You are on page 1of 3

.

) (yang layak,yg berhak,yg wajar


.
) (mengaturnya ,
() "
".....

)(dan dari sudut lain


)(dadah . (yg
) kuat agama ,


. ) (berpendidikan
,

.( sesuai)
. :
.

TANGGUNGJAWAB PEMUDA PADA ZAMAN GLOBALISASI

Sebagaimana yang diketahui pemuda merupakan kumpulan penting masa kini, sebagai tonggak utama bagi negara. Setiap pemuda mempunyai
tanggungjawab yang tertentu dalam kehidupannya. Para pemuda wajib memberi tunjuk ajar kepada individu lain yang berada di sekitarnya bagi
membentuk keimanan yang mantap dan aqidah yang sejahtera di dalam diri. Tidak dapat dinafikan merekalah bakal pemimpin pada masa akan
datang. Hanya di bahu mereka umat akan maju.

Patut diingat pemuda hendaklah berusaha untuk meningkatkan taraf negara dalam setiap bidang kehidupan sama ada dari segi
kemasyarakatan, ekonomi dan pendidikan. Pemuda juga hendaklah mengagihkan masa dan mengisinya dengan cara yang sistematik. Mereka
memenuhkan masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran, membaca sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu waktu muda sebelum tua.. dan dalam masa yang sama mereka hendaklah
menjauhkan diri dari perkara-perkara yang buruk.

Dari sudut lain pemuda hendaklah memerangi segala


penyakit masyarakat seperti mencuri, penagihan dadah dan lain-lain.
Begitu juga pemuda hendaklah menjadi seorang yang alim dan
hendaklah belajar dalam pelbagai bidang. Pemuda juga hendaklah
sentiasa berpegang teguh kepada agama di dalam melaksanakan
segala tugas mereka. Mereka juga hendaklah sentiasa menyukai
kebaikan dan membenci kejahatan dalam kehidupan seharian
mereka.

Di samping itu para pemuda hendaklah menunaikan segala perkara yang wajib dan sunat dalam bidang agama dengan cara yang
sebaik-baiknya seperti solat lima waktu, membaca al-Quran, puasa, sedekah dan lain-lain. Para pemuda juga hendaklah membudayakan
pemikiran mereka dengan menuntut pelbagai ilmu dengan bersungguh-sungguh di antara ilmu dunia seperti matematik, sejarah dan lain-lain. Di
samping itu pemuda juga hendaklah mementingkan juga ilmu akhirat seperti akidah, fiqh, akhlak, syariah, al-Quran dan yang seumpama
dengannya.

Patut diingat pemuda hendaklah menjaga kesihatan tubuh badan, pemikiran dan spiritual. Juga menjaga pengambilan makanan dan
minuman sepertimana firman Allah: Wahai manusia makanlah apa yang ada di muka bumi ini makanan yang halal lagi baik. Di samping itu
mereka hendaklah menjauhkan diri dari rokok, arak dan lain-lain.

Kesimpulannya, para pemuda yang soleh akan mengislahkan masyarakat dan mereka menjadi tonggak terhadap negara dan mereka
juga memainkan peranan penting dalam zaman globalisasi.

You might also like