You are on page 1of 7

1

EDUCATION of ELAKSAMANA

4.6

BINAAN AYAT

1. Ayat terdiri dari 2 unsur utama iaitu subjek dan predikat. 2. Dalam huraian tatabahasa, subjek adalah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat adalah bahagian ayat yang menerangkan subjek, contohnya : AYAT Subjek Bangunan itu Adik Pengarang itu 3. Secara formulanya merumuskan bahawa : Ayat = Subjek + Predikat 4. Ayat-ayat bahasa melayu boleh digalurkan kepada 2 kategori dengan membenarkan 2 aspek iaitu struktur dan intonasi. 5. Struktur merujuk kepada susunan dan binaan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat, contohnya ayat tunggal, ayat majmuk. 6. Intonasi merujuk kepada nada suara yang tinggi atau rendah semasa mengujarkan sesuatu ayat itu, contohnya ayat penyata dan ayat tanya. 4.6.1 AYAT DASAR/INTI Predikat Tinggi Menangis Menulis novel

Definisi Ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayat majmuk 1. Dalam bahasa melayu, pola dan struktur binaan ayat mempunyai bentuk yang tetap, iaitu mempunyai 4 pola seperti berikut : POLA Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 (FN + FS) SUBJEK Frasa nama Frasa nama Frasa nama Frasa nama PREDIKAT Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama

2. Pembahagian adalah berdasarkan unsur-unsur yang terdapat dalam konstituen subjek dan konstituen predikat. 3. Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama manakala konstituen predikat diisi oleh 4 jenis unsur seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. 4. Contoh ayat mengikut pola ialah :

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2009

EDUCATION of ELAKSAMANA

POLA (FN + FN) POLA (FN + FK) POLA (FN + FA) POLA (FN + FS)

SUBJEK (FN) Ali Budak itu SUBJEK (FN) Penonton Burung itu SUBJEK (FN) Rumah itu Bapanya SUBJEK (FN) Kertas soalan Ibubapanya

PREDIKAT (FN) Doktor Adik saya PREDIKAT (FK) Bertepuk tangan Membuat sarang PREDIKAT (FA) Besar Selalu sibuk PREDIKAT (FS) Di dalam almari Di Negeri Sembilan

4.6.2

AYAT TUNGGAL

Definisi Ialah ayat yang mempunyai satu klausa sahaja dan di dalam klausa terkandung satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Kesemua ciri ini menggambarkan bahawa adanya persamaan antara ciri ayat tunggal dan ayat dasar. Namun masih terdapat perbezaan diantara ayat tunggal dan ayat dasar/inti iaitu : a) Struktur ayat tunggal tidak semestinya subjek mendahului predikat seperti ayat dasar. Ini bermakna predikat boleh mendahului subjek untuk ayat tunggal dan ayat-ayat songsang merupakan ayat tunggal. Sebagai contohnya : Kata Dasar (Subjek + Predikat) Dia membeli buku Lukisannya cantik Rumah mereka di atas bukit Kata Tunggal (Predikat + Subjek) Membeli buku dia Cantik lukisannya Di atas bukit rumah mereka

b) Ayat tunggal boleh berdiri daripada jenis ayat yang lain, misalnya ayat tanya dan ayat seruan, dan bukan ayat penyata sahaja seperti ayat dasar. Sebagai contohnya : y Ke pejabatkah, bapa? y Kayakah keluara, mereka?

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2009

EDUCATION of ELAKSAMANA

AYAT TRANSFORMASI Definisi Disebut juga sebagai ayat terbitan iaitu penerbitan satu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi yang berfungsi untuk mengubah aturan ataupun struktur ayat serta memperluaskan atau menggugurkan sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Penerbitan ayat dapat dilakukan dalam tiga proses iaitu pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. 1. Proses Pengguguran Ialah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur tertentu dalam struktur ayat. Pengguguran boleh berlaku pada bahagian subjek ataupun predikat ayat seperti contoh-contoh berikut : a) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Dalam ayat perintah jenis suruhan, kata ganti nama diri orang kedua sebagai subjek boleh digugurkan dan tidak menjejaskan maksud ayat, contohnya : y Kamu semua jangan bising ! Jangan bising ! y Tuan silalah masuk Silalah masuk b) Pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk Jika subjek terdiri dari frasa nama yang serupa, maka frasa nama yang kedua boleh digugurkan dan ayat itu digabungkan untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, contohnya : y Dia berjaya. Dia berusaha bersunguh-sungguh Dia berjaya kerana bersungguh-sungguh y Kami akan hadir. Kami mendapat jemputan Kami akan hadir kerana kami mendapat jemputan. c) Pengguguran predikat frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk Jika predikat ayat terdiri dari frasa kerja yang serupa, maka frasa kerja yang kedua boleh digugurkan dan ayat digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan, contohnya : y Rina bekerja di Putrajaya. Dila bekerja di Putrajaya Rina dan Dila bekerja di Putrajaya. y Kucing binatang kesayangan. Arnab binatang kesayangan Kucing dan Arnab binatang kesayangan. d) Pengguguran (oleh + Frasa Nama) dalam ayat pasif Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + frasa nama yang mengikut kata kerja dalam predikat boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat, contohnya : y Halaman rumah kami telah dibersihkan oleh abang Halaman rumah kami telah dibersihkan y Pendapat mereka semuanya ditolak oleh pengerusi Pendapat mereka semua ditolak

