You are on page 1of 18

Topik

3
1. 2. 3. 4.

Kerja Lukisan Teknik I

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Mengenal pasti unjuran ortografik; Membina unjuran ortografik-unjuran sudut ketiga; Mengenal pasti lukisan isometri; dan Mengenal pasti dua jenis lukisan oblik.

X PENGENALAN
Dalam Topik 2 yang lepas, anda telah mempelajari tentang pembinaan geometri satah, pembinaan elips dan tangen. Dalam topik ini, anda akan membincangkan tentang unjuran ortografik, lukisan isometri dan oblik. Secara jelas, anda perlu memahami konsep binaan unjuran dalam ortografik dan paksi isometri. Lukisan ortografik dan isometri merupakan dua jenis lukisan yang paling asas dalam pembinaan lukisan kerja dalam reka bentuk projek. Oblik juga sama seperti isometri yang merupakan jenis lukisan bergambar.

3.1

UNJURAN ORTOGRAFIK

Unjuran ortografik adalah satu sistem lukisan bagi suatu objek yang dilukis dalam paparan 2D, di mana, objek dipandang pada suatu sudut tepat dan diunjur dengan satah serenjang. Unjuran ortografik mempunyai enam pandangan utama dan dilukis mengikut skala yang sesuai. Persembahan ortografik adalah berbeza mengikut bidang tertentu. Contohnya, dalam persembahan lukisan mekanikal atau mesin, biasanya ia dilukis dalam dua atau tiga pandangan dan bagi lukisan bangunan, ia boleh mewakili empat atau lima pandangan mengikut kesesuaian di

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 49

samping lukisan keratan dan pemasangan. Terdapat dua jenis unjuran dalam unjuran ortografik iaitu unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga.

3.1.1

Unjuran Sudut Pertama

Rajah 3.1 menunjukkan satah unjuran untuk unjuran ortografik.

Rajah 3.1: Sukuan untuk unjuran ortografik

Dalam unjuran sudut pertama, gambarkan suatu objek terletak pada sukuan pertama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

50 X

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I"

"

"

"

Rajah 3.2: Arah pandangan untuk unjuran sudut pertama

Sekiranya objek itu dilihat dari arah A, permukaan yang anda dapat dilihat ialah 1 dan 3 seperti dalam Rajah 3.2(a). Jika dilihat dari arah B pula seperti dalam Rajah 3.2(b), permukaan yang anda dapat lihat ialah 2 dan 4. Jika kita lihat objek itu dari arah C seperti dalam Rajah 3.2(c), permukaan yang dapat dilihat ialah 5. Gabungan ketiga-tiga pandangan itu boleh lihat dalam Rajah 3.2(d). Jika ketiga-tiga satah A, B dan C dibuka menjadi satu satah, ia akan menjadi unjuran sudut pertama seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.3. Arah A ialah pandangan hadapan, arah B ialah pelan dan arah C ialah pandangan sisi. Untuk melukis pandangan sisi, jika arah pandangan dari sebelah kiri, ia akan dilukis pada sebelah kanan. Rajah 3.3 juga merupakan kaedah melukis unjuran sudut pertama.

Rajah 3.3: Unjuran sudut pertama

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 51

3.1.2

Unjuran Sudut Ketiga

Dalam unjuran sudut ketiga, gambarkan suatu objek terletak pada sukuan ketiga seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Arah pandangan untuk unjuran sudut ketiga

Sekiranya objek itu dilihat dari arah A, permukaan yang anda dapat dilihat ialah 1 dan 3 seperti dalam Rajah 3.4(a). Jika dilihat dari arah B seperti dalam Rajah 3.4(b), permukaan yang anda dapat dilihat ialah 2 dan 4. Jika kita melihat objek itu dari arah C seperti dalam Rajah 3.4(c), permukaan yang dapat dilihat ialah 5. Gabungan ketiga-tiga pandangan itu boleh lihat dalam Rajah 3.4(d). Jika ketiga-tiga satah A, B dan C dibuka menjadi satu satah, ia akan menjadi unjuran sudut ketiga seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

52 X

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I"

"

"

"

Rajah 3.5: Unjuran sudut ketiga

Arah A ialah pandangan hadapan, arah B ialah pelan dan arah C ialah pandangan sisi. Untuk melukis pandangan sisi, jika arah pandangan dari sebelah kanan, ia akan dilukis pada sebelah kanan. Rajah 3.5 juga merupakan kaedah melukis unjuran sudut ketiga. Mari kita lihat Contoh 1. Contoh 1 Rajah 3.6 ialah satu blok dalam lukisan isometri dan Rajah 3.7 ialah lukisan dalam unjuran ortografik mengikut unjuran sudut ketiga.

