You are on page 1of 2

ELEMEN 3.0 : KEMAHIRAN MENGANALISIS 3.

1 RUMUSAN APLIKASI KONSEP, PRINSIP DAN ANDAIAN PERAKAUNAN Sepanjang saya melaksanakan dan menyediakan kerja kursus Prinsip Perakaunan ini, saya mendapati beberapa konsep, prinsip dan andaian perakaunan yang telah saya gunakan. Antaranya ialah:a) Wang sebagai ukuran Dalam merekod semua urus niaga dan semasa menjalankan urus niaga, perniagaan menggunakan nilai wang Ringgit Malaysia. b) Kos Sejarah Bagi merekod nilai asset bukan semasa perniagaan iaitu alatan pejabat dan kenderaan, perniagaan telah menggunakan kos sejarah iaitu menggunakan nilai amaun yang sama semasa belian dilaksanakan. c) Entiti Berasingan Perniagaan mematuhi prinsip entiti berasingan yang mana pemilik dan perniagaan adalah satu entiti yang berlainan. Perniagaan telah merekodkan ambilan yang diambil untuk kegunaan sendiri sebagai ambilan yang akan mengurangkan nilai modal perniagaan.

(d) Prinsip Catatan Bergu Prinsip catatan bergu digunapakai dalam kesemua lejar yang dibuat berdasarkan kepada urus niaga-urus niaga yang dilaksanakan. Bermaksud bagi setiap urus niaga, catatan akan dipindahkan kepaada dua bahagian iaitu debit dan kredit.

You might also like