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2009

EDUCATION of ELAKSAMANA

2. Proses Penyusunan Semula Dalam proses ini, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses ini akan akan mengakibatkan pengguguran perkataan tertentu dan diganti dengan perkataan lain namun ia tidak merubah maksud asal ayat. a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek Proses ini melibatkan transformasi ragam ayat aktif kepada ayat pasif. Frasa nama yang berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif. Subjek asal dalam ayat aktif itu pula dipindahkan kepada kedudukan selepas kata kerja dalam ayat pasif. Imbuhan juga berubah, iaitu meN- digantikan dengan di-, dan kata sendi nama oleh mengikuti frasa kerja berimbuhan di- tersebut, contohnya : y Pekedai itu mengira harga barang Harga barang dikiran oleh pekedai itu y Anggota polis mengawasi kesesakan jalan raya Kesesakan jalan raya diawasi oleh polis b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek Penyusunan semula ayat berlaku pada ayat-ayat yang mempunyai 2 jenis objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Transformasi mengakibatkan frasa nama yang menjadi objek sipi berpindah menjadi objek tepat yang baharu. Objek tepat dalam ayat asal dipindahkan ke bahagian akhir ayat dengan didahului oleh kata sendi nama kepada, dan kata kerja yang terakhir dengan imbuhan i digantikan dengan akhiran kan, contohnya : y Atikah mengirimi sahabatnya sebungkusan hadiah Atikah mengirimkan sebungkusan hadiah kepada sahabatnya. y Atikah menghadiahi ibu sebentuk cincin berlian Ayah menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada ibu. c) Penyusunan semula melalui ayat songsang Proses ini berlaku pada ayat-ayat songsang yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan seumpamanya. Proses ini berlaku apabila unsur keterangan tersebut hendak difokuskan dengan meletakkannya di hadapan ayat, contohnya : y Mereka duduk di atas kerusi rotan Di atas kerusi rotan mereka duduk y Dia akan ke universiti jika lulus cemerlang Jika lulus cemerlang dia akan ke universiti 3. Proses Perluasan Berlaku melalui penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu dan terdapat beberapa jenis perluasan antaranya : a) Perluasan subjek frasa nama Subjek ayat iaitu frasa nama boleh dipeluaskan dengan memancangkan satu ayat yang lain kepada subjek ayat asal melalui penggunaan kata relatif yang dan berlaku jika kedua-dua subjek ayat itu serupa, contohnya : y Kereta itu kepunyaan saya. Kereta itu baru dibeli Kereta yang baru dibeli itu kepunyaan saya
Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2009

EDUCATION of ELAKSAMANA

y Bunga itu bunga mawar merah. Bunga itu berbau harum Bunga yang berbau harum itu bunga mawar merah b) Perluasan frasa predikat Boleh berlaku jika frasa nama dalam ayat yang hendak dipancangkan itu berfungsi sebagai subjek kepada ayat yang hendak dipancangkan tersebut, contohnya : y Ahmad membeli rumah itu. rumah itu besar Ahmad membeli rumah yang besar itu y Guru memarahi budak itu. Budak itu nakal Guru memarahi budak yang nakal itu c) Perluasan menggunakan kata hubung Perluasan bolehh berlaku melalui proses penggabungan ayat dengan menggunakan kata hubung tetapi, walaupun, jika dan sebagainya. Kata hubung boleh digunakan bagi menghasilkan ayat terbitan jika terdapat 2 unsur frasa yang sama dalam ayat, contohnya : y Kita tidak boleh menonton wayang. Kita tidak ada tiket Kita tidak boleh menonton wayang jika tidak ada tiket. y Dia pergi kerja. Dia tidak sihat Dia pergi kerja walaupun tidak sihat. 4.6.3 AYAT MAJMUK

