You are on page 1of 14

Topik 3

Topik 3

Lukisan Teknik
Lukisan Teknik
Lukisan Ortografik
Lukisan
Ortografik
Lukisan
Isometri

Reka Bentuk dan Teknologi


Kod Kursus : RBT 3118

Lukisan
Isometri
Lukisan
Oblik
Lukisan Oblik

Lukisan Teknik

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

47

3.Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )


3.1. Unjuran Ortografik
Unjuran ortografik adalah satu sistem lukisan bagi suatu objek, di mana objek dipandang pada
suatu sudut tepat dan diunjur dengan satah serenjang. Dengan kata lain, unjuran orthgrafik adalah
satu cara untuk mewakili saiz sebenar suatu objek. Ia boleh diwakili dengan dua atau tiga
pandangan. Rajah 1, menunjukkan satah unjuran untuk unjuran ortografik. Terdapat dua jenis
unjuran dalam unjuran ortografik iaitu unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga.

Rajah 1 : Sukuan untuk unjuran ortografik


3.1.1. Unjuran Sudut Pertama
Dalam unjuran sudut pertama, jika digambarkan suatu objek terletak pada sukuan
pertama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sekiranya objek itu dilihat dari arah A,
permukaan yang anda dapat dilihat ialah 1 & 3 (Rajah 2_a). Jika dilihat dari arah B (Rajah 2_b),
permukaan yang anda dapat dilihat ialah 2 & 4 (Rajah 2_c). Jika kita melihat objek itu dari arah
C, permukaan yang dapat dilihat ialah 5. Gabungan ketiga-tiga pandangan itu boleh lihat dalam
Rajah 2_d. Jika ketiga-tiga satah A, B dan C dibuka menjadi satu satah, ia akan menjadi unjuran
sudut pertama seperti ditunjukkan dalam Rajah 3. Arah A ialah pandangan hadapan, arah B
ialah pelan dan arah C ialah pandangan sisi. Untuk melukis pandangan sisi, jika arah pandangan
dari sebelah kiri, ia akan dilukis pada sebelah kanan. Rajah 3 juga merupakan kaedah melukis
unjuran sudut pertama.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

48

Rajah 2: Arah pandangan untuk unjuran sudut pertama

Rajah 3 : Unjuran sudut pertama


3.1.2 Unjuran Sudut Ketiga
Dalam unjuran sudut ketiga, jika digambarkan suatu objek terletak pada sukuan ketiga
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Sekiranya objek itu dilihat dari arah A, permukaan yang
anda dapat dilihat ialah 1 & 3 (Rajah 4_a). Jika dilihat dari arah B (Rajah 4_b), permukaan yang
anda dapat dilihat ialah 2 & 4 (Rajah 4_c). Jika kita melihat objek itu dari arah C, permukaan
yang dapat dilihat ialah 5. Gabungan ketiga-tiga pandangan itu boleh lihat dalam Rajah 4_d.
Jika ketiga-tiga satah A, B dan C dibuka menjadi satu satah, ia akan menjadi unjuran sudut
ketiga seperti ditunjukkan dalam Rajah 5. Arah A ialah pandangan hadapan, arah B ialah pelan
dan arah C ialah pandangan sisi. Untuk melukis pandangan sisi, jika arah pandangan dari

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

49

sebelah kanan, ia akan dilukis pada sebelah kanan. Rajah 5 juga merupakan kaedah melukis
unjuran sudut ketiga.

Rajah 4: Arah pandangan untuk unjuran sudut ketiga

Rajah 5. Unjuran sudut ketiga

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

50

Rajah 6

Rajah 7

Rajah 6 menunjukkan sebuah objek, lukiskan dalam unjuran sudut pertama pandangan hadapan
mengikut arah pandang A, pelan mengikut arah pandang B dan pandangan sisi mengikut arah
pandang C.
Rajah 7 menunjukkan sebuah objek, lukiskan dalam unjuran sudut ketiga pandangan hadapan
mengikut arah pandang A, pelan mengikut arah pandang B dan pandangan sisi mengikut

arah pandang C.

3.2. Lukisan Isometri


Lukisan isometri ialah sejenis lukisan tiga dimensi dengan diberi ukuran kelebaran, ketinggian
dan kedalaman. Dengan kata lain, lukisan isometri adalah satu jenis lukisan yang bergambar
(pictorial drawing), di mana kita boleh melihat ketiga-tiga permukaan suatu objek itu serentak.
Rajah 8, menunjukkan satu contoh lukisan isometri.

