You are on page 1of 10

MALAYSIA NEGERI KEDAH DARUL AMAN DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA DI ALOR STAR PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-9-2008

PENDAKWA RAYA V. LEONG HENG KUANG

PENGHAKIMAN

[1]

Tertuduh telah dituduh melakukan dua kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun

keseksaan. Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah:Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 26 Oktober 2006 di antara jam lebih kurang 5.00 pag, hingga 9.50 pagi, di rumah No B67, Batu 1 Kampong Kelibang, Mukim Kuah dalam Daerah Langkawi, dalam Negeri Kedah Darulaman, telah melakukan pembunuhan dengan melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ke atas Miss KAEMIKA PUSUVAN ( Border Pass 2898/2549). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 26 Oktober 2006 di antara jam lebih kurang 9.50 pagi, hingga 10.20 pagi, di kawasan lapang berhampiran rumah No B68, Batu 1 Kampong Kelibang, Mukim Kuah dalam Daerah Langkawi, dalam Negeri Kedah Darulaman, telah melakukan pembunuhan dengan melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ke atas Mrs. PHORDEE

SEEMUANG( Border Pass P561402). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. 1

[2]

Pihak pendakwa telah memanggil 11 orang saksi untuk membuktikan kes Pendakwa mestilah membuktikan elemen-elemen di bawah

terhadap tertuduh.

seksyen 300 Kanun Keseksaan bagi membuktikan kes terhadap tertuduh:a) dua orang penama yang iaitu Miss Kaemika Pusuvan (simati pertama) dan Mrs Phordee Seemuang (simati kedua) telah mati. b) c) d) Kedua-dua mereka mati akibat kecederaan yang di alami kecederaan-kecederaan tersebut telah disebabkan oleh tertuduh Kecederaan-kecederaan tersebut disebabkan oleh tertuduh dengan niat untuk menyebabkan kematian kedua-dua simati e) Kecederaan-kecederaan tersebut sangat berbahaya dan pada lazimnya menyebabkan kematian.

[3]

Pihak pendakwa mengemukakan keterangan 11 orang saksi bagi membuktikan

pertuduhan terhadap Tertuduh. Keterangan penting adalah keterangan Pakar Patologi, SP2 (Dr. Suhani Mohd Noor), SP7 (Goh Kim Moi), SP8 (Lim Keat Ooi), SP4 (Sarjan Mohd Wazir bin Darus) dan SP5 (Kopral 114292 Mohd Zailani bin Hussin). SP7 dan SP8 jiran tertuduh sementara SP4 dan SP5 anggota-anggota polis peronda yang telah datang ke rumah tersebut setelah dimaklumkan kejadian tersebut. Pihak pendakwa melalui keterangan SP7 dan SP8 membuktikan simati pertama tinggal bersama-sama tertuduh di rumah tempat kejadian sebelum kesalahan in dilakukan. Simati kedua pula kawan simati yng tinggal tidak berapa jauh dari rumah tersebut.

[4]

SP2 telah menjalankan pemeriksaan post-mortem ke atas kedua-dua mayat

simati. Semasa pemeriksaan post mortem ini SP2 telah menjalankan pemeriksaan luaran dan dalaman terhadap mayat-mayat tersebut. Melalui pemeriksaan luaran ke atas tubuh simati pertama SP2 mendapati terdapat berbagai kecederaan pada tubuh badan simati pertama. Pemeriksaan dalaman ke atas mayat tersebut pula menjumpai luka tikaman pada sangkar dada sebelah kiri dan pada bahagian abdomen pula SP2 menjumpai luka dalam bahagian abdomen yang telah menembusi organ diafragma, organ perut, organ usus kecil, organ usus besar dan hati. SP2 mengesahkan simati pertama mati akibat luka tikaman pada bahagian abdomen ini. Semasa pemeriksaan luaran ke atas mayat simati kedua pula SP2 menjumpai berbagai kecederaan luaran pada tubuh simati kedua ini. Pemeriksaan dalaman ke atas mayat tersebut pula menjumpai berbagai kecederaan dalam pada bahagian kepala, bahagian dada dan abdomen. SP2 juga membuat kesimpulan sebab kematian simati kedua adalah luka pada bahagian abdomen yang menembusi organ usus kecil dan hati serta salur darah vena besar di dalam abdomen.

