You are on page 1of 11

Kaedah Melukis Lukisan Oblik.

Peralatan yang diperlukan ialah :-

1. 2.

Pensel 2B, HB, 2H atau mekanikal. Kertas lukisan grid atau kertas lukisan bersaiz A4 (mengikut kesesuaian anda). Kertas lukisan biasa digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik. Kertas grid digunakan untuk asas melukis lukisan oblik kabinet dan oblik kavalier. Kertas isogrid digunakan untuk asas melukis lukisan isometrik.

3. 4. 5. 6.

Pembaris. Pemadam. Papan Lukisan: Digunakan untuk meletakkan kertas lukisan Sesiku T: Digunakan membina garisan lurus mendatar + Digunakan juga sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong/condong dengan set sesiku.

7.

Protraktor untuk melukis sudut paksi surut.

Pemilihan Paksi Oblik Dilukis berpandukan 3 paksi. Ambil arah yang dapat menunjukkan 'bulatan sebagai bulatan'. Terdapat pelbagai pilihan paksi surut. Maka, pilih ikut kesesuaian bentuk objek dan bilangan objek (details) di permukaannya. Sudut yang besar sesuai untuk mempamerkan butiran manakala sudut yang kecil digunakan untuk mempamerkan bentuk yang lebih jelas pada permukaan tepi.

Kaedah Melukis

1.

Menggunkan pensel dan pembaris, lukis garisan mendatar dan menegak. Seterusnya lukis sudut surut 30 darjah di bahagian kanan lukisan menggunakan protraktor untuk ketepatan saiz sudut. Lukisan garisan mendatar dan menegak 90 darjah bersaiz 4 cm.

2. Seterusnya, lukis pandangan hadapan mengikut saiz yang sebenar seperti tertera dalam soalan. Anda boleh rujuk contoh gambarajah di bawah.

3. Setelah siap melukis bahagian di atas. Anda bolehlah melukis pandangan sisi dan atas. Anda boleh merujuk contoh di bawah untuk kepastian.

4. Lukisan Oblik unjuran Kavalier telah siap. Seterusnya anda boleh melihat apakah perbezaan menggunakan sudut surut 30 darjah dan 45 darjah dalam gambarajah di bawah.

Gambarajah 1

Gambarajah 2 Gambarajah 1 menunjukkan saiz sudut surut ialah 30 darjah dan panjang sisi ialah 3.5 cm manakala sudut surut untuk gambarajah 2 ialah 45 darjah dan panjang sisinya ialah 2.83. Ini bermakna semakin besar sudut surut semakin pendek panjang sisi lukisan oblik kavalier.

Kaedah yang sama juga digunakan untuk melukis Unjuran Kabinet dan Unjuran Am. Anda hanya perlu menggunakan 1/2 daripada ukuran sebenar untuk Unjuran Kabinet dan 3/4 daripada ukuran sebenar untuk Unjuran Am. Perlu diingatkan bahawa gambaran hadapan lukisan adalah tidak berubah untuk semua jenis unjuran lukisan Oblik ini. Yang berubah adalah saiz pandangan sisi dan pelan sahaja.

Tutorial ortografik
Assalamualaikum dan salam sejahtera. laman ini direka untuk menunjukkan cara membuat lukisan ortografik dalam bentuk 2D. contoh soalan ialah:

untuk makluman, anak panah di gambarajah ini merupakan pandangan hadapan. untuk membuat soalan ini adalah dengan langkah-langkah seperti berikut :pertama, bahagikan kepada tiga bahagian dan tetapkan pandangan bagi setiap bahagian itu.