Rajah 3.6: Blok dalam lukisan isometri

Rajah 3.7: Konsep unjuran ortografik

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 53

SEMAK KENDIRI 3.1


1. Rajah 3.8 menunjukkan sebuah objek. Lukiskan dalam unjuran sudut pertama pandangan hadapan mengikut arah pandang A, pelan mengikut arah pandang B dan pandangan sisi mengikut arah pandang C. Rajah 3.9 menunjukkan sebuah objek. Lukiskan dalam unjuran sudut ketiga pandangan hadapan mengikut arah pandang A, pelan mengikut arah pandang B dan pandangan sisi mengikut arah pandang C.

2.

Rajah 3.8

Rajah 3.9

54 X

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I"

"

"

"

AKTIVITI 3.1
Berpandukan Rajah 3.10, dengan menggunakan setiap petak grid sebagai 10mm X 10mm, lukis blok a, b, c dan d mengikut lukisan ortografik dengan menggunakan unjuran sudut ketiga.

Rajah 3.10

3.2

LUKISAN ISOMETRI

Lukisan isometri ialah sejenis lukisan tiga dimensi yang telah diberi ukuran kelebaran, ketinggian dan kedalaman. Dengan kata lain, lukisan isometri adalah satu jenis lukisan bergambar (pictorial drawing), di mana kita boleh melihat ketiga-tiga permukaan suatu objek itu dengan serentak. Rajah 3.11 menunjukkan satu contoh lukisan isometri.

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 55

Rajah 3.11: Lukisan isometri

3.2.1

Kedudukan Arah Pandangan Lukisan Isometri

Kedudukan arah pandangan untuk lukisan isometri boleh ditentukan dengan dua kaedah seperti berikut: (a) (b) Titik terendah; dan Anak panah.

Rajah 3.12 dan 3.13 menunjukkan contoh-contoh kedudukan arah pandangan dalam lukisan isometri.

Rajah 3.12: Titik terendah

56 X

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I"

"

"

"

Rajah 3.13: Anak panah

3.2.2

Ciri-ciri Lukisan Isometri

Anda telah mengetahui bahawa lukisan isometri adalah sejenis lukisan yang bergambar. Oleh itu, garisan yang digunakan dalam lukisan ini boleh membentuk jenis lukisan yang bergambar. Garisan yang digunakan dalam lukisan isometri boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut (lihat Rajah 3.14): (a) Garisan isometri adalah garisan yang dilukis selari dengan paksi isometri. Ia dilukis dengan ukuran sebenar objek itu. Garisan bukan isometri ialah garisan yang dilukis tidak selari dengan paksi isometri. Biasanya, ia tidak dilukis dengan saiz yang sebenar.

(b)

Rajah 3.14: Garisan isometri dan bukan isometri

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 57

Di samping itu, kedudukan paksi juga adalah penting untuk membentuk lukisan yang bergambar ini. Paksi isometri adalah dalam kedudukan 120 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.15. Paksi ini dikenali sebagai paksi normal.

Rajah 3.15: Paksi normal isometri

3.2.3

Bulatan dan Lengkuk dalam Lukisan Isometri

Untuk melukis bulatan dalam isometri, anda boleh menggunakan kaedah empat sepusat. Berpandukan Rajah 3.16, berikut ialah langkah-langkah untuk melukis bulatan isometri dengan kaedah empat sepusat. Sisi rajah segi empat adalah mengikut saiz diameter bulatan yang akan dilukis. (a) (b) (c) Diberi saiz bulatan isometri dengan diameter D seperti dalam Rajah 3.16(a). Lukiskan sebuah rajah segi empat isometri ABCD yang sisinya adalah jarak D seperti dalam Rajah 3.16(b). Tandakan titik 1, 2, 3 dan 4. Lukiskan garisan serenjang A2, A3, C4 dan C1 sebagai garisan pembahagi seperti dalam Rajah 3.16(c). Dengan menggunakan pusat A dan C, lukiskan lengkuk R seperti dalam Rajah 3.16(d). Dengan menggunakan pusat P dan Q, lukiskan lengkuk K seperti dalam Rajah 3.16(e).

