You are on page 1of 7

KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN

KM 6, JALAN AYER PUTIH, BINJAI,


24000, KEMAMAN, TERENGGANU

KERTAS PENERANGAN
NAMA DAN KOD
PROGRAM / PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
TITLE AND CODE

TAHAP / LEVEL TAHAP 1 / LEVEL 1

NO DAN TAJUK MODUL /


ETE 1013 – SINGLE PHASE ELECTRICAL DRAWING
MODULE AND NO TITLE
CO1. IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING
SPECIFICATION AND REQUIREMENT
NO DAN TAJUK TUGAS / CO2. CARRY OUT LAYOUT DRAWING
TASK(S) NO AND TASK CO3. CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC
STATEMENT DIAGRAM DRAWING
CO4. CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING
CO5. INSPECT SINGLE PHASE DRAWING

AT THE END OF THE COURSE, STUDENTS SHOULD


BE ABLE TO:-
OBJEKTIF PENCAPAIAN
PIAWAIAN / TERMINAL 1. Identify Single Phase Drawing Specification And
Requirement
PERFORMANCE
2. Carry Out Layout Drawing
OBJECTIVE 3. Carry Out Single Line / Schematic Diagram
Drawing
4. Carry Out Single Phase Wiring Drawing
5. Inspect Single Phase Drawing

ID UNIT KOMPETENSI / ETE 1013/C01 SINGLE PHASE Muka / Page :


COMPETENCY UNIT ID DRAWING Drpd/of

NAMA PELAJAR

NO KAD PENGENALAN TARIKH

TAJUK : PENGENALAN KEPADA LUKISAN ORTHOGRAFIK DAN ISOMETRI


TUJUAN:

Tujuan kertas penerangan ini adalah untuk mengetahui lebih mendalam mengenai berkaitan dengan pembinaan
lukisan orthografik dan isometri.

PENERANGAN :

1) Lukisan Orthografik

Unjuran orthografik ialah pandangan yang dilukis atau diunjurkan kepada satah unjuran. Terdapat dua sudut
pandangan dalam unjuran ortografik iaitu pandangan sudut pertama dan pandangan sudut ketiga .

1.1 Jenis Dan Prinsip Unjuran Ortografik

Untuk mendapatkan ketinggian, kelebaran dan kedalaman objek sebenar, pandangan atas, hadapan dan
pandangan atas diperlukan. Ketiga-tiga pandangan tersebut dipanggil satah unjuran utama. Tiga satah unjuran
utama iaitu:
i. satah tegak
ii. satah ufuk
iii. satah profil

a) Unjuran Sudut Pertama

Apabila objek dipandang dari arah (a), imej akan terhasil pada satah (i). Apabila objek dilihat
dari arah (b), imej akan terhasil pada satah (ii). Apabila objek dilihat dari arah (c), imej akan
terhasil pada satah (iii).
b) Unjuran Sudut Ketiga
Apabila objek dipandang dari arah (a), imej akan terhasil pada satah (iv). Apabila objek dilihat
dari arah (b), imej akan terhasil pada satah (vi). Apabila objek dilihat dari arah (c), imej akan
terhasil pada satah (v).

Pelan

45ᵒ

Pandangan Pandangan
Hadapan Sisi

b. Pelan Bentangan Industri

Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti makmal,
kilang, dan premis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi
dan boleh menampung beban yang besar. Kaedah pendawainya menggunakan kondiut atau sesalur logam.
Bilangan alat tambah dan kelengkapan elektrik pada plan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis
tugas berat.

c. Pelan Susunatur

Perkara utama yang dimuatkan dalam lukisan ini adalah pelan susunatur senibina atau akitek.. Ternyata disini
bahawa simbol-simbol senibina juga memainkan peranan yang penting dalam plan susunatur elektrik. Oleh itu
kita digalakkan mengetahui simbol-simbol tersebut agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan.

Susunatur elektrik yang berupa simbol-simbol sebagaimana yang tertera dalam simbol Elektrik Piawai
kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah dilukis simbol-simbol senibina mengikut keperluan
tempat/ruang/bilik itu sendiri.
Simbol Unjuran Ortografik

1.2 Pandangan Dalam Lukisan Unjuran Ortografik

Terdapat 3 arah pandangan dalam lukisan unjuran ortografik iaitu;

i. Pandangan Pelan
Pada pandangan pelan kita akan dapat melihat ukuran kelebaran dan kedalaman sebenar dari satu objek
dari arah atas (a).

ii. Pelan tegak hadapan


Pandangan pelan tegak hadapan ialah pandangan yang berada pada permukaan hadapan benda kerja.
Pandangan ini akan memberi ukuran sebenar ketinggian dan kelebaran objek dari arah (b).

iii. Pandangan tegak sisi


Pandangan sisi diperoleh dengan memandang secara tepat permukaan sisi objek. Ia akan memberikan
ketinggian dan kedalaman sesuatu objek dari arah (c).

Ketinggian

Kedalaman
Kelebaran
2) Lukisan Isometri

Lukisan isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu:
i. Kelebaran
ii. Ketinggian
iii. Kedalaman

Objek yang dilukis secara isometri menggabungkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan
dan pandangan sisi dalam satu pandangan.

2.2 Konsep Isometri

Dalam lukisan isometri, objek dilihat pada satu kedudukan di mana tiga permukaannya boleh dilihat dalam satu
pandangan dengan tiga ukuran iaitu kedalaman, kelebaran dan ketinggian.

2.3 Paksi Isometri

Paksi isometri adalah tetap, iaitu 120ᵒ. Kedudukan paksi isometri ditentukan untuk memberikan butiran paling
jelas mengenai rupa bentuk objek yang hendak dilukis. Garisan isometri bersudut 30ᵒ daripaa satah ufuk.
2.4 Ciri-ciri Dalam Lukisan Isometri

a) Bulatan dalam isometri


Dalam isometri, bentuk bulatan akan kelihatan seperti elips.

2.5 Kaedah Membina Lukisan Isometri

Terdapat 3 kaedah membina lukisan isometri iaitu:

1)
2) Kaedah Kotak

3) Kaedah Titik Koordinat

2) Kaedah Kerangka

You might also like