You are on page 1of 16

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Baligh merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akil baligh. Perkara yang paling ketara semasa baligh adalah perkembangan pematangan seksual iaitu kebolehan pembiakan.

Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh. Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

Perkembangan Fizikal Remaja


Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan kematangan organ seksual akan timbul dalam perubahan fizikal remaja. Terdapat perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan kekuatan tenaga dan stamina.

Perkembangan Remaja Awal


Secara purata anak-anak perempuan lebih pendek daripada lelaki semasa kanak-kanak, Mulai tumbuh pesat, menjadi lebih tinggi dan lebih berat diantara usia 10 dan 12 tahun. Kebanyakan kanak-kanak perempuan bertambah sekitar 5 cm setiap tahun. Pertumbuhan yang perlahan mengikutinya hingga seseorang wanita mencapai ketinggian maksimum sekitar umur 16 atau 17 tahun.

Pertumbuhan lelaki yang secara am ketinggalan 2 tahun dibandingkan dengan perempuan Pertumbuhan lelaki mulai tumbuh pesat diantara usia 10 dan 16 tahun, iaitu pertambahan sekitar 7cm hingga 12 cm setahun.

Perkembangan Remaja Pertengahan


Apabila remaja mula mencapai umur 14 atau 15 tahun, perubahan-perubahan fizikal menjadi semakin perlahan. Mereka bersedia menerima perubahan fizikal mereka yang baru.

Perkembangan Remaja Akhir


Peringkat perkembangan remaja akhir adalah yang paling panjang. Fasa ini bermula sekitar umur 17 tahun hingga 20 tahun. Perubahan fizikal pada saat ini tetap terjadi, tetapi lambat. Remaja secara fizikal kelihatan sudah dewasa kecuali mentalnya belum. Keadaan fizikal mereka sangat penting dan menentukan harga diri mereka. (W. S. Turambi, 2001)

Perkembangan Fizikal Remaja Lelaki

10 hingga 13 tahun (remaja awal)


Badan bertambah gagah Otot-otot membesar Bahu melebar Dada menjadi bidang Suara menjadi garau Skrotum membesar Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna gelap Saiz zakar membesar

14 hingga 17 tahun (remaja pertengahan)


Tubuh bertambah tinggi Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat Skrotum semakin membesar Kulit skrotum semakin kasar Saiz zakar semakin membesar Jerawat mula tumbuh Mengalami mimpi ghairah

18 hingga 20 tahun (remaja akhir)


Ketinggian bertambah Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di bahagian dada Misai dan janggut mula tumbuh Warna kulit skrotum bertambah gelap Saiz zakar semakin membesar

Perkembangan Fizikal Remaja Perempuan


Bagi remaja perempuan, peringkat dewasa bermula apabila mereka telah mengalami akil baligh. Akil baligh adalah satu peringkat dimana remaja akan meningkat dewasa dari segi seks terutamanya. Ini berlaku kerana organ proses pembiakan dapat mencapai fungsi kedewasaan pada waktu itu.

Perubahan Remaja Perempuan


Perkembangan dada Pertumbuhan bulu kemaluan Pertumbuhan bulu di bawah ketiak Pertumbuhan badan Waktu haid pertama Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.

You might also like