(d)

(e)

58 X

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I"

"

"

"

Rajah 3.16: Melukis bulatan isometri dengan kaedah empat sepusat

Manakala, untuk melukis lengkuk dalam isometri, anda boleh menggunakan kaedah koordinat. Berpandukan Rajah 3.17, berikut ialah langkah-langkah untuk melukis lengkuk isometri dengan kaedah koordinat. Anda perlu mengunjurkan titik koordinat lengkuk itu pada satah tegak dan ufuk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.17. (a) Diberi lukisan dalam unjuran ortografik dengan lengkung saiz R. Rajah ini dilukis dalam unjuran sudut ketiga seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 3.17(a). Tandakan titik kordinat W, X, Y dan Z pada lengkung dengan menggunakan satah tegak dan ufuk seperti dalam Rajah 3.17(b). Lukiskan kotak isometri seperti saiz yang diberi. Pindahkan titik W, X, Y dan Z pada satah isometri yang telah dilukis. Lukiskan lengkung itu dengan lengkung perancis seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 3.17(d). Lukiskan semua garisan objek pada rajah yang anda lukis seperti dalam Rajah 3.17(e).

(b)

(c) (d)

(e)

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 59

Rajah 3.17: Melukis lengkung isometri dengan kaedah koordinat

AKTIVITI 3.2
Lukis semula Rajah 3.17 dengan diberi ukuran berikut: a = 38 mm, b = 72 mm, c = 16 mm, d = 10 mm e = 16 mm dan R = 70 mm

3.2.4

Pembinaan untuk Lukisan Isometri

Rajah 3.18 menunjukkan cara-cara pembinaan sebuah lukisan isometri. Berpandukan gambar rajah ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk membina sebuah lukisan isometri. (a) Diberi dua pandangan dalam unjuran sudut ketiga. Binakan sebuah pandangan isometri dengan titik A sebagai titik terendah.

60 X

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I"

"

"

"

(b) (c) (d)

Lukiskan kotak isometri dengan saiz W, D dan H seperti dalam Rajah 3.18(b). Lukiskan bentuk objek itu seperti dalam Rajah 3.18(c). Tandakan bahagian yang condong, kemudian lukiskan dengan garisan bukan isometri seperti dalam Rajah 3.18(d). Lukiskan semua garisan objek seperti dalam Rajah 3.18(e).

(e)

Rajah 3.18: Lukisan isometri

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 61

SEMAK KENDIRI 3.2


Rajah 3.19 menunjukkan pandangan-pandangan sebuah objek dalam unjuran sudut ketiga. Lukiskan pandangan isometri untuk objek itu mengikut arah pandangannya.

Rajah 3.19

3.3

LUKISAN OBLIK

Lukisan oblik adalah sejenis lukisan bergambar tetapi ia berbeza dengan lukisan isometri yang anda sudah pelajari sebelum ini. Dalam lukisan isometri, objek digambarkan tepat melalui satu pinggir. Manakala, lukisan oblik digambarkan tepat melalui satu permukaan iaitu pandangan hadapan.

3.3.1

Paksi Lukisan Oblik

Lukisan oblik melibatkan tiga ukuran objek iaitu panjang, tinggi dan lebar. Lukisan oblik mempunyai tiga paksi iaitu satu paksi ufuk, satu paksi tegak dan satu paksi serong (paksi surut) mengikut sudut yang sering digunakan iaitu 30, 45, dan 60. Rajah 3.20 menunjukkan paksi dalam lukisan oblik. Sudut yang digunakan untuk paksi serong bergantung pada bentuk objek dan kedudukan permukaan.