Definisi Ialah ayat yang terdiri daripada 2 ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan menjadi satu ayat. 1. Percantuman ini menyebabkan ayat majmuk itu mempunyai lebih dari 2 subjek atau 2 predikat 2. Ayat majmuk ini boleh terdiri dari sederetan ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu mengikut kaedah tertentu hingga menjadi ayat baharu, contohnya : AYAT MAJMUK Kata Hubung Sambil Semasa yang

Ayat 1 Anita membaca buku Kami membuat kerja sekolah Dia memakai baju

Ayat 2 Anita mendengar radio Adik tidur di dalam bilik Baju dijahit oleh ibunya

3. Berdasarkan cara-cara ayat itu dibentuk, ayat majmuk dapat dibahagikan keapda 3 jenis, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. 4.6.3.1 AYAT MAJMUK GABUNGAN Definisi Ayat yang terdiri daripada 2 ayat atau lebih yang digabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, tetapi, atau, lalu, sambil dan sebagainya 1. Antara contoh ayat ialah : y Murid-murid menari dan menyanyi y Pokok kelapa tinggi tetapi pokok langsat rendah
Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2009

EDUCATION of ELAKSAMANA

2. Percantuman ayat dapat dirumuskan seperti berikut : Ayat Majmuk Gabungan = Ayat 1 + kata hubungan + Ayat 2 3. Ayat majmuk jenis ini boleh juga terdiri dari 3,4 atau 5 ayat yang digabung menjadi 1 ayat. 4. Ayat yang digabung itu boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya, namun ianya tidak boleh dicampuradukkan seperti contoh di bawah : y Murid-murid menari dan menyanyi Janganlah berangan dan termenung sahaja ! - Murid-murid menari dan termenung sahaja ! 5. Jika ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan berulang, maka unsur yang sama itu boleh digugurkan, contohnya : y Anjing itu menggigit kakinya Anjing itu lari - Anjing itu menggigit kakinya lalu lari 6. Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada 2 berdasarkan kepada penggunaan kata hubung yang berbeza iaitu : a) Gabungan yang susunan faktanya berurutan satu demi satu Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu, lagi, serta, sambil dan sebagainya, contohnya : y Murid-murid berbaris lalu bergerak ke padang y Penonton bersorak sambil menepuk tangan b) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan Kata hubung yang digunakan ialah tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal dan sebagainya, contohnya : y Dia makan ubat setiap hari tetapi penyakitnya masih belum sembuh y Dia berjawatan tinggi, padahal kelulusannya tidak seberapa 4.6.3.2 AYAT MAJMUK PANCANGAN Definisi Ayat yang terdiri daripada 2 ayat atau lebih yang kedudukannya tidak setara, iaitu ada ayatnya yang tidak boleh berdiri sendiri. 1. Ayat jenis ini terdiri dari satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang disebut ayat pancangan yang menggunakan kata hubung yang dan bahawa dan kata hubung yang membawa unsur keterangan. 2. Berdasarkan kata hubung yang digunakan itu, terdapat 3 jenis yang berikut : a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif Ayat relatif yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan perkataan yang, contohnya y Wanita itu memakai barang kemas + barang kemas itu mahal - Wanita itu memakai barang kemas yang mahal y Kanak-kanak itu comel + kanak-kanak itu anak buah saya - Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya
Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2009

EDUCATION of ELAKSAMANA

b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (ayat komplemen) Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut melalui penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk, contohnya : y Dia mengakui (sesuatu) + anaknya itu nakal - Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal y Nenek itu yakin (sesuatu) + anaknya akan pulang - Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang. c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat, contohnya : y Kita mesti berjimat cermat (ayat induk) + senang kemudian hari (ayat keterangan) - Kita mesti berjimat cermat agar senang kemudian hari y Beg itu sudah tiada (ayat induk) + saya masuk tadi (ayat keterangan) - Beg itu sudah tiada ketika saya masuk tadi 4.6.3.3 AYAT MAJMUK CAMPURAN Definisi Ayat yang mengandungi lebih daripada 1 ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa jenis ayat majmuk. Ayat ini biasanya lebih panjang dan perlu ditulis berhati-hati agar bermakna dan difahami orang ramai, contohnya : y Samad masih menonton televisyen tetapi kawan-kawannya yang sudah mengantuk telah lama tidur. y Mereka membersih rumah apabila banjir surut kerana hujan telah berhenti AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK AYAT INDUK KATA HUBUNG Samad masih menonton Yang sudah mengantuk Kawan-kawannya telah Tetapi televisyen lama tidur Mereka membersihkan Kerana hujan tidak Banjir surut apabila rumah berhenti

Created by elaksamana@yahoo.com All Right Reserved Presented 2009

You might also like