You are on page 1of 5

Perkembangan Kognitif

Teori dan Kajian Jean Piaget


Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget tentang bagaimana individu memproses
maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dam bentuk
tahap demi tahap. Oleh itu teori perkembangan piaget juga dikenali sebagai teori tahap.


Cara Minda Memproses Maklumat


Jean Piaget menggunakan metodologi kajian klinikal dalam mengkaji proses kognitif anak-anak
iaitu melibatkan pemerhatian intensif pada mereka pada tiap-tiap hari semenjak lahir hingga
remaja dalam persekitaran semulajadi. Pada pendapat piaget kanak-kanak lahir dengan tingkah
laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), berkembang kepada tingkah laku
bermatlamat, kemudian berkembang kepada tingkah laku menyelesai masalah. Menurut Piaget,
kanak-kanak bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalaman.
Oleh itu struktur kognitif kanak-kanak bertambah hari demi hari melalui data yang ditafsir dan
disimpan oleh kanak-kanak tersebut.

Struktur kognitif terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku, simbolik dan operasi. Tingkah laku
(behavioral) ialah pola aksi atau turutan tingkah laku yang digunakan oleh kanak-kanak untuk
meneroka dan bergerak balas terhadap objek yang ada di persekitarannya. Simbolik pula
diperolehi kanak-kanak semenjak berumur 2 tahun atau sejak boleh bercakap, kanak-kanak boleh
berfikir tentang objek, pengalaman dan peristiwa. Simbolik membolehkan kanak-kanak
menyatakan objek/peristiwa tanpa perlu kepada aksi atau menggunakan bahasa isyarat. Operasi
(operational)diperoleh apabila kanak-kanak berusia 6 atau 7 tahun iaitu apabila mereka boleh
melakukan operasi logik atau aktiviti mental yang berkaitan dengan objek atau peristiwa. Juga
dikenali sebagai menghasilkan pemikiran yang logik.

Struktur kognitif berubah melalui proses organisasi dan adaptasi. Organisasi bermaksud individi
mencantun struktur kognitif sedia ada untuk membentuk struktur kognitif baru yang kompleks.
Adaptasi pula mengubah struktur kognitif semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman
baru melalui asimilasi dan akomodasi.Asimilasi bermaksud menambah maklumat baru atau
perkaya struktur kognitif sedia ada. Misalnya: fatin nampak kucing dan diberitahu itulah kucing.
Bila Fatin nampak arnab, Fatin sebut kucing. Inilah asimilasi iaitu maklumat diserap tanpa dibuat
ubahsuai. Akomodasi bererti mengubahsuai struktur kognitif sedia ada untuk memahami
maklumat baru. Dalam contoh di atas, bapa Fatin terdengar Fatin menyebut kucing apabila
melihat arnab, bapanya menegur dengan memberitahu itu adalah arnab sebab dia melompat,
tidak mengiau dan makan karot.

Apabila kanak-kanak memperoleh maklumat baru maka terjadi ketidakseimbangan
(disequilibrium) dalam pemikiran individu, untuk memperoleh semula keseimbangan
(equilibrium), kanak-kanak perlu buat organisasi atau adaptasi pada struktur kognitif.



Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses
operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang
yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan
kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan
atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak
pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat,
mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).



Pengekalan ( conservation )

Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah
cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal
seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada
kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia
telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak
memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental
melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas
yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak
kepada bekas tinggi iaitu bekas B'




Mengklasifikasi
Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke
dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti kereta,
lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulance. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas
jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT, Putera RT yang merupakan pengangkutan darat yang
berjalan di atas landasannya.






Perkaitan Logik
Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih baik tentang
perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan "berbaris mengikut
ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami oleh mereka yang berada
di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan membuat persirian secara mental
(mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri
ketinggian atau berat. Mereka juga berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan
antara elemen dalam sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza
pula lebih tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka
yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh memberi jawapan yang betul iaitu
Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.




Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Peringkat Operasi Konkrit (7-
11 tahun)
Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur berubah daripada pemikiran
egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin, 1997). Pemikiran decentered
membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka.
Contohnya bila seseorang kanak-kanak peringkat operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan
yang dia lihat pada masa itu? Jawapannya mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung
dan yang lain jawab pokok. Dia dapat menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahami
orang lain masing-masing mempunyai persepsi tersendiri.

Satu lagi kebolehan yang diperolehi oleh kanak-kanak peringkat konkrit ialah individu tersebut
boleh memikirkan secara serentak tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara
subordinate atau sub-kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan ini
dinamakan 'class inclusion'.


IMPLIKASI TEORI KOGNITIF PIAGET

Dalam ilmu pendidikan teori piaget meninggalkan implikasi besar kepada
teori dan praktisnya (Case dalam Slavin, 1997).teori ini berfokuskan kepada idea perkembangan
pendidikan yang sepadan dan bersesuaian dengan kebolehan kognitif dan fizikal pelajar-pelajar.
Teori beliau dianggap ever Green iaitu yang sesuai sepanjang zaman kerana idea beliau
mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran.

Antara implikasi beliau ialah guru harus fokus kepada proses pemikiran dan bukan kepada hasil
atau produk akhir bagi memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir dengan betul.
Pertanyaan yang harus dikemukakan adalah seperti: apa jenis logik yang pelajar guna? Adakah
pelajar hanya guna satu aspek situasi sahaja? Adakah mereka terpengaruh kepada aspek luaran
sesuatu?. Pelajar digalakkan menggunakan strategi pemikiran yang mereka gunakan untuk
menyelesaikan masalah. Pelajar merupakan sumber maklumat paling baik tentang kebolehan
pemikiramnya.

Piaget juga menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran melalui penerokaan dan memperoleh pengetahuan melalui interaksi dengan
persekitaran.

Piagetian atau pengikutnya menentang idea yang menjadikan pemikiran kanak-kanak seperti
orang dewasa. Beliau tidak bersetuju supaya perkembangan kognitif kanak-kanak dipercepatkan
(accelerated) melalui kaedah tertentu.hal ini kerana mereka percaya bahawa pengajaran
premature atau pengajaran yang dipaksa keatas kanak-kanak yang belum sampai pada tahap
kematangan tertentu adalah sia-sia kerana kanak-kanak tersebut belum sedia untuk menerima
ilmu dan kesannya lebih buruk dari tiada pembelajaran. Kanak-kanak menerima secara
superficial formula cara berfikir orang dewasa dan bukan melalui pemahaman sebenar
mengenai sesuatu perkara (Johnson, 1982)

Menurut pendapat Piaget dan dipersetujuinya terdapat perbezaan individu dalam kecepatan
sampai ke peringkat perkembangan tersebut. Semua orang harus melalui peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi masa untuk mereka sampai adalah berbeza. Oleh itu
beberapa aktiviti pembelajaran perlu disediakan oleh guru sesuai dengan kebolehan berfikir dan
keupayaan fizikal pelajarnya. Penilaian kebolehan pelajar harus setakat mana kebolehannya dan
tidak perlu dibandingkan dengan pelajar lain.pendapat ini dipersetujui oleh Gardner (1983) dan
Sternberg (1985) dengan menyatakan kecerdasan seseorang bergantung kepada proses
penyelesaian masalah atau konteks di mana tiongkah laku tersebut dilaksanakan dalam usaha
individu mengubah persekitaran supaya sampai ketahap keselesaan mengikut tafsirannya.

You might also like