[5]

Saya berpuashati identiti simati-simati telah dikenal pasti dengan baik. Intipati

pertama kematian simati-simati telah dibuktikan. Pihak pendakwa selanjutnya perlu membuktikan tertuduh telah menyebabkan kecederaan-kecederaan tersebut. Pihak pendakwa telah membawa masuk keterangan SP7 dan SP8 bagi membuktikan

perkara ini. SP7 dan SP8 tinggal bersebelahan rumah tempat kejadian. Rumah tempat kejadian adalah rumah yang disewa tertuduh dari SP3. Menurut SP7 pada 26hb. Oktober 2006 pada waktu pagi selepas beliau balik dari menghantar anaknya ke

sekolah beliau nampak terdapat banyak darah di bahagian belakang di rumah sebelah (rumah tertuduh) lalu memanggil suaminya, SP8, balik. Mereka berbincang dan telah membuat keputusan memanggil memanggil simati kedua yang mereka kenal sebagai Merry iaitu kawan simati pertama, untuk datang melihat keadaan tersebut. Simati kedua kemudian datang lalu berjumpa dengan tertuduh dan meminta untuk melihat simati pertama yang mereka panggil sebagai Ah Wan. Simati kedua kemudian mengikut tertuduh dan selepas itu SP7 mendengar jeritan simati kedua. Selepas jeritan tersebut SP7 nampak simati kedua lari keluar dan dikejar oleh tertuduh. SP7 nampak simati kedua tercedera. SP7 dan suami beliau SP8 takut lalu masuk ke dalam rumah. SP7 kemudian menalipon 999. Beliau dan suami beliau berkurung di dalam rumah mereka sehingga anggota polis dari untik kereta peronda memaklumkan keadaan sudah pulih. Keterangan SP7 ini telah disokong oleh keterangan SP8.

[6]

Anggota kereta peronda polis Sarjan Mohd Wazir bin Darus (SP4) bersama

Kopral Mohd Zailani bin Husin (SP5), telah pergi ke rumah tempat kejadiaan selepas dimaklumkan bilik gerakan. Sampai di sana SP4 nampak Tertuduh duduk di atas sofa rotan di depan rumah. SP4 berada dirumah tersebut sehingga anggota polis dari Balai Polis Kuah. SP5 telah memeriksa rumah tersebut dan menjumpai satu mayat di

kawasan lapang di luar rumah tersebut. Selepas pasukan polis dari Balai Polis Kuah sampai mereka telah memeriksa rumah tersebut dan menjumpai satu lagi mayat di dalam rumah tersebut.

[7]

Pegawai penyiasat ASP Noom A/L Achoom (SP10) pergi ke tempat kejadian

selepas dimaklumkan oleh SP5. Di tempat kejadian SP10 lakukan siasatan di tempat kejadian dan merampas sebilah pisau. SP10 telah dibantu oleh SP9, pegawai forensik pasukan polis semasa membuat siasatan ditempat kejadian tersebut. SP9 telah membantu siasatan di tempat kejadian dan mengumpul 10 sampel swap darah yang diserahkan kepada SP10 untuk tindakan lanjut. SP10 telah menghantar swap darah ini serta beberapa barang lain ke Jabatan Kimia petaling Jaya untuk dianalisa. Analisa telah dijalankan oleh Ahli Kimia Mohd Izwan bin Othman (SP6).

[8]

Dari keterangan saksi-saksi pendakwa ini saya berpuashati terdapat kes prima

facie telah dibuktikan terhadap Tertuduh. Bagi memutuskan kes prima facie ini saya telah pertimbangkan kesemua keterangan ini secara maksima sperti yang dikehendaki di dalam kes-kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734, PP V. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan beberapa kes lain. Saya dapati keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa adalah keterangan mengikut keadaan. Tidak ada saksi termasuk SP7 dan SP8 yang secara lansung melihat kedua-dua simati dicederakan oleh tertuduh. Apa yang SP7 dan SP8 lihat ialah terdapat darah dan simati kedua menjerit, lari keluar dari rumah dan dikejar oleh tertuduh. Di dalam keadaan tersebut keterangan mengikut keadaan tersebut mestilah membawa kepada satu inferens sahaja yang boleh dibuat iaitu kecederaan-kecederaan pada tubuh badan kedua-dua simati yang dijumpai SP2 melalui pemeriksaan post-mortem beliau telah dilakukan oleh tertuduh (lihat kes MAGENDRAN MOHAN v. PP [2011] 1 CLJ 805). Saya berpuashati walau pun keterangan yang dikemukakan adalah keterangan