kedua, lukis pandangan hadapan

ketiga, lukis pandangan sisi

akhir sekali, lukis bahagian pelan

untuk maklumat tambahan, dalam menentukan objek hadapan perlu dilukis di kiri atau kanan, perlulah diingati bahawa, jika hadapan berada di bahagian kiri, maka lukisan 2D juga pandangan hadapan dan pelan berada di sebelah kiri manakala pandangan sisi di sebelah kanan. begitu juga sebaliknya, jika hadapan di sebelah kanan, maka lukisan hadapan dan pelannya juga berada di sebelah kanan manakala pandangan sisinya berada di sebelah kiri. Ini merupakan contoh tutorial dalam bentuk video yang kami telah hasilkan :

Kaedah Melukis Lukisan Isometri


Assalamualaikum.. Di entri ini kita akan belajar cara untuk melukis lukisan isometri. Bagi memudahkan anda memahami cara melukis lukisan isometri dengan lebih ringkas, kami akan menunjukkan contoh lukisan yang mudah untuk anda fahami seperti dibawah :

Berdasarkan gambarajah yang anda lihat di atas, kita akan melukis lukisan isometri berpandukan gambarajah tersebut.

1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum melukis lukisan isometri ialah, anda perlu membuat paksi surut bersudut sama ada 30 atau 45 (mengikut kehendak atau arahan soalan).

2. Setelah itu, pindahkan lukisan mengikut arah pandangan sisi dan hadapan. Dalam gambarajah dibawah, bahagian sisi berada di sebelah kiri manakala bahagian hadapan berada di sebelah kanan. kami telah mewarnakan bahagian sisi dengan warna biru manakala bahagian hadapan berwarna merah agar anda dapat membezakan kedua-dua sudut pandangan tersebut.

3. Setelah selesai melukis bahagian hadapan dan sisi, lukiskan pula garis unjuran seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah untuk membina pelan lukisan. Tujuan garis unjuran dilukis adalah untuk mengelakkan anda terkeliru ketika membuat bahagian pelan.

4. Bahagian terakhir yang perlu dilakukan ialah bentukkan objek isometrik dengan mencantumkan pelan dengan bahagian hadapan dan sisi seperti gambarajah dibawah.

5. Kemaskan lukisan anda, padam garisan yang berlebihan dan......pop!! Jadilah sebuah lukisan isometri! =)

NOTA PENTING : Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kita perlu mengasingkan lukisan pelan dengan lukisan hadapan dan sisi (langkah 2 dan 3) sedangkan kita boleh melukisnya secara serentak. Sebenarnya anda boleh melakukan demikian, tetapi jika anda harus melukis lukisan yang lebih rumit, maka langkah 2 dan 3 adalah perlu agar anda tidak terkeliru dengan kedudukan pelan dan yang ingin dilukis di atas bahagian sisi dan hadapan.

Seterusnya mari kita belajar cara melukis bulatan pada isometri. Bulatan pada isometri ini juga dikenali sebagai elips. 1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah, buat satu lukisan isometri berbentuk segi empat tepat seperti gambarajah di bawah. (anda boleh mengaplikasikan cara melukis lukisan isometri yang telah anda pelajari di atas)

2. Kemudian, buat garisan bersilang dengan menyambungkan titik yang berwarna biru di garisan atas (rujuk gambarajah dibawah) dengan titik berwarna biru yang bertentangan dengannya. Titik berwarna merah pula ialah titik persilangan antara garisan titik-titik berwarna biru. Pastikan garisan anda mempunyai persilangan seperti dibawah bagi memudahkan proses melukis elips yang akan dilakukan selepas ini.

3. Sekarang barulah kita akan melukis bulatan. Caranya mudah sahaja. Lukis bulatan dengan berpandukan titik biru yang telah anda buat di atas. Dalam melukis bulatan, anda hendaklah mengabaikan bahagian bucu kerana anda tidak akan menggunakan tanda tersebut. Tetapi pastikan bulatan anda melalui titik biru yang berada di tengah garisan dan sambungkan kesemuanya. Hasil lukisan anda akan terbentuk seperti gambarajah dibawah.

Kini, lukisan bulatan pada isometri anda telah pun terbentuk. =)

You might also like