Rajah 8: Lukisan isometri

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

51

3.2.1 Kedudukan Arah Pandangan Lukisan Isometri


Kedudukan arah pandangan untuk lukisan isometri boleh ditentukan dengan dua kaedah seperti
berikut:
(a)

titik terendah;

(b)

anak panah.

Rajah 9 (a) dan 9(b) menunjukkan contoh-contoh kedudukan arah pandangan dalam lukisan
isometri.

Unjuran sudut pertama

Hasil lukisan isometri

Rajah 9(a): Titik terendah

Unjuran sudut pertama

Hasil lukisan
isometri

Rajah 9(b): Anak panah

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

52

3.2.2 Ciri-Ciri Lukisan Isometri


Anda telah mengetahui bahawa lukisan isometri adalah sejenis lukisan yang bergambar, oleh
itu, garisan yang digunakan dalam lukisan ini boleh membentuk jenis lukisan yang bergambar.
Di samping itu, kedudukan paksi juga adalah penting untuk membentuk lukisan yang
bergambar ini.
(a)

Garisan yang digunakan dalam lukisan isometri boleh bahagikan kepada dua jenis seperti
berikut (lihat Rajah 10):
(i)

Garisan isometri adalah garisan yang dilukis selari dengan paksi isometri. Ia dilukis
dengan ukuran sebenar objek itu.

(ii)

Garisan bukan isometri ialah garisan yang dilukis tidak selari dengan paksi isometri.
Biasanya ia tidak dilukis dengan saiz yang sebenar.

Rajah 10 : Garisan isometri dan bukan isometri

(b)

Paksi isometri adalah dalam kedudukan 120 darjah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 11. Paksi ini dikenali sebagai paksi normal.

Rajah 11 : Paksi normal isometri

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

53

3.2.3 Bulatan dan Lengkuk Dalam Lukisan Isometri


Untuk melukis bulatan dalam isometri, anda boleh menggunakan kaedah empat sepusat.
Manakala, untuk melukis lengkuk dalam isometri, anda boleh menggunakan kaedah koordinat.
(a)

Melukis bulatan isometri dengan kaedah empat sepusat


Melukis bulatan isometri dengan menggunakan kaedah empat sepusat adalah ditunjukkan
dalam Rajah 12. Sisi rajah segi empat adalah mengikut saiz diameter bulatan yang akan
dilukis.

Diberi saiz bulatan isometri


dengan diameter D.

Langkah 1
Lukiskan sebuah rajah
segiempat isometri ABCD yang
sisinya adalah jarak D.
Tandakan titik 1, 2, 3 dan 4.

Langkah 3
Dengan menggunakan pusat A
dan C, lukiskan lengkuk R.

Langkah 4
Dengan menggunakan pusat P
dan Q, lukiskan lengkuk K.

Langkah 2
Lukiskan garisan serenjang
A2, A3, C4 dan C1 sebagai
garisan pembahagi.

(b)

(a)

Rajah 12: Melukis bulatan isometri dengan kaedah empat sepusat

(b)

Melukis lengkuk isometri dengan kaedah koordinat.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

54

Untuk melukis lengkuk isometri dengan kaedah ini, anda perlu mengunjurkan titik
koordinat lengkuk itu pada satah tegak dan ufuk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.

Diberi lukisan dalam


unjuran ortografik
dengan lengkung saiz
R.
Rajah ini dilukis dalam
unjuran sudut ketiga.

Langkah 1
Tandakan titik kordinat
W, X, Y dan Z pada
lengkung dengan
menggunakan satah
tegak dan ufuk.

Langkah 3
Pindahkan titik W, X, Y
dan Z pada satah
isometri yang telah
dilukis. Lukiskan
lengkung itu dengan
lengkung perancis.

Langkah 4
Lukiskan semua garisan
objek pada rajah yang
anda lukis.

Langkah 2
Lukiskan kotak isometri seperti saiz yang diberi dan
tandakan c dan d.

Rajah 13: Melukis lengkung isometri dengan kaedah koordinat

Lukis semula Rajah 13 dengan diberi ukuran berikut:


a = 38 mm, b = 72 mm, c = 16 mm, d = 10 mm
e = 16 mm dan R = 70 mm

3.3. Pembinaan Untuk Lukisan Isometri


Rajah 14 menunjukkan cara-cara pembinaan sebuah lukisan isometri.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

55

Diberi dua pandangan dalam


unjuran sudut ketiga. Binakan
sebuah pandangan isometri
dengan titik A sebagai titik
terendah.

Langkah 1
Lukiskan
kotak
isometri
dengan saiz W, D dan H.

Langkah 3
Tandakan
bahagian
yang
condong, kemudian lukiskan
dengan
gsrisan
bukan
isometri.

