You are on page 1of 2

BAB 1: KEDUDUKAN

4. Garisan Meridian Pangkal ( GMP ) merupakan longitud utama yang dilukis melalui Bandar Greenwich di London dan diberi nilai 0.

1.1

Mengenal Latitud Dan Longitud 5. Longitud 180T dan 180B adalah bertindih dan merupakan garisan yang sama serta dikenali sebagai Garisan Tarikh

1. Latitud ialah garisan yang dilukis secara melintang dari barat ke timur dan diberi nilai 0 - 90U/S 2. Garisan Khatulistiwa ( 0) merupakan latitud terpanjang yang membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Antarabangsa ( GTA ).

1.2

Menyatakan Dan Menenukan Kedudukan Berasaskan Latitud dan Longitud.

1. Kedudukan sesuatu tempat dapat ditentukan oleh titik persilangan antara latitud dan longitud.

2. Apabila menyatakan kedudukan, nilai latitud disebut terlebih dahulu dan diikuti dengan nilai longitud.

3. Longitud ialah garisan yang dilukis dari Kutub Utara ke Kutub Selatan dan diberi nilai 0 - 180T/B.

1.3

Waktu Tempatan

1.

Waktu tempatan ialah waktu sesuatu tempat yang merujuk kepada longitud tempat yang dinyatakan berdasarkan waktu di Garisan Meridian Pangkal ( GMP ) atau Greenwich.

2.

Bumi berputar dari barat ke timur, maka masa di sebelah timur lebih cepat berbanding di sebelah barat Meridian Pangkal.

3. 4. 5.

Bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360). Bumi berputar 15 dalam setiap sejam dan mengambil masa 4 minit untuk membuat putaran sebanyak 1. Waktu Min Greenwich (WMG) dijadikan sebagai rujukan untuk pengiraan waktu di sesuatu tempat

1.4

Waktu Piawai Dan Garisan Tarikh Antarabangsa

1. 2. 3. 4.

Bumi membahagikan kepada 24 zon waktu dengan setiap satu meliputi 15 longitud. Selisih waktu antara zon waktu dengan zon di sebelahnya ialah satu jam. Tempat yang terletak dalam zon waktu yang sama menggunakan waktu piawai yang sama. Negara-negara yang luas mempunyai beberapa zon waktu piawai. Contohnya, Kanada dan Amerika Syarikat mempunyai lima zon waktu piawai.

5.

Garisan Tarikh Antarabangsa ( GTA ) ialah longitud 180T/B

You might also like