mengikut keadaan keterangan yang ada tersebut hanya membawa kepada satu inferens saja yang boleh dibuat iaitu tertuduh yang telah menyebabkan kecederaan yang mebawa kematian kedua-dua simati. Keadaan keterangan di dalam kes saya dapati telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan ini membolehkan tertuduh dipanggil membela diri. Tertuduh telah dipanggil membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut.

[9]

Tertuduh kemudian membuat pembelaan diri dengan memberi keterangan

secara bersumpah. Tertuduh di dalam pembelaannya mengatakan beliau tinggal bersama simati pertama. Beliau mengaku telah menikam simati pertama pada pagi 26.10.2006 tersebut. Sebelum itu pada malam 25.10.2006 beliau bergaduh dengan simati pertama kerana simati ingin keluar rumah tetapi tertuduh tidak benarkan. Simati pertama telah keluar rumah walaupun dilarang dan selepas itu tertuduh mengambil dadah jenis ais kerana beliau tidak dapat tidur. Simati pertama balik ke rumah pada pukul 5.00 pagi. Selepas simati pertama balik tertuduh bertanya simati tersebut kenapa simati keluar rumah dalam tempoh yang lama simati dan simati pertama tidak menjawab. Kemudiannya berlaku pergaduhan di antara mereka. Tertuduh kemudian mengambil pisau dan menikam simati pertama. Selepas itua tertuduh keluar ke

bahagian luar rumah tersebut. Semasa beliau berada di luar rumah ini simati kedua, kawan simati pertama datang dan memarahi beliau. Dia kemudian mengambil pisau yang sama dan menikam simati kedua. Simati kedua lari dan tertuduh kejar simati kedua. Simati kedua kemudian jatuh dan tertuduh tidak berbuat apa-apa lagi kepada tertuduh. Tertuduh kemudian duduk diluar rumah. Tertuduh mengatakan pada masa

melakukan perbuatan-perbuatan tersebut fikiran beliau bercelaru kerana beliau tidak tidur dan telah mengambil dadah.

[10]

Pada asasnya dengan pembelaan ini tertuduh cuba menunjukkan beliau tidak

mempunyai niat melakukan perbuatan-perbuatan tersebut kerana pada masa itu beliau mabuk disebabkan pengaruh dadah. Ini adalah pembelaan kemabukan di bawah seksyen 86 Kanun Keseksaan. Seksyen 85 dan 86 Kanun Keseksaan membuat peruntukan tentang pembelaan ini. Seksyen 85 tersebut memperuntukkan:-

Intoxication when a defence 85 (1) Save as provided in this section and in section 86, intoxication shall not

constitute a defence to any criminal charge. (2) Intoxication shall be a defence to any criminal charge if by reason thereof the person charged at the time of the act or omission complained of did not know that such act or omission was wrong or did not know what he was doing and (a) the state of intoxication was caused without his consent by the malicious or negligent act of another person; or (b) the person charged was by reason of intoxication insane, temporarily or otherwise, at the time of such act or omission (emphasis added).

Seksyen 86 pula memperuntukkan:-

86 (1) Where the defence under subsection 85(2) is established, then in a case falling under paragraph (a) thereof the accused person shall be acquitted, and in a case falling under paragraph (b), the provisions of section 84 of this Code, sections 347 and 348 of the Criminal Procedure Code [Act 593] shall apply.

(2)

Intoxication shall be taken into account for the purpose of determining

whether the person charged had formed any intention, specific or otherwise, in the absence of which he would not be guilty of the offence. (3) For the purpose of this and the preceding section intoxication shall be deemed to include a state produced by narcotics or drugs.

