You are on page 1of 20

Disediakan oleh: Ling Lii Lik 4 PISMP PJK AMBILAN JAN 2012

Lakaran merupakan proses awal dalam perkembangan idea reka bentuk dan dilakukan dengan menggunakan pen atau pensel. Lakaran ialah proses menterjemahkan idea dalam bentuk grafik. Lakaran ditunjukkan dalam bentuk 2D dan 3D.

Bentuk 2D

Bentuk 3D

Lakaran perkembangan reka bentuk membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D dengan pelbagai gayaan dan sudut pandangan yang berbeza. Ia juga memudahkan pereka memahami, melihat dan menilai konsep rekaan mereka seterusnya membuat pengubahsuaian.

Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi:


maklumat bahan ukuran panjang dan lebar ukuran tinggi dan tebal jenis penyambung yang digunakan tarikh lakaran Skala Dimensi Nama individu/kumpulan Nama projek

Contoh lakaran perkembangan idea

Lukisan kerja merupakan proses yang berikutnya apabila sesuatu idea telah diperkembangkan dan lukisan perlu dibuat dengan teliti dan tepat. Lukisan kerja disediakan sebelum sesuatu projek dibina.

Contoh lukisan kerja

Lukisan ortografik merupakan lukisan dua dimensi (2D) yang memaparkan lebih daripada dua pandangan bagi sesuatu objek. Lukisan ortogarfik dilihat dari tiga sudut pandangan iaitu, pandangan hadapan, pandangan atas (pelan), pandangan sisi (tepi).

Lukisan isometrik ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga permukaan objek dalam satu pandangan yang dilukis secara condong pada sudut 120 antara satu sama lain. Lukisan isometrik juga adalah sejenis lukisan 3D yang menggabungkan tiga pandangan yang berlainan pada satu titik.

Sudut pembinaan untuk lukisan isometrik ialah 30 dan sudut kandungannya pula ialah 120

Contoh lukisan isometrik

Lukisan oblik ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga permukaan objek dalam satu pandangan.

Satu pandangan dilukis pada permukaan mendatar dan dua pandangan lagi dicondongkan pada sudut 45.

Contoh lakaran oblik

Penggunaan teknologi komputer bagi membantu mereka bentuk dan terutamanya membuat lakaran (lukisan teknikal dan lukisan kejuruteraan) bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan. AutoCAD ialah perisian reka bentuk komputer yang paling dikenali.

Program Auto CAD

Lukisan berbantu komputer

You might also like