Langkah 4
Lukiskan semua garisan objek.

Langkah 2
Lukiskan bentuk objek itu.

(a)

(b)
Rajah 14: Lukisan isometri

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

56

3.4. LUKISAN OBLIK


Lukisan oblik adalah sejenis lukisan bergambar tetapi ia adalah berbeza dengan lukisan
isometri yang anda sudah belajari dalam topik yang lepas. Dalam lukisan isometri menunjukkan
objek digambarkan tepat melalui satu pinggir. Manakala, lukisan oblik digambarkan tepat
melalui satu permukaannya iaitu pandangan hadapan.

Rajah 15 menunjukkan pandangan-pandangan sebuah objek


dalam unjuran sudut ketiga. Lukisankan pandangan isometri
untuk objek itu mengikut arah pandangannya.

Rajah 15

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

57

3.4.1

Paksi Lukisan Oblik

Lukisan oblik melibatkan tiga ukuran objek iaitu panjang, tinggi dan lebar. Lukisan oblik
mempunyai tiga paksi iaitu satu paksi ufuk, satu paksi tegak dan satu paksi serong (paksi surut)
mengikut sudut yang sering digunakan iaitu 30, 45, dan 60. Rajah 6.1 menunjukkan paksi
dalam lukisan oblik. Sudut yang digunakan untuk paksi serong bergantung kepada bentuk objek
dan kedudukan permukaan.

Rajah 16. : Paksi lukisan oblik

3.4.2

Jenis-Jenis Lukisan Oblik

Terdapat dua jenis lukisan oblik yang sering digunakan untuk lukisan teknik iaitu lukisan oblik
Cavalier dan lukisan oblik kabinet. Rajah 17(a) menunjukkan lukisan oblik Cavalier. Dalam oblik
Cavalier, garisan serong dilukis mengikut ukuran panjang yang sebenar. Bagi lukisan oblik
kabinet garisan serong akan dilukis separuh ukuran panjang yang sebenar seperti ditunjukkan
dalam Rajah 17(b). Untuk maklumat anda, sudut serong bagi lukisan oblik kabinet lazimnya
dilukis pada 45 supaya lukisan itu boleh menunjukkan ketiga-tiga permukaan dalam keadaan
yang seimbang.

Rajah 17(a): Lukisan oblik Cavalier Rajah 17(b): Lukisan oblik kabinet

AKTIVITI
(a)

Bandingkan perbezaan diantara luiksan oblik dengan lukisan


isometri yang anda sudah pelajari.

(b)

Mengapakah lukisan oblik kabinet lazimnya dilukis pada sudut


condong 45?

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

58

3.4.3

Prinsip Penempatan Objek

Dalam lukisan oblik, anda harus memberi perhatian kepada prinsip penempatan objek pada
kertas lukisan kerana setiap objek itu mempunyai pelbagai ciri seperti bulatan dan lengkuk. Bagi
objek yang mempunyai bentuk bulat adalah lebih sesuai jika bahagian bulat ditempatkan pada
bahagian hadapan. Dengan ini, anda boleh menggunakan jangka lukis melukis bulatan dan
lengkuk itu. Jika ia ditempatkan pada bahagian serong, anda memerlukan cara memplot
bulatan atau lengkuk itu. Anda boleh merujuk kepada Rajah 18 untuk penempatan objek dalam
lukisan oblik.

Pempatan objek tidak sesuai

Penempatan objek yang sesuai

Rajah18: Penempatan objek untuk lukisan oblik

3.4.4

Membina Lukisan Oblik Cavalier

Langkah-langkah untuk membina lukisan oblik adalah hampir sama dengan pembinaan lukisan
isometri yang juga melibatkan pembentukan rangka kotak oblik dan pemindahan ukuran
daripada unjuran ortografik. Rajah 19 menunjukkan langkah-langkah pembinaan lukisan oblik
Cavalier.
Diberi dua pandangan dalam unjuran sudut
ketiga.
Langkah 2
Lukiskan butir-butir lain dalam kotak oblik itu.

Langkah 1
Lukiskan sebuah kotak oblik dengan ukuran A,
B dan C.
Langkah 3
Lukiskan semua garisan objek.

Rajah 19: Pembinaan oblikCavalier

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

59

(a)

Rajah 20, menunjukkan sebuah komponen mesin dalam


unjuran sudut ketiga, lukiskan unjuran oblik kabinet untuk
komponen berkenaan. Butir-butir terlindung tidak perlu
ditunjukkan.

Rajah 20

RBT3118 Rekabentuk dan Teknolgi

Topik 3

60

You might also like