[11]

Pembelaan tertuduh ini jika dibuktikan adalah terjatuh di bawah seksyen 85(2)(b)

iaitu akibat pengambilan dadah yang beliau katakan sebagai ais beliau menjadi tidak waras. Tertuduh perlu membuktikan pembelaan ini. Tertuduh mempunyai beban untuk membuktikan pembelaan beliau ini di bawah seksyen 105 Akta Keterangan 1950. Seksyen 105 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan:Burden of proving that case of accused comes within exceptions 105. When a person is accused of any offence, the burden of proving the existence of circumstances bringing the case within any of the general exceptions in the Penal Code, or within any special exception or provision contained in any other part of the same Code, or in any law defining the offence, is upon him, and the court shall presume the absence of those circumstances.

ILLUSTRATIONS (a) A accused of murder alleges that by reason of unsoundness of mind he did not know the nature of the act. The burden of proof is on A. (b) A accused or murder alleges that by grave and sudden provocation he was deprived of the power of self control. The burden of proof is on A.

[12]

Tertuduh mempunyai beban untuk membuktikan bahawa pada masa beliau

melakukan perbuatan menyebabkan kematian kedua-dua simati beliau telah mengambil dadah jenis ais dan akibatnya beliau berada di dalam keadaan mabuk yang menyebabkan beliau menjadi tidak waras. Pembelaan tertuduh ini semata-mata dari keterangan beliau dan tidak disokong oleh keterangan lain. Tertuduh telah diperiksa balas oleh Timbalan Pendakwa Raya selepas beliau diperiksa oleh peguambela beliau. Selepas tertuduh diperintah membela diri peguambela tertuduh telah memohon untuk menghantar tertuduh bagi diperiksa oleh pakar psikitri. Pemeriksaan pakar psikitri ini mengesahkan tertuduh di dapati waras untuk menghadapi perbicaraan dan juga pada masa kejadian.

[13]

Dalam Balamurali Muthusamy v. PP [2011] 4 CLJ 128 pembelaan intoxication

ini telah ditimbangkan. Suriayadi HMR (beliau pada masa itu) mengatakan:[11] ... We were equally satisfied that the appellant had failed to

establish the very basis of his intoxicated state particularly as there was no alcohol in his blood or urine. That being so, by his failure to establish his intoxicated state at the time of the incident, we were satisfied that the appellant had failed to establish his legal burden as required by s. 105 of the Evidence Act 1950 (see Jayasena v. R [1970] 1 All ER 219)

Pada akhir kes ini saya telah pertimbangkan pembelaan tertuduh ini dari semua aspek. Dari keadaan kes ini saya dapati pembelaan tertuduh di bawah seksyen 85(2)(b) Kanun Keseksaan ini telah gagal dibuktikan. Tertuduh melalui pembelaan beliau gagal membuktikan beliau telah mengambil dadah jenis ais yang mengakibatkan beliau menjadi mabuk akibat dadah tersebut dari kemabukan ini telah menyebabkan beliau

menjadi tidak waras semasa melakukan perbuatan-perbuatan tersebut. Pembelaan ini juga sama sekali tidak menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwa bahawa OKT telah melakukan kesalahan membunuh kedua-dua wanita yang disebut di dalam pertuduhan.

[14]

Di akhir kes ini saya dapati pihak pendakwa telah pun berjaya membuktikan kes

terhadap tertuduh melampaui keraguan yang munasabah dan oleh yang demikian tertuduh di dapati salah dan disabitkan dengan kesalahan-kesalahan tersebut. Saya kemudiannya telah menjatuhkan hukuman digantung sampai mati ke atas tertuduh setelah beliau disabitkan dengan kesalahan tersebut.

(MOHD ZAKI BIN ABDUL WAHAB) Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di Malaya, Alor Star, Kedah

Bertarikh:

29hb. Jun 2011

Peguam: TPR Ahmad Zakhi bin Daud; Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah untuk Pendakwa Raya Encik Rafidi bin Mohammad, Tetuan Shamsudin Bahari & Rafidi untuk Tertuduh.

10

You might also like