You are on page 1of 1

Tajuk Artikel

: Pengaruh Sikap, Minat, Pengajaran Guru, dan Rakan Sebaya terhadap Pencapaian Matematik

Ulasan: 1. Tujuan: Kajian ini merujuk kepada penilaian tentang sikap, minat, pengajaran guru, dan rakan sebaya terhadap pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran matematik. 2. Kajian lepas: Pengkaji mendapati bahawa keputusan matapelajaran matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) masih tidak cemerlang.Beliau juga mendapati terdapat pengaruh yang jelas antara kecemerlangan dengan sikap dan minat. Gaya pengajaran guru juga menjadi faktor terhadap pencapaian guru. 3. Objektif Kajian: Pengkaji menetapkan 8 objektif kajian beliau termasuk mengenal pasti tahap sikap, minat dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Seterusnya beliau juga cuba mengenal pasti hubungan antara faktor sikap, minat, pengaruh pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik. 4. Persoalan Kajian: Beberapa persoalan kajian telah dibuat semasa menjalankan kajian ini. Ini termasuk apakah tahap minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran matematik. 5. Metodologi Kajian: Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bersifat tinjauan iaitu menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. 6. Populasi dan Sampel: Pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah di Muar, Johor. 7. Instrumen Kajian: Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. 8. Dapatan: Kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan kecuali rakan sebaya. Mereka mendapati bahawa sikap dan minat mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Begitu juga dari aspek pengajaran guru yang mempunyai pengaruh ke atas pencapaian pelajar. 9. Kesimpulan: Rakan sebaya didapati tidak menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan terhadap pencapaian. Ada kemungkinan kumpulan rakan sebayalebih berpengaruh kepada aspek lain seperti konsep kendiri dan keyakinan diri.

You might also like