62 X

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I"

"

"

"

Rajah 3.20: Paksi lukisan oblik

3.3.2

Jenis-jenis Lukisan Oblik

Terdapat dua jenis lukisan oblik yang sering digunakan untuk lukisan teknik iaitu lukisan oblik kavalier dan lukisan oblik kabinet. Rajah 3.21(a) menunjukkan lukisan oblik kavalier. Dalam oblik kavalier, garisan serong dilukis mengikut ukuran panjang yang sebenar. Bagi lukisan oblik kabinet, garisan serong akan dilukis separuh ukuran panjang yang sebenar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.21(b). Untuk maklumat anda, sudut serong bagi lukisan oblik kabinet lazimnya dilukis pada 45 supaya lukisan itu boleh menunjukkan ketiga-tiga permukaan dalam keadaan yang seimbang.

Rajah 3.21: (a) Lukisan oblik kavalier dan (b) Lukisan oblik kabinet

AKTIVITI 3.3
1. Bandingkan perbezaan antara lukisan oblik dengan lukisan isometri yang anda sudah pelajari. Mengapakah lukisan oblik kabinet lazimnya dilukis pada sudut condong 45?

2.

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 63

3.3.3

Prinsip Penempatan Objek

Dalam lukisan oblik, anda harus memberi perhatian kepada prinsip penempatan objek pada kertas lukisan kerana setiap objek itu mempunyai pelbagai ciri seperti bulatan dan lengkuk. Bagi objek yang mempunyai bentuk bulat adalah lebih sesuai jika bahagian bulat ditempatkan pada bahagian hadapan. Dengan ini, anda boleh menggunakan jangka lukis untuk melukis bulatan dan lengkuk itu. Jika ia ditempatkan pada bahagian serong, anda memerlukan cara memplot bulatan atau lengkuk itu. Anda boleh merujuk kepada Rajah 3.22(a) dan 3.22(b) untuk penempatan objek dalam lukisan oblik.

Rajah 3.22: Penempatan objek dalam lukisan oblik

3.3.4

Membina Lukisan Oblik Kavalier

Langkah-langkah untuk membina lukisan oblik adalah hampir sama dengan pembinaan lukisan isometri yang juga melibatkan pembentukan rangka kotak oblik dan pemindahan ukuran daripada unjuran ortografik. Berikut adalah langkah-langkah pembinaan lukisan oblik kavalier: (a) (b) Diberi dua pandangan dalam unjuran sudut ketiga. Lukiskan sebuah kotak oblik dengan ukuran A, B dan C seperti dalam Rajah 3.23(a). Lukiskan butir-butir lain dalam kotak oblik itu. Lukiskan semua garisan objek seperti dalam Rajah 3.23(b).

(c) (d)

64 X

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I"

"

"

"

Rajah 3.23: Pembinaan oblik kavalier

SEMAK KENDIRI 3.3


Rajah 3.24 menunjukkan sebuah komponen mesin dalam unjuran sudut ketiga. Lukiskan unjuran oblik kabinet untuk komponen berkenaan. Butir-butir terlindung tidak perlu ditunjukkan.

Rajah 3.24

TOPIK 3

KERJA LUKISAN TEKNIK I

W 65

x x x x

Unjuran ortografik mempunyai dua jenis unjuran iaitu unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga. Lukisan isometri ialah sejenis lukisan tiga dimensi dan ia berbentuk bergambar. Lukisan oblik ialah sejenis lukisan bergambar seperti lukisan isometrik. Terdapat dua jenis lukisan oblik, iaitu lukisan oblik kavalier dan lukisan oblik kabinet.

Lukisan ortografik Unjuran sudut ketiga Unjuran sudut pertama Lukisan isometri

Paksi normal isometri Oblik kavalier Oblik kabinet

Abbott, W. (1972). Practical geometry and engineering graphics. London: Blackie & Son Ltd. Giesecke, F., et al. (2003). Technical drawing (12th ed.). U.S.A.: Pearson Education, Inc. Goetsch, D. L., Nelson, J. A., & Chalk, W.S. (1989). Technical drawing: Fundamental, CAD & Design. New York: Delmar Publishers, Inc. Greer, A., & Howell W. H. (1982). Mechanical engineering craft studies part 1. London: ELBS. Gupta, R.B. (1967). Engineering drawing. New Delhi: Khanna Publishers. Hart, K.R. (1979). Engineering drawing with problem & solutions (2nd ed.). London: ELBS. Jackson, E. (1975). Advanced technical drawing. London: Longman.

You might also like