di bawah standard dan jangkaan semua pelanggan dalaman dan luaran atau tidak memenuhi aspirasi masyarakat dan negara. Maka terdengarlah segala macam rungutan, komen dan kritikan daripada rakyat jelata di desa sampailah kepada Perdana Menteri yang memerintah negara; antarnya seperti "Kita tidak serius sebagai Guru Besar..."; "..sekolah kebangsaan tidak menarik dan kurang berdisiplin.'; "3M tidak berkesan di sekolah kebangsaan berbanding SJK Cina."; "Sebanyak 1,919 buah sekolah dikenalpasti sebagai sekolah prestasi rendah (SPR) kerana pencapaian bawah 30% kelulusan UPSR (1999)"; " Pelajarpelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi...."; adalah fakta dan faktor yang mesti kita terima dan akui bagi membanteras dan memperbaikinya melalui ruang yang luas di mana kita bebas membuat pilihan...yakni pilihan perjuangan menghapuskan kealpaan, kelederan, kelewatan, ketidakakuran, kelemahan dan

kehinaan akibat dari kebejatan profesioanlisme. Kita sebagai Apa yang Kita Fikirkan Apa yang kita percayai dan yakini itulah yang kita buat dan lakukan (amalan hidup); dan apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat akan jadi "warisan" (legacy) setelah kita berpindah sekolah. Apabila kita secara tekal berfikir, bertindak (beramal) dan mengutamakan motif diri kita inilah kemudiannya yang digelar sebagai sikap. Oleh itu kaitan antara pemikiran, perbuatan atau tingkah-laku dan kepercayaan (beliefs) amatlah saling berkait rapat dalam membezakan seseorang personaliti dengan personaliti yang lain. Jika kita fikirkan mengajar bersungguh-sungguh tidak penting (asal ajar sudah) maka kerja mengajar kita jadilah sebagaimana seadanya sahaja, dan di mata anak didik kita dilabel sebagai "guru malas". Begitu juga jika kita fikir datang awal atau masuk kelas segera sebagai tidak penting maka jadilah kita orang yang sentiasa 'lengahkan waktu' dan seolah-olah tidak berminat dalam pekerjaan kita sendiri. Atau apa yang kita asyik lebihkan masa berborak dan bersembang (termasuk adu domba, fitnah, hasut-menghasut, apatah lagi berpolitik) daripada mengajar anak didik sebaikbaiknya, maka jadilah kita orang-orang yang utamakan kerja yang tidak berkenaan dan mengabaikan kerja utama dan kerja yang wajib ke atas kita. Pendeknya inilah yang dikatakan segala yang kita fikir, yakni menjadi 'kepercayaan kita' maka kita pasti melakukan segala 'kebejatan' ini yakni apa yang kita amalkan setiap hari sehingga menepati Hukum Ganjaran yakni "Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai"; dan inilah menjadi "warisaan" kita yang kita tinggalkan nanti. Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru. Guru yang Profesional Profesional Mula kerja awal pagi loceng berbunyi Sedia bergerak awal hari pagi Mengurus dengan merancang krisis Ada perancangan & matlamat Berpakaian secara 'profesional' Guna waktu luang sebagai waktu mengumpat dan mengeji 'kerja' Suka ikuti latihan kerana berikan perkemlatihan dan pelik mengabangan profesional Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka duduk di tepi mereka boleh belajar Cari perkara-perkara untuk dipuji untuk dikomplen Guru yang tidak Mula kerja setelah Sudah pun letih di awal Mengurus dengan Ada berbagai alasan Berpakaian selekeh Guna waktu luang

Komplen tentang pa ianya perlu Dalam mesyuarat pintu Cari perkara-perkara

Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan bila sesuatu tidak berSedia buat keputusan dan selesai masalah saya buat?" Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi sebagai tempat dalam pendidikan Melanggan dan membaca jurnal profesional sebagai membazirMendapat penghormatan setiap hari dapat penghorBuat yang terbaik buat Kembangsuburkan kerjaya mereka mereka Rasa dan bertindak 'empowered' seperti mangsa Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan atau terima bantuan

Salahkan orang lain jalan Bertanya "Apa patut Lihat pentadbir melepaskan geram Fikir jurnal profesional kan wang sahaja Merungut kerana tidak matan Buat apa orang lain Bimbang tentang kerja Rasa dan bertindak Tidak sedia belajar

Belanja wang untuk perkembangan profesio- Enggan belanja untuk perkembangan nal atau untuk bilik darjah profesional atau untuk bilik darjah Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat degil, tidak tugas mereka membantu proses ini dan malas Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu mengajar sebagai satu kerja profesion paling mulia. sahaja. Percaya anak didik bertanggungjawab, Melihat kerja dengan gaji lumayan

Memenuhi Tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru mengajar murid belajar" dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula kita buktikan menerusi kerja-buat kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai tahap ini semua kita mestilah membetulkan iman (kepercayaan), bual (percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita sentiasa selaras antara ketiga-tiga aspek tersebut. Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu"; yang membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan muridmuirdnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan yang sangat mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan gelagat yang tersasar jauh daripada etika dan adab seorang guru yang mursyid. Guru-guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru Sebenar Guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab; menganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas' ketika di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria dan

dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa buku-buku tanpa bertangguh. Penutup Fahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat bergantung kepada mutu jatidiri individu yang berada di dalamnya sama ada ia seorang guru, pembantu tadbir, pembantu am rendah atau pun pekerja rendah awam; yang semuanya mempunyai 'amanah tugas' dan tanggungjawab yang sudah jelas dan terperinci yang tidak boleh kita dakwa bahawa kita tidak tahu mengenainya. Marilah kita menginsafinya dengan setulus ikhlas bahawa sebarang 'defisit pembelajaran' misalnya adalah kerana kita selaku guru-guru yang tidak mengutamakan masa sebaik mungkin semasa mengajar selama ini. Bagaimana pula kita akan dapat memenuhi tuntutan bekerja 8 jam sehari seperti yang sedang diuraurakan oleh pihak Kementerian Pendidikan jika waktu bekerjas 5 jam sekarang ini pun kita sudah "lesu dan layu?"

Rujukan Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail - Understanding Your Corporate Culture. Paradigm Shift International USA. ___________________(2001); Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. _______________________________________________________________________

Ceramah yang disampaikan di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan Telok Sentang, Temerloh pada 23 Mac 2002 Ceramah yang sama disampaikan pula di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Temerloh pada 20 September 2002 Ceramah yang sama (dengan beberapa tambahan kandungan) disampaikan di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Selatan, Kuala Krau pada 25 Januari 